App herunterladen
98.53% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 877: Tamparan Kesembilan (7)

Kapitel 877: Tamparan Kesembilan (7)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Kemudian dia menjawab, "Hal ini langsung tak ada kena-mengena dengan Kerajaan Qi. Saya membantu menyelamatkan Qu Ling Yue hanya disebabkan oleh permintaan Putera Mahkota. Disebabkan insiden ini melibatkan Negara Yan dan Bandar Seribu Binatang, Istana Lin tak berniat untuk masuk campur. Kerajaan Qi tak bersedia untuk menghadapi musuh seperti Negara Yan."

Kemudian Qing Yu berkata, "Saya faham kebimbangan Cik Jun tentang hal ini. Kami juga amat berterima kasih di atas bantuan Putera Mahkota!"

Lei Chen terkejut kerana mereka tiba-tiba berterima kasih padanya. Fikirnya selepas hal ini didedahkan, Bandar Seribu Binatang pasti akan begitu benci dengan Negara Yan. Tapi nampaknya keadaan sekarang ini berbeza dengan apa yang dia sangkakan. Tanpa sedar, Lei Chen berpaling memandang Jun Wu Xie sebelum akhirnya faham.

Dia sedar tidak ada sebab lain mengapa Jun Wu Xie bersetuju untuk terus merawat Qu Ling Yue selain daripada mahu membuatkan Lei Chen menerima penghargaan ini!

Kata-kata Jun Wu Xie memberi bayangan bahawa dia hanya sanggup membantu disebabkan permintaan Lei Chen. Ini membuatkan Bandar Seribu Binatang terhutang budi dengan Lei Chen! Tak kira betapa bencinya orang-orang dari Bandar Seribu Binatang ini terhadap Negara Yan, di dalam hati mereka hanya ada rasa berterima kasih pada Putera Mahkota ini!

Sudah tidak terkira berapa banyak usaha yang Lei Chen lakukan selama bertahun-tahun ini untuk mendapatkan sokongan Bandar Seribu Binatang. Sepanjang tempoh itu juga Lei Chen telah mencurahkan perhatian pada Qu Ling Yue. Namun hasilnya tidak begitu memberansangkan. Lei Chen tidak pernah terfikir beberapa patah kata yang Jun Wu Xie ucapkan hari ini sudah pun dapat mencapai matlamat yang dia telah kejar selama bertahun-tahun!

Pada ketika itu, Lei Chen begitu tersentuh sehingga hampir menangis. Dia terhutang budi dengan Cik Muda Jun!

Kalau Jun Wu Xie tidak dilahirkan di Istana Lin Kerajaan Qi, Lei Chen tidak akan teragak-agak untuk meminta gadis itu membantunya.

"Tak perlulah berterima kasih. Beta dan Qu Ling Yue adalah rakan seguru. Pedih hati Beta melihat dia dalam keadaan ini. Hakikat yang keadaannya sudah bertambah baik pun sudah cukup sebagai ganjaran." Lei Chen bukannya bodoh. Dia tahu yang dia perlu merebut peluang ini.

"Tak kiralah macam mana pengakhiran hal ini, Tuanku tetap akan menjadi sekutu pada Bandar Seribu Binatang," kata Xiong Ba sambil ketawa besar dan menepuk-nepuk dadanya.

Lei Chen mengangguk bersungguh-sungguh.

Selepas itu, Feng Yue Yang dan Jun Wu Xie menjalankan rawatan yang Qu LIng Yue perlukan. Sewaktu titik akupunktur Qu Ling Yue ditutup, bahagian dalaman badannya menjadi kacau-bilau. Walaupun semuanya telah kembali pulih, Qu Ling Yue kerap muntah darah sebelum ini. Jadi dia kini masih kekurangan darah. Namun dengan adanya Tabib-tabib Dewa seperti Feng Yue Yang dan Jun Wu Xie, masalah ini dapat diatasi dengan mudah. Selepas beberapa jam, masalah kekurangan darah Qu Ling Yue sudah pulih. Dia dijangka akan kembali sedar pada malam itu juga.

Jun Wu Xie dan Lei Chen kemudiannya bersiap-siap untuk meminta diri meninggalkan Xiong Ba dan yang lain.

Namun sebelum mereka beredar, Lei Chen teragak-agak seketika. Dia kemudiannya berpaling dan berjalan menuju Xiong Ba. "Ketua Dewan Xiong. Beta dengan rasa rendah diri mahu meminta sesuatu daripada kamu."

Xiong Ba berkata, "Tuanku ni terlalu bersopan. Kalau apa-apa yang kami boleh bantu, cakap saja."

"Kecederaan Qu Ling Yue berlaku pada pusingan akhir daerah Kejohanan Pertempuran Roh. Budak muda yang menjadi lawannya ketika itu masih lagi terkurung di Penjara Ibu Negara. Nyatalah kini yang kecederaan Qu Ling Yue tak ada kaitan dengan budak muda itu. Beta harap Ketua Dewan Xiong dapat pergi membelanya supaya dia boleh dibebaskan." Lei Chen masih bimbang tentang Jun Xie yang telah dipenjarakan. Dia tidak sedar orang yang dirisaukannya itu sedang berdiri pada jarak kurang tiga langkah daripadanya.

Xiong Ba terkejut sedikit dan terus membalas, "Sudah tentulah boleh. Tak pasal-pasal pula budak Jun Xie tu terseksa. Awal pagi esok saya akan ke sana. Tuanku tak perlu risau."

Setelah mendengar kata-kata Xiong Ba, Lei Chen akhirnya berasa lega. Selepas mengucapkan selamat tinggal, dia beredar bersama-sama Jun Wu Xie.

"Beta amat berterima kasih di atas bantuan Cik Jun bagi menyelesaikan insiden ini." Di dalam kereta kuda, Lei Chen berkali-kali berterima kasih pada Jun Wu Xie.


next chapter
Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C877
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen