App herunterladen
6.45% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 64: Terlalu Cantik

Kapitel 64: Terlalu Cantik

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Tetapi dia perlu faham betapa pentingnya upacara majlis ini."

"Mak, Ayah, boleh kamu berdua berhenti bertengkar? Saya perlu pergi mencari Lin Lin," Mubai menyampuk perbualan mereka sebelum beredar dari situ.

Tuan dan Puan Tua Xi yang tua tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menyertai usaha mencari Lin Lin.

Walau bagaimanapun, setelah mencari di seluruh ruang dewan, Xi Lin masih tidak ditemui.

Tidak lama kemudian, semua tetamu tahu tentang kehilangan tuan muda keluarga Xi.

"Bagaimana ia boleh terjadi?"

"Saya terdengar ini kerana dia bermain sehingga tidak perasan akan masa yang berlalu dan tersesat."

"Bukankah tuan muda keluarga Xi seorang budak yang berkelakuan baik? Kenapa dia memilih masa sedemikian untuk bertindak nakal?"

"Kamu tahu apa yang mereka katakan. Kanak-kanak akan sentiasa menjadi kanak-kanak…"

"Anak saya sendiri hampir sebaya umur dengannya tahu dia tidak patut berkeliaran terutamanya pada masa sebegini."

Tianxin tersenyum dengan sombong semasa terdengar semua perbualan tersebut.

Xi Lin mungkin hanya seorang kanak-kanak tetapi anak daripada keluarga kaya dan anak daripada keluarga biasa dilayan dengan berbeza.

Kehidupan Xi Lin berada dalam radar setiap orang dan segala kesilapan yang dibuatnya akan digandakan saiznya.

Orang tidak akan peduli sama ada kamu dewasa atau kanak-kanak. Mereka hanya akan menyalahkan kamu kerana dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan mewah. Buat satu kesilapan dan kamu akan dilabel seumur hidup.

Jadi Xi Lin, jangan hampakan saya hari ini. Buatlah kecoh sebanyak mungkin…

Kamu dan emak kamu merupakan menu utama mala mini. Jatuhlah bersama-sama ke gaung kegelapan dan janganlah naik kembali kerana di situlah tempat di mana kamu berdua patut berada.

Tianxin memang mempunyai fikiran sebegini tetapi mukanya bertopengkan kerisauan tentang Xi Lin.

Semasa mereka sedang mencari Xi Lin, Xinghe akhirnya tiba!

Sebuah Ferrari merah yang baru, muncul di pintu masuk hotel besar tersebut.

Xia Zhi berpaling kepalanya dan bertanya pada Xinghe yang duduk di belakangnya, "Kak, Kakak mahu saya teman Kakak?"

Xinghe memandang sekilas pada hotel dan menjawab dengan lembut, "Terima kasih, tetapi saya mahu kamu berada dalam kereta jikalau apa-apa berlaku."

"Jikalau apa berlaku?" Xia Zhi bertanya kembali.

"Saya ternampak Xia Wushuang dan Chui Ming di dalam," jelas Xinghe. Xia Zhi mengangguk.

Mereka mungkin akan menyerang hendap Xinghe dan dia tidak mungkin dapat melepasi mereka.

Xia Zhi akan bertindak sebagai pemandu segeranya jikalau apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Xia Zhi yang bimbang mengingatkan kakaknya, "Kak, saya akan berada di sini jika Kakak inginkan apa-apa. Saya boleh dihubungi dengan satu panggilan telefon sahaja."

"Terima kasih." Xinghe mengangguk sambil bergerak untuk membuka pintu.

"Kak, biar saya!" Xia Zhi tersenyum lalu melompat keluar dari keretanya dan berpusing mengelilingi kereta bagai pengawal peribadi dan membuka pintu kereta tersebut.

"Silakan, Cik Xia." Katanya sambil menghulurkan tangannya. Senyumannya manis dan dia memang kacak, padan sekali dengan keanggunan dan kecantikan Xinghe.

Xinghe tersenyum sambil melihat gelagatnya. Dia menyambut tangan Xinghe dan melangkah keluar dari kereta…

Ketika itu, dua pekerja hotel dalam seragam yang sedang melihat adegan tersebut tergaman.

Apabila mereka ternampak Ferrari tersebut, mereka sudah menjangkakan penumpang tersebut merupakan seseorang yang ternama tetapi bukan VIP terulung. Itu hotel 5 bintang dan mereka sudah terbiasa dengan ketibaan yang lebih besar dan mewah.

Namun, mereka tidak sangka seorang dewi boleh turun dari kereta tersebut!

Xinghe sememangnya amat menakjubkan dalam gaun merahnya dengan garis leher yang dalam.

Garis leher tersebut menyerlahkan keanggunan struktur lehernya dan tulang selangkanya yang terdedah menambahkan lagi keseksiannya.

Rekaan gaun tersebut yang mengikut bentuk tubuh turut mempamerkan bentuk badannya yang begitu ramping sekali.


next chapter
Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C64
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen