App herunterladen
73.82% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 657: Tiba di Cenuram Penghujung Syurga (1)

Kapitel 657: Tiba di Cenuram Penghujung Syurga (1)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Kalau betul ada pada tangan Ning Rui, kita tak perlu tunggu sehingga bulan Disember. Kita boleh terus bertindak sebaik kita pulang nanti," kata Fan Zhuo sambil tersenyum Qiao Chu dan rakan-rakannya mendaftar masuk ke Akademi Zephyr untuk menyiasat siapa yang memegang bahagian peta tersebut. Kalau mereka dapat tentukan sasaran, mereka boleh menjimatkan banyak masa.

Jun Wu Xie mengangguk. Amat penting untuk dia menentukan lokasi makam Maharaja Kegelapan secepat mungkin. Selain akan mendapatkan kuasa untuk menentang Dua Belas Istana, hal ini juga akan membantu ayahnya, Jun Gu.

Jed Penenang Roh telah mengekalkan keadaan badan Jun Gu dengan sempurna serta menyimpan rohnya dengan baik.

Harta-harta karun tidak ternilai di dalam makam Maharaja Kegelapan itu terdiri daripada pelbagai barangan ajaib yang amat berkuasa dan jarang ditemui. Jun Wu Xie pasti dia akan dapat menemui sesuatu yang boleh membantunya menghidupkan Jun Gu kembali!

Kalau Jun Gu boleh dihidupkan semula, Jun Wu Xie percaya Pak Cik dan Datuknya pasti akan menjadi amat gembira.

Hitam Kecil mungkin terlalu banyak membaham roh berkontrak sehinggakan terus nyenyak tidur. Jun Wu Xie berbincang sedikit dengan Qiao Chu dan yang lain tentang rancangan mereka untuk ke Cenuram Penghujung Syurga. Selepas itu barulah mereka semua masuk tidur.

Tiga hari kemudian, Mu Qian Fan sedar kembali. Memandangkan kecederaannya agak parah, tugas pemandu diserahkan pada Fei Yan. Seorang "gadis" cantik duduk di hadapan kereta kuda yang amat besar sambil memegang cemeti kuda dan bernyanyi-nyanyi gembira. Sewaktu kereta kuda itu bergerak, beberapa orang pengembara yang bertembung dengan mereka terbeliak mata memandang wajah Fei Yan yang cantik. Para pengembara ini terpaksa menahan diri daripada menghentikan kereta kuda tersebut.

Fei Yan kadangkala akan mengenyitkan mata dengan malu-malu serta mengelip-ngelipkan matanya sehingga membuatkan para pengembara ini riuh bersorak.

Dalam kumpulan ini, orang yang kelihatan paling feminin bukanlah Jun Wu Xie atau Rong Ruo yang merupakan gadis sebenar. Sebaliknya orang itu ialah Fei Yan, seorang pemuda yang memakai pakaian perempuan.

Dalam hal ini, Fei Yan langsung tidak kisah. Dia gembira dapat mengusik orang-orang yang dungu.

Dua hari kemudian, mereka akhirnya tiba di Cenuram Penghujung Syurga.

Tanah di kawasan ini amat tandus. Kawasan cenuram itu seolah-olah dipotong rata oleh Syurga. Jika memandang ke bawah kawasan cenuram itu, apa yang dapat dilihat hanyalah lautan putih yang tidak bertepi. Kabus menyelubungi bahagian dasar cenuram itu sehingga melampaui had batasan, seolah-olah tidak berpenghujung.

Cenuram Penghujung Syurga. Kawasan di mana tanahnya berakhir di hujung cenuram dan bermula di langit!

Qiao Chu berjalan sehingga ke pinggir cenuram dan menjulurkan kepalanya untuk menjengah ke bawah. Dia hanya dapat melihat lautan putih suci yang menyelubungi bahagian dasar dan meneymbunyikan penghujungnya.

"Ini memang… agak menakutkan." Qiao Chu menelan air liur. Di kawasan yang diselubungi kabus seperti ini, pandangan seseorang itu akan terhalang. Jika terpaksa melalui kawasan aneh ini tanpa dapat melihat apa-apa, pasti seseorang itu akan berasa gerun. Tambahan pula, mereka semua sudah tahu bahawa kawasan di bawah kabus tersebut dipenuhi pelbagai jenis bahaya.

Mu Qian Fan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaannya tetapi dia mahu turun bersama-sama mereka. Jun Wu Xie menolak permintaan ini. Tak kira betapa kuatnya Mu Qian Fan merayu, Jun Wu Xie langsung tidak beralah.

Qiao Chu dan yang lain sudah pun mengumpulkan dan mengemaskan semua bekalan sebelum membawa semuanya di belakang badan mereka. Tangan mereka memegang tali-tali yang tebal dan mereka membuat persiapan di kawasan berdekatan pinggir cenuram itu.

Dua pengawal bayang tersembunyi, Ye Mei dan Ye Sha tiba-tiba muncul. Mereka berdiri di antara Jun Wu Xie dan pinggiran cenuram.

"Kenapa Cik Muda mahu turun ke bawah sana?" tanya Ye Sha sambil memandang Jun Wu Xie. Dia dan Ye Mei merasakan ada sesuatu yang agak menggerunkan tersembunyi di bawah kabus yang tidak dapat ditembusi itu.

"Makam Maharaja Kegelapan," balas Jun Wu Xie.

Ye Sha dan Ye Mei tiba-tiba tergamam. Mereka berdua berkongsi pandangan tidak percaya dan mata masing-masing terus terbeliak.

"Cik… Cik Muda… kata apa tadi?" Ye Mei langsung tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Makam Maharaja Kegelapan?

MAKAM MAHARAJA KEGELAPAN!!!

Bila masa pula Tuanku ada makam…

Tuanku yang teramat mulia itu masih hidup!!

Jun Wu Xie mengulangi kata-katanya sekali lagi.

Ye Sha dan Ye Mei kelihatan lebih gerun!

Biadab!

Siapa yang berani begitu biadab!? Tuanku masih lagi hidup! Si bedebah mana yang bina makam!?


next chapter
Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C657
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen