App herunterladen
17.64% Aramin The Phantom Of Darkcurse / Chapter 3: 0-3 Korban Sumpahan Terlaknat

Kapitel 3: 0-3 Korban Sumpahan Terlaknat

Putra Ke 1 Kingsten memandang ke luar tingkap. Wajahnya kelihatan keruh. Dia menggenggam tangannya erat. Giginya pula diketap rapat.

"Sudah 2 minggu Aramin hilang sekarang. Bonda sudah murung dan sakit. Ayahnda pula semakin lemah"

"Utusan kerajaan lain juga datang menekan kita agar mencari Aramin. Tetapi di mana kita nak cari jika keberadaan dan keadaan dirinya pun kita tidak tahu!"

Putra Ke1 Kingsten hanya membiarkan adik-adiknya berbicara dan tidak menyampuk.

"Abang Aqir kenapa?"

Soal Putri ke2 bila sedar akan wajah Putra ke1 yang kelihatan pucat.

"Kamu melihat masa depan? Apa ada kaitan dengan Aramin?"

Soal yang lain. Semua kini memberi tumpuan kepada Putra Ke1. Semua sudah sedia maklum yang Putra Ke1 mempunyai kelebihan melihat masa depan. Namun tidak mengikut kehendak hatinya kerana bayangan masa depan akan datang secara tiba-tiba kepadanya tanpa dia dapat menolak dari todak melihat bayangan masa depan itu.

"Saya tak nampak Aramin. Tapi ketika saya mencuba melihat masa depan Aramin...."

Dia berhenti berkata kerana tidak sanggup memikirkan kemungkinan masa depan yang dilihatnya tadi mengenai masa depan adiknya!.

"Masa depannya tiada. Gelap..."

Ketika mereka mendengar apa yang keluar dimulut Putra Ke1 terus wajah mereka semua berubah. Mana mungkin mereka tidak faham apa yang difikirkan oleh Putra Ke1!. Jika masa depan Putra Aramin tiada, tidak dapat dilihat dan gelap hanya dua sahaja jawapannya iaitu yang pertama ialah ada yang menghalang Putra ke1 dari melihat masa depan Aramin dan sebab yang kedua pula ialah Aramin memang sudah ditetapkan tidak mempunyai masa depan!.

"Tak mungkin!"

Mereka menolak apa yang berada difikiran mereka. Mereka cuba memaksa diri mereka agar berfikiran positif.

Putra Ke1 hanya mampu diam kerana dia juga seperti adiknya yang lain.

"urhmmmm!!...."

Air mata jatuh bercucuran dimata budak lelaki itu.

Darah masih berlumuran di pergelangan tangan dan kakinya. Luka-luka siatan yang berbentuk simbol di dadanya turut masih mengalirkan darah.

Tik....tik....tik....

Bunyi titisan darahnya menitis masuk ke dalam mangkuk besar itu yang penuh dengan darahnya.

Asap-asap hitam berlumba-lumba masuk ke dalam pori-porinya, dimatanya, hidung dan seluruh rongga badannya.

Api-api merah terang turut membakar kuat tubuhnya sehingga kulitnya berubah merah.

Namun....

Walau diseksa seperti itupun dia masih tidak dapat memaksa dirinya agar pengsan dan tidak sedarkan diri.

Dia tidak tahu sudah berapa lama dia berada disini namun yang dia tahu dia mahu cepat-cepat agar seksaan yang dilakukan ke atasnya akan cepat dihentikan dan mencabut saja nyawanya.

"Benar-benar tubuh yang sesuai untuk dijadikan tumbal. Darahnya tidak habis biarpun sudah berminggu kita mengambil darahnya"

Kedengaran bisikan suara lembaga-lembaga berjubah hitam itu yang tiba-tiba muncul berdiri di depannya, memandangnya dengan mata yang kosong seperti melihat orang yang sudah meninggal.

"urm!!...urmm...!!!!"

Budak lelaki itu meronta kua bila melihat semakin lama semakin banyak lembaga berjubah itu muncul di dalam bilik itu. Seperti mahu menyambung menyeksa dirinya setelah menghilang beberapa hari dan hanya datang ketika ingin mengambil darahnya yang memenuhi mangkuk besar itu. Dia tidak tahu apa yang mereka gunakan darahnya namun yang dia yakin sangat mereka sedang melakukan sesuatu yang terkutuk dan dia pula sebagai korban perbuatan terkutuk dan terlaknat mereka itu!.

Api benih kebencian mulai berakar dihatinya tanpa dia sedar dan tanpa sesiapa sedar kerana dia sedang menanggung kesakitan yang berganda-ganda manakala lembaga itu semua pula sedang mulai membaca mentera disekelilingnya.

Betapa dia berharap akan ada yang menyelamatkan dia sekarang.

Betapa bagusnya jika ada ahli keluarganya yang sedar bahawa dia hilang dan disembunyikan dikawasan istana mereka! Sepanjang terkurung disini dia boleh mendengar suara ahli keluarganya kadang-kadang lalu di kawasan bilik bawah tanah tempat dia di kurung.

Namun dengan mulutnya yang dimasukkan dengan kain buat dia tidak dapat menjerit meminta tolong.

"Darah kerabat itu memang bernasib baik melahirkan seseorang yang berdarah immortal dan suci ini"

Kata lembaga bermata merah itu dengan memandang budak lelaki yang meronta ketakutan dimeja itu dengan pandangan yang seperti sedang melihat sesuatu makanan yang sedap.

"Rasa ingin menyeksa lagi jiwanya yang suci tidak dinodai oleh apa-apa kegelapan nafsu dunia itu. Tetapi sayangnya kita sudah kesuntukan masa. Kerabat keparat itu tidak sangka mempunyai kemampuan memanggil Si Penyihir tua itu!"

Suaranya begitu kasar sehingga membuatkan budak lelaki itu menggeletar kerana impak dari kuasa demon itu tidak mampu ditanggungnya sehingga menyebabkan gegendang telinganya pecah, darah berlumuran keluar dari rongga hidung dan matanya. Dia juga termuntah namun terhalang dengan kain yang menyumbat mulutnya.

Semua mata memandang budak lelaki itu dengan pandangan tamak. Terbayang akan kehidupan mereka selepas ini yang akan penuh dengan kekuasaan dan kemegahan. Langsung tidak peduli yang demi mencapai keinginan mereka, semua sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan mengorbankan nyawa tumbal yang dilahirkan mempunyai darah immortal dan jiwa yang suci.

"Buka kain dimulut korban. Upacara terakhir akan dilaksanakan sekarang"

Arah lembaga bermata merah itu memegang posisi ketua dalam upacara itu dan memiliki kuasa yang tinggi. Mungkin lebih tinggi dari abang-abangnya semua yang mempunyai magic yang hebat dan semua sudah di Level 50 ke atas.

Uhuk!!!...

Dia terbatuk darah ketika kain yang menyumbat mulutnya itu dibuka. Dia mencuba menarik nafas namun hanya bau hapak, hanyir darah bercampur lumut di bilik ini sahaja yang dirasanya. Apalagi ketika itu asap itu berlumba-lumba masuk kemulutnya sehingga dia berasa mulut dan lehernya panas dan sakit seperti ditusuk jarum peniti yang berjuta.

"To....lo...ng...."

Dia mencuba mengeluarkan suaranya yang serak.

"To..long...ber..henti...!"

Dia meronta kuat ketika melihat lembaga bermata merah itu mula meletakkan mata pisau sumpahan itu di dadanya yang telah disiatnya sehingga terukir simbol itu.

"Arggghhhh!!!!!!!....hen...ti...kan!!!!"

Dia menjerit kuat dengan suara penuh kesakitan.

"Arghhh!!! To..long..!!! Ayahnda..!!! bonda..!!! To..long.. Ara..min....sa...kit...!"

Dia menjerit meminta tolong kerana masih belum berputus asa agar ditemui dan diselamatkan oleh keluarganya. Dia tidak mahu diseksa seperti ini lagi. Sakit. Sangat Sakit.

cassss....

cassss.....

Bunyi kulit dipotong dengan kasar sekali tanpa ada niat berlembut kedengaran memenuhi ruang bilik kecil itu. Malah bergema sehingga menghasilkan bunyi yang mengilukan. Namun semua lembaga itu semakin pula bersemangat membaca mentera meraka dan cahaya ketamakan kelihatan jelas dimata masing-masing ketika mendengar jeritan kesakitan budak itu yang merupakan 'tumbal' mereka.


next chapter
Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C3
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen