App herunterladen
86.36% Pages Of My Lying Youth / Chapter 19: Page.18 : Kehidupan Baru

Kapitel 19: Page.18 : Kehidupan Baru

" Terima kasih sebab pernah suka aku, Aiman. Aku harap aku jadi orang yang lebih baik bila kita berjumpa semula nanti.

Daripada Humairah."

***

" Assalammualaikum korang!" Amir memasuki kelas dengan terujanya, aku dan Syakir menoleh kearahnya dengan wajah pelik.

" Waalaikummusalam, Amir..kita dah form 5 dah wei..stoplah jadi teruja macam tu setiap kali dah dapat masuk kelas baru.." Kata Syakir, Amir menggaru belakang kepalanya sambil tersenyum pahit.

" Tahun baru, azam baru…Aku pastikan aku belajar betul-betul tahun ni!" Amir mengangkat tangannya.

" Semoga berjaya tak sentuh rank.." Tegur Syakir.

" Bagilah aku semangat, Syakir.." Keluh Amir, Syakir tergelak kecil, aku pula tersenyum sahaja sambil memandang mereka, baru kami bertiga sahaja yang berada didalam kelas sekarang, inilah tahun akhir kami sebagai pelajar sekolah menengah, form 5, aku masih tak percaya yang ini ialah tahun terakhir kami..agak mengejutkan..Aku harap masa berjalan sedikit perlahan tahun ini..harapnyalah.

" Tahun ni votekan Syakir sebagai ketua kelas..tahun lepas dia dapat lepas, tahun akhir ni..kita pastikan dia jadi ketua kelas!" Pinta Amir kepada semua orang ke dalam kelas.

" Yeahh!" Mereka semua bersemangat ingin Syakir menjadi ketua kelas.

" Haih..alang-alang tahun akhir…aku jadi jelah ketua kelas..straight 4 tahun aku terlepas..jadi tahun ni…apa salahnya?" Keluh Syakir.

" Kau dah mengalah pun akhirnya.." Kata aku.

" Humph..tahun akhir kenalah bagi semuanya.." Balas Syakir, aku mengangguk faham sahaja.

***

Tahun baru ini semestinya rasa kurang, kerana salah seorang daripada orang yang penting dalam hidup aku tiada disini, orang pertama yang buat aku jatuh cinta, orang yang sakiti dan buatkan aku bahagia..Dia sudah tiada disini..dia jauh daripada aku..

Aku tak mahu lupakan dia…tapi makin masa berlalu, makin hilang jejak yang ditinggalkan dia..

" Tahniah kepada ketua kelas dan ketua pengawas Pusat Sumber kita.." Amir menepuk tangannya, Syakir tersenyum pahit manakala Nur tertunduk penat.

" Aku..tak tahulah nak sambut ke tak.." Keluh Nur.

" Janganlah biarkan orang serahkan semua kerja diorang pada kau.Sekarang kau ketua, gunakan kuasa ketua tu sebaik mungkin.." Pesan Syakir.

" Betul jugak..aku takkan susun buku dan angkat benda berat lagi tahun ni..Aku serahkan semua pada junior." Kata Nur, dia tersenyum sinis.

Aku menghirup air kotak aku dan diam sahaja, mereka bertiga menoleh kearah aku dengan wajah tertanya.

" Oi, Aiman..kau okay?" Tegur Syakir.

" Eh? Ah, aku..okay…" Balas aku.

" Kau termenung jauh je..ada problem ke?" Soal pula Nur.

" Takde apa…aduhai.." Keluh aku sambil mengalihkan pandangan aku.

Entah kenapa, aku terasa seperti, tiada apa sangat yang ingin aku cakapkan..atau sembangkan lagi..

" Ah! Aiman..boleh tolong cikgu tak?" Tegur Cikgu Farah, aku memberhentikan langkah aku dan menoleh kearahnya.

" Boleh cikgu.." Aku berjalan kearahnya.

" Cikgu nak kemaskan meja cikgu ni…Boleh tak kamu tolong buangkan kertas-kertas peperiksaan yang tak dituntut tu.." Pinta Cikgu Farah.

" Hum..baiklah cikgu." Aku mengambil plastik yang berisi dengan kertas-kertas peperiksaan itu, agak berat.

" Terima kasih, Aiman..kau memang banyak membantu.." Puji Cikgu Farah, aku harap dia rekodkan kerja aku ni dalam rekod amalan baik aku.

***

Aku berjalan kearah tempat pembuangan sampah yang terletak dibelakang kantin sekolah aku, angin bertiup agak kuat dan tangan aku mula terasa lemah, genggam aku terlepas dan plastik yang berisi dengan kertas peperiksaan itu terjatuh.

Banyak kertas peperiksaan berterbangan keudara, aku segera menangkap kertas-kertas itu, menyusahkan betul…

Sedang aku mengutip kertas-kertas itu, satu kertas peperiksaan menangkap mata aku, kertas peperiksaan matematik dengan markah yang tinggi, 89%, nama yang menjawab kertas itu ialah, Humairah binti Mohd Zaimi, mata aku terbuka luas.

" Kertas Mairah?" Aku memerhati kertas itu, ini ialah kertas peperiksaan pertengahan tahun kami tahun lepas, dia tak sempat dapatkan kertas ni, hah..Aku membuka kertas peperiksaan itu..banyak soalan yang dijawab Mairah betul, dia memang genius bab matematik ni…

Aku tersenyum sahaja sambil memerhati kertas itu..Teringatkan kenangan lama..

Aku membuang plastik tadi kedalam tong sampah yang besar dan berjalan pergi sambil membawa kertas peperiksaan Mairah bersama dengan aku.

***

" 1..2..3..Cheese!" Zati menangkap gambar aku, kami sedang berjalan bersama-sama dimall, aku senyum sambil menunjukkan tanda peace.

" Alrighty! Cantik gambar.." Puji Zati.

" Hum..kamera telefon kau memang cantik..Zati." Kata aku.

" Telefon 1500 kot..kalau aku beli benda ni dan kameranya teruk..aku pasti akan minta refund.." Balas Zati, aku tersenyum pahit.

Mall disini lebih besar daripada yang aku selalu pergi ditempat lama aku, sejujurnya sehingga sekarang aku masih terkejut betapa besarnya mall ni..

" Mairah..ada kawan dari tuisyen aku nak nombor kau..Kau nak aku bagi dia?" Tanya Zati.

" Kenapa dia nak nombor aku? Orang yang aku tak kenal..ada nombor aku..rasa tak sedap hati, kau tahu.." Balas aku.

" Betul jugak..tapi dia kata kau nampak comel.." Kata Zati.

" Kau tunjuk gambar aku ke?" Soal aku.

" Takdelah…dia ternampak masa aku bukak telefon aku.." Balas Zati kemudian menghirup teh bobanya. Aku elakkan diri aku daripada diketahui banyak orang, kawan aku disekolah pun hanyalah Zati sahaja..Cukuplah..seorang kawan je aku ada..aku tak perlu lebih..

***

Aku dah mula biasa dengan kehidupan aku dibandar yang lebih besar, tapi aku masih takut nak pergi jauh, aku pastikan Zati ada bersama dengan aku untuk teman aku..

Bandar yang besar nampak sangat menakutkan..dengan pelbagai jenis orang dan rupa, aku..sentiasa terasa seperti aku perlu berhati-hati semasa aku keluar..

" Jangan dekat dengan kami…blah!" Zati menghalau lelaki yang tadi mengacau aku. Mereka berjalan pergi dengan wajah tidak puas hati.

" Terima kasih Zati.." Kata aku.

" Sorrylah..aku lama sangat dalam toilet tadi.." Zati menepuk tangannya.

" Takde masalahlah.." Balas aku.

Aku suka dan tak suka juga cara kehidupan disini, tapi aku dah tak kisah, selagi kehidupan aku tenang, aku tak nak risau pasal benda lain..

Masa berlalu dengan cepat, kelip mata-kelip mata, aku sudah berada di tahun terakhir sekolah menengah, aku berada ditempat yang berbeza, berjauhan daripada suasana aku yang dahulu..

Jauh..daripada orang-orang yang meninggalkan impak dalam kehidupan aku..

***

" Maaflah..aku tak berminat..dengan sesiapa sekarang.." Kata aku kepada budak perempuan yang meluahkan perasaanya pada aku, dia kelihatan kecewa, aku mengalihkan sahaja pandangan aku sambil mengangkat beg aku dan berjalan pergi.

Aku…just rasa..tak mahu lagi berada didalam hubungan couple lagi, ia akan ganggu aku, tambahan pula ini tahun form 5 aku, masa untuk fokus benda yang betul, iaitu belajar…

" Susahnya bila jadi hensem, hah.." Perli Zakir. Aku mengeluh kecil.

" Diamlah bodoh.." Balas aku.

Aku..terasa seperti aku membuang masa muda aku dengan benda-benda yang bodoh, tahun lepas buat aku sedar, bahawa jika aku tersekat memikirkan pasal seseorang, otak aku tak dapat proses dengan betul..

Banyak markah peperiksaan akhir tahun aku drop..Tak berguna menyesal sekarang, aku hanya perlu fokus pada diri aku balik..

Aku..dah cukup dengan cinta monyet..

***

Mimpi ini lagi…

Aku sedang duduk sendirian ditaman yang dipenuhi dengan bunga, tangan aku sudah berbalut, semua bunga disini nampak sama sahaja, tiada beza dengan bunga ros yang dahulu aku pegang…

Aku tak terasa lagi duri dan racunnya tetapi masih meninggalkan kesan, apabila aku membuka balutan tangan aku ini..terdapat parut duri berada ditapak tangan aku..

Kehilangan yang aku rasai ini..membuatkan aku terasa berseorangan..

Aku dikeliling benda-benda indah tapi aku berseorangan, aku ada banyak kawan dengan aku namun aku terasa sendirian, aku ada keluarga yang penyayang tapi aku rasa kehilangan..

Mata aku terbuka perlahan, air mengalir perlahan daripada mata kanan aku, lagi sekali, aku mimpi buruk ke? Dada aku terasa berat sangat…

" Mairah…" Nama itu dahulu yang aku ingat apabila aku terasa sedih sebegini..

Lampu bilik aku buka, jam menunjukkan pukul 4 pagi, hari ini ialah hari sabtu..dan aku bangun awal, tahniah, Aiman.

Aku terduduk dimeja belajar aku, kertas peperiksaan Mairah masih berada disitu, aku memerhati sahaja kertas itu, apa yang istimewanya kertas ni sehingga aku bawanya pulang?

Laci meja aku buka, terdapat satu rak dengan kasut dan baju sukan yang diberikan Mairah kepada aku sebagai hadiah terakhirnya, surat yang berada didalam kotak itu terletak diatas baju sukan itu. Kertas peperikasaan itu aku letakkan ditepi kasut sukan. Koleksi aku..

Aku tak sentuh langsung kasut sukan dan baju sukan itu sehingga ke hari ini..Aku pun tak tahu sama ada baju dan kasut itu muat..aku hanya simpan sahaja..hadiah ini..

***

" Kasut ni dah kecik..haih.." Keluh Syakir, dia meletakkan kasut sukan yang tidak muat itu, ianya ialah kasut sukan yang diberikan Mairah dahulu.

" Belilah saiz besar sikit..Mairah." Kata Syakir sendirian. Nur berjalan kearah rumah Syakir, dia menoleh kearah Syakir.

" Cepatlah..kata nak jogging.." Tegur Nur.

" Kejap..aku kena pakai kasut lain..kasut ni dah tak muat.." Balas Syakir.

" Laah..yeke? Aduhai.." Nur kelihatan risau, Syakir memerhatinya lama.

" Jangan risau..aku tak buang kasut ni..aku simpan.." Kata Syakir, Nur kembali tersenyum semula, Syakir mengambil kasut sukan hitam yang kelihatan baru, dia segera memakainya.

" Segarnya pagi ni~" Kata Nur sambil berjogging, Syakir berada dibelakangnya, pagi ini agak berkabus, Syakir melihat sekeliling kawasan kampungnya, kelihatan beberapa kanak-kanak sedang memancing di sungai yang kecil.Nur melambai kearah mereka, kanak-kanak itu membalas lambaian Nur.

" Baru sejam kita jogging..dah penat dah?" Soal Syakir dalam nada memerli, Nur terduduk kepenatan.

" K..Kau dah selalu jogging..Aku baru start." Keluh Nur.

" Kenapa kau tiba-tiba nak jogging? Berat naik ke?" Tanya Syakir. Wajah Nur terus berubah merah.

" I…Iyalah, kau ada masalah ke?" Nur memuncungkan mulutnya, Syakir tergelak.

" Hahaha! Cuba aku teka..sebab kau selalu test masak..kau makan banyakkan?" Perli Syakir sambil tersenyum.

" Ahh! Diam!" Nur menutup telinganya.

Sedang mereka rancak bersembang, tiba-tiba sahaja motor kuning lalu dihadapan mereka, motor kuning yang dipakai oleh seseorang yang mereka kenali, mata Syakir terus tertumpu kearah motor itu.

" Eh? Itu..motor.." Syakir menutup mulutnya.

" Jangan cakap dengan aku.." Nur juga kaget.

" M..Mari ikut motor tu.." Cadang Syakir.

" Eh? Seriously?" Nur kelihatan takut.

" Aku…just curious je.." Kata Syakir.

Pada akhirnya, mereka mengikuti motor itu, ia bergerak dengan perlahan, jadi Syakir dan Nur dapat mengekorinya, mereka tiba dijalan lama yang sudah tidak digunakan dikampung itu lagi, jalan dimana berlakunya kejadian yang meninggalkan kesan pada kehidupan mereka..

" Nampaknya…betullah, dialah orangnya..Usop." Kata Syakir sejurus melihat motor itu masuk kedalam jalan lama itu.

Motor Usop dihentikan ditengah-tengah jalan itu, dia membuka helmetnya, rambut Usop pendek, dia menoleh kebelakang.

" Kenapa korang ikut aku?" Tegur Usop.

" Aku..lebih tertanya..Apa kau buat kat sini Usop?" Soal Syakir, Usop tersenyum pahit.

" Just jalan-jalan.." Balas Usop.

" Mairah..dah takde kat sini.." Kata Syakir, Usop memandang sahaja Syakir.

" Begitu..sebab aku ke?" Soal Usop.

" Kau rasa?" Syakir menjeling Usop tajam.

" Maaflah..kalau boleh, aku nak melutut..minta maaf..pasal apa yang terjadi..pada hari tu.." Kata Usop, Syakir terdiam.

" Usop.." Nur memandang Usop dengan pandangan sedih.

" Aku..dah terima rawatan dan masih dalam rawatan..Sekarang, aku sedar bahawa tindakan aku..dah sakiti banyak orang..Macam mana dengan Aiman? Dia okay?" Tanya Usop kepada Syakir.

" Dia sihat je." Balas Syakir sambil mengalihkan pandangannya.

" Baguslah..semoga semua orang sihat je. Baiklah..aku nak balik dulu, tengah hari nanti…aku kena jumpa doktor.." Usop menghidupkan semula motornya.

" Usop..jaga diri kau.." Kata Syakir, Usop tersenyum.

" Hum..terima kasih.." Balas Usop, dia terus pergi daripada Nur dan Syakir.

" Dia..dah nampak okay sekarang.." Kata Nur, dia kelihatan lega, Syakir pula mengambil nafas yang panjang.

" Syukurlah..dan aku rasa..aku tahu siapa yang patut kita ucapkan terima kasih.." Syakir memerhati motor Usop hilang daripada pandangannya.

***

" Apa kau fikir bodoh? Aku risau kau takde kat rumah kau, kau tahu.." Roznam mengangkat bulu mata kanannya dengan wajah marah.

" Sorry-sorry. Rugilah kalau tak ambik angin masa pagi macam ni.." Kata Usop, Roznam mengeluh kecil.

" Nak lepak makan tak? Aku laparlah…" Ajak Roznam.

" Boleh je..tapi kau belanja, eh..Aku takde duit." Balas Usop, Roznam tersenyum.

" Semestinya..nak apa? Roti canai? Capati?" Tawar Roznam.

" Mamak lagi, hah..Aku rasa aku nak capati hari ni.." Usop meletakkan tangannya didagu.

***

Langit malam gelap sahaja, tiada bintang atau bulan pun kelihatan, awan menutupi langit malam ini..

" Sunyinya malam ni.." Aku memandang sahaja keluar tingkap sambil memeluk lutut aku, dari tingkap bilik ini, aku dapat melihat suasana bandar pada waktu malam dari jauh, lampu jalan yang menyinari bandar ini, bangunan-bangunan tinggi yang nampak megah..

Pemandangan yang sangat berbeza daripada yang biasa aku nampak…

Walaupun semuanya bercahaya, aku masih terasa sunyi, langit masih gelap walaupun jalan raya yang besar disinari lampu.

Aku membuka Instagram aku, nampaknya Zati menghantar gambar aku dan dia keluar bersama tadi di IGnya, aku tersenyum melihat gambar itu kemudian menekan butang like.

***

" Ahhhhh!" Amir tiba-tiba menjerit, aku dan Roznam terus menoleh kearahnya dengan wajah terkejut dan tertanya.

" Kau kenapa?" Tegur aku. Amir mengambil nafas yang panjang dan menggosok matanya beberapa kali.

" Macam susah nak percaya wei.." Kata Amir.

" Apa jadi doh?" Soal aku lagi.

" Tengok gambar ni.." Amir menunjukkan telefonnya, aku dan Roznam menoleh kearah skrin telefonnya itu.

" Tunggu..itu Mairah ke?" Tanya Roznam, mata aku juga terbeliak selepas melihat gambar Mairah bersama dengan seorang budak perempuan yang terpapar diskrin telefon Amir.

" Budak perempuan yang bersama dengan Mairah tu ialah Zati atau lebih dikenali sebagai Akak Flash, dia popular dekat IG..dengan Tiktok..aku follow dia.." Terang Amir.

" Kenapa kau follow?" Aku mengangkat bulu mata kanan aku.

" Sibuk je..kenapa kau nak tahu?" Amir memuncungkan mulutnya.

" Gatal..follow IG dengan Tiktok budak perempuan..yang kau tak kenal.." Roznam memandang Amir jijik.

" Eh! Kalau kau jumpa IG dengan Tiktok budak comel mesti kau follow jugakkan!" Amir mengangkat jari telunjuknya dengan wajah bersemangat.

" Haih..itu bukan yang penting sekarang..Seriuslah dalam gambar tu Mairah?" Keluh aku.

" Betullah…tengok muka dia..sama kan?" Balas Amir.

" Daripada bentuk mall tu..Nampaknya diorang ada kat bandar besar.." Kata Roznam.

" Memang pun…Tak silap aku..Zati ni tinggal dekat Selangor.." Kata Amir.

" Semua kau tahu…menyeramkan." Aku menjauhkan diri aku daripada Amir.

" Dia popular..biasalah tu aku tahu sedikit sebanyak pasal dia.." Amir mengalihkan pandangannya, aku memerhati gambar itu lagi, Mairah nampak seperti dia sedang bergembira disitu..

" Amir..jangan tunjuk gambar ni dekat Aiman atau Nur.." Pesan aku.

" Eh? Kenapa? Dioranglah orang paling patut tahu pasal hal ni.." Amir pelik.

" Sebab itulah..kita kena rahsiakan daripada korang..Kalau Nur..atau Aiman tahu..mereka akan berusaha cari Mairah..Percayalah..lagi-lagi Aiman tu.." Balas aku, Amir menggaru kepalanya.

" Syakir..aku faham..kau tak nak diorang cari Mairah..tapi kau tak nampak ke? Aiman tu..dia nampak menyedihkan sangat sejak Mairah dah takde..kau kena bagi dia harapan walaupun ianya sia-sia.." Terang Roznam.

" Kalau dia dapat harapan..dia hanya akan sakit..lagi sekali je." Aku mengenggam tangan aku.

" Itulah maksudnya menerima realiti..Dia kena sakit..baru dia boleh move on..Aiman tak boleh move on..sebab dia tersekat menunggu benda yang takkan datang." Kata Roznam. Azan tiba-tiba berkumandang, Amir membetulkan kopiahnya dan berdiri kemudian berjalan sambil menepuk bahu aku.

Roznam memandang aku seketika kemudian mengikuti Amir, aku berdiri dan diam sahaja, dada aku terasa berat..aku terasa bersalah..

Aku takut…nak buat pilihan yang salah.

***

" Aiman..kau tahu tak Tiktoker atau IG budak perempuan nama Zati?" Tanya Syakir sedang kami berjalan bersama-sama ke arah tangga. Aku memberhentikan langkah aku.

" Uhm..aku takde Tiktok..dan aku tak kenal pengguna IG nama Zati.." Balas aku. Syakir menoleh kearah aku.

" Begitu..uhm, Aiman..jangan cari tau IG atau Tiktok Zati tu…" Pesan Syakir, dia tersenyum pahit.

" Eh? Asal?" Soal aku.

" Dia buat video pelik..Aku tanya kau sebab aku just nak tahu kau tahu tak pasal Zati tu.." Kata Syakir.

" Oh..hum..kalau benda pelik..aku takdelah tengok.." Keluh aku.

" Tapi…kalau kau nak cuba tengok..Trylah cari IG dia.." Tambah Syakir, tadi bukan kau cakap jangan cari ke?

Aku just meneruskan perjalanan aku, Syakir memerhati sahaja aku pergi, seseorang mendekati Syakir.

" Kau bukan cakap..jangan biarkan dia tahu ke?" Tanya Amir dengan wajah tertanya.

" Aku..rasa apa yang Roznam cakap betul..tapi aku tak nak bagitau dia sendiri..Aku nak Aiman..lihatnya dengan matanya sendiri. Biar dia yang bukak IG tu..sendirinya..dan biar dia buat pilihan sendiri.." Syakir memasukkan tangannya kedalam poket seluarnya, Amir memandang sahaja dia sambil mengeluh kecil.

" Pelik-pelik je..Cepatlah..jom makan, aku lapar.." Ajak Amir sambil menepuk bahu Amir, dia tersenyum, Syakir terikut senyum dan berjalan mengekori Amir.

Page.18 Tamat.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C19
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen