App herunterladen
1.96% Avatar Raja / Chapter 17: Maharaja (2)

Kapitel 17: Maharaja (2)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Tak ada masalah!" Seven Fields dan semua temannya serta-merta setuju dengan cadangan tersebut. Pada saat ini, nilai jaguh seperti Ye Xiu adalah jauh melebihi sebarang ganjaran yang boleh diberikan oleh bos. Mereka lebih merisaukan bagaimana untuk menzahirkan rasa berterima kasih mereka terhadap Ye Xiu. Biarpun Ye Xiu ingin membolot semua ganjaran daripada bos tersebut sekalipun, mereka tetap akan bersetuju!

Seven Fields terfikir akan satu idea untuk menzahirkan rasa terima kasih mereka dengan lebih lanjut.

"Hey Moon Moon kecil! Serahkan posisi ketua kumpulan kepada abang jaguh kita ni!"

"Kalau kamu panggil saya Moon Moon kecil sekali lagi, saya akan bunuh kamu!" Sleeping Moon mengetap giginya.

"Eh kamu tak rasa nama tu comel ke? Kamu tak suka?" Seven Fields ketawa. "Tapi kalau kamu tak nak saya panggil kamu dengan nama tu lagi, cepat biarkan abang jaguh jadi ketua kumpulan!"

Sleeping Moon mengerti akan niat Seven Fields tersebut. Memberikan posisi ketua kumpulan kepada Ye Xiu akan dapat menghilangkan sebarang rasa curiga yang mungkin masih terpendam di dalam hati jaguh tersebut. Dengan ini, Ye Xiu pastinya sedar bahawa dia hanya perlu meminta jika dia inginkan sesuatu daripada mereka semua.

Lord Grim tidak melakukan sebarang perubahan setelah dilantik sebagai ketua kumpulan. Dia hanya berkata "Jom, kita sambung," dan terus memimpin mereka masuk.

Mereka meneroka 'dungeon' tersebut dengan rentak yang sudah sebati dengan diri mereka. Tidak lama kemudian, mereka sampai ke sebuah simpang yang menuju ke sarang Maharaja Labah-Labah. Lord Grim tidak teragak-agak walau sedikit pun dan terus menuju masuk. Mereka berempat mengekori di belakangnya.

Di sepanjang perjalanan, mereka terserempak dengan beberapa telur labah-labah. Telur tersebut serta-merta menetas apabila para pemain menghampirinya. Labah-labah kecil melompat keluar dan menyerang! Sungguhpun kuasa serangannya tidak tinggi, saiz mereka yang kecil membuatkan mereka sukar untuk diserang. Empat pemain lain perlu menumpukan perhatian penuh untuk menghadapi labah-labah tersebut, tetapi Lord Grim pula menghayunkan tombaknya dengan tangkas dan membunuh kesemua labah-labah tersebut satu persatu. Dia membantu semua pemain lain apabila menyedari mereka sedang menghadapi kesukaran. Tanpa Ye Xiu, mereka yang lain mungkin memerlukan sekurang-kurangnya satu jam untuk menyelesaikan masalah labah-labah kecil ini.

"Kamu semua rasa, adakah kita akan menjadi kumpulan pertama yang membunuh Maharaja Labah-Labah?" tanya Drifting Water.

"Itu bergantung kepada tuah kita. Saya tak pasti jika kita mampu menyelesaikannya dengan cepat," jawab Seven Fields.

"Memandangkan kelajuan kita agak tinggi, dan sampai sekarang masih belum ada pengumuman tentang kumpulan lain yang berjaya berbuat sedemikian, saya rasa peluang kita agak baik!" Drifting Water cuba membuat analisa tentang keadaan mereka.

"Kalau kita tak kuat, kita takkan berani menghadapi Maharaja Labah-Labah tersebut pun!" keluh Sunset Clouds.

"Syukurlah kita ada abang jaguh," kata Seven Fields.

"Betul, betul, betul!" kata mereka berdua.

"Kamu semua buat saya menyampah, tahu tak?" Sleeping Moon sudah jemu mendengarkan usaha mereka semua untuk mengampu Lord Grim. Dia juga tidak sedikitpun risau jika Lord Grim terdengar kata-katanya itu.

Tiga orang pemain tersebut berasa malu dan marah pada Sleeping Moon. Mereka tertanya-tanya mengapakah dia masih tidak menyesali perbuatan fitnahnya yang dulu? Seven Fields menghantar mesej peribadi kepada Sleeping Moon untuk menegurnya.

Malangnya, Sleeping Moon tidak ingin mendengar sebarang nasihat dan terus mempamerkan sikap buruknya itu.

"Kalau kamu nak buat perangai, lebih baik kamu keluar saja dari 'dungeon' ini! Jangan timbulkan masalah buat kami semua!" kata Seven Fields.

Sleeping Moon berasa kecewa. Dia tertanya-tanya, adakah semua teman-temannya akan bakal meninggalkan dia demi bersama dengan Ye Xiu?

"Kita dah sampai." kata Ye Xiu apabila tiba di pintu masuk sebuah gua kecil yang pastinya sarang Maharaja Labah-Labah.

"Bagaimana kita hendak membunuhnya?" tanya Seven Fields.

"Kamu semua tunggu sekejap. Saya nak tengok panduan," kata Ye Xiu.

Empat pemain lain serta-merta menjadi huru-hara. Kenapa pula baru sekarang dia hendak mencari panduan? Kenapa jaguh seperti ini tidak bersedia dari awal lagi?

Seven Fields tergamam. Dia melihat idolanya hanya berdiri tegak tanpa bergerak sedikitpun. Nampak gayanya dia benar-benar telah log keluar sebentar untuk melihatkan panduan tersebut. Mereka berempat semakin keliru. Ini bukanlah tingkahlaku seorang jaguh terulung!

"Mungkinkah….dia bertukar dengan orang lain?" Seven Fields mengutarakan sebuah idea yang membuatkan semua orang semakin risau.

"Seperti yang saya kata sebelum ini, mana mungkin seorang jaguh seperti dia berada di luar 'Heavenly Domain'! Mana mungkin dia berseorangan di server baru?" kata Drifting Water.

"Jahanam! Jadi, pemain yang membantu kita sebelum ini adalah jaguh sebenar. Tapi sekarang ini pula dia bertukar dengan seorang pemain palsu?" tanya Sunset Clouds.

"Abang jaguh, sampai hati abang tinggalkan kami semua seperti ini? Sekurang-kurangnya bantulah kami bunuh Maharaja Labah-Labah ini dulu!" kata mereka bertiga sambil menangis.

Sleeping Moon diam membisu. Di dalam hatinya, dia tahu bahawa kerisauan mereka semua tidak berasas sama sekali. Ini kerana personaliti yang ditunjukkan Lord Grim sekarang tetap sama dengan Lord Grim yang ditemuinya sewaktu bertarung dengan Midnight Phantom Cat. Tidak mungkin mereka telah bertukar orang.

Di tengah-tengah keadaan huru-hara tersebut, Ye Xiu kembali setelah selesai membaca panduan yang diperlukan.

"Okay, jom!" katanya dengan selamba.

"Abang jaguh...kamu…tak bertukar orang kan?" tanya Seven Fields dengan berhati-hati.

"Bertukar orang?" Ye Xiu tidak faham.

"Adakah kamu bermain menggunakan akaun ini sepanjang masa ini?" tanya Seven Fields.

"Eh sudah tentulah!" kata Ye Xiu.

"Jadi, saya tak faham kenapa jaguh seperti kamu perlu merujuk kepada panduan?" tanya Seven Fields.

"Saya dah bertahun-tahun tak mengharungi 'dungeon' ni. Kalau saya tak merujuk pada panduan, saya takkan dapat ingat macam mana nak menewaskan Maharaja Labah-Labah!"

"Jadi sebelum ini pun…."

"Ya, sebelum ini pun saya merujuk pada panduan!" kata Ye Xiu.

Keempat-empat pemain tersebut tergamam.

"Bila??" tanya Seven Fields.

"Selepas kita mempelajari kemahiran, saya ada merujuk serba-sedikit. Tapi panduannya panjang sangat, saya tak sempat membaca tentang bos tersembunyi." jawab Ye Xiu.

Mereka berempat berasa pelik. Mereka semua sudah mempelajari tentang panduan Gua Labah-Labah dari awal lagi, tapi tidak ada satu panduan pun yang sama dengan tunjuk ajar Lord Grim. Panduan apa pula yang dirujuknya?

Ye Xiu tidak mempedulikan rasa pelik mereka dan terus memberikan penerangan tentang cara menghadapi Maharaja Labah-Labah.

"Ok, tadi saya baru saja membaca tentang cara menghadapi Maharaja Labah-Labah ni. Kita masih boleh menggunakan strategi yang sama sewaktu kita berlawan dengan labah-labah yang menembakkan sarang sebelum ni. Selepas kita mengelilingi dia, kita akan 'Stun' dia berturut-turut. Tapi, ini masalahnya, Maharaja Labah-Labah akan mengeluarkan telur labah-labah, dan telur ini takkan boleh diserang oleh sebarang kemahiran atau efek. Labah-labah yang menetas dari telur ni adalah sama saiz dengan yang kita hadapi di laluan gua tadi, dan gigitan mereka akan menyebabkan status 'Stasis' selama tiga saat. Kamu semua tahu tentang status 'Stasis' ni kan? Kamu takkan boleh bergerak atau menyerang, tapi kamu juga takkan cedera. Masalahnya, biarpun kita tidak cedera, ia akan memecahkan formasi kita. Jadi, kita tak boleh digigit labah-labah kecil ni!"

"Jadi apa yang patut kita buat?" tanya Seven Fields.

"Biar saya yang uruskan semua labah-labah kecil tu. Kamu semua jangan risau. Jadi, cabaran terbesar kita adalah sama ada kamu semua mampu untuk melakukan 'Stun' tanpa henti sehingga Maharaja Labah-Labah tersebut tumpas,"


next chapter
Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C17
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen