Lepas siap makan dan selesai berbual-bual sesama sendiri hampir 2 jam selepas makan, giliran Nina, Susan dan Faris bertugas mengemas dapur, meja makan dan mencuci pinggan mangkuk. Tanpa menunggu mereka aku dan Linda turun ke anak sungai yang hanya berjarak 100 meter dari Anne's haven homestay. Aku lihat Jihan ikut dari belakang.
" Airis.. tunggu" Seru Jihan. Aku dan Linda serentak menoleh dan berhenti.
"Cepatlah.." Sahutku sambil mengorak melangkah semula. Jihan berlari anak dan akhirnya berjalan seiringan dengan aku.
"Kenapa cik bunga jalan cepat sangat" kata Jihan dengan senyum lebar sambil merenung muka ku. Aku menjeling dengar kata-kata Jihan. Linda suda laju di hadapan.
" Cik bunga?" tanya ku rasa pelik. Tiba-tiba Jihan panggil aku cik bunga? Dia senyum mengulum sambil matanya melihat ke sisi telinga kananku.
"Rose purple looks good on you Cik bunga" kata Jihan sambil ketawa kecil.
Baru aku tersedar. Dari tadi bunga rose yang aku selit di celah telinga kanan masih tersemat kemas. Aku sentuh kuntum rose itu dengan tangan sambil ketawa. Aku cabut dan hidu baunya. Wangi!
"Aku lupa la.. patutlah kau panggil aku cik bunga.. hahaha.. tak apa hari ni aku jadi cik bunga Airis purple.. unik kan warna rose ni. light purple.. for the record aku baru 1st time nampak rose warna purple ni depan mata.. kalau yang dalam internet tu tak kira la" balasku pada Jihan. Tidak ada seorang pun mereka yang tegur bunga rose yang aku selit di telinga sepanjang tempoh tadi. Aku rasa lucu dan ketawa lagi.
"hmmmm.. You know what? tidak jauh dari anak sungai sana.. ada lagi kebun bunga. Kebanyakan bunga yang di jual di pasaran sekitar KK tu datang dari kebun tu. pelbagai jenis bunga Daisy, Gernera, Rose, carnation, peacock flower, chrysanthemum, carla lily dan banyak lagi.. yang jenis rare pun ada" Dan tidak lama kemudian kami sampai ke anak sungai tu.. aku nampak hamparan bunga matahari kekuningan di seberang sungai. Aku automatik senyum. Kami berpandangan.
"Gila cantik" Luahku sedikit menjerit sebab bersaing dengan bunyi aliran sungai.
"I told you!"
Jihan buka kasut dan masuk kaki ke sungai. Linda ku lihat suda berada di kebun bunga matahari. Aku cepat-cepat mengambil gambar serta video pemandangan sungai dan perkebunan pelbagai jenis bunga. Kemudian ikut membuka kasut dan masuk merendam kaki. Jihan lambai sambil signal ajak aku datang ke arahnya. Dia duduk di sebiji batu besar sambil merendam kaki. Air sungai sejuk sekali.
"Cepat! ada fish massages di sini" laung Jihan sambil tunjuk ke arah kakinya yang berendam. Aku teruja dan cepat-cepat menghampiri Jihan. Sebaik saja sampai aku lihat banyak anak-anak ikan mematuk-matuk kaki Jihan yang berendam.
"Duduk sini" Jihan tepuk-tepuk batu di sebelahnya. Aku menurut dan merendam kaki di sebelah Jihan. Bahu kami bersentuhan. Aku rasa seronok dengan moment ini.
" Jadi kita bbq di tepi sungai ni malam ini?" tanya ku sambil memandang sekitar anak sungai meneliti spot yang mungkin sesuai untuk piknik sambil pangang-pangang.
" yup! tu sana... aku dan my cousin pernah camping di situ.. " Jihan tunjuk satu spot yang nampak sesuai sekali.
"hmmmm not bad!" komen ku sambil cuba tangkap anak ikan yang mula mematuk-matuk kaki ku.
" jap... tengok ni" Jihan ambil sesuatu dari poketnya. roti? dia senyum-senyum melihat muka ku penuh tanda tanya. Dia kemudia mencubit roti itu kecil-kecil dan menabur ke dalam air di celah-celah kakinya. Serta merta anak ikan yang sebesar jari kelingking berebut-rebut memakan roti yang Jihan tabur ke dalam air.
" So kau bawa sedia ole-ole untuk ikan-ikan sungai ni.." ujarku teruja sambil mula merakam video Jihan dan anak-anak ikan yang berebut roti di dalam air di celah-celah kaki Jihan.
"Macam di tagal luanti, cuma ikan di sini jauh lebih kecil" komen ku. Tagal Luanti merupakan tempat tarikan pelancong di mana terdapat fish foot massages lebih kurang 10km dari Kundasang.
" kan.. Jinak yang amat ikan-ikan ni" balas Jihan. kami berbual-bual kosong tentang sungai dan tempat itu. Tidak lama kemudian Susan, Nina dan Faris pun muncul. Anak sungai jadi riuh rendah. Linda pula memetik pelbagai jenis bunga.
"Linda.. kau petik bunga banyak-banyak tu.. kau mau mandi bunga ke?" laung Faris pada Linda. semua ketawa dengar ungkapan Faris.
" eh.. macam good idea!" laung Linda membalas cakap Faris. Kami semua sekali lagi ketawa dengar jawapan Linda.
Dan malam tu seperti yang di rancang kami buat bbq di tepi sungai. Suhu sangat sejuk pada waktu malam. Aku duduk dekat-dekat unggun api untuk memanaskan diri. cuaca sangat cantik. Bintang-bintang berkelipan malah bulan hampir mengambang penuh.
" Nah.." tiba-tiba Jihan pakaikan aku jaket tebalnya. Aku segera mendongak.
"kau tak sejuk?" tanya ku. Gaya prihatin Jihan buat hatiku sedikit sedih.
" Sejuk.. tapi kejap lagi aku naik ambil jacket lain di bilik.. kau pakai lah yang ini" jawab Jihan lantas duduk di sebelahku. Aku perasan Faris melirik ke arah aku dan Jihan berkali-kali. Dia sedang memangang sayap ayam tidak jauh dari unggun api kami. Linda, Nina dan Susan sibuk bergosip sambil makan kuaci.
"Aku naik kejap ambil softdrink" laung Faris pada Jihan.
"ah.. aku ikut! sekali ambil jacket bulu tebal" dan Jihan bingkas bangun dari sisiku. Faris cakap sesuatu pada Nina dan tak lama lepas tu Nina duduk depan ayam yang sedang di panggang. Ternyata Faris suruh Nina jaga pangangan. Dia dan Jihan beredar balik ke homestay. Aku ambil kesempatan merakam Nina yang muka monyok di depan ayam pangang, kemudiam Linda dan susan yang masih rancak bergosip. Moment yang akan aku abadikan untuk hari tua kami nanti. Tiba-tibq aku perasan bateri phone ku tinggal 5%.
"ah... macam mana ni?" keluhku. akhirnya aku berdiri.
" Aku balik ke bilik kejap! ambil power bank" Aku beritahu pada mereka sambil tunjuk phone ku. Linda dan Susan bagi signal ibu jari. Nina angguk.
Sampai di homestay aku tidak nampak kelibat Faris dan Jihan. Tapi kemudian aku terdengar suara Faris dan Jihan bercakap-cakap di bonet kereta velfire Faris. Aku mendekati mereka perlahan-lahan tapi terhenti bila dengar namaku di sebut
" Serius Jihan.. kau dan Airis tiada apa-apa hubungan special? bukan apa lah.. cara kau layan Airis jauh beza dari cara kau layan Linda, Nina atau Susan.. kalau aku jadi Airis.. aku akan rasa yang kau sebenarnya ada hati dengan aku, well.. aku risau Airis sakit hati.. kau kan akan bertunang tidak lama lagi" Panjang hujah Faris. Aku terpaku dengar cakap Faris. Ternyata Faris juga perasan yang Jihan terover baik dengan aku.
" No.. Kau silap. Memang aku layan Airis tak sama dengan Linda, Nina atau Susan. sebab? Aku dan Airis bukan setakat kawan biasa.. kami sangat rapat dari kecil. Kami kira membesar bersama. Airis tu umpama adik aku.. dia anak yatim. kau pun tahu kan.. Dulu aku pernah janji dengan dia yang aku akan cari ibu bapa atau saudaranya sampai jumpa. Tapi sampai hari ni kami hanya jumpa jalan buntu. Janji hanya tinggal janji.. Apa yang boleh aku buat untuk Airis sekarang." Jihan diam seketika.
"apa?" tanya Faris kurang sabar.
"jaga dia dengan baik macam aku jaga ahli keluarga aku sendiri.. Airis tiada siapa-siapa. Dulu dia selalu menangis sampai tertidur sebab sedih yang dia sebatang kara.. aku kalau boleh, tidak mahu dia rasa yang dia sebatang kara. dia ada kita kawan-kawannya. family aku. Dia ada aku.. dia tidak keseorangan" Panjang sekali kata-kata Jihan. so that the truth! Aku senyum pahit. Di mata Jihan aku anak yatim yang kasihan. oh.. The truth hurt. setitik pun rasa yang lebih dari itu tidak ada dalam hati Jihan untuk aku. Mataku tiba-tiba basah!
" well.. itu apa yang kau rasa. bagaimana dengan Airis? apa dia sedikit pun tidak ada perasaan lebih dari kawan atau saudara dengan kau? kau yakin?" pertanyaan Faris buat Jihan terdiam. Dadaku berdebar kencang. Adakah Faris actually sudah terbaca hatiku pada Jihan sampai dia ungkit hal ni dengan Jihan.
" Kenapa? kau nampak Airis macam ada hati dengan aku?" tanya Jihan setelah diam agak lama.
"hmmmm.. aku tak cakap macam tu.. aku cuma rasa.. macam kau yang ada hati dengan dia. dari cara kau layan dia" Jihan jadi ketawa dengar jawapan Faris.
" Well you heard my answer kan" Jawab Jihan sambil ketawa kecil.
Aku tidak mahu terus curi dengar. Aku perlahan-lahan kembali ke sungai dengan memakai 'topeng' gembira di muka ku agar apa yang ada dalam hatiku terus menjadi rasia buat selamanya...
******