App herunterladen
41.93% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 13: Chapter 12

Kapitel 13: Chapter 12

Di malam hari yang dingin, terlibat asap tebal yang datang dari satu perkampungan kecil yang kini telah separuh darinya di makan apai yang kian mengganas.

Disamping itu, terdengar teriakan meminta tolong dari para penduduk yang menjadi korban kepada satu organisasi gelap yang kian hari berluasa.

Darah dari para korban membasahi permukaan tanah berserta jasad manusia yang tidak memiliki nyawa.

Diantara mereka, terlihat satu sosok pemuda yang berjubah hitam gelap yang sedang merenung jauh tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya yang kian kacau.

Walaupun tubuhnya berlanggar dengan orang lain, tapi dia tetap dalam posisi yang sama tanpa sebarang pergerakan. Sehingga satu suara lembut menegurnya.

"Apa yang kamu lakukan Khai?" Kata sosok itu sambil mengimbas pedangnya yang kotor akibat darah dari musuhnya yang tidak berdosa.

Sosok yang dipanggil Khai hanya menggelengkan kepala lalu kembali menatap sinis satu persatu tubuh manusia yang terbaring di tanah tanpa memiliki nyawa di raga.

Hatinya kosong melihat pemandangan yang cukup sadis di matanya malah dia jugak tidak berperikemanusiaan untuk mencabut nyawa manusia yang lain tanpa kenal tua, muda, kanak-kanak mahupun wanita yang sedang mengandung.

Hatinya seakan tidak memiliki rasa bila mendengar permintaan dari musuhnya yang merayu sambil berlinangan air mata untuk tidak dibunuh.

Tapi baginya pemandangan seperti itu seakan memberi keterujaan padanya. Dan dia sendiri tidak tahu sama ada tindakan yang dia lakukan adalah benar atau tidak!

                    "Ryaito tersenyum lah!"

Satu suara serta sosok tubuh yang pudar terlintas di mindanya sehingga membuatkan kepalanya sedikit pening dan sakit.

Sebaris nama yang diucapkan oleh seorang lelaki yang tidak dia kenali. Malah nama yang di ucapkan oleh sosok misteri tersebut bukan dirinya. Lantas kenapa bayangan sosok tersebut seringkali bermain di mindanya!

Dan persoalannya. Siapakah Ryaito?

"Khai awak okey tak ni?" Tegur suara wanita yang setia berada di sampingnya. Dia jugak dapat merasakan tubuhnya dipapah oleh wanita tersebut.

"O..ok! Tak ada apa. Lepaskan Shila! Saya boleh berdiri sendiri." Kata Khai dengan lemah.

Malah ditolak kasar tubuh Shila yang sedari tadi menempel pada tubuhnya. Dia sedikit tidak selesa berdekatan dengan mana-mana anggota wanita di guild sihirnya.

Bagi dia, semua wanita di tempatnya tidak memiliki etika dan mereka lebih terlihat serakah serta tamak akan sesuatu yang mereka perolehi. Malah ada diantara mereka yang membenci diantara satu sama lain.

"Sombong!" Kata Shila dengan dengusan nafas yang memburu. Khai tahu wanita itu telah menahan geram akan sikapnya yang tidak pernah goyah.

Khai turut dikenali sebagai sosok berhati dingin dan tidak tertarik dengan berlainan jenis dan cukup membenci sosok yang dikenali sebagai WANITA.

Khai berjalan dengan langkah yang lemah tanpa menoleh kebelakang. Dia betul-betul mengabaikan kewujudan Shila yang sedang menahan amarah. 

Dia berhenti melangkah bila jalannya di halang oleh seseorang yang berbadan sedikit besar daripadanya. 

Ya orang tersebut merupakan sosok yang cukup dikagumi serta diminati oleh semua orang kecuali dirinya yang sedikit tidak menyukai sosok yang dihadapannya atau dikenali sebagai Sakurai Takashima.

" Ketepi!" Arah Khai dengan dingin tapi Sakura hanya tergelak sinis sambil menatapnya tajam.

"Sungguh menyedihkan" kata Sakurai lalu melangkah meninggalkan Khai yang terlihat pucat.

Khai dapat melihat senyuman sinis yang hadir di wajah Sakura yang cukup buruk di pandangan matanya.

Tanpa menghiraukan orang gila itu, dia kembali melangkah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang kian kacau.

Langkahnya berakhir bila dia tiba di salah satu tapak perkhemahan yang didirikan oleh orang bawahan untuk kesenangan para atasan mereka.

Dia merebahkan tubuhnya di atas tilam. Kedua matanya dipejam bagi menghilangkan segala lelah yang dia rasakan.

Tanpa diundang, sosok tersebut kembali bermain diminda tapi kini sosok lelaki tersebut hangat kearahnya.

Entah kenapa dia merasakan satu perasaan yang cukup membingungkan dirinya. Dia rindu dengan sosok itu. Malah dia jugak tertanya siapa sosok tersebut. Kenapa sering bermain di mindanya.

"Siapa kau sebenarnya?" Tulah yang sering menjadi tanda tanya bagi Khai yang sampai ke hari ini dia tidak mendapat jawapan yang dinginkan.

                               

                         MENARA SIHIR

Di sebuah bilik yang luas dan megah terdapat satu meja yang panjang terletak di tengah ruangan.

Suasana dalam bilik sedikit riuh rendah dengan suara-suara manusia yang berbincang akan sesuatu perkara yang cukup merumitkan bagi kesemua kerajaan masing-masing.

"Makin hari makin gila guild gelap ni! Dua hari lepas, satu perkampungan telah mereka musnahkan tanpa sisa. Lagi kejam setiap kepala para penduduk gi gantung sepanjang jalan!" Ujar salah seorang dari mereka.

"Kita kene lakukan sesuatu! Kalau tak makin ramai yang terkorban." Balas yang lain.

"Tapi bagaimana dengan khabar anggota kerajaan Nishimura! Adakah anak pertama dari keluarga tersebut masih selamat!" Ujar salah seorang dari mereka.

Kesemua yang ada terdiam bila isu Anak sulung Nishimura di bangkitkan di meja parlimen.

"Bukan ke kerajaan WhiteFairy mempunyai pertunangan dengan putera pertama! Apakah kamu sudah mendapat berita pasal dia Ayato Hayashi!" Ucap seorang lelaki yang mewakili kerajaan angin yang kebetulan duduk berhadapan dengan pemerintah dari kerajaan WhiteFairy.

Sebuah kerajaan yang kebanyakan penduduknya mengunakan sihir yang berunsur angin. Kerajaan yang dipanggil sebagai Kingdom Sorakaze yang dipimpin oleh Thubasa Nakikaze.

"Buat masa ni! Masih menjadi tanda tanya. Tapi percayalah bahawa dia masih bernyawa cuma tidak tahu keberadaannya." Balas Ayoto dengan tenang tanpa niat memberi tahu kebenaran tentang anak sahabatnya.

"Buat masa ini! Kita berhenti dahulu pencarian untuk putera pertama! Lebih baik kita fokus pada musuh kita. Saya rasa itu lebih baik!" Sambung Ayato sambil memandang ke 5 penguasa serta beberapa anggota tingkat tinggi dari menara sihir.

"Betul apa yang mulia Ayato katakan! Saya pun rasa kita perlu fokus pada organisasi gelap ini!" Kata seorang lelaki yang berambut panjang yang memiliki tingkat serta jawatan yang cukup tinggi di menara sihir. Dia adalah Sasuke Uchida, seorang lelaki tua yang memegang gelaran sebagai sihir agung kedua.

"Tapi bagaimana Sasuke-sama! Kemampuan kita tidak setaraf anggota mereka! Malah yang paling tinggi bagi golongan muda adalah Ryunosuke Nishimura dan tempat kedua adalah Ryaito Nishimura. Tapi kita kehilangan jejak mereka berdua!" Kata seorang pengusaha dari Kingdom Ironland Magic, Genzo Wakabayashi.

Ya mengikut catatan di menara sihir hanya tercatat dua nama yang berjaya mencapai tingkat pertama dan kedua bagi golongan muda.

Tapi malangnya kedua orang tersebut telah hilang bersama kerajaan mereka yang telah tumpas di tangan satu organisasi yang kesemuan ahlinya menggunakan kekuatan dari sihir larangan.

"Tapi keduanya masih bernafas sehingga kini! Cuma mereka menghadapi masalah tersendiri. Si pertama kehilangan semangat yang si kedua kehilangan jati diri. Kemungkinan peperangan diantara dua saudara akan terjadi." Kata Sasuke sambil memejamkan kedua matanya.

Hatinya sedih bila teringat akan imbasan tentang masa depan bagi kedua saudara tersebut yang akan ditakdirkan berjumpa dalam posisi yang cukup rumit.

Dimana, si abang akan berada di pihak kebenaran manakala di adik yang tidak tahu akan jati dirinya berada di pihak musuh. Dan mengikut imbasan tersebut, akan berlakunya pertarungan diantara mereka berdua yang kemungkinan dari mereka tidak akan selamat. Atau tepatnya, si adik akan mati di tangan si abang.

Dari situ lah bermulanya petaka bagi dunia mereka diatas kemukakan bagi sosok si abang yang tidak menerima kematian adiknya kerana di pengaruhi oleh sihir larangan.

Dari kerana itu jugak lah, sumpahan serta kekuatan gelap yang terlahir tanpa sengaja yang mengakibatkan berjuta manusia yang tidak berdosa terkorban.

Oleh kerana itu. Dia akan sedaya upaya mencari jalan agar kejadian itu tidak benar berlaku pada masa akan datang.

Walaupun dia tahu, dia tidak boleh mengubah takdir seseorang tetapi dia akan sedaya upaya mengubah sedikit takdir kedua saudara itu bagi kesejahteraan bagi semua umat manusia.

Di posisi Ayato, dia terlihat penasaran dengan kata-kata yang diucapkan oleh Sasuke yang berjawatan sebagai penyihir agung yang memiliki kekuatan untuk melihat masa depan dan masa silam.

Dia seakan dapat merasakan sesuatu perkara yang mungkin berlaku pada kedua anak sahabatnya pada masa akan datang. Dan perkara itu adalah perkara buruk dan bukan keberuntungan bagi semua orang.

"Bagaimana kalau kita mempercepatkan ujian penilaian sihir! Bagaimana yang mulia Sasuke?" Kata pembantu Sasuke yang berjantina lelaki, Takeshi Kobayashi.

"Tapi itu terlalu cepat! Kemungkinan ada diantara pelajar yang dapat membaca situasi semasa yang kita sembunyikan dari umum!" Kata sang pemimpin dari dari kerajaan Waterlandfairy yang dipimpin oleh seorang gadis muda yang bernama Rin Izumi.

"Tapi tidak salah kita mencuba! Hanya itu jalan yang kita ada untuk mencari beberapa pelajar yang mampu mencapai tingkat yang jita inginkan." Balas Thubasa sambil matanya menatap datar kearah Ayato yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.

"Hihihihi tapi itu jugak belum tentu akan berjaya! Apatahlagi peratus kelayakan pelajar dalam pencapaian kelas tiga masih tidak mencapai target yang kita mahukan! Tidak kah anda rasa rencana ini hanya merugikan kita." Balas seorang gadis muda yang berpakaian cukup terbuka mewakili kerajaan Flowerfairy. Hanako Ikezawa.

"Kali ini saya sokong Hanako-San! Rancangan ini kemungkinan akan merugikan. Apatahlagi masih terdapat pelajar yang gagal mencapai target menara sihir. Belum lagi pelakuan mereka yang cukup menyebarkan." Balas seorang pemuda dengan dingin yang mewakili kerajaan Antartika Magic.

Sebuah kerajaan yang bermusim sejuk sepanjang masa. Malah penduduknya turut memiliki kekuatan yang mewakili musin di tempat tersebut dan kebanyakan dari mereka bersikap dingin tapi berhati lembut. Kerajaan itu kini dipimpin oleh seorang pemuda yang baru sahaja dilantik sebagai Putera Mahkota, Mickey Fuyuki.

Beliau jugak merupakan salah seorang yang meminati sosok seorang Ryunosuke Nishimura dan saudara keduanya Ryaito Nishimura. Yang baginya, kedua saudara itu ibarat contoh yang baik untuk diikuti dalam kehidupan sehariannya.

"Tidak dinafikan, kebanyakan pelajar dari academy sihir kecuali FairyTaniah, kesemuanya memiliki disiplin yang cukup mengecewakan.

Terutama bagi academy di WhiteFairy. Cukup mengecewakan bagi kerajaan yang berunsurkan sihir suci. 

Malah saya tertanya-tanya! 

Apakah anda dapat mencari pelapis bagi anggota kesatria suci yang kini telah bersara! 

Haaa itu pasti sangat sulit Ayato." Kata Thubasa dengan sinis kearah Ayato yang masih mempamerkan riak yang sama.

"Nampaknya ada orang yang cuba mencari peperangan ya! 

Dasar orang tua yang pentingkan diri!" Kata Mickey dengan sindiran pada Thubasa yang kini sedang menatap geram padanya.

"Jaga bicara kamu anak muda! Tidak sopan bagi anggota kerajaan." Balas Thubasa dengan angkuh tapi lagi sekali dia menahan amarah bila mendengar kata-kata yang kuang enat dari mulut puaka Mickey.

"Bukan kan kamu pun tidak memiliki sikap yang sopan! Sepatutnya kamu menunjukkan contoh yang baik bagi golongan muda. Tapi sebaliknya! Sungguh memalukan." Kali ini bukan sahaja Mickey yang tertawa, tapi dua kerajaan yang dipimpin oleh dua gadis muda turut tertawa lucu.

Bezanya Rin masih menahan sikap lucunya manakala sosok Haruka sedan asyik menggetawakan Thubasa yang dia lihat mempamerkan riak yang cukup menyebarkan.

Manakala Ayato, Genzo, Sasuke dan anggota sihir yang lain hanya menggelengkan kepala mereka. Semua tahu akan sikap Thubasa yang kerap mencari masalah bagi kerajaan WhiteFairy apatahlagi Thubasa gagal memiliki calon menantu dari keluarga Nishimura yang cukup terkenal.

Thubasa sama seperti yang lain. Mengharapkan sosok seorang Ryunosuke Nishimura ataupun Ryaito Nishimura menjadi ahli keluarganya. Tapi nasibnya tak beruntung, bila anak gadisnya gagal menggoda salah seorang dari mereka berdua.

Malah anak daranya kalah dalam persaingan dengan anak dara Ayato Hayashi, yang telah berjaya mengikat pertunangan dari salah seorang anggota Nishimura malah orang itu merupakan targetnya sejak dulu. Putera mahkota.

Bukan dia sahaja, anak daranya turut berduka cita diatas pertunangan puteri mahkota bersama pasangannya putera mahkota dari kerajaan Rull Magic yang cukup diminati serta digilai. 

Tapi apakah daya, anaknya gagal memiliki Ryunosuke Nishimura seutuhnya, tidak seperti Aiko Hayashi yang berjaya menakluk Ryunosuke seutuhnya.

"Sudah! Perbincangan kita berhenti di sini. Perihal ujian itu akan saya pertimbangan kembali. 

Apapun keputusan saya akan saya umumkan kembali. Bersurai dan terima kasih untuk perjumpaan ini. 

Saya undur diri." Putus penyihir agung lalu menghilangkan diri melalui pintu utama bersama para anggotanya.

Manakala bagi lima sang penguasa dari berbeza kerajaan masih berdiri di kerusi yang sama mereka duduki. Sebelum bersurai mereka sempat bersalaman dan Thubasa masih sempat mencari masalah dengan Ayato dan seperti biasanya.

Ayato tidak terusik dengan masalah yang sengaja di timbulkan oleh Thubasa dan hanya mempamerkan riak santainya. Lalu tersenyum kecil bila melihat Thubasa beredar dengan perasaan marah dan geram kepadanya.

"Saya yakin yang Ryunosuke-Sama ada di kerajaan WhiteFairy. Saya harap kesihatan dan kesejahteraan dia dilindungi." Kata Mickey kepada Ayato dengan berbisik.

"Bagaimana kamu tahu yang dia ada di kerajaan saya Mickey! Setahu saya, saya sendiri masih tercari-cari keberadaan dia sehingga kini!" Kata Ayato santai tapi penuh dengan berhati-hati.

Apatahlagi berdepan dengan salah seorang anak didik dari calon menantunya. Dia sedar akan kepandaian yang dimiliki oleh Mickey Fuyuki walaupun sikap pemuda itu dingin dan tidak tersentuh.

"Ayato-San boleh menipu orang lain! Tapi tidak pada saya. 

Walaupun Ayato-San menafikan tapi saya sangat yakin dengan pendirian saya. 

Tapi saya tidak bermasalah kalau anda masih ingin merahsiakan. 

Mungkin itu yang terbaik untuk sensei saya. Saya cuma berharap dia di lindungi. Itu sahaja permintaan saya dan sekiranya ingin bantuan! Saya dengan senang hati membantu.

 Jasa dia terlalu besar untuk saya. Tanpa dia, mungkin sekarang saya tidak berada di posisi yang sekarang."kata Mickey dengan ikhlas.

Ya sosok yang di banggakan nya itu merupakan seseorang yang telah menyelamatkan dirinya dari keputuasaan. Dulu dirinya cukup lemah tapi hidupnya berubah bila dia berkenalan dengan Ryunosuke Nishimura.

Setiap hari dia dilatih secara keras oleh Ryunosuke sehingga dia menjadi seseorang yang cukup kuat dan memiliki pendirian yang kuat serta percaya diri.

Oleh kerana itu, dia sanggup mengorbankan nyawanya untuk Ryunosuke apatahlagi lagi pemuda itu bukan menganggapnya sebagai rakan bisnis tapi anggota keluarganya. 

Sejak perjumpaan pertama, Ryunosuke telah menggakat Mickey Fuyuki sebagai adik angkatnya sehingga pada waktu itu dia sering dipandang cemburu oleh Ryaito yang menganggap dirinya sebagai perampas kasih sayang dari abang sulungnya.

"Saya akan cuba tunaikan hasrat kamu. Ada masa datanglah ke WhiteFairy tanpa pengikut.

 

Mungkin dia jugak merindu kamu apatahlagi sekarang sekarang dia perlu sokongan dari seseorang selain Aiko. 

Bagi tahu kalau kamu ingin berkunjung." Putus Ayato sambil berbisik lalu meninggalkan Mickey setelah memberi tahu niatnya untuk kembali kerajaan.

Dan hari itu, mesyuarat yang diadakan di menara sihir di bubarkan dan kesemua pemimpin telah pun kembali ke kerajaan masing-masing dengan suasana hati yang berbeza.

Disebuah bilik, terlihat sosok sang penyihir agung sedang duduk bersandar di kerusi kebesaran-nya, sambil memejamkan kedua matanya.

Wajah tuanya tersenyum, bila dia mendapat merasakan Mana seorang pemimpin dari kerajaan WhiteFairy. Mana suci milik Ayato Nakamura 

"Aku tahu kedua saudara itu dijaga secara langsung oleh kamu Ayato dan aku jugak tahu kenapa kamu tidak memberi tahu berita itu pada yang lain." Ujarnya yang masih dalam keadaan yang sama.

Manakala sosok yang sedang berdiri dihadapannya hanya tersenyum nipis. Tidak mudah menyorokkan auranya dari sang penyihir agung. Kerana sosok tersebut telah mengetahui kewujudannya, maka dia mewujudkan dirinya tanpa sihir persembunyian.

"Maaf muncul secara tidak sopan yang mulia!" Salam hormat Ayato pada Sasuke yang memiliki tingkat yang paling disegani oleh semua negara sihir.

"Tidak mengapa Ayato! Saya sudah biasa, malah cara yang kamu lakukan masih sopan tidak seperti arwah sahabat kamu. 

Ohh ya, mesti anak sulungnya ikut perangai dia bukan!" Ujar Sasuke dengan ketawa kecil. Hati tua kembali sayu bila mengingatkan nasib pemimpin dari Rull Magic yang merupakan murid kesayangan.

"Walaupun dia kerap bagi salam yang mampu membunuh master tapi master tetap utamakan dia." Balas Ayato yang turut berduka cita dengan kematian sahabat juangnya.

"Mengenai Anak pertama dia! Putera mahkota memang mengikut cetak 100% dari gen ayahnya. 

Dingin dan tak tersentuh. Malah sewaktu dulu kerap jugak dia memberi salam dengan menggunakan racun." Sambung Ayato sambil tertawa kecil lantas mindanya teringat akan perjumpaan yang sering berlaku sewaktu kingdom Rull Magic bersama Academy FairyTaniah yang masih bersinar.

Namun itu semua tinggalkan kenangan, kerajaan tersebut bersama academy telah pun berhenti bersinar semenjak tragedi 20 tahun silam.

"Kembali kepada niat asal saya master! Apa maksud master tadi?" Kali ini Ayato kembali serius. Dia perlukan jawapan dari penyihir agong atau bekas gurunya.

Mendengar pertanyaan dari salah seorang anak didiknya, Sasuke membuka kedua matanya perlahan. Bibirnya tidak berhenti tersenyum. Namun kali ini terdapat kesedihan di wajah tuanya.

"Takdir mereka tiga saudara cukup merumitkan! Apatahlagi lagi nasib ibu kandung mereka." Sasuke berkata dengan nada perlahan, lalu bangkit menuju ke arah tingkap besar yang terdapat di belakangnya.

Sasuke menikmati keindahan alam sekitar yang dijaga dengan baik oleh para pekerjanya. Sesekali dia menghela nafas lelah.

Di posisi Ayato, jelas terlihat riak terkejut yang di pamerkan nya. Dia mula faham akan topik yang dibincangkan mereka. Membuatnya terkejut bila mendengar nasib ister dari sahabatnya yang di sangkan telah terkorban.

"Jadi Ariana masih hidup? 

Ryaito pun sama! Ya tuhan!

 Akhirnya kau tunaikan doa aku!" Ucap Ayato dengan lega tapi perasaan itu hanya sementara bila melihat riak wajah bekas gurunya yang terlihat sayu.

Adakah sesuatu yang telah berlaku! Hatinya mula gentar. Entah kenapa dia dapat merasakan sesuatu buruk yang akan berlaku dan itu melibatkan kedua saudara itu yang tidak langsung akan melibatkan anaknya dalam masalah tersebut.

" Pesan pada Aiko untuk menjadi kekuatan kepada Ryunosuke . 

Dalam masa yang terdekat mereka akan bertemu dan mungkin dalam situasi yang berbeza." Sasuke bersuara tenang tanpa menoleh kebelakang.

"Apa maksudnya master! 

Ehh! Ta..tapi!" Ayato terdiam bila akhirnya dia mengerti akan maksud yang di sampaikan oleh penyihir agung.

"I..tu tak mungkin!" Jerit Ayato tidak terima. Hatinya menangis bila terfikirkan kemungkinan anak sahabatnya telah berada di pihak yang salah.

"Itu lah takdir mereka Ayato! 

Pertumbuhan darah dia antara saudara. 

Yang mampu menciptakan malam petaka bagi semua umat manusia di dunia.

Malam pertaka bagi kemunculan kegelapan yang mungkin kembali berkuasa!" Sasuke mengiakan kesemua anggapan yang cuba dinafikan oleh Ayato yang kini sedang lesu menerima takdir bagi kedua mereka.

Takdir pertempuran darah diantara Ryunosuke dan jugak Ryaito yang pada akhirnya sang abang akan mengakhiri nyawa saudaranya dengan tangannya sendiri lalu menimbulkan ke sesalan yang berakhir tragedi berdarah.

"Ki..kita kita cegah benda tu berlaku! Tapi macam mana?" Ayato buntu. Dia tidak menjumpai jalan untuk menghalang perkara tersebut terjadi. Itu kerana, manusia tidak mampu mengubah takdir yang telah tertulis.

"Tapi takdir itu boleh berubah andai Ryunosuke tidak terjebak terus dalan kegelapan. 

Maka itu, mintak Aiko untuk sentiasa berada di sampingnya dan memberi sokongan. 

Saya yakin yang dia dengan sendirinya akan keluar dari kegelapan yang menghantuinya." Ucap Sasuke kepada Ayato lalu menepuk kedua bahu milik muridnya.

"Untuk Ariana pulak. Nasib dia cukup buruk. Dia jatuh pada tangan yang salah tapi dia masih memiliki ingatan tentang keluarganya.

Hidupnya akan hancur bila melihat pertempuran kedua anaknya.

Oleh kerana itu, kita kena tolong dia. Pastikan takdir mereka tidak menjadi satu penyesalan tanpa kesudahan." Sambung Sasuke sambil tersenyum kecil kearah Ayato yang hanya menggangukkan kepala.

"Baiklah, saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka. 

Dan membantu Ryunosuke membawa kembali keluarganya dari tangan jantan tu walaupun nyawa saya menjadi taruhan!" Ucap janji Ayato yang bersaksikan penyihir agung.

"Dan saya jugak akan membantu kamu untuk melawan mereka.

Memastikan kemegahan kingdom Rull Magic akan kembali bersinar bersama Academy FairyTaniah. 

Itu janji ku untuk keluarga Nishimura dan para rakyatnya." 

Kedua lelaki itu bersumpah dengan nyawa mereka bahawa kematian sang pemimpin dari kerajaan Rull Magic akan di tuntut bela.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C13
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen