Irfan terkebil-kebil melihat skrin telefon pintarnya. Hmm, should I call her now? soalnya sendiri. Setelah berfikir panjang untuk berhenti kerja dan bertindak dengan keputusannya. Encik Faroud yang membaca surat perletakkan jawatannya begitu marah dengan tindakan melulu-lulu nya. "Kau kenapa nak berhenti?" soal Encik Faroud dengan pandangan yang tajam.
"Saya dah tulis dalam surat itu" jelasnya tenang dan tunjuk ke arah surat yang telah diberikannya.
"Berhenti sebab awak nak berhenti? Alasan apa ini?" amarah Encik Faroud dengan keluhan yang berat.
"Saya nak berhenti" tegas Irfan dengan pendiriannya walaupun alasan yang diberikan di dalam surat tersebut tidak kukuh untuk berhenti.
"Dapat peluang pekerjaan baharu? Yang lebih baik dari saya bagi?"
"Tak"
"Then, kenapa awak nak berhenti?"
"Sebab saya nak berhenti" tegasnya lagi. Encik Faroud menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kedegilan Irfan membuatkannya terasa tercabar dengan kedudukannya sebagai seorang boss.
"You're the best worker yang saya pernah ada. Selain Nabil.....Dan awak pikir semudah ABC saya nak lepaskan awak? Fikir baik-baik. Saya akan naikkan gaji awak, Irfan. Jikalau itu awak inginkan"
"Harini last day saya berkerja. Saya berhenti" tegas Irfan lagi. Walaupun Encik Faroud cuba menaikkan gaji nya serta cuba membuat pelbagai tawaran demi kepentingan syarikatnya sendiri. Tetapi gagal.
Matanya yang masih terkebil-kebil melihat nama 'Fatin' di skrin telefon. Dengan membuang keluhan yang berat. Irfan segera bersiap-siap untuk singgah ke rumah tunangnya. Lebih baik dia melakukan kejutan dan meminta maaf kepadanya secara berdepan. Hati kecilnya terlalu merindui tunangnya yang cantik bak permata itu. Irfan yang sudah berpindah ke kawasan perumahan baharu yang terletak tidak jauh dari rumah tunangnya, hanya mengambil masa 45 minit untuk sampai ke rumah ke sana. Hatinya begitu melonjak-lonjak untuk berjumpa dengan Fatin. Lebih-lebih lagi persis wajah Fatin seperti wajah tunang lamanya yang telah meninggal dunia. Setelah ketiadaan tunang lamanya, Hani. Irfan tidak berkeinginan untuk berkahwin tetapi semua itu berubah apabila takdir menemukannya dengan Fatin.
Irfan yang berdiri di depan muka pintu rumah tunangnya, berasa gementar tiba-tiba. Pelbagai senario bermain di kotak fikirannya. Tidak tahu reaksi apa yang akan diterimanya dari Fatin. Adakah marah berserta bebelan? Atau dia akan memahami dan menghargainya kerana sanggup datang ke sini untuk buat kejutan? Jauh lebih teruk, adakah Fatin akan meminta putus tali pertunangan mereka? Nak atau tak nak, Irfan perlu menarik segala tenaga keberanian yang ada untuk bertemu dengan tunangnya dan sekali gus memperbaiki hubungan mereka yang begitu renggang sejak Fatin berpindah ke tempat baharu. Ketukan pintu memecah sunyi di lorong apartment tunangnya.
"Siapa tu?" soal gadis berkulit putih sambil membuka pintu dengan perlahan. "Irfan?!!" teriaknya yang boleh mengegarkan satu apartment. Irfan tersengih, "Surprise, sayang". Muka Fatin jadi berseri-seri apabila melihat sosok tubuh dan wajah yang sangat dinanti-nanti dan disayanginya. Segera Fatin menjemput tunangnya masuk ke dalam rumah dan menghidangkan air panas Nescafe serta roti-roti yang ada. "Awak, kenapa tak cakap nak datang. Ini je yang Fatin dapat hidangkan" ujarnya sayu dan kecewa.
"It's okay. Saya datang bukannya nak makan tapi nak jumpa awak. How are you?"
"Okay. Awak okay? Kenapa awak tak reply mesej atau call saya?"
"Sorry, saya sibuk. Sorry tau" ujar Irfan dengan wajah yang sayu. Fatin sekadar mendiamkan diri. Bukannya tidak memahami tetapi kecewa kerana tidak memberitahunya. Dia yang selalu ternanti-nanti panggilan atau mesej dari tunangnya. Tetapi sejak akhir-akhir ini, dia menjadi seperti orang bodoh. Termenung depan skrin telefon pintarnya setiap hari, saat dan minit. "Awak" seru Irfan lalu tersenyum.
Fatin mendongak memandangnya, "Ya?"
"Awak, nampak cantik" ujarnya dengan senyuman yang manis. Fatin tersengih malu.
Sara, rakan imaginasinya sekadar melihat mereka berdua berbual-bual walaupun kelihatan seperti kekok. Fatin sedaya upaya cuba mengabaikan Sara yang duduk bersebelahan dengan Irfan sambil memerhatikan mereka berdua. Bertambah kekok suasana jadinya.
"Awak, lagi cantik kalau kaler rambut jadi brown" ujar Irfan lagi seraya menghirup air Nescafe yang dibuat oleh tunangnya.
"Yeke? Kalau awak suka, nanti saya kaler rambut jadi brown"
"Kalau awak pakai baju lebih feminine lagi menyerlah kecantikan awak"
"Eh, tapi... tapi saya suka dengan gaya saya sekarang"
"Saya pun suka. Saya tak suruh awak tukar pun cara pakaian awak. Saya cuma cakap je. Kalau awak pakai baju feminine lagi cantik"
"Oh"
Sara yang sekadar duduk dan jadi pemerhati mulai rasa kurang senang dengan perbualan mereka berdua. Macam ini ke pasangan selalu borak? Matanya segera beralih kepada Fatin yang seolah-olah tidak nampak kewujudan sosok Sara. "Kau pakai apa-apa pun cantik. Jangan percaya mamat ini" ujar Sara seraya mengerling Irfan yang sibuk menghirup air panasnya. Masa berlalu begitu pantas. Mereka banyak menghabiskan masa dengan berbual-bual. Irfan yang lega melihat keadaan hubungannya dan Fatin kembali pulih meminta diri untuk pulang ke rumah.
"Saya balik dulu. Jaga diri, esok kita date kat luar okay?"
"Okay, bye Irfan!" laung Fatin sebelum menutup pintu dengan wajah yang berseri-seri. Rakan imaginasinya, sekadar memerhati tingkah laku Fatin.
"Putus dengan dia" arah Sara dengan tangan yang bersilang.
"Kau dah kenapa?" soal Fatin marah. Mana tidaknya, rakan imaginasinya yang baharu sahaja menemui tunangnya terus mengarah dia untuk putus. Seolah-olah, dia tiada perasaan.
"Aku tak suka dia. And I've bad feelings" terangnya tenang.
"Whaat!? Hell no! Kau siapa nak aku ikut cakap kau!?"
"Kau dah berubah... Can't you see it!? Can't you see his behaviour!?" marah Sara dengan sikap Fatin.
"What do you mean?? and yes, aku dah berubah"
"Kau tak suka aku? Kewujudan aku...kau tak suka? Kau tak happy? Kau selalu tak macam ini" Sara yang sedar akan kelainan perangai Fatin terasa dirinya tidak penting dalam hidupnya. Tetapi apakan daya, dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh wujud kembali. Jikalau boleh diputarkan masa, sudah tentu dia tidak mahu kembali.
"Sara, tu semua waktu aku kecil. Sekarang, no more. Aku happy wujudnya kau kembali. Walaupun kau cakap something weird and ugut aku about die joke. It scares me tapi at least aku tak rasa keseorangan. Kau tahu dan kenal aku sejak zaman kanak-kanak. Kewujudan kau, buatkan aku happy. So, please Sara" teriakkan mereka berdua kembali tenang.
"Okay, if you say so..." ujar Sara dan berlalu pergi. Fatin mengeluarkan keluhan yang berat. Tidak dia sangka dia akan bergaduh dengan rakan imaginasinya. Dulu mereka sangat baik dan rapat. Sekarang, tidak lagi. Disebabkan perbezaan pendapat. Walaupun kewujudan Sara sedikit sebanyak mengembirakan nya. Dia tidak lagi berada keseorangan. Tiada lagi rasa terasing. Arahan Sara untuk berpisah, sangat melampaui batas. Bukankah sebagai rakan, Sara sepatutnya gembira?
— Bald kommt ein neues Kapitel — Schreiben Sie eine Rezension