App herunterladen
40% Maisarah / Chapter 2: BAB 1

Kapitel 2: BAB 1

"Sara oii bangunlah kau ni dah nak class dah ni." Aimy kejutkan aku.

"Arghhh! Kau ni kacau lahhh aku nak tidur pun tak senang tahu tak?!" Marahku.

"Wei kau sedar tak dah pukul berapa dah ni? Aku kejutkan kau ni sebab tak nak kau lambat class. Cepatlah siap kat mengamuk pulak orang tua tu" Marah Aimy pula.

"Ha yela aku pergi mandi dulu kau tunggu aku tau jangan tinggal pula." jawabku mengalah. Aimy mengangguk dan menyuruhku bersiap segera.

**********************

IN CLASS

"Hai Maisarah! Jom duduk sebelah saya" kata Dani Hamdan jejaka yang tidak disukainya itu.

"Ey tak suka betullah aku dengan jantan gatal ni. Menyampah selalu je nak kacau orang"desis hatiku sesal.

"Emm takpa lah kawan i suruh duduk dengan dia. Bye!" jawabku sambil berpura pura senyum kepadanya.

Belum sempat hendak berbual dengan Aimy tiba tiba Sir Ahmad masuk ke dalam kelas.

Selepas habis class aku dan Aimy pergi ke cafe yang selalu kami lepak.

"Weh Sara aku tengok si budak Dani tu minat kat kau la" kata Aimy. Aku mengangkatkan kening sambil pura pura buat muka pelik. Aku bukannya apa sebenarnya aku dah tahu lama tentang mamat Dani tu nak dekat aku sebab dia pernah confess dekat aku pun dulu.

"Kau ni kenapa buat muka pelik camtu?"soal Aimy pelik.

Aku mengangkat bahu dan tersenyum nipis.

Esoknya seperti biasa aku akan bagun pada jam 8 pagi dan terus mandi.

Selesai mandi aku duduk di meja solek sambil menyikat rambut dan memakai produk penjagaan kulit.

Setelah selesai aku keluar bilik untuk melihat kalau ada apa apa yang boleh dimakan pagi pagi hari ni.

"Awalnya kau bangun harini, biasanya kena aku kejut dulu baru bangun" perli Aimy.

"Salah ke aku nak bangun awal pun kang kalau tak bangun kau pulak yang membebel"jawabku sambil menjeling ke arah Aimy.

Pada petang aku dan Aimy memutuskan untuk keluar membeli belah.

Aku pergi ke tempat yang mengandungi makanan ringan untuk membuat stok dirumah maklumlah dirinya sangat malas untuk pergi ke pusat beli belah hehe.

Habis membeli belah aku ke starbuck untuk membeli minuman. Sampai di kereta aku mendapat panggilan yang daripada mama.

"Aik kenapa pulak mama call aku ni biasanya aku yang call dia" desis hatiku pelik dan segera mengangkat panggilan.

"Kenapa mama call Sara? Selalunya Sara yang call mama"Aku bertanya.

Aku terdengar mama menangis tapi kenapa?

"Mama kenapa nangis ni? cepat la cakap" gesaku risau pula mendengar tangisan mama.

"Sara kalau mama cakap jangan terkejut dan terus datang rumah mama tau se....sebenarnya papa...."mama berhenti barcakap dan menyambung tangisannya.

"Mama papa kenapa?Bagilah tahu Sara"gesaku lagi.

"Papa nak... papa dah tak ada" kata mama sayu.

Hatiku bagai tersentak. Papa dah tak ada? tapi kenapa baru dua hari lepas aku call papa terdengar suara papa sihat sahaja tapi kenapa sekarang dia dah tak ada.

"Sara.... Sara ok tak mama mintak sangat Sara balik cepat malam ni papa nak dikebumikan dah"kata mama yang menangis.

Aku terus menutup telefon dan memecut laju ke lebuh raya.

Melihat aku yang diam sahaja Aimy memulakan bicara.

"Beb kau kenapa diam and sekarang ni kita nak kemana? Kau jangan buat aku risau beb" Kata Aimy mungkin sebab dia pelik aku diam semacam kerana biasanya akulah yang paling bising.

Sampai di perkarangan rumah banglo yang megah itu aku terus berlari meninggalkan Aimy yang terpinga pinga di dalam kereta dan terus mendapatkan mama yang duduk termenung di bangku depan rumah banglo itu.

"Mama!!! papa mana?macam mana papa boleh meninggal?dah dikebumikan ke belum?"soal ku bertubi tubi kepada mama.

Mama tidak berkata apa dan hanya menunjuk ke dalam rumah dekat wajah yang sayu dan tangannya menggigil.

Aku segera meluru ke arah papa yang sudah siap dikafankan dan terus memeluk tubuh yang tidak bernyawa itu.

"Papa! Kenapa papa tinggalkan Sara. Papa dah janji akan tengok Sara graduatekan papa kan? Bagunlah papa!" raungku sepert orang gila.

Tiba tiba aku merasa beberapa orang wanita menarikku dari belakang bimbang aku bertindak di luar jangkaan.

"Lepaslah! aku nak jumpa papa aku. Korang tak payah lah sibuk dekat sini"rontaku tanpa sedar mataku mula tertutup.

Aku membuka mata terlihat ada berada di dalam bilik tapi bilik siapa? tiba tiba aku teringatkan papa yang meninggal dan aku mula hilang kawalan dan aku melihat jururawat itu seakan akan panik denganku dia terus meninggalkanku untuk memanggil doktor.

Selang beberapa minit doktor datang dan menenangkanku.

Esoknya aku dibolehkan untuk keluar dari hospital. Aku melihat susuk tubuh Aimy yang tercegat di depan kereta.

Di dalam kereta kami hanya membisu hanya suara radio yang terdengar.

"Aimy aku nak pergi tengok pusara papa aku boleh?" soalku memulakan bicara terlihat Aimy hanya mengangguk.

Tiba di pusara papa air mataku bercucuran tumpah membasahi pipi.

Teringat nasihat doktor kepadaku "Maisarah awak kena tahu yang hidup kita ni cuma sekejap semua orang akan mati termasuklah diri awak sendiri jadi saya minta awak tolong ikhlaskan pemergian arwah ya Maisarah? Biarkan dia tenang disana" kata doktor tersebut.

"Sara kau okey tak ni? dah lama kau kat sini jomlah kita balik ya? nantI aku bawa kau kat sini lagi."ajak Aimy perlahan.

Aku hanya mengangguk sambil mata masih terarah ke pusara papa.

NOTE

Perkhabaran mengenai kematian menjadikan ia terasa semakin hampir dengan kita. Tidak ada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada kematian. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Jumu'ah ayat 8 bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan (serta membalasnya).'"


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C2
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen