"Kenapa lah aku ini.tolonglah! Aku nak sekolah Mon.berilah aku masa 2 tahun je."Air mata Surhan mulai menitis di dalam bilik Surhan.
"Pensyarah itupun tak boleh nak bantu aku sama sekali."Rungut Surhan di dalam biliknya.
Surhan sedang menghayal di dalam biliknya sambil duduk di atas katil.Sementara Lisbar tiba-tiba muncul dari celah-celah tingkap yang terbuka.Lisbar mengeluarkan bunyinya seperti mesin.
Kemudian Barulah Surhan tahu Lisbar ada di sekelilingnya.Surhan berubah menjadi gembira.
"Di manalah engkau pergi, Lisbar."Kata surhan Dengan robotnya.Lisbar diam seperti tiada perasaan.
Encik Nazim masuk ke dalam bilik Surhan.Lisbar automatik menghilang.
"Kau kenapa berkurung dalam bilik?"Soal encik Nazim kepada anak tirinya."Tiada apa yang nak dibuat lah cik.Lagi pun saya tak boleh melihat sekeliling dah."Surhan sedidikit mengeluh.
Lisbar mengintip mereka berdua berbual.
Encik Nazim kemudian keluar dari bilik Surhan.Lisbad mengeluarkan diri kembali setelah encik Nazim keluar. Surhan ketawa dengan gelagat si Lisbar yang akan menyorok apabila ada orang asing mendekat arahnya kecuali Surhan.
Surhan beridiri dari katil dan kemudian keluar dari bilik.Dengan keadaanyabyang terpaksa menyendu benda, Lisbar kemudia membantunya dengan bertukar menjadi alat kaca mata yang boleh memperlihatkan.
"Terima kasih Lisbar."Kata Surhan dengannya.
Sementara Surhan boleh melihat, dia cepat-cepat munuju ke dapur untuk memasak sebagai sarapanya.
Habis sahaja Surhan mengerjakan segala bahan di dapur, barulah dia masuk semula ke dalam biliknya dengan membawa nasi goreng yang masih panas. Tidak terlupakan juga membawa suduh dan air minuman teh.
Surhan menguncikan pintu bilik.Kemudian dia duduk di bangku satu set dengan meja belajarnya tempat di situlah dia mencipta robot yang bernama Lisbar. Kaca mata berbuah menjadi Lisbar semula. Surhan kembali kepada butanya.
Lisbar memerhatikan Surhan yang sedang makan.