Entah kenapa hatinya tidak tenteram. Alynna menyatakan hasratnya kepada Datin Maria untuk ke tempat kerja Iskandar. Datin Maria hanya menurut kemahuan menantunya itu. Di dalam perjalanan,Alynna tiba-tiba tidak sedarkan diri. Datin Maria membawanya ke klinik.Khabar yang diterima membuatkan Datin Maria tidak putus tersenyum. Seronok betul dia bila mengetahui akan mendapat cucu. Alynna tersenyum sahaja melihat keriangan diwajah ibu mertuanya itu.Dia meraba perlahan perut yang akan membesar tidak lama lagi.Dia tidak sabar untuk memberitahu berita itu kepada Iskandar.
Iskandar tidak menyangka Suhaida akan datang ke pejabatnya.Dia terpaku kerana terkejut dengan kehadiran yang tidak pernah diduga itu. Suhaida melangkah dengan gaya mengodanya menghampiri meja kerja Iskandar. Iskandar bangun dari kerusinya tetapi ditolak oleh Suhaida sambil tersenyum. Iskandar terduduk kembali,dia menjadi resah.Suhaida tersenyum lalu duduk di sisi meja sambil tangannya memegang kolar baju Iskandar. "U..dah berubah Is.. betul ke u tak cintakan i lagi?" Suhaida menatapi wajah Iskandar hanya dengan seinci jaraknya. Iskandar tidak memberi apa-apa reaksi. Iskandar bangun dari tempat duduknya lalu menolak Suhaida dengan lembut. Suhaida berpura-pura terjatuh,Iskandar cuba membantunya. Suhaida mengambil kesempatan itu lalu memeluk Iskandar dengan erat. "Lepaskan i" Iskandar cuba meleraikan tangan Suhaida.
Alynna menahan rasa hati melihat sandiwara itu. Datin Maria menghempas beg tangannya di meja Iskandar.Suhaida berpaling melihat muka Datin Maria yang kemerahan menahan marah.Pelukannya dileraikan,dia melihat Alynna hanya berdiri di sisi pintu.Dia tersenyum "ok,sayang..i kuar dulu,nanti u cal okey.." kata Suhaida dengan manja. Sampai di pintu langkah Suhaida berhenti " best woman win.." katanya dengan senyuman sinis. Kata-kata Suhaida bagaikan bara api di telinga Alynna.Terasa panas dan membara.Pandangan Alynna beralih kepada Datin Maria dan Iskandar. Iskandar segera mendapatkan Alynna.Alynna tidak mempedulikan kehadiran Iskandar itu. " Tell me.." Datin Maria menahan marah. Dia inginkan penjelasan segera daripada anaknya itu. "Is tak tau mama..tiba-tiba dia datang macam tu.."Iskandar belum sempat menghabiskan katanya tangan Datin Maria ringan sahaja melayang ke pipinya.Iskandar meraba pipinya yang terasa perit. " Mama terkilan sungguh Is," nada suara Datin Maria lemah. " U bukan budak lagi is, u dah matang. Mama tau is boleh bezakan baik dan buruk. " "And one more mama nak bagitau.." kata-kata Datin Maria terhenti lalu melihat Alynna yang kesuraman." Alynna lebih layak untuk kamu is..lupakan orang lain. She is pregnant. Your baby.." Datin Maria mengakhiri katanya dengan airmata yang bergenangan. Iskandar tersentak,dia mengalih pandangan kepada Alynna yang mulai kelihatan ingin menangis.Dia cuba memeluk Alynna tetapi ditolak. Alynna tidak dapat lagi menahan airmatanya.Iskandar tidak berputus asa,dia masih cuba memujuk. Datin Maria melangkah " pandailah kamu uruskan hal ni,mama balik dulu.". Alynna menuruti langkah Datin Maria namun dia terhenti. Iskandar memegang erat tangannya.
Alynna hanya membisu apabila Iskandar cuba menjelaskan situasinya.Iskandar keresahan melihat Alynna tidak memberi sebarang reaksi. "Sayang,please..cakap la sesuatu" gesa Iskandar resah. Alynna mengeluh,dia masih terbayangkan wajah Suhaida. Perempuan itu membuatkan hati tidak tenteram. Rasa marah,geram yang teramat ketika itu. "Cemburu.." kata Iskandar menduga. Alynna merenung wajah Iskandar, " Apa yang abang buat tadi sakitnya di sini" kata Alynna lalu menudingkan jari telunjuk ke dadanya. Iskandar pantas mendakap Alynna erat. Dia kesal kerana tidak bertegas lebih awal dengan sikap Suhaida.
Iskandar melihat makanan yang dipesan oleh Alynna. "Tadi dah makan tapi rasa lapar lagi." "Bila saya marah,lagi banyak makan. Nanti kalau dah gemok boleh lah pergi cari perempuan kurus tu" Alynna melepaskan rasa yang terbuku. Iskandar tertawa kecil kerana Alynna bersikap begitu.Dia tahu isterinya itu sedang marah kerana cemburu. Dia gembira isterinya itu cemburu yang bererti ada rasa sayang dihatinya.
BERSAMBUNG...
— Bald kommt ein neues Kapitel — Schreiben Sie eine Rezension