App herunterladen
7.69% Aku Redha / Chapter 1: Bab Satu_Keluarga Angkat
Aku Redha Aku Redha original

Aku Redha

Autor: Ann_Zack

© WebNovel

Kapitel 1: Bab Satu_Keluarga Angkat

Pada pagi ini, aku akan meninggalkan rumah anak-anak yatim yg sudah pun menjadi sebahagian dari hidup ku. Sejak kedua ibu bapaku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, aku dihantar dan terus menetap disini hingga aku sudah pun hampir menamatkan pengajian SPM. Pada awalnya, aku sangkakan yg aku akan keluar dari sini dan mula mencari kerja yg sesuai utk aku, tetapi rancangan aku tergendala. Suatu hari, aku telah di kunjungi oleh kawan baik arwah ibuku, Dato Salawati bersama anak perempuannya, Zalia. Dia datang melihat keadaan kami semua dan dia bercadang utk mengambil aku bawa tinggal bersamanya. Dia mahu bertanggungjawab atas aku. Pada mula aku sangka mereka hanya main-main. Sejak kecil, ramai orang datang dan pergi setelah berjanji mahu membantu kami atau datang menjenguk, akhirnya mereka hilang tiada khabar berita. Nasib baik lah rumah anak yatim ini dapat bantuan kerajaan, kalau tidak kami semua tidak akan berada disini lagi. Tepat jam 9, Dato Salawati datang bersama Zalia dan beberapa orang kanannya, utk membantu aku mengambil beberapa barang-barang aku . Pengetua rumah, kak Haliza, sempat menjemput mereka menjamah beberapa kudapan sebelum aku pergi. Aku bersalaman dan berpelukan dengan semua adik-adik ku.Ketika aku melangkah masuk ke dalam kereta pun, mereka masih menangisi pemergianku. Lambaian terakhir menambahkan lagi kepiluan dihatiku dan mereka. Akhirnya kami bergerak dan perlahan-lahan pandangan kami menghilang. Dato' dan Zalia amat gembira apabila aku setuju utk mengikut keputusan mereka. Kami terus menuju ke arah rumah banglo besar dan mewah di tengah kota. Hadapan pintu pagar ada sekuriti dan apabila kereta kami tiba di hadapan pintu utama, aku di sambut dengan beberapa orang gajian Dato' . Aku turun dan terus bersalaman dengan semua orang gaji Dato' . Gelagat aku tidak disenangi oleh seorang lelaki. Iaitu anak sulung Dato', Zaid Amri. Gaya lagaknya memang menampak dia memang anak orang kaya Jauh rupanya dari Zalia. Zalia seorang yg simple dan senang bergaul walaupun bukan orang senang. Lagak gayanya tak ubah seperti Dato' yang mudah disenangi tapi dihormati. Amri mula meperlekehkan kedatangan aku dihadapan semua. Tapi Alia dan Dato' banyak membela aku. Mereka lah kekuatan aku ketika aku mula melangkah masuk ke rumah itu. Alia menarik aku terus masuk kedalam dan meminta izin Dato' utk membawa aku menunjukan aku ke arah bilikku. Dato' hanya tersenyum dan meminta para pekerjannya yg lain mengangkat barangku. Barang aku tidak terlalu banyak. Hanya sebuah beg pakaian dan sebuah kotak barang. Aku hanyalah anak yatim. Aku tidak mampu membeli banyak barang. Barang yg tidak ternilai buatku adalah lukisan. Aku amat sukakan melukis. Setiap lukisan aku, aku hanya akan simpan di dalam sebuah kotak kasut yg sudah sekian lama aku simpan.

Setiap ruang dalam rumah itu amat mewah dan selesa termasuklah bilik tidur ku. Aku amat bersyukur dapat duduk bilik sebesar itu. Pada mulanya aku menyangka aku berkongsi bilik bersama Alia. Rupanya itu adalah bilik aku sendiri! Aku memang amat terkejut dengan keluasn bilik itu. Terlalu besar bagiku. Namun bila Alia beberapa kali mendesakku supaya menerima bilik itu, aku hanya mengangguk faham. Dia amat gembira menerima kedatanganku. Sedang seronok aku mengemas baju di dalam almari yg besar itu, Amri hanya memerhatikanku dari daun pintu bilikku yang terbuka luas. Pandangan yg tidak puas hati akan kehadiran aku di situ. Bila aku menoleh ke arahnya, dia hanya membalas dengan senyuman sinis dan terus berlalu pergi. Selepas melihatnya pergi, aku menutup pintu itu. Renungn matanya membuatkan aku teringat-ingat. Amat menakutkan. tapi aku akan cuba berusaha utk menangi hatinya suatu hari nanti. Aku terus tertidur keletihan selepas mengemas semua barang-barang. Dalam tak sedar, ada seorang wanita tua yg datang mengejutkan aku. Aku memerhatikan sekeliling bilikku. Gelap! waktu asar hampir habis. Aku segera bergegas ke bilik air utk mengambil wudhu. Gelagat aku mengejutkan wanita yang telah mengejukan aku bagun dari tidur tadi. Dia pelik dengan gelagat aku dan apabila aku keluar dari bilik air. Dia mendekati aku dan bertanya.

"Kenapa anak tiba-tiba masuk bilik air?" aku berpaling ke arah wanita itu dan mendekati wanita itu.

" nak solat.. dah lewat! Ada sejadah tak? makcik..??" belum sempat aku habis bertanya, wanita itu terketawa.

"oh.. Mak Tam ingatkan apa tadi. Nanti kejap, Mak Tam ambilkan sejadah kejap." aku tersenyum kembali.

Sementara dia mengambil sejadah, sempat aku mengambil telekung dalam almari dan memakainya. Selepas usai aku solat asar itu, Mak Tam mengingatkan aku untuk turun ke meja makan malam tepat jam 830 malam. Aku hanya mengangguk tanda faham.

Aku menuruni tangga dengan hati-hati. Mataku melilau melihat keindahan dekorasi rumah itu. Bagiku seperti berada di istana. Setiap inci rumah letakkan hiasan-hiasan mahal dan import. Aku hanya terpegun melihat sebuah potret milik keluarga Dato Salawati itu. Usia Alia ketika itu masih budak sekolah rendah. Comelnya dia dan bahagia dapat ku lihat dalam wajah-wajah potret itu. Tiba-tiba, mataku beralih tertumpu pada wajah Amri. Wah, memang kacak bergaya. Dia memang lelaki idaman setiap wanita. Aku suka melihat wajahnya tanpa bersuara. Jika dia bersuara, pasti kata-katanya tidak seindah tuannya. Sedang asyik aku melihat wajah itu, kebetulan Alia dan Dato baru juga turun dari tangga itu menuju ke meja makan. Mereka menegurku. Tiba-tiba Dato pula mendekati aku dan memandang ke arah potret yg sama. Dia menceritakan serba sedikit tentang arwah suaminya. Mereka merupakan kawin baik arwah mak ayahku ketika mereka belajar di England dulu. Arwah mak ayahku juga merupakan busniess partner mereka. Sekarang hanya tinggal Dato sorang sahaja yg menguruskan syarikat mereka sambil di bantu oleh Amri Yang jugabaru pulang belajar dari England. Tempat yg sama mereka belajar suatu ketika dahulu. Aku rasa bahagia dapat mendengar sedikit sebanyak tentang arwah mak dan ayahku. Walaupun aku tidak pernah langsung mengenali wajah atau latar belakang tentang mereka berdua. Tentang kemalangan itu juga aku tidak tahu apa sebenarnya yg terjadi. Hanya aku tahu mereka meninggal kerana kemalangan. Air mata Dato sedikit menitis. Aku mengelap air mata Dato dan Alia terus mengajak kita ke meja makan. Lapar katanya. Kami ketawa dan Dato mengajak ke sana. Aku hanya mengikut. Sampai di meja makan, Amri sudah pun mula makan. Dato mula membebel pada Amri kerana tidak menunggu tetamu makan bersama. Amri turut naik berang kerana membenarkan aku tinggal di sini tanpa berbincang dengannya dulu. Bergaduh anak beranak di situ di sebabkan kehadiran aku. Aku tidak selesa dengan keadaan itu, jadi aku terus meminta diri utk masuk ke bilik walaupun sebenarnya pada saat itu aku tengah lapar giler. Aku terus menuju ke bilik tanpa menghiraukan panggilan Dato dan Alia di ruang makan. Aku terus masuk ke dalam bilik air dan mengambil wuduk utk menunaikan solat isyak. Selepas aku sudah, aku terdengar bunyi ketukan pintu. Aku terus menuju ke pintu tanpa sempat membuka telekung. Mak Tam datang menghantar makanan ke dalam bilik.

"Eh, kenapa Mak Tam susah-susah? Nanti kalau Dee lapar, Dee turun la Mak Tam." tanganku mencapai talam pada tangan wanita berusia itu. Dia tersenyum dan mengekori aku hingga ke dalam bilik.

"takpe la. Ini arahan Dato suruh hantar makanan pada anak. Lagi pun Mak Tam datang ni nak sembang-sembang dengan anak ni kalau anak tak kisah." aku tersenyum sambil melipat telekung dan sejadah sidai di penyidai. Aku mendekati makanan yg terhidang di atas meja dan mula menyuap makanan ke dalam mulut.

"Anak ni nama apa?" Mak Tam mulakan pertanyaan.

"Nama saya Delaila, Mak Tam" Dia mengangguk.

"Sedap nama tu. Senang Mak Tam nak ingat. Umur berapa?"

"17. baru habis SPM." Aku membalas. Dia mengangguk kembali.

"yela, Dato ada bagitahu hari tu. Tapi Mak Tam lupa." Aku tersenyum.

"Mak Tam.." pertanyaan aku membuatkan Mak Tam memandang ke arahku.

"ye.."

"orang gaji Dato ada berapa? Diorang tahu tak saya nak ke sini? Diorang ok tak?" Mak Tam pelik dengan soalan ku.

" Mestilah semua orang tahu. Siapa diorang nak larang Dato nak ajak siapa datang rumah dia. Bagi Mak Tam, semua macam ok je. Tapi Mak Tam tak sangka lah pula, encik Am tak suka bila cik Delaila datang." Aku berhenti makan dan memandang tepat pada Mak Tam.

"kenapa Mak Tam cakap macam tu?"

"Encik Am ni memang suka sangat bersembang tambah-tambah kalau bercakap dengan perempuan." aku bertambah terkejut.

"kenapa dengan perempuan?" Mak Tam mendekatkan dirinya denganku. Dia memperlahankan suaranya dan mendekatkan mulutnya di cuping telingaku.

"Dia tu kaki perempuan!" Aku bertambah terkejut.

" Dah lama ke dia macam tu?"

" tak lama la. Sejak dia balik dari England. Dulu dia tak macam tu pun, dia baik je. Dengar cakap Dato. Tak pernah tinggikan suara. Sejak dia balik dari England dan dia kenal dengan seorang perempuan nama, Syira. Dia jadi lain. Balik lewat malam, mabuk lagi. Kadang-kadang, Syira tu tidur dalam bilik dia. Mak Tam terkejut juga. Mula-mula tak percaya, tapi suatu pagi, Mak Tam nak ketuk pintu bilik Encik Am nak ajak sarapan, Syira boleh keluar dari bilik Encik Am. Dahlah dengan keadaan dia yg serabai macam baru bngun tidur. Tah apa lah diorang buat dalam bilik tu. Mak tam tak tahulah" Aku terkedu.

Alamak! Aku datang pada masa yg tidak tepat la. Patutlah si Amri tu nak marah gile kat aku. Tapi macam nak bagi alasan kat Dato kalau aku nak keluar dari sini. Mesti Dato takkan bagi. Ya Allah ujian apa yg kau beri padaku kali ini? Sanggup ke aku hadapi dan tempuhinya?


next chapter
Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C1
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen