App herunterladen
83.48% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 743: Menggenggam Tangan Kecil Itu (2)

Kapitel 743: Menggenggam Tangan Kecil Itu (2)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Hah?" Jun Wu Yao mengangkat matanya. Dia tahu Jun Wu Xie tidak cedera. Kalau tidak tiga ekor serangga itu tak akan menghadapi kematian yang mudah!

Jun Wu Xie menundukkan kepala memandang sepasang tangan yang sedang memicit-micit hujung jarinya. Kemudian dia memandang Jun Wu Yao.

[Dia periksa tangan saya untuk cari lukakah?]

"….." Senyuman di wajah Jun Wu Yao kaku seketika dan dia ketawa kuat sekali lagi.

"Lelaki-lelaki itu bukannya lemah dan mereka sanggup menggunakan helah yang keji. Jadi ada kemungkinan kamu mendapat kecederaan tersembunyi tanpa disedari. Kalau tak diperiksa dengan teliti, mudah terlepas pandang kecederaan begini. Adik Xie teruskan bercakap. Abang akan dengar sambil bantu periksa kalau-kalau ada kecederaan tersembunyi. Lebih baik begitu, bukan?" kata Jun Wu Yao. Senyuman di wajahnya langsung tidak kelihatan ikhlas.

Jun Wu Xie terkebil-kebil keliru mendengarkan kata-kata Jun Wu Yao. Dia tidak memberikan reaksi. Jun Wu Xie duduk diam, bimbang akan mengganggu Jun Wu Yao. Dia menghulurkan tangan untuk membiarkan lelaki itu terus memeriksanya.

Senyuman Jun Wu Yao semakin lebar sewaktu dia mengurut-urut hujung jari Jun Wu Xie dan menterbalikkan tangan kecil itu. Dia menggaru-garu tapak tangan Jun Wu Xie dengan perlahan. Sentuhan itu seolah-olah menggeletek Jun Wu Xie sehinggakan badannya menggigil sedikit.

Jun Wu Yao telah menemui hobi yang tidak akan membosankannya.

Ye Sha dan Ye Mei berusaha sedaya-upaya dengan seluruh kekuatan mereka untuk mengekalkan riak wajah yang tegas. Hati mereka bergelut menahan perasaan yang cuba dipendamkan.

[Tuanku Jue memperdayakan Cik Muda dengan menipu secara terang-terangan?]

[Ini satu penipuan besar!]

[Cik Muda ini begitu bijak, mengapa dia masih tidak sedar sebab sebenar di sebalik "pemeriksaan teliti" Tuanku Jue?]

Ye Sha dan Ye Mei saling bertukar pandangan. Masing-masing mempamerkan riak wajah tidak berdaya serta perasaan terhibur yang dipendamkan.

Sambil memegang tangan yang lembut itu, Jun Wu Yao berpura-pura tenang dan serius lalu bertanya, "Seronokkah pergi ke dasar Cenuram Penghujung Syurga?"

"Tak seronok." balas Jun Wu Xie.

"Kamu tahu tempat tu bahaya dan kamu masih lagi pergi ke situ?" tanya Jun Wu Yao sambil mengangkat sebelah keningnya. Ye Mei sudah pun menceritakan kepadanya tentang segala yang mereka temui di dasar Cenuram Penghujung Syurga. Tak dapat dinafikan yang orang-orang Rejim Kegelapan telah menumpukan seluruh usaha mereka ke situ. Tetapi… berbekalkan kuasa lemah yang dimiliki oleh Adik Xie serta rakan-rakannya, mereka pergi ke Cenuram Penghujung Syurga dan berjaya kembali hidup-hidup. Ini bukan sesuatu yang mudah.

"Saya nak cari makam Maharaja Kegelapan." Mata Jun Wu Xie kelihatan tegas. Ketika berdepan dengan orang-orang dari Alam Pertengahan, dia berulangkali diingatkan tentang kelemahan dirinya sendiri. Jun Wu Xie enggan bergantung pada kuasa orang lain untuk melindungi dirinya. Dia tahu yang dia perlu jadi lebih kuat!

Jun Wu Yao tersenyum. Dia merapatkan wajahnya ke wajah Jun Wu Xie. Matanya kelihatan terhibur.

"Oh? Kenapa Adik Xie beria-ia sangat nak cari Makam Maharaja Kegelapan?"

"Untuk kuasa," kata Jun Wu Xie dengan terus-terang. "Qiao Dungu dan yang lain beritahu saya yang makam Maharaja Kegelapan itu memiliki semua artifak berharga dari Alam Pertengahan. Barang-barang ini membolehkan seseorang itu menjadi sangat berkuasa dalam tempoh yang singkat. Saya mahu mendapatkan kuasa untuk menentang Dua Belas Istana."

Dia tidak mahu berdepan lebih lama lagi dengan perasaan sebagai seseorang yang tidak boleh kembali ke rumah sendiri.

Senyuman Jun Wu Yao semakin lebar. "Kamu tahu tak siapa Maharaja Kegelapan tu? Berani kamu inginkan hartanya?"

"Dia dah mati," balas Jun Wu Xie.

"….."

Ye Sha serta Ye Mei yang berdiri di pintu hampir-hampir mahu meluru masuk dan melutut di hadapan Jun Wu Xie.

[Cik Muda!]

[Beradabkah kalau mengatakan seseorang itu sudah mati di hadapan mukanya sendiri?]

Tanpa disedari, dua pasang mata yang kelihatan cemas memandang Jun Wu Yao. mereka benar-benar takut dia akan tiba-tiba mengamuk.

Sebaliknya, Jun Wu Yao ketawa dengan kuat. Dia duduk sambil memegang tangan kecil Jun Wu Xie dan ketawa terbahak-bahak sehingga bahunya bergoncang.

"Betul tu… Maharaja Kegelapan dah mati. Orang yang mati sudah tak dipedulikan, tak kiralah betapa berkuasanya dia ketika hayatnya."

Maharaja Kegelapan sudah "mati". Kalau tidak, mana mungkin orang-orang tak guna dari Dua Belas Istana itu berani untuk mahukan tempat itu. Mata Jun Wu Yao mengecil memikirkan hal ini. Begitu ramai orang mahukan barang kepunyaannya. Dia perlu beri "ganjaran" pada mereka nanti.

Tapi…

Mata Jun Wu Yao memandang Jun Wu Xie. Renungan tajamnya terus lenyap.

Kalau Jun Wu Xie yang mahukannya, walau barang apa sekalipun, dia boleh memilikinya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C743
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen