Aubree tidak pernah menyangka sakit hati kerana dibentak dengan orang yang disukai itu sangat sakit walaupun bukan Aubree yang sekarang ini yang mempunyai perasaan terhadap Putera Ketiga ini.
Aubree tidak tahu kenapa pemilik asal badan yang lama ini boleh menyimpan perasaan terhadap Putera Ketiga ini. Katanya Putera Ketiga ini seorang yang baik hati dan lemah-lembut tapi dia melayan orang yang mempunyai status lebih rendah dari dia dengan cara yang kasar.
Aubree tahu sejak pertama kali dia masuk ke Dunia Elf ini, dia sudah tahu jika Putera Ketiga ini tidak pernah dan tidak akan menyukai pemilik asal badan ini.
"Saya tidak perlukan pembantu seperti kamu lagi di kediaman saya. Mulai hari esok, kamu tidak perlu lagi datang ke sini dan bekerja di kediaman saya. Saya tidak mahu melihat kamu ada di sini lagi!" kata Kilan dengan wajah yang tidak berperasaan.
Semua Elf yang mendengar bagaimana Kilan menghentikan Aubree daripada bekerja di sini, terus membuka mulut kerana tidak menyangka yang Putera Kilan terus mengusir Aubree.
Sedangkan Aubree yang ketika itu masih menunduk, dalam diam sebenarnya merasa gembira dan ingin merayakan hal ini. Dia tidak pernah menginginkan apa-apa dari Putera Kilan selain kebebasan dan sekarang Putera Ketiga ini pula memberikan apa yang Aubree inginkan. Sangat bagus!
Pada masa yang, datang seorang pengawal Elf menghampiri Putera Kilan. Dia melaporkan, "Yang Mulia, utusan dari Menara Kristal sudah datang ke istana. Yang Mulia Raja Elf ingin Yang Mulia segera menghadap ke istana."
Wajah Putera Kilan dan setiap orang yang berada di tempat itu berubah menjadi terkejut. Dalam masa sekejap saja, semua orang lupa tentang masalah Aubree. Tiada lagi yang berbisik-bisik tentang Aubree.
Siapa di Kerajaan Elf yang tidak tahu tentang Menara Kristal ini. Menara Kristal ini ialah satu-satunya tempat di mana terletaknya Kristal Kehidupan dan dijaga oleh Ahli Sihir terkuat dan beribu-ribu Tentera Elf. Walaupun tiada yang tahu di mana Menara Kristal itu terletak sebenarnya tapi semua Elf akan mengenali apakah itu Menara Kristal jika disebut.
Kerana utusan dari Menara Kristal sudah datang dan ingin berjumpa dengan Putera Kilan, Kilan segera berjalan meninggalkan taman itu untuk bersiap sedia.
"Yang Mulia!"
Kilan berhenti. Dia tidak menyangka jika ada orang yang berani menghentikan pergerakannya saat ini di kala dia ingin bergegas. Kilan segera menoleh ke belakang, memandang ke arah Julie yang sedang melutut di atas tanah sambil menghadapnya.
Puteri Katy yang mengikuti Kilan dari belakang tadi merasa geram kerana pembantu yang satu ini sudah berani menghalang pergerakan Putera Kilan sedangkan sudah terang-terang yang Putera Kilan ingin cepat.
"Katakan, apa yang kamu mahu? Tidakkah kamu melihat yang Yang Mulia ingin cepat?" kata Puteri Katy dengan suara mendesak.
"Yang Mulia, saya juga ingin berhenti bekerja di kediaman Yang Mulia. Saya tidak ingin meninggalkan kawan saya ini seorang diri di luar jadi, saya mohon Yang Mulia. Saya juga ingin berhenti dari bekerja di sini lagi!" kata Julie dengan wajah serius.
Aubree terkejut mendengar kata-kata Julie. Dia terus memandang ke arah Julie dan bertindak ingin menghalang Julie. 'Kenapa dia mahu ikut saya? Sudah terang-terang lagi kalau dia akan merasa lebih selamat jika tinggal di kediaman Putera Ketiga ni!'
Belum sempat Aubree mengatakan apa-apa, Kilan sudah pun membuka mulutnya. "Baiklah, kalau itu yang kamu mahu! Dalam masa tiga puluh minit, kamu berdua harus keluar dari kediaman saya dan jangan kembali lagi!"
Kilan memandang ke arah pengawal yang sedang berdiri di belakangnya. "Kamu harus pastikan dua orang Elf ini sudah menghilang dari kediaman saya sebelum saya pulang. Jika kamu gagal melaksanakan tugas ini, kamu yang akan saya hentikan bekerja. Kamu faham?!"
"Ya, Yang Mulia."
Usai memberi perintah kepada pengawal itu, Kilan terus beredar tanpa memandang ke arah Aubree lagi. Dengan dinginnya dia meninggalkan taman itu.
Katy yang masih mengikuti Putera Ketiga itu dari belakang, memandang ke arah Aubree untuk kali terakhir sebelum dia tersenyum sinis. Dia tidak sabar hendak memberitahu berita ini kepada Angela. Sudah tentu rancangan untuk membuatkan Aubree diusir dari kediaman Putera Kilan adalah idea dari Angela dan dengan hasil dari lakonan Katy, Kilan terus mengusir Aubree.
Katy berfikir jika Kilan hanya akan menghukum Aubree dan bukannya mengusir dia tapi seperti impian mereka seolah-olah didengari oleh para dewa di syurga, hari ini dia dapat menyaksikan Aubree diusir sendiri oleh Kilan keluar dari kediamannya. Perkara ini adalah hal yang paling menggembirakan buat Katy.
Setelah Kilan dan Katy pergi, barulah Aubree menolong Julie untuk berdiri. "Julie, kenapa kau cakap yang kau juga mahu diusir? Kau selamat di sini dan kau juga dibayar. Kalau kau bekerja di sini, kau tidak akan kekurangan makanan. Kalau kau ikut saya, kau hanya akan dapat kesusahan," kata Aubree.
Julie tersenyum manis sambil menepuk bahu Aubree. "Aubree, kau tidak perlu merasa bersalah. Saya yang ingin pergi bersama kau. Lagipun, kalau saya tinggal di sini, saya juga tidak akan tahan dengar mereka berkata buruk pasal kau. Daripada saya harus mendengar mereka bergosip tentang benda yang tidak betul, apa salahnya saya ikut kau. Kita boleh mencari pekerjaan bersama-sama nanti."
Aubree terdiam mendengar kata-kata Julie. Sejujurnya, dia tidak tahu perkataan apa yang sesuai yang harus dia katakan kepada Julie Aubree tidak menyangka jika Julie sanggup mengikutinya berhenti dari pekerjaan ini dan mengikutinya pergi mencari pekerjaan lain.
Aubree merasa terharu dengan kebaikan Julie tapi dia tahu yang dia tidak boleh mempercayai Julie seratus-peratus. Aubree tidak mahu mempercayai orang lain dengan senang setelah apa yang berlaku padanya di kehidupan yang sebelum ini.
Dikhianati oleh sahabat sendiri itu membuatkan Aubree sedar yang musuh ada di mana-mana. Sedangkan sahabat sendiri boleh jadi musuh apalagi orang yang ada di sekelilingnya.
Tapi buat masa sekarang, Aubree percaya jika Julie tidak akan berbuat apa-apa yang buruk kepadanya jadi Aubree yakin yang dia boleh mempercayai Julie.
Aubree menggenggam erat tangan Julie dan memberikan senyuman dengan perasaan terharu. "Julie, terima kasih."
Julie juga membalas senyuman dari Aubree dan dia menganggukkan kepalanya dengan wajah gembira. "Jangan risau. Walaupun kita akan susah mendapat makanan selepas ini, saya berjanji yang saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari sumber makanan untuk kita berdua."
Aubree terasa ingin ketawa dengan kata-kata Julie. Dia tahu Julie bersungguh-sungguh dengan apa yang dia katakan tapi Aubree tetap merasa terhibur. Aubree sudah pun menyusun strateginya sendiri bagaimana dia akan mencari sumber makanan dan sumber duit nanti. Lagipun, jika dia gagal, Aubree masih mempunyai White untuk menolongnya.
Pengawal yang diberi amaran oleh Kilan tadi memperingati Aubree dan Julie jika waktu yang diperuntukkan untuk mereka supaya mereka segera beredar hampir habis.
Julie hanya memandang pengawal itu dengan wajah bengis sebelum dia menarik tangan Aubree dan mereka bersama-sama keluar dari kediaman itu.
Beberapa orang pembantu rumah yang menyaksikan mereka bergerak ke pintu tidak berhenti ketawa dan saling berbisik.
Dalam masa sekejap saja, berita mengenai Aubree yang dibuang kerja oleh Putera Kilan tersebar ke seluruh kediaman. Ada diantara mereka yang mengejek dengan takdir malang yang menimpa Aubree dan ada juga yang bersimpati tapi hanya mampu menggelengkan kepala mereka.
Yang paling gembira dengan berita ini ialah Angela kerana sebaik saja Putera Kilan bergerak ke istana, Katy segera datang ke bilik Angela untuk memberitahu perkara ini. Dua orang wanita Elf ini pun menjayakan kejayaan mereka kerana berjaya mengusir wanita yang menjadi sumber ancaman kepada mereka.
Aubree melangkahkan kakinya keluar dari kediaman Putera Ketiga itu. Saat sepuluh langkah ke depan Aubree berhenti lagi dan menoleh ke belakang, menatap kediaman itu untuk kali terakhir.
Perasaan sakit hati yang dia rasa tadi kembali muncul dari dalam hati Aubree. Perlahan-lahan, Aubree memegang dadanya. Aubree tahu jika perasaan itu datang dari perasaan pemilik asal badan ini. Aubree juga tidak mahu jika pemilik asal badan ini terus merasa sedih dan kecewa begini memandangkan Aubree yang sekarang tinggal di dalam badan ini.
"Jangan sedih, 'Aubree'... Saya akan tolong kau membalas dendam pada lelaki tak guna ni! Suatu hari... Suatu hari, saya akan mencari kebahagiaan untuk kau..."
Usai Aubree berkata seperti itu, hati Aubree yang terasa sakit dan berat tadi menjadi ringan secara perlahan-lahan.
>>Terima kasih.<<
Seolah-olah dia boleh mendengar perkataan dari 'Aubree' yang sebelum ini, Aubree pun tersenyum kecil. Dengan tekad yang terakhir untuk tidak mahu kembali ke kediaman ini lagi, Aubree berpusing ke belakang dan berjalan mengikuti Julie yang sudah pun memandangnya dengan wajah kehairanan.