App herunterladen
42.92% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 382: Kemunculan Tuan Tua (3)

Kapitel 382: Kemunculan Tuan Tua (3)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Pemuda yang ditolak keluar oleh kerumunan itu merenung nota-nota bank yang dilambaikan ke udara. Secara senyap-senyap dia membuat isyarat ibu jari tanda bagus kepada tiga lagi rakan-rakannya yang berdiri di belakang pokok tersebut.

Jeritan kuat yang mendesak itu berlanjutan selama beberapa ketika. Kekecohan tersebut membuatkan lebih banyak mata tertumpu ke arah pokok itu. Seketika kemudian, barisan yang tersusun kemas di hadapan akademi itu mula kosong apabila semakin ramai pemuda-pemuda yang bergegas menuju ke bawah pokok tersebut.

"Mu Chen" tiba-tiba menyatakan permintaan terlalu banyak dan dia hanya ada empat eliksir saja lagi dengannya.

Mendengar kata-kata ini, kerumunan itu menjadi kecoh!

Tentulah eliksir dengan kesan yang menakjubkan ini jarang ditemui dan jumlahnya juga amat-amat terhad. Tetapi memandangkan mereka kebetulan mendapat peluang yang jarang diperolehi ini, mereka tak bersedia untuk melepaskannya!

Walaupun harganya sebelum ini ditetapkan pada tiga ratus ribu tahil, permintaan yang melampau ini menyebabkan harganya meningkat sehingga mencecah lima ratus ribu tahil untuk setiap eliksir yang dijual.

Selepas empat eliksir itu habis dijual, para pemuda lain yang kecewa enggan berputus asa. Mereka terus mendesak agar eliksir lain dijual sebagai tanda simpati kepada mereka yang tidak dapat memiliki salah satu daripada empat eliksir tersebut….

Betul tu, mereka meminta simpati….

Beratus ribu tahil dibelanjakan dan mereka merasakan "Mu Chen" menjual elkisir itu kerana berasa kasihan.

Eliksir-eliksir itu akan mengubah hidup mereka sepenuhnya. Kekayaan keluarga mereka menyebabkan wang yang dibelanjakan itu hanya seumpama setitis air di lautan.

Namun begitu, Tuan Tua "Mu Chen" mengatakan yang dia sudah kehabisan eliksir. Raungan kekecewaan diluahkan oleh pemuda-pemuda itu sebelum mereka beredar dalam keadaan patah hati….

Sewaktu "Mu Chen" beredar, banyak mata yang merenungnya dengan kesal.

Kecuali empat orang pemuda yang sedang ketawa terhibur di belakang pokok itu.

"Xie Kecil! Kejam betul! Kamu menipu mereka untuk mendapatkan lima ratus ribu untuk setiap eliksir! Kita dapat dua juta tahil hanya dari empat eliksir itu! Keuntungan melampau ni!" Qiao Chu memandang para pemuda yang merenung sayu ke arah "Mu Chen" yang berlalu pergi. Dia ketawa lebih kuat lagi. Qiao Chu tertanya-tanya jika para pemuda ini mendapat tahu yang "Mu Chen" ini hanyalah Hua Yao yang menyamar, apa yang mereka akan fikir ketika itu….

Kebolehan Hua Yao untuk mengawal tulangnya secara bebas, ditambah pula dengan bakat Jun Xie dalam mengubah penampilan luaran seseorang, membolehkan mereka meniru sepenuhnya sesiapa saja yang mereka temui. Langsung tidak menjadi masalah untuk mereka meniru penampilan Mu Chen yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka sewaktu di Kumpulan Qing Yun!

"Saya ada terlihat budak yang mengejek kita tadi. Dia berjaya beli salah satu eliksir itu…. Hahaha….. Kalaulah dia tahu yang dia dah membelanjakan lima ratus ribu tahil untuk membeli eliksir biasa, saya tertanya-tanya adakah dia akan muntah darah!" Semakin dia memikirkannya, semakin senang hati jadinya. Rancangan jahat Jun Xie ini memang melampau! Kalau orang lain yang mengaku memiliki eliksir luar biasa ini, tak ada siapa yang akan percaya. Tapi mereka menggunakan Mu Chen dari Kumpulan Qing Yun yang mahir dalam hal berkaitan urat darah dan arteri untuk membuat pernyataan itu. Ini membuatkan kata-kata tersebut tidak dapat disangkal kesahihannya.

Tidak kira betapa buruknya Kumpulan Qing Yun itu sebenarnya, di mata orang-orang dari seluruh dunia ini, kumpulan inilah yang terulung dalam bidang perubatan!

Jun Wu Xie merenung Qiao Chu yang sedang ketawa terbahak-bahak itu dan berkata dengan suara yang dingin, "Itu bukannya eliksir biasa."

"APA?" Qiao Chu terperanjat.

Fei Yan yang terdengar kata-kata Jun Wu Xie itu memandangnya dengan terkejut dan bertanya, "Xie Kecil, maksud kamu eliksir itu benar-benar akan mengubah keadaan urat darah serta arteri mereka?"

Jun Wu Xie mengangguk.

Qiao Chu dan yang lain tergamam.

Semua pemuda dari Alam Bawahan itu mengatakan mereka tidak pernah mendengar tentang eliksir ini. Malah mereka berempat yang datang dari Alam Pertengahan juga tidak tahu tentang kewujudan eliksir yang boleh mengubah keadaan urat darah serta arteri ini!

"Maksud….. Maksud kamu, eliksir itu asli?" Qiao Chu masih belum pulih dari keadaan terperanjat. Dia menyangkakan eliksir yang mereka jual itu hanyalah eliksir biasa. Tidak pernah dia terfikir yang mereka memang mempunyai eliksir yang memberikan kesan seperti yang dikatakan!

Jun Wu Xie mengangguk lagi.

"TAK MUNGKIN!" Qiao Chu menjerit tidak percaya. Jeritannya itu mengejutkan Hua Yao yang baru sahaja kembali ke kumpulan tersebut setelah membuang penyamarannya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C382
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen