App herunterladen
72.72% My Ex (melayu sabahan) / Chapter 8: Bed time story

Kapitel 8: Bed time story

-Writer's POV-

# Dua hari sebelum Lara dijadi kambing hitam oleh Mr.Aron di dalam meeting...

Petang tu lepas meeting yang without Mr.Aron, sebenarnya Jason agak impressed juga dengan cara Lara handle meeting dan bentang progress report main building Highland project. Lara nampak tenang saja walaupun balik-balik kena timbak oleh dia dan madam Diana. Jason rasa Aron yang macam tiada fungsi, nampak gaya hampir semua kerja Aron letak di bahu Lara sedangkan dia guyang kaki saja. Jason suda plan mau let go Aron cuma perlu cari salah dia saja tapi nda sangka Aron jadikan Lara kambing hitam untuk kesalahan yang dia buat.. Jason tahu Aron ni licik jadi kena guna cara yang licik juga untuk 'tangkap dan buang' dia. Dia umpama duri dalam daging yang boleh menjatuhkan syarikat.

Lepas lama berpikir-pikir pasal Aron, baru Jason perasan, dia tertinggal documen penting di bilik pejabatnya. Dia ambil keputusan balik ke pejabat untuk ambil documen tu.

Masa dia mau keluar lepas ambil barang, Jason perasan lampu di project department masih nyala. Dia tengok jam tangannya dan lihat jam hampir 11 malam.

" Siapa lagi yang masih kerja" bisik Jason. Perlahan dia melangkah ke project department. Teda orang. Dahi Jason berkerut. Tiba-tiba dia dengar ada bunyi suara macam orang bercakap-cakap. Jason tajamkan pendengaran. Bunyi tu macam dari arah pantry. Bunyi macam ada dua tiga orang sedang bercakap-cakap. Sebab curious, Jason pelan-pelan jalan menuju ke pantry. Sampai depan pintu pantry, Jason terpaku bila nampak Lara bercakap-cakap di phonenya dengan pelbagai gaya dan suara yang berbeza-beza. Berkerut dahi Jason tengok gelagat Lara.

Bila perhatikan betul-betul rupanya Lara sedang cerita bed time story untuk anaknya melalui telephone. Jason terus terpacak depan pintu melihat Lara yang bersungguh-sungguh bercerita tentang puteri Rapunzel. Dengan mimik muka, gaya tangan dan suara yang berubah-ubah. Sekejap jadi suara puteri, sekejap jadi suara garang.. muka Jason serta merta tegang dan dahinya berkerut melihat gaya si Lara. Muka happy Lara 'bercerita' dengan penuh semangat itu menyakit mata Jason! Tapi heran masih juga dia terpaku di depan pintu sambil melihat dengan renungan tajam sama Lara yang masih tidak sedar Jason berdiri nda jauh dari sana.

Lara sudah jauh berubah. Pipinya yang dulu bujur runcing sekarang chubby sedikit. Tapi senyuman dan gelak ketawanya masih manis memukau sedikit pun tidak berkurang. Melihat senyuman Lara hati Jason tiba-tiba macam di cucuk-cucuk! Sakit! Benci betul dia tengok senyuman manis Lara!!

Senyuman itu la yang dulu buat dia gila bayang. Sebab Jason tau senyuman Lara manis bergula dia pernah larang Lara senyum sembarangan dengan lelaki lain. Kawan-kawan Jason pun selalu puji Lara punya senyuman paling manis dengan lesung pipi comel di sebelah kiri. Lesung pipi Lara selalu jadi bahan usikan, Jason selalu bangga setiap kali ada yang puji lesung pipi girlfriendnya.

Lepas Lara kasi break dia dulu, next girlfriend Jason mesti ada lesung pipi! Mungkin pasal Lara, Jason end up pilih gadis yang ada ciri-ciri macam Lara untuk jadi girlfriendnya. Ada lesung pipi, rambut panjang dan senyuman yang manis.

Dahi Jason berkerut - Bila ingat cara Lara kasi break dia dulu, Jason rasa macam mau kasi jahanam saja hidup Lara. Lara selingkuh! bila Jason confront dia, Lara dengan angkuh mengaku yang dia curang dan dia sudah bosan dengan Jason. Lara cakap lelaki macam Jason lelaki teda guna, teda masa depan. Lelaki yang tidak boleh harap! Kalau dia tunggu Jason, Lara cakap nanti nasibnya tidak ubah macam nasib mama bapanya juga nanti. Hidup susah dan selalu dihina orang. Lara cakap dia sudah banyak buang masa untuk Jason yang teda masa depan! Masa tu Jason rasa harga dirinya dipijak-pijak oleh Lara. Jason sumpah dalam hati yang dia akan balas dendam dengan Lara!

Tapi jauh dalam hati Jason, dia tahu dulu Lara sayang betul juga dengan dia tapi dia sendiri yang taking her for granted sampai last-last Lara give up dan mula cari orang lain. Masa tu dia masih muda, hidup pun tidak pikir jauh untuk masa depan. Lara dari dulu jenis yang bercita-cita tinggi, mungkin sebab Lara dari keluarga yang berantakan, Lara sentiasa cuba untuk keluar dari kepompong hidup susah. Lara selalu bagi semangat sama Jason untuk sambung study, tapi masa tu Jason lebih suka hidup yang simple, kerja biasa-biasa macam security guard.. kitchen helper di restaurant dan selalu pindah-pindah kerja. Berbeza dengan Lara, dia mahu sambung belajar dan bercita-cita mahu dapat kerja yang baik. Lara pernah cakap dia teringin buka kedai buku sebab Lara suka baca buku! Lara selalu cakap dia tidak mahu hidup susah macam family dia dulu. Gara-gara hidup serba kekurangan ibu bapa Lara selalu bergaduh. Hutang sana sini dan dipandang rendah oleh adik beradik dari kedua-dua belah pihak mama bapanya. Tapi Jason tidak pernah ambil kisah sangat bila Lara cerita dulu uncle aunty dia selalu maki hamun derang adik beradik setiap kali mama bapa Lara pinjam duit. Jason tidak pernah fikir trauma masa kecilnya - Lara jadi perempuan yang suka duit dan materialistik.

Bila Lara kasi putus dan curang dengan lelaki lain. Masa tu baru Jason rasa tamparan hebat yang buat Jason sedar! Macam orang selalu cakap, menyesal sentiasa akan datang kemudian dan biasanya kita menyesal setelah semuanya terlambat!

Lepas Lara kasi dump dia. Baru Jason rasa berharganya Lara! He used to bragging about how much Lara love him dengan kawan-kawannya sampai at one point, Daniel kawan Jason pernah try mengorat Lara. Masa tu Daniel rasa Jason don't deserve Lara. She is too good for him! Lara used to pampered Jason dengan belikan macam-macam hadiah- walaupun murah tapi biasanya benda yang berguna, macam topi, jam tangan, sandal rumah dan pelbagai benda yang Jason tidak terpikir pun beli untuk diri sendiri. Ada kala Lara masak bekal untuk Jason bawa ke tempat kerja. Lara selalu datang rumah sewa Jason yang di kongsinya dengan beberapa orang kawan dan tolong cuci kain baju Jason, betul-betul macam girlfriend mithali. Masa tu kalau Lara masak, semua housemate Jason tumpang makan masakan Lara dan puji-puji masakan Lara sedap! Kalau Jason ada masalah duit, Lara tidak kedekut bagi duit tabungannya untuk Jason pakai. Bila Jason mahu bayar balik Lara tidak pernah mahu dibayar semula. Kawan-kawan Jason selalu jeles dan cakap Jason bertuah dapat girlfriend macam Lara. Tapi at the end Lara choose to curang dan break with him in cruel way!

Jason tersentak dari lamunan bila nampak Lara tiba-tiba bergegas ke bahagian induction cooker, dengan muka panik. Melihat megi kari yang dimasaknya terhangus, Muka Lara macam muka mau menangis. Jason automatik senyum. Perempuan yang hina dia tidak berguna tu sekarang di bawah 'tapak kaki'nya. Jason mula pikir macam-macam idea untuk 'ajar' Lara. Melihat muka Lara yang macam mau menangis buat rasa hati Jason happy. He is happy if Lara unhappy!

"Eh.. bos!"

Tegur Lara dengan muka terkejut bila sedar Jason terpacak depan pintu. Muka Lara terus berubah.

" Lewat malam ni.. kau masih lagi siapkan task tadi petang tu?" Tanya Jason. Lara angguk.

" Ya. bos.. senarai material tu banyak. Saya baru buat 60% yang siap" Jawab Lara perlahan. Jason tengok Lara dengan pandangan dingin.

" hmmm.. slownya" ketus Jason perlahan tapi ayatnya pedas berbisa!

Serta merta muka Lara berubah. Dia mengetap giginya cuba tidak menunjukan kemarahan tapi jelas matanya sudah sedikit merah tahan menangis. Jason perasan tapi pura-pura tidak nampak. Dia malah senyum dalam hati. Bibirnya mencebik. Melihat senyum sinis Jason, Lara ketap bibir kuat-kuat tahan diri dari melenting. Dia berlapar mahu siapkan kerja tapi Jason...

" er.. saya masuk sambung lagi bos.." Tanpa peduli Lara limpas saja depan muka Jason macam mahu langgar Jason yang berdiri di pintu. Nasib dia gerak bagi ruang Lara limpas kalau nda Lara memang langgar saja tu. Panas sudah hati dia. Sudah la Jason bagi date line yang nda masuk akal. Lara menyumpah-nyumpah dalam hati.

Lepas Lara balik ke mejanya. Jason senyum puas. Muka Lara yang macam mau menangis tadi buat dia rasa sangat gembira. Dengan langkah ringan sambil bersiul-siul Jason turun ke keretanya. Dia call Hamid.

" Jom jumpa!"

"Jumpa mana?"

" Tempat biasa"

******


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C8
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen