App herunterladen
100% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 31: Chapter 30

Kapitel 31: Chapter 30

Tepat pukul 6 petang, keputusan ujian akan diumumkan. Kini mereka berempat, termasuk master guild, wakil Menara Sihir dan tidak lupa dengan Ryunosuke berada di ruangan yang sama.

Di sebuah meja, Hikaru duduk si kerusi kebanggaannya dan tidak lupa disamping kirinya berdiri assistant nya, Rose dan sebelah kanannya pulak sosok gadis berjubah putih yang menjadi perwakilan dari Menara Sihir.

Manakala Akira, Yoshihiro, Shinji dan Kaito. Mereka berempat berdiri secara sebaris dihadapan Hikaru dengan berdiri tegak tanpa suara. Ryunosuke pulak, terlihat sedang bersantai dengan juadah petang yang disediakan pihak Guild di sofa tetamu. Sesekali anak matanya akan mencuri pandang kearah mereka bertujuh sambil menghirup kopi pahit yang kini telah menjadi salah satu minuman kegemarannya.

"CONGRATULATIONS!! Korang Berempat LULUS dalam UJIAN PENDAFTARAN. SELAMAT DATANG KE GUILD KAMI. Semoga prestasi kalian berempat meningkat dari masa ke semasa. Jangan segan-silu disini. Anggap anggota guild yang lain sebagai anggota keluarga kalian sendiri. Kerana kami mengamalkan KONSEP KEKELUARGAAN dan TIDAK ADA PERBEZAAN UNTUK SEMUA ORANG. Saya harap kalian faham. Budaya di ibu kota tidak sama disini." Bicara Hikaru dengan semangat sambil menatap mereka berempat.

"Mungkin pada permulaan, korang akan merasa sedikit janggal. Tapi percayalah! Semua itu akan berlangsung hilang. Saya yakin!! Bahawa korang akan mula terbiasa dengan situasi disini. Mungkin korang akan lebih menyukai situasi disini daripada di academy." Sambung Hikaru sambil tergelak besar. Tetapi apa yang dikatanya dihujung ayatnya adalah benar. Kerana itu telah menjadi salah satu sebab mengapa dia berpindah dari ibu kota dan menamatkan zaman academy dengan tempoh masa yang pendek.

"Walaupun kalian berempat telah berdaftar secara rasmi di guild. Tetapi, korang berempat tidak dibenarkan lalai dalam menyelesaikan pengajian di academy. Ingat lah! Masa depan kalian berada di academy jugak. Bukan hanya disini sahaja. Khususnya bagi anggota kerajaan dan bangsawan seperti korang semua." Sampuk sosok gadis berjubah putih dengan aura yang tegas.

Gadis itu tidak mahu, keempat pelajar ini akan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar setelah berdaftar dalam Guild Advanture. Apatahlagi mereka semua datang dari anggota keluarga bangsawan kelas atas dan tidak lupa salah satu dari mereka datang dari keluarga kerajaan.

" Baiklah kami faham." Sahut mereka berempat serentak. Mulai saat ini, mereka akan berjanji untuk menjalankan tanggungjawab dengan betul sebagai seorang pelajar dan jugak sebagai anggota guild menyehir.

"Setiap ahli guild, mereka akan dibekalkan satu id card secara individu. Kegunaan id card itu lebih sama macam card pengenalan diri yang dibagi diseluruh kerajaan. Bezanya disini. Card itu digunakan sebagai butik bahawa seseorang itu telah menjadi ahli rasmi di salah satu guild di seluruh kerajaan sihir dan itu memudahkan segala urusan korang semasa menjalankan misi nanti. Sebagai contohnya...." Panjang lebar Hikaru berbicara. Tapi dihujung percakapannya, dipotong oleh satu suara dingin yang setia duduk di sofa yang terdapat didalam pejabatnya.

"Dalam Id card itu dah tertera butiran tentang korang secara detail. Dengan card itu jugak, kita akan mendapat kebenaran dengan mudah untuk masuk ke mana-mana tempat dan tidak dikatakan sebagai PENCEROBOHAN. " Potong Ryunosuke yang masih dengan aktivitinya.

"I almost forgot an important thing!! Kalau korang didapati bersalah menghilangkan id card itu. Korang jugak akan diberikan hukuman gantung selamat 3 bulan dan lagi disayangkan POINTER korang akan DIKURANGKAN. Hal itu sangat menakutkan bagi ahli yang datang dari golongan pelajar. Jadi berhati-hatilah kalau korang sayang dengan POINTER korang." Sambung Ryunosuke lalu tersenyum manis. Kemudian kembali menikmati hidangannya.

Mendengar pengurangan pointer, seketika tubuh mereka berempat berkeringat dingin. Apatahlagi bila melihat senyuman iblis yang ditunjukkan oleh sahabat mereka itu. Sungguh tidak ada perasaan. Mentang-mentang pointer tinggi. Boleh tunjuk lagat depan diorang.

"Ehem!! Itu adalah benar. Tapi buat masa ini korang akan dibekalkan dengan pass ahli terlebih dahulu. Proses pembuatan id card mengambil masa selama 4 minggu. Itu pun mengikut keadaan di menara sihir. Jika disana bz, mungkin id card korang akan siap dalam masa 1 ke 3 bulan macam itu." Bicara Hikaru yang kembali memberi sedikit penerangan tentang pass ahli kepada anggota barunya.

"Pass ini sama sahaja seperti id. Tapi pass ini mempunyai tempoh masa. Pass ini tidak akan digunakan setelah kalian berempat memiliki id nanti. Jadi gunakan pass ini terlebih dahulu. Sekiranya id korang berempat telah sampai ke guild. Akan saya maklumkan ataupun akan saya beri kepada Tuan Nishimura-Sama." Bicara Hikaru lalu meminta Rose untuk memberi mereka satu persatu pass yang telah disiapkan oleh pihak Menara Sihir.

"Jadi sampai disini perjumpaan kita. Mulai esok kalian akan dibenarkan menjalani misi mengikut tingkat rank korang. Jadi selamat malam dan semoga maju jaya. Kalau ada pape. Jangan segan-silu untuk berjumpa saya disini." Akhiri Hikaru dengan nada sopan.

"Terima kasih Master. Kami sangat tersanjung dengan perhatian anda." Bicara mereka berempat lalu meminta diri untuk beredar.

Melihat keempat sahabatnya yang telah hilang di pintu keluar, Ryunosuke bangkit dan melangkah menuju ke pintu. Tapi langkahnya ditahan oleh satu suara milik gadis berjubah putih.

"Tunggu dulu Tuan Nishimura-Sama. Ada sesuatu yang dititipkan oleh Penyihir Agung untuk anda!!" Bicara gadis itu dengan gugup. Dia memeluk dokumen yang dibawanya dengan kuat. Gugup!! Itulah yang dirasakannya.

Ryunosuke menoleh lalu melangkah kearah gadis itu lalu berhenti tempat dihadapannya. Ryunosuke termasuk sedikit menundukkan pandangannya. Kerana ketinggian mereka berdua sedikit berbeza. Gadis itu lebih rendah darinya. Sama rendah dengan sosok yang sangat dirindui oleh Ryunosuke.

"Apa itu?" Tanya Ryunosuke dengan suara dinginnya. Mendengar suaranya membuatkan gadis itu semakin gugup dan gelisah. Gerak geri gadis itu sangat muda dibacanya. " Jangan terlalu gugup! Apakah aku nampak macam nak makan orang Hikaru?" Bicara Ryunosuke kepada Hikaru dengan niat bergurau dan niat itu dapat dibaca oleh sosok satu bawahannya.

" Tidak Tuan. Sifat anda memang macam itu. Nampak macam dingin. Tapi kalau kenal lebih lama dengan anda. Orang itu akan tahu betapa ramahnya anda. Hahahahahaha" bicara Hikaru lalu tertawa kuat.

"Look at him!No need to be afraid.Just relax.As long as you don't go crazy like him." Bicara Ryunosuke yang kini telah melembutkan nada bicaranya.

Ajaibnya, suara itu telah memberi ketenangan kepada gadis itu. Kini gadis itu dapat menarik nafas dengan normal. Tanpa membuang masa, dia menghulurkan dokumen yang telah diamanahkan olehnya untuk diserahkan secara peribadi kepada Ryunosuke.

Melihat dokumen yang dihulurkan oleh gadis itu membuatkan dahinya berkerut. Apakah ada misi rahsia yang akan dia jalankan disini?

Ryunosuke mengambil dokumen itu dengan penuh tanda tanya tapi tidak diperlihatkan di depan mereka semua. Dia akan membuka dokumen ini di rumah nanti. Kebetulan, disana dia tidur secara bersendirian tidak seperti yang lain yang berkongsi bilik kecuali Akira dan Yoshihiro. Jadi dia boleh menyelesaikan pekerjaan tanpa gangguan.

" Baiklah dan terima kasih. Kirim salam kepada Penyihir Agung dan anggota tertinggi dewan. Untuk korang berdua. Terima kasih untuk semuanya dan tidak lupa dengan juadah minum petang. Aku sangat menikmatinya." Bicara Ryunosuke dengan merendah diri.

" Baiklah. Akan saya sampaikan salam anda Tuan." Balas gadis berjubah.

" Itu bukan jadi masalah besar untuk saya Tuan Nishimura-Sama. Saya gembira anda menikmati hidangan yang saya buat secara khusus untuk anda. Ohhh ya. Ini ada beberapa jenis cookies. Teh dan jugak kopi yang anda mintak. Jika kopi itu habis anda boleh meminta kepada saya." Bicara Hikaru lalu menyerahkan tiga paper beg ke tangan Ryunosuke.

Ryunosuke menerima dengan senyuman manisnya lalu mengucapkan terima kasih. Setelah itu dia mula beredar meninggalkan bilik tersebut dan tidak lupa langkahnya sentiasa diikuti oleh Shiro.

Kucing comel itu hanya memerhati segala gerak giri tuanya tanpa sebarang tindakan nakal mahupun protes. Tapi matanya tidak lepas memandang kearah paper beg yang dibawa tuannya. Dari salah satu paper bag tersebut, dia dapat mencium aroma manis yang sangat menyelerakan. Akan dia pastikan, makanan itu akan sampai ke perut comelnya nanti.

Ryunosuke dapat melihat kelibat sahabatnya yang menunggunya di pintu utama Guild. Setelah memastikan sosok itu adalah milik teman-temannya, dia mempercepatkan langkahnya. Tapi langkahnya mula melambat bila dia dapat menangkap satu sosok milik seorang gadis. Ya sosok yang berani memeluknya selain Aiko.

"AHH RYU-CHAN!!" Jerit Akira heboh dan tidak lupa gelagatnya melambai mesra kearah Ryunosuke yang berjalan sedikit melambat bersama Shiro.

" Maaf lambat. Urusan aku dah selesai. Jom lah balik dah lewat." Bicara Ryunosuke dingin dan tidak menghiraukan kehadiran hadis itu yang tidak lepas memandang ke arahnya.

"Jadi nama awak Ryu-Chan ya!! Your name is very cute and I really like it." Bicara gadis itu dengan nada yang mesra dan tidak lupa tatapan menggodanya. Tapi semua itu tidak dihiraukan oleh Ryunosuke. Langkah selamat. Ryunosuke berdiri diantara rakan-rakannya. Agar kejadian tengahari tadi tidak terulang kembali.

"Let's go back now. I have work to do tonight." Bicara Ryunosuke kembali lalu mengheret para sahabatnya untuk meninggalkan kawasan Guild tanpa menghiraukan tatapan geram yang ditunjukkan oleh gadis misteri itu. MARAH!! Peduli apa dia. Tak ada kepentingan. Jadi dia akan menghiraukan kehadiran gadis itu disekitarnya. Dia tidak akan tergoda. Hanya Aiko yang bertata di hatinya sampai dia mati.

"Nampaknya keputusan kau untuk tidak bawak Aiko. Adalah keputusan yang salah. Perempuan itu akan buat hidup kau huru-hara. Tapi lagi huru-hara kalau ada Aiko sekali!! Mahu mengamuk minah tu nanti. Aku yakin guild akan musnah dalam beberapa saat." Bicara Akira lalu mula merasa seram apabila terbayang sikap salah satu adiknya jika dalam mood marah. Khususnya Aiko. Gadis itu akan berubah wujud ke iblis, jika dalam keadaan marah.

"Hmm benda itu yang aku nak elakkan. Jadi aku akan jaga jarak. Sebelum musibah tu datang." Balas Ryunosuke yang mengiyakan kata-kata dari sahabat lamanya. Sebab itu jugak dia mengabaikan kewujudan perempuan itu. Dia tak nak hal-hal yang merugikan akan terjadi padanya nanti.

"Kami akan tolong kau Ryu. Jadi kau jangan risau." Bicara Shinji lalu menepuk bahu kanan temannya itu dengan semangat.

"Thanks guys." Bicara Ryunosuke dengan mesra. Hanya kepada sahabatnya sahaja dia akan menunjukkan sikap ramah. Kalau sikap manja, menjaga dan manja hanya kepada Aiko, adik perempuan nya dan ibu angkatnya. Jika ibu kandungnya masih hidup mungkin sikap manja, sedih, ceria dan cemburu akan ditunjukkan. Tapi sikap itu hanya dikuburkan sahaja.

Setiba mereka berlima di halaman rumah, langkah mereka terhenti bila mendengar nada suara milik seorang gadis yang ingin mereka hindari. Suara itu datang dari arah belakang.

"Ahh Jadi korang semua tinggal disini!! Wahh kebetulan lah. Rumah saya ada disekitar sini jugak. Ahhh adakah kita berjodoh Ryu-Kun!!!" Bicara gadus itu dengan malu-malu.

Kelimanya menoleh kearah sosok itu yang kini sedang menutup wajahnya dengan tubuh digoyang kesana kesini. Lagat macam orang gila!!

'Ahhh ini bukan jodoh!! Tapi malam petaka untuk aku!!!' jerit Ryunosuke dalam hati. Lalu meninggalkan mereka semua di halaman rumah dengan langkah pantas. Dia menyerahkan urusan gadis itu kepada para sahabatnya. Dia malas nak terlibat dengan drama bodoh nanti. Sebelum terjadi! Baik dia lari dulu.

Akira, Yoshiro, Shinji dan Kaito hanya menatap kosong kearah Ryunosuke yang telah hilang kedalam rumah dalam masa yang sangat singkat. Sungguh mereka berempat tidak sempat mengucapkan sepatah kata. Tapi pemuda itu terlebih dahulu melarikan diri.

Mereka berempat memandang diantara satu sama. Seakan mereka sedang berbicara dari mata ke hati. Dalam beberapa minit kemudian. Mereka mula melancarkan aksi untuk melarikan diri.

"AHHH AKU BARU INGAT!!! Hari ini giliran aku untuk masak makan malam. Jadi aku masuk dulu. Bye!!!" Kata Kaito sebagai alasan lalu berlari kencang kearah pintu belakang.

"Dan aku pulak akan bantu Kaito di dapur!!" Sambung Shinji dengan nada tegas lalu mengejar langkah Kaito yang terlebih dahulu meninggalkan halaman rumah.

"Ahhh Hiro!! Aku akan tolong kemas rumah. Aku baru ingat yang hari ini giliran aku." Kata Akira laju lalu berlari ke pintu masuk tanpa menghiraukan sahabatnya yang terkejut menatap kearah nya.

Wajah Yoshihiro mencuka. Dia sedar kali ini dia menjadi mangsa keadaan. Kawan-kawannya yang lain telah meninggalkan dirinya bersendirian menghadap perempuan gila yang masih dengan gelagatnya.

"Ehh!! Mana Ryu-Kun?!" Tanya gadis itu apabila melihat sosok yang diminatinya telah hilang.

"Ada urusan. Dan maaf saya jugak ada hal penting kat dalam. Maaf ya." Bicara Yoshihiro lalu meninggalkan gadis itu tanpa menoleh kebelakang.

Gadis itu hanya menatap bingung kearah rumah sederhana yang terdapat di pinggir kampung. Halaman tanah yang luas. Jelas menunjukkan bahawa pemilik rumah ini datang daripada keluarga mampu.

"Ahh dia larikan diri lagi! Tak apa. Untuk hari ini. Aku lepas kan kau. Tapi tidak dilain hari." Bicara gadis itu dengan senyuman misterinya lalu beredar meninggalkan kawasan itu dengan langkah yang penuh amarah.


next chapter
Load failed, please RETRY

Bald kommt ein neues Kapitel Schreiben Sie eine Rezension

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C31
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen