App herunterladen
42.85% KAU BIDADARI SYURGAKU / Chapter 9: BAB 08

Kapitel 9: BAB 08

Dua minggu berlalu.

SUNGGUH pantas masa yang berlalu. Sudah masuk minggu kedua Shadrina bekerja di syarikat ini. Syukurlah, semuanya berjalan lancar. Perniagaan kuih dan nasi lemaknya pula tetap berjalan seperti biasa – dia masih menumpang jual di warung Mak Jemah. Selepas mendapat tunjuk ajar dari rakan sekerjanya, Fiza, dia semakin mahir melakukan skop kerjanya sebagai pembantu kedua di Shaf Engineering Sdn Bhd. ini.

Semua staf yang ada di Shaf Engineering Sdn. Bhd. ini baik-baik berlaka. Ramah mesra dan menganggap antara satu sama lain seperti keluarga sendiri. Hal itu membuatkan dia lebih selesa.

Tetapi, di antara ramai-ramai staf di Shaf Engineering Sdn. Bhd. ini, hanya seorang sahaja yang seolah tidak senang dengan kehadirannya. Zenia, akauntan di syarikat ini. Wanita itu seolah tidak menyukainya sejak hari pertama lagi. Tidak pasti apa salah dan silapnya sehingga dia seolah dibenci oleh wanita itu. Adakah disebabkan tragedi pada hari temuduga yang lalu menyebabkan dia terus dibenci?

"Rin, boleh tolong hantar quotation ni pada bos tak? Minta dia sign dan cop. Lepas tu awak faks pada nombor faks yang ada kat bawah alamat sekolah tu." Pinta Fiza sambil menghulur dua keping kertas di tangannya.

Shadrina memandang Fiza. Sebenarnya, sejak hari pertama lagi dia agak janggal dengan ketua mereka. Setiap kali dia berhadapan dengan lelaki itu, pasti lelaki itu akan memandangnya semacam. Keadaan itulah yang membuatkan dia rasa janggal.

"Kau dah kenapa termenung pula ni?" Sergah Fiza bila melihat Shadrina tiba-tiba termeung jauh.

Shadrina tersentak.

"Oh okey." Kalut Shadrina bangkit berdiri lalu mencapai helaian kertas yang dihulur Fiza. Dia tersenyum kerisin.

"Boleh pula kau berangan, kan? Berdebar ke nak mengadap bos?" perli Fiza selepas helaian kertas di tangannya bertukar tangan. Dia perasan, sejak Shadrina bekerja di syarikat ini, ketuanya selalu mencuri pandang ke arah gadis kampung itu.

Shadrina hanya tersengih lalu melangkah menuju ke pejabat ketuanya yang tidak jauh dari mejanya.

Fiza hanya ketawa sendiri melihat Shadrina mula melangkah menuju ke pejabat Pengurus Besar syarikat.

Shadrina memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan pejabat ketuanya. Pintu pejabat terbuka luas. Kelihatan ketuanya sedang berbincang sesuatu bersama Zenia. Serba salah pula dia mahu mengetuk pintu, bimbang dia akan menganggu perbincangan mereka.

"Ya Shadrina, ada apa-apa nak diberikan pada saya ke?"

Pertanyaan itu membantutkan niat Shadrina yang mahu kembali ke mejanya semula. Perlahan-lahan dia berpaling semula ke dalam pejabat ketuanya. Bila pandangannya bertembung dengan pandangan sinis Zenia, terus membuatkan dia rasa kurang selesa.

"Emmm, saya nak beri dokumen sebut harga ni untuk pengesahan Encik Shafiz," teragak-agak Shadrina menjawab.

"Oh, masuklah," pelawa ketuanya dengan senyuman.

Teragak-agak Shadrina melangkah masuk dengan senyum janggal. Bertambah kaku senyumannya setiap kali pandangan sinis Zenia menghinggap pandangannya. Dengan Fiza dan pekerja yang lain, dia cukup mesra. Tapi dengan Zenia, dia kurang mesra. Lagipun wanita itu jarang bertegur sapa dengannya berbanding dengan staf-staf yang lain.

"Ini dokumen sebut harganya," maklum Shadrina sambil menghulur dokumen di tangan kepada Shafiz.

"Duduklah," pelawa ketuanya lagi selepas dokumen bertukar tangan.

"Tak apalah bos, saya sekejap aje ni. Lepas bos sahkan sebut harga tu, saya perlu faks dokumen tu." Shadrina menolak dengan baik. Hakikatnya, dia tidak akan sesekali selesa duduk di sebelah Zenia yang sentiasa sinis itu.

Shafiz angguk akur lalu menyemak dokumen di tangan. Dalam masa tidak sampai seminit, dokumen itu sudah kembali ke tangan Shadrina.

"Terima kasih bos. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu," pinta Shadrina, sopan sekali.

"Baiklah," balas Shafiz dengan senyum lebar.

Shadrina menghela nafas lega selepas langkahnya sudah berada di luar pejabat Shafiz. Dokumen tadi dibuat salinan kedua sebelum di faks kepada pihak yang sepatutnya.

"Kau apa hal Rin? Setiap kali kau keluar dari pejabat bos, muka kau yang putih melepak tu terus bertukar pink. Apa hal?" tanya Fiza, hairan.

"Eh, mana ada?" Shadrina menafikan – sambil buat-buat sibuk.

"Eleh, konon-konon malulah tu. Aku rasa, bos tu suka kat kau kut? Sebab tu setiap kali dia tengok kau, bukan main lebar senyuman dia. Tak berkelip mata. Kau pun bukan main lagi, buat babak malu-malu kucing bila direnung dengan bos. Kau pun suka bos juga kan?"

Fiza yakin dengan tebakannya itu. Walaupun ketuanya dan Shadrina masih belum menunjukkan tanda-tanda ada hubungan cinta di antara mereka, dia tetap perasan ada yang dipendam di lubuk hati masing-masing.

"Eh kau ni Fiza. Suka hati aje nak buat andaian yang bukan-bukan, kan?" tepis Shadrina lalu ke mejanya semula dari mesin foto-kopi.

"Wah! Semakin merah muka kau. Malulah tu? Kau pun suka dekat bos juga, kan? Kelas kau Rin, baru kerja seminggu lebih kat sini, bos dah mula syok kat kau. Aku ni, yang dah bertahun kerja dekat sini, sikit pun bos tak pandang."

"Eh, jangan nak mengarut boleh?" Semakin malu Shadrina dibuatnya. Dokumen di tangan disatukan dengan staple.

"Ehem…"

Bunyi deheman itu membuatkan Fiza dan Shadrina terkaku. Perlahan-lahan mereka berdua memandang ke arah suara itu. Benar terpaku. Suara deheman itu milik Zenia!

Masing-masing berpura-pura sibuk dengan kerja.

Zenia yang sedang berdiri di sebelah meja Fiza terus merenung tajam ke arah Shadrina. Sakit hatinya dengan gadis itu. Nampaknya, dia sudah ada pesaing!

# # # #

TENGAH hari itu Puan Hanifah telah ke rumah Puan Zainab untuk bertanyakan sesuatu. Walaupun dia sudah letih dengan rancangannya yang masih tidak ada sebarang perkembangan positif, demi masa depan Zenia, dia sanggup menebalkan muka dan membuang rasa malunya demi memenuhi kehendak hatinya. Siapa tidak mahu bermenantukan seorang ahli perniagaan berjaya? Pasti masa depan anaknya lebih terjamin kelak.

"Mana anak dara kawak Nab? Tak nampak pun batang hidung dia orang?" tanya Puan Hanifah sambil mengintai ke dapur dari ruang tamu.

"Ada tu, dekat dapur duk siapkan makan tengah hari. Kejap lagi kita boleh makan sama-sama bila dia orang dah siap hidang."

"Waah, untung awak Nab, dapat anak lelaki yang bertanggungjawab. Dapat anak perempuan pula yang ligat di dapur. Sejuk perut awak mengandungkan mereka, kan?" puji Puan Hanifah sekadar berbasa basi.

"Emmm, dia orang tu ke dapur sebab awak datang aje Pah. Kalau awal tak ada tadi, masing-masing terlentang depan TV ni duk tengok cerita orang putih," Puan Zainab menyindir anak-anak gadisnya di dapur. Sengaja dia menguatkan nada suaranya supaya Shafiyah dan Shafinaz terdengar.

"La… ya ke? Ala… biasalah Nab. Budak-budak sekarang. Nanti bila dah kahwin, tahulah dia orang tu, tanggungjawab sendiri," balas Puan Hanifah.

Puan Zainab angguk bersetuju dengan kata-kata kawan baiknya itu.

Diam.

Puan Hanifah mula gelisah. Dia bertandang ke rumah ini bukan membuat lawatan mingguan. Tapi, ada hajat yang ingin diluahkan. Walaupun kedengaran seperti perigi mengesot mencari timba, dia tetap mencuba untuk meluahkan. Jika mahu menunggu timba berlari mengejar perigi, entah bila timba bisa bertemu periginya.

"Nab, saya datang ni sebenarnya nak tanya sesuatulah pada awak."

Puan Hanifah meluahkan apa yang terselit di benaknya. Dia di pihak wanita seolah sudah bosan menunggu. Rasanya di zaman serba moden ini, tidak salah rasanya pihak perempuan cuba merisik pihak lelaki.

Puan Zainab tertawa.

"Itu aku tahu Pah, kau datang sini tak pernahnya datang suka-suka nak melawat aku, kan? Setiap kali kau datang sini mesti kau nak tanya sesuatu. Ni mesti pasal anak kita, betul tak?"

Puan Hanifah pula ketawa.

"Kalau awak dah tahu senanglah kerja saya. Tak payah saya nak ulang dari awal. Rasanya dah bertahun kita pelan nak satukan anak awak dengan anak saya. Muka saya ni pun, asaya rasa kalau disagat kat tar jalan, dah kebal dah sebab duk bertandang merisik anak awak aje. Malunya tak terkira, Nab. Tapi, kalau saya tak buat macam ni, saya tak tahu progress rancangan kita ni dah sampai tahap mana, betul tak? Jadi, macam mana? Pelan kita masih berjalan lancar, kan?" Berjela pula Puan Hanifah berkias.

"Pah, bukan saya tak pernah bagi tahu rancangan kita ni pada anak saya. Saya suka Zenia tu jadi menantu saya. Dan saya teringin nak berbesan dengan awak. Tapi, setiap kali saya tanya pasal perasaan anak saya tu pada anak awak, dia kata dia anggap Zenia tu macam kawan baik dia aje. Tak lebih dari tu. Apa saya nak buat lagi?"

Puan Hanifah berdegus bosan.

"Aik, takkan awak sebagai mak tak boleh nak pujuk dia? Gunalah kuasa veto awak sebagai mak tu, supaya dia terima anak asaya. Tak reti-reti lagi?"

Puan Zainab mula gelisah selepas mendengar kata-kata Puan Hanifah itu.

"Bukan saya tak pujuk, Pah. Saya dah pujuk, tapi dia tetap tak makan pujukan saya. Saya tak nak lah memaksa dia. Saya takut dia tinggalkan saya kalau saya terlalu memaksa dia. Awak tahu ajelah, dialah satu-satu anak lelaki saya. Harapan keluarga selepas suami saya meninggal dunia. Kalau tak ada dia, saya tak tahu macam mana dengan hidup saya ni, Pah."

Itulah kerisauan Puan Zainab selama ini. Sebab itulah dia terlalu menjaga hati anak sulungnya. Dia tidak sanggup kehilangan anak sulungnya itu. Dia berharap jika anaknya itu berkahwin kelak dia akan tetap tinggal di rumah ini. Hanya Shafiz satu-satunya harapannya. Dua anak gadisnya bukan tidak boleh diharap. Mereka perempuan. Jika sudah berkahwin kelak, pasti akan ikut suami masing-masing. Hanya Shafiz yang dia ada untuk menumpang kasih.

Puan Hanifah merengus bosan dalam sembunyi.

"Kalau aku jadi awak, dah lama saya paksa Shaf tu, Nab. Awak sebagai mak berhak untuk tentukan kebahagiaan dia, kan? Lagipun, bukannya Shaf tak kenal Zenia. Sejak sekolah rendah lagi dia orang dah berkawan rapat."

"Itu saya tahu, Pah. Tapi…" Sukar untuk diluahkan apa yang menjadi kerisauan di hati Puan Zainab ketika ini.

Puan Hanifah merengus lagi. Nampaknya, hasutannya tetap tidak bisa membantu rancangannya supaya berjalan lancar. Dia perlu memikirkan cara lain untuk menyatukan Zenia dan Shafiz.

"Mak, makan tengah hari dah siap!" Kedengaran suara Shafiyah dari arah ruang makan.

Serentak Puan Zainab dan Puan Hanifah memandang ke arah ruang itu.

"Pah, jomlah kita makan tengah hari dulu. Makanan dah siap tu. Lepas makan nanti, boleh kita sama-sama makan bubur kacang yang awak bawa ni," pelawa Puan Zainab lalu mencapai beg kertas di atas meja kopi di hadapannya.

"Haah, yalah," akur Puan Hanifah, kecewa bila kawan baiknya itu terlalu lemah dengan anaknya sendiri. Dengan senyum dibuat-buat dia bangkit berdiri lalu melangkah mengekori langkah Puan Zainab menuju ke ruang makan.

Apapun berlaku, aku akan pastikan rancangan ni menjadi! Detik di hati Puan Hanifah, tekad.

# # # #

USAI makan tengah hari, mereka berdua terus kembali ke pejabat semula. Bahagia Zenia kerana dapat makan tengah hari bersama Shafiz. Walaupun sekadar berborak kosong, rasa bahagianya tetap terasa sehingga ke dasar hati tatkala memandang wajah manis Shafiz.

Namun bagi Shafiz, dia tidak rasa apa-apa perasaan pun pada wanita yang dianggap sebagai kawan baiknya itu.

Senyum Zenia terkaku bila melihat Shafiz tidak terus ke pejabatnya saat mereka melangkah masuk ke Shaf Engineering Sdn. Bhd.. Sebaliknya lelaki itu terus ke meja Fiza. Dia memerhati Shafiz dari pejabatnya dengan rasa geram yang teramat sangat.

"Fiza, mana Rin?" tanya Shafiz, hairan bila melihat meja Shadrina kosong. Sekilas dia memandang ke arah pantri tidak jauh dari situ.

Fiza yang sedang menaip sesuatu pada papan kekunci komputernya mengangkat wajah memandang Shafiz.

"Rin? Lepas lunch tadi, dia kata nak ke bilik belakang sekejap," jawab Fiza dari apa yang dimaklumkan Shadrina sebentar tadi.

"Lunch? Dia lunch kat mana? Saya dengan Cik Zenia lunch dekat kafe bawah, tadi. Tak nampak dia, pun?" tanya Shafiz lagi, hairan. Sejak Shadrina bekerja di syarikatnya, dia tidak pernah melihat Shadrina di kafe berdekatan.

Perbualan Shafiz dan Fiza telah menarik minat Zenia untuk melangkah menghampiri Shafiz.

"Oh, Rin memang tak keluar lunch. Biasanya dia makan dekat pantri. Dia bawa bekal dari rumah. Lebih jimat katanya," Fiza memberi jawapan jujur.

"Dah tu, apa dia buat dekat bilik belakang tu? Dah masuk waktu ofis, kan? Dia mengular ke apa?" Zenia mencelah dengan nada sinis. Sengaja ingin memburuk-burukan Shadrina yang semakin dibenci itu di mata Shafiz. Sejak Shadrina bekerja di syarikat ini, perhatian Shafiz semakin beralih kepada wanita kampung itu! Dia cemburu!

Shafiz memandang Zenia yang sudah menyilang tangan di dada. Tidak senang dia dengan tuduhan melulu Zenia itu.

"Tak baik tuduh orang tanpa bukti." Shafiz membela Shadrina.

"Kalau macam tu, kita sama-sama tengok dia dekat bilik belakang. Apa dia buat dekat bilik kecil tu. Entah-entah dia tengah nyenyak tidur," Zenia memburukan Shadrina lagi.

Terasa nyilu di kalbu Shafiz setiap kali mendengar kata-kata Zenia yang memburukan Shadrina. Dia tidak merasakan Shadrina gadis sebegitu.

"Apa awak tunggu lagi? Jomlah kita tengok apa dia buat dekat bilik belakang tu," ujar Zenia, beria-ia. Tidak sabar dia mahu mencalarkan imej Shadrina di mata Shafiz.

Shafiz melangkah menuju ke bilik belakang yang berhampiran dengan bilik mesyuarat sambil diekori Zenia dari belakang. Sampai sahaja, dia menolak pintu itu perlahan-lahan ke dalam.

Terpaku Shafiz bila melihat Shadrina sedang bersujud di atas sejadah.

Zenia di sebelah Shafiz sudah mengigit lembut bibirnya. Tebakkannya tadi langsung tidak mengena! Rasa risau mula menyelubungi diri. Tidak sedikitpun rasa serba salah itu bertandang ke jiwanya kerana telah menuduh Shadrina dengan satu tuduhan yang tidak berasas sebentar tadi. Dia lebih risaukan Shafiz akan membencinya.

Terasa lapang dada Shafiz bila melihat Shadrina ketika ini yang sudah duduk di tahiyyat akhir. Semakin kuat getaran di dadanya ketika ini terhadap gadis itu. Seketika kemudian, dia merapatkan kembali daun pintu bilik kecil itu. Zenia di sebelahnya dipandang dengan satu keluhan hampa.

"Shaf," Zenia cuba menahan Shafiz yang sudah melangkah menuju ke pejabatnya. Dia sedar dia bersalah.

Fiza di mejanya hanya memandang hairan melihat perlakuan dua manusia yang melintasi mejanya.

"Shaf, saya minta maaf," pohon Zenia bersungguh-sungguh selepas Shafiz selesa duduk di atas kerusi di pejabatnya. Tanpa dipelawa dia turut menghenyak punggungnya di atas salah satu kerusi yang ada di hadapan meja Shafiz.

Shafiz hanya tersenyum kelat.

"Lain kali, jangan nak buruk sangka sebelum ada bukti. Awak tahu tak, menfitnah itu hukumnya berdosa besar?"

"Ya, saya tahu. Saya sekadar berandaian aje tadi, kan?" Zenia kebingungan untuk mencipta ayat yang sesuai.

"Kalau awak nak tahu, wanita yang macam Rin tulah yang saya idamkan selama ni untuk dijadikan permaisuri di dalam hidup saya. Bertudung rapat dan ringkas. Berbaju kurung labuh. Hamble dan sentiasa senyum dalam apa juga keadaan pun. Setiap kali saya pandang wajah dia, hati saya terasa aman dan tenang."

Shafiz meluahkan perasaannya yang langsung tidak ada kena mengena dengan topik perbualan mereka.

Zenia berkerut dahi. Nampaknya, Shafiz sudah mula jatuh hati pada Shadrina.

"Shaf, come on. Rin tu, kolot, kut? Kampung sangat temanya. Awak tak malu ke, ada isteri gaya kampung macam tu?" Jelas sekali ada rasa sakit hati dan dengki di sebalik kata-kata Zenia itu.

"Biar kolot dalam berfesyen, asalkan auratnya tertutup. Biar dia dari kampung dan mundur, asalkan dengan ALLAH, iman dia sentiasa maju."

Terdiam terus Zenia dengan kata-kata sindiran Shafiz yang cukup pedas itu.

"Okey, saya nak solat Zohor dulu sebelum habis waktu. Awak tak solat sekali?" Shafiz menukar topik perbualan sambil melipat lengan bajunya sehingga ke siku.

Sekali lagi Zenia tersentap.

"Period." Sepatah dia menjawab. Entah betul entah tidak hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu.

"Okey, kalau macam tu saya minta diri dulu," pinta Shafiz lalu melangkah meninggalkan pejabat itu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Zenia mengetap gigi menahan geram. Terputik perasaan dendam di kalbunya tanpa dia sedari terhadap Shadrina yang semakin dibencinya itu. Tak guna punya perempuan! Desis hatinya, penuh rasa benci.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C9
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen