App herunterladen
47.61% KAU BIDADARI SYURGAKU / Chapter 10: BAB 09

Kapitel 10: BAB 09

JELINGAN sinis Zenia yang barusan melangkah keluar dari pejabatnya membuatkan Shadrina berasa janggal. Sehingga kini dia masih tertanya-tanya, apalah salah dan silapnya pada wanita itu. Selepas kelibat Zenia hilang di sebalik pintu utama pejabat itu, Shadrina berkalih memandang Fiza di meja sebelah.

"Kenapa tu?" tanya Fiza dengan nada berbisik.

"Entah, mungkin dia datang bulan agaknya," Shadrina fikir yang baik-baik.

"Ya lah tu, entah-entah cemburu kut?" Fiza membuat spikulasi.

"Cemburu? Cemburu dengan siapa? Kau?"

"Apa hal pula dia cemburu dengan aku? Kau ni."

"Dah tu?"

"Sejak aku mula berkhidmat kat syarikat ni, lama dah aku perhatikan Cik Zenia tu," Fiza mula buka cerita. Dia memusingkan sedikit kerusi empuknya mengadap Shadrina.

Shadrina berkerut dahi mendengar cerita Fiza.

"Aku perasan, yang Cik Zenia tu macam suka dekat bos. Tapi bos tak berapa nak layan. Yal ah, dia orang tu dah berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi menurut dari cerita bos. Bos cuma anggap Cik Zenia tu macam kawan baik dia aje. Cuma Cik Zenia tu aje macam over feeling suka dekat bos. Tu yang dia cemburu sakan dekat kau, kut?"

Barulah Shadrina tahu kisah yang sebenar. Tapi, ayat di hujung kata-kata Fiza itu membuatkan dia disapa rasa hairan.

"Apa kaitan dengan aku pula?"

Fiza jeling ke atas, meluat.

"Eleh, buat-buat tak tahu konon. Dah nak dekat tiga minggu kau kerja kat sini, tak kan kau tak perasan? Atau kau saja buat-buat tak perasan? Drama sangat kau, kan?" perli Fiza kaku kembali mengadap skrin komuputernya.

"Drama? Drama apa pula ni?" Shadrina semakin pusing. Tidak faham apa yang cuba Fiza sampaikan.

Fiza tergelak kecil. Dia mematikan skrin komputernya. Sudah masuk waktu makan tengah hari. Perutnya sudah berkeroncong sejak tadi. Mejanya dikemas. Pen dimasukkan ke dalam bekasnya lalu dia bangkit berdiri. Tas tangannya di bawah meja dicapai. Sengaja dia membiarkan Shadrina terus dengan tanda tanya.

"Okeylah, aku nak keluar lunch dulu. Kau tak keluar lunch? Bawa bekal?" Fiza menukar topik sambil menolak kerusinya ke dalam meja. Tas tangannya disangkut pada bahu.

"Ya, macam biasalah," jawab Shadrina dengan senyuman.

"Kalau macam tu, aku keluar dulu ya? Daaa…" pamit Fiza lalu melangkah menuju ke muka pintu utama pejabat.

"Tapi, aku tak faham apa kau cakapkan tadi," Shadrina cuba mendapatkan penjelasan sebenar. Tetapi Fiza sudah hilang di sebalik pintu. Dia mengeluh hampa.

Tak kan Encik Shafiz suka dekat aku kut? Hati kecilnya tertanya. Namun, seketika kemudian dia menidakkan tanggapan itu. Dia sedar dirinya siapa. Pipit mana bisa terbang bersama enggang. Dia bangkit berdiri lalu menolak kerusinya ke dalam meja. Kemudian, dia mula melangkah menuju ke pantri bersama bekas makanannya. Sampai sahaja, cawan di tepi sinki dicapai.

"Assalamualaikum."

Ucap salam itu membuatkan Shadrina yang baru mahu menuang air ke dalam cawan disapa terkejut. Pantas dia menoleh ke belakang. Terpaku dia melihat insan yang sedang berdiri di muka pintu pantri itu ketika ini. Terus dia terasa janggal.

# # # #

"LAMBATNYA kamu sampai Nia, berpeluh dah mak menunggu kamu," bebel Puan Hanifah sambil melibas-libas hujung selendangnya yang sudah londeh ke bahu.

Zenia merengus geram lalu dia menghenyak punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan emaknya.

"Panas apa bendanya mak? Sah-sah restorant ni ada air-cond, kan?" balas Zenia dengan sindiran sambil menyelesakan duduknya.

Belum sempat Puan Hanifah bersuara, pelayan muncul mengambil pesanan mereka.

"Apa hal mak beria ajak Nia lunch ni? Disebabkan mak, Nia tak dapat nak ajak Shaf lunch sama-sama, tau?" rungut Zenia selepas pelayan beredar.

"Eleh…" Puan Hanifah merengus meluat. "Dah dekat lima tahun kamu berkerja satu bumbung dengan dia. Kamu asyik duk mengajak lunch aje. Kamu tak boring ke, asyik ajak dia lunch? Cubalah ajak dia menikah? Ada juga faedahnya," sambungnya.

Sentap hati Zenia selepas mendengar kata-kata emaknya itu. Emaknya menuturkan kata-kata itu seolah dia tiada perasaan.

"Mak cakap senanglah. Mak, tak kan Nia yang vogue ni nak mulakan dulu? Tak rasa macam perigi cari timba, ke?" Zenia membela diri. Dia tetap wanita biasa yang punya keinginan dan kehendak.

Puan Hanifah mengeluh.

"Kalau kamu nak mengharap Si Shaf tu nak kan kamu, sampai ke tualah kamu tak berlakikan dia. Dunia ni dah modenlah, Nia. Siapa cepat dia dapat! Tak salah kalau perempuan pinang lelaki," bebel Puan Hanifah, beria-ia sekali.

"Mak cakap guna mulut senanglah. Yang nak menanggung malunya nanti, Nia tau mak?"

"Eh, kamu fikir malu kamu aje? Kamu pernah tak fikir malu mak duk bertandang ke rumah Mak cik Zinab kamu tu hampir setiap minggu duk ushar Si Shaf untuk kamu?"

"Siapa suruh mak pergi melobi Nia sampai ke rumah dia? Nia tak suruh pun, kan?"

"Ewah, mak buat semua ni untuk kamu tau? Supaya Mak cik Zainab kamu tu tahu yang kamu memang bersungguh-sungguh nak kan anak dia."

Zenia jeling ke atas, meluat.

"Lepas ni mak tak perlulah nak ke rumah Mak Cik Zainab tu. Nia rasa Shaf tu tak akan dan tak mungkin sukakan Nia ni lebih dari seorang kawan," keluh Zenia. Ada sendu di sebalik kata-katanya. Apa yang Shafiz katakan tentang ciri-ciri wanita idamannya semalam, masih segar dalam ingatannya. Ciri-ciri itu tiada pada diri dia!

Berkerut dahi Puan Hanifah melihat wajah anak gadisnya itu. Zenia seolah sudah berputus ada.

"Kamu dah pasrah, ke? Dah putus asa?" tanya Puan Hanifah, serius. Bertahun dia merancang semua ini, masakan anaknya itu dengan mudah mahu musnahkan rancangannya?

Zenia tidak terus menjawab bila dia terpandang pelayan tadi sedang melangkah ke meja mereka bersama makanan yang dipesan tadi.

Perbualan mereka tergendala seketika saat pelayan mula menghidang pesanan masing-masing di atas meja.

"Ciri-ciri wanita pilihan Shaf tak ada pada Nia lah mak," Zenia menyambung perbualan mereka tadi selepas pelayan beredar. Minumannya disedut sedikit.

Terbantut terus Puan Hanifah mahu menyuap makanannya ke dalam mulut selepas mendengar kata-kata Zenia itu. Wajah Zenia dipandang lama.

"Ciri-ciri wanita pilihan Shaf tak ada pada kamu? Apa, dia ingat kau ni mak nyah ke?" tanya Puan Hanifah, hairan.

Hampir tersembur minuman di dalam mulut Zenia.

"Apa mak mengarut sampai ke situ?"

"Ya lah, apa yang tak ada pada kamu? Kamu ni dahlah cantik, kurus, menawan, rambut gulung-gulung macam artis. Warna blone lagi. Mekap tebal berinci-inci. Apa lagi dia nak? Tak kan dia nak wanita muslimah ala-ala duduk dekat ceruk kampung tu kut? Pakai tudung ala-ala wanita muslimah sejati bagai?"

Puan Hanifah termembebel tanpa dia sedari.

"Itulah hakikat yang sebenarnya, mak. Shaf suka wanita bertudung dan duduk dekat ceruk kampung. Patutlah dia tak pernah pandang Nia yang vouge lagi seksi ni. Rupanya dia suka jenis perempuan macam tu," tutur Zenia, pasrah. Makanannya mula dijamah.

"Apa?" Puan Hanifah terkejut. "Perempuan ciri-ciri macam tu masih ada lagi ke, dalam dunia ni?" sambungnya lagi dengan mata yang terbuntang.

"Of courselah ada lagi mak. Hello, kita ni duduk dekat Malaysia, mak. Kita bukannya dekat U.K. atau kat Korea Selatan. Lagipun, perempuan yang macam tu dah ada dekat depan mata dia."

"Huh? Perempuan macam tu dah ada depan mata dia? Siapa?"

"Pembantu baru dekat ofis tu. Sejak perempun tu masuk kerja, Shaf terus berubah. Bila menghadap perempuan tu aje, mulalah dia nak tersengih-sengih sendiri. Berangan ala-ala cinta pandang pertama. Drama Hindustan sangat mak! Makan hati Nia ni, tau?"

Jelas sekali ada nada kecewa di sebalik kata-kata Zenia itu. Makanannya terus dijamah.

"Sejak bila pekerja baru tu kerja kat ofis kamu?"

"Dah nak masuk tiga minggu, mak."

"Kenapa kamu tak bagi tahu mak?"

"Kalau Nia bagi tahu dengan mak pun, mak bukan boleh buat apa-apa pun."

Puan Hanifah terdiam. Otaknya mula memikirkan rancangan lain. Apapun berlaku dia akan cuba sehabis baik untuk menyatukan anaknya itu dengan Shafiz.

"Yes! Mak dah ada idea!" ujar Puan Hanifah, beberapa saat kemudian.

Hampir tersedak Zenia bila emaknya tiba-tiba bersuara selepas beberapa saat terdiam.

"Mak ni kenapa? Kalau Nia tercekik mihun ni tadi, macam mana? Kempunan mak nak bermenantukan Shaf tu tau?" rungut Zenia sambil berdehem, melegakan kerongkongnya yang mula terasa sesak.

"Mak ada rancangan." Teruja sekali Puan Hanifah ingin meluahkan rancangan yang barusan terlintas di kepalanya.

"Apa rancangan mak tu? Excited sangat nampaknya?"

Puan Hanifah membisikan rancangannya npada cuping telinga Zenia.

"Apa?" terkejut Zenia selepas mendengar rancangan baru emaknya.

"Meletup tak idea mak?" tanya Puan Hanifah sambil tersengih sumbing.

Zenia tidak menjawab. Terdiam dia untuk seketika sambil memikirkan semula rancangan emaknya tadi. Perlukah dia melangkah sejauh itu?


AUTORENGEDANKEN
Cik_Bintang Cik_Bintang

Hazel jay - 'Aku penulis dari Malaysia'

Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C10
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen