App herunterladen
81.81% Pages Of My Lying Youth / Chapter 18: Page.17 : Resolusi

Kapitel 18: Page.17 : Resolusi

Page. 17 : Resolusi

Selamat tinggal, semua.

" Ayah..akan pindah?" Soal aku, ayah sedang duduk dihadapan aku bersama dengan mak, mereka berdua memandang aku.

" Kejadian yang berlaku haritu..ayah tak nak benda sama berulang..kami selalu takde kat rumah jadi kami tak dapat tengokkan kamu..Kita akan pindah jauh daripada orang yang bahaya disini.." Terang ayah, aku tertunduk sambil memandang tangan aku.

Ini benda yang bagus betul tak? Sekarang aku ada sebab untuk jauh daripada diorang, aku takkan sakiti orang lain lagi, aku takkan sakiti Aiman, takkan sakiti Aswad dan sesiapa lagi…

" Kalau..ayah mahu begitu..saya ikut saja.." Balas aku.

" Bagus anak ayah..ini demi kebaikkan kamu.." Ayah membelai kepala aku, jarang dia baik sangat dengan aku, mungkin sebab kejadian baru-baru ni..dia lebih menjaga..

***

Aku mengemas bilik aku, kami akan pindah dalam tiga minggu lagi. Aku sentiada terfikir cara untuk aku melarikan diri aku daripada kawan-kawan aku dan Aswad. Sejak hari itu, aku asyik terfikir sahaja, bagaimana ingin aku larikan diri aku daripada diorang?

Ayah mahu pindah, inilah peluangnya, untuk hilang daripada mereka..

Aku mengambil bingkai gambar yang terletak diatas meja kerja aku, gambar semasa aku dan Nur sama rumah pada hari sukan tahun lepas, ada juga Aiman, Syakir dan Amir dibelakang aku dan Nur, mereka melompat dan tergelak bersama.

" Mairah..sorry, itu bukan maksud aku.." Aku teringat juga semasa aku sakiti Nur dan buatkan dia menangis.

"Aku..aku masih suka dengan dia..aku nak dia.." Aiman pun pernah menangis disebabkan aku..

" Kau memang sial!" Syakir yang marah dan mengamuk pada aku demi mempertahankan Nur, dia sayang pada kawan dia lebih daripada apa-apa dan aku sakiti mereka jadi adillah.

" Mairah, kau comel, cantik..malang betul ego kau tinggi macam bukit.." Aku pernah benci Aswad sebab aku tak pernah menang dengan dia.

" Mairah..tolonglah, jangan susahkan Aswad lagi.." Zakir menjeling aku pada hari itu, ya aku banyak susahkan Aswad.

Air mata terjatuh dibingkai gambar yang aku pegang ini, yang aku ingat hanyalah memori yang menyakitkan, aku tak layak kawan-kawan dan orang-orang yang menyayangi ni, aku tak sepatutnya bersama mereka..

Aku hanya akan buat mereka cedera, menangis lagi sahaja…aku tak kisah…kalau aku berseorangan lagi asalkan, diorang tak sakit disebabkan aku..

***

" Lelaki…nak beli hadiah apa ya?" Soal aku sendirian, aku gunakan sedikit duit simpanan aku untuk membelikan hadiah kepada kawan-kawan aku, aku nak pergi dengan meninggalkan benda yang bagus jadi..hadiah mungkin membantu..

" Kasut dengan bajulah…senang nak pilih..lelaki tak memilih sangat." Kata ayah. Aku mengangguk faham.

" Kasut, hah.." Aku memegang dagu aku.

Pada akhirnya, aku belikan kasut sukan dan baju sukan untuk kawan-kawan lelaki aku, aku harap ini saiz yang betul, kebanyakannya aku main teka sahaja kecuali kasut Aiman..sebab..aku tahu saiz kasutnya..

Rasanya, masa tu aku dan Aiman ponteng kelas PJ,

" Saiz kasut kita hampir sama?" Aku kaget. Aiman menoleh kebawah.

" Kaki kau boleh tahan besar, Mairah.." Kata dia.

" Ahhh?! Kau ada masalah ke kalau kaki aku besar?" Soal aku.

" Eh? Janganlah marah.." Keluh Aiman, dia mengalihkan pandangannya.

Saiz kasut Aiman hanya lebih sedikit sahaja daripada kasut aku..jadi..kasut Aiman ni..mesti muat..

Aku juga menulis surat, aku tak pernah tulis surat sebelum ini…rasa malu sangat..aku banyak kali buang surat yang aku rasa cringy..ataupun tak sedap dibaca. Aku menghabiskan satu malam menulis surat kepada mereka..

***

Rumah aku sudah kosong, kebanyakkan perabot rumah sudah diangkut, aku memerhati sahaja rumah yang kosong ini. Sudah 16 tahun aku hidup disini, pertama kali aku terasa rumah ini luas, biasanya terasa sempit sahaja.

Aku terasa sedih sedikit, aku bayangkan aku dan Aswad pernah duduk bersama sambil menonton filem bersama. Diorang pun pernah datang beraya dirumah aku sebelum ini, aku terbayangkan mereka berada disini..

Sekarang semuanya kosong..

***

Aku berjalan pergi selepas memberi hadiah yang ingin aku berikan kepada Aiman dan Iman, semua orang berjalan kehadapan, hanya aku seorang sahaja yang berjalan melawan arah, aku menoleh kebelakang seketika, masih kelihatan Aiman sedang bersembang dengan adiknya itu..

Kata-kata terakhir Aiman kepada aku ialah..

"Jumpa di sekolah..hari Isnin ni.." Aiman, semoga kita berjumpa lagi nanti. Dan pada masa itu, harapnya, aku ialah orang yang lebih baik daripada sekarang..

Seseorang yang boleh bantu orang lain dan buatkan orang lain senyum…

***

Langit pagi masih gelap, aku memakai sweater aku, angin pagi masih terasa sejuk, aku memasukkan tangan aku kedalam poket sweater ini.

" Baiklah..selamat tinggal rumah lama.." Kata ayah sambil menutup pagar rumah lama kami, aku menoleh kearah rumah itu, tempat dimana aku membesar, tempat aku belajar pelbagai benda, tempat aku jumpa pelbagai kawan..

Aku bakal tinggalkan perumahan ni, tinggalkan bandar ini, tinggalkan kawan-kawan lama aku..Ini ialah resolusi aku, aku ingin pergi daripada sini..dan start over semula semua benda…

Aku membuka telefon aku, aku block semua nombor kawan-kawan aku, aku..ingin bersendirian kali ini, aku tak mahu bantuan mereka..selamat tinggal semua.

Bye, Nur…kau kawan paling baik aku pernah dapat..

Bye, Syakir..terima kasih ajar aku..apa itu maksudnya untuk menyayangi..seseorang.

Bye, Amir..kau banyak buat orang gelak..

Bye, Aswad…terima kasih sebab kekal dengan aku..dan selamatkan aku..

Bye, Aiman..kau orang yang aku paling tak sangka akan meninggalkan jejak yang dalam pada hati aku ni..aku harap kita akan bertemu..satu masa nanti..

Bye, korang…terima kasih untuk semuanya..

Aku..sayang korang.

***

Aswad menyepak pagar rumah Mairah, dia menjeling sahaja rumah itu, aku terduduk sambil memegang kepala aku..Mairah..dah pindah..

Dia tiada disini..

" Apa gunanya…semua ni?" Keluh Aswad.

" Bertenang..Aswad.." Tegur aku.

" Diamlah!" Kata Aswad, dia mengenggam tangannya erat, aku menoleh kearahnya, matanya berkaca, Aswad segera mengelap matanya.

" Kau..mesti ada sesuatu yang kau buat pada dia..sehingga dia pindah!" Aswad mendekati aku.

" Aku tak tahu apa-apa.." Balas aku. Aswad menarik baju aku, mata kami bertembung.

" Jadi kenapa?" Tanya Aswad.

" Aku..Aku harap aku pun tahulah, sial!" Jerit aku, Aswad terdiam, dia melepaskan baju aku, air mata mengalir perlahan daripada mata aku.

" Aku…aku pun..nak tahu..kenapa Mairah…dia.." Aku tak dapat menahan emosi aku lagi, Aswad mengalihkan pandangannya. Kami tidak bercakap dengan sesama sediri sehinggalah Aswad pergi, aku duduk dihadapan rumah Mairah agak lama.

Kepala aku terasa berat…sangat…

" Aiman..mari balik..dah nak malam dah wei.." Tegur Syakir, dia berada dihadapan aku.

" Macam mana..kau tahu aku kat sini?" Soal aku.

" Adik kau call Nur..dia risau sangat..yang kau tak balik-balik..Aku just teka je..mana kau pergi. Tekaan aku..selalu tepat." Balas Syakir, aku memandang sahaja kaki Syakir, aku tak boleh memandang wajahnya.

" Kau..masih sayangkan Mairah betul tak?" Tanya Syakir.

" Aku…memang sayangkan dia! Tapi..aku tak kisah pun..kalau kitorang bersama atau tak! Aku..just nak kekal kawan je..kekal bersama..sampai habis..sekolah menengah pun takpelah.." Terang aku sambil menaikkan suara aku.

" Aiman..kita sebenarnya tinggal setahun sahaja bersama..kita akan mengambil SPM, lepas tu..kita mungkin akan mengambil jalan masing-masing dan terpisah juga..Kalau Humairah masih ada sekarang..kita hanya ada setahun juga untuk bersama..pada akhirnya..kita semua akn berpisah.." Syakir kedengaran serak, aku makin tertunduk.

" Aku pun…harap kita kekal bersama selamanya..Aku tak nak kita putus kawan..aku tak nak kita berjauhan juga. Tapi kita tak boleh buat apa lagi.." Tambah Syakir, aku menoleh perlahan kearahnya, mata Syakir berair, dia menahan air matanya, aku mengetap gigi aku.

" Mari balik, Aiman."

***

" Dia..block aku dalam CODM jugak, hah.." Aku tersenyum pahit, aku tidak dapat mencari nama Humairah dalam friend list game aku. Dia..memang bertekad untuk jauh daripada kami..

Semua benda yang aku lakukan, akan mengingatkan aku pada Mairah..kami berkawan sejak kami tingkatan 1, pelbagai memori indah dan pahit kami lalui tapi hanya memori yang teruk sahaja yang dapat aku ingat..

" Abang…kau okay?" Tegur Iman, dia membuka pintu bilik aku.

" Ah..aku okay..jangan risau.." Balas aku.

***

" Dia…tinggalkan kau macam tu je?" Tanya Zakir, Aswad menghembuskan asap vapenya, dia terdiam sahaja, Zakir menoleh kearah Aswad.

" Lupakan jelah dia, Aswad…akhir tahun dah nak dekat ni..baik kau sibukkan diri kau dengan belajar..tahun depan SPM.." Pesan Zakir.

" Aku..nampak macam budak yang akan score SPM ke?" Soal Aswad. Zakir tergelak kecil.

" Lepaklah..mesti kau akan okay je.." Balas Zakir sambil tersenyum, Aswad meletakkab vapenya kebawah, langit petang kelihatan jingga. Angin juga mula bertiup perlahan, rambut Aswad berterbangan mengikuti angin.

***

Nur memandang sahaja telefonnya, gambar Mairah bersama dengannya terpapar, Nur mengelap air matanya sambil memeluk anak patung beruangnya.

" Mana kau, Mairah?" Monolog Nur sendirian, dia menutup wajahnya dengan selimutnya.

***

" Akhir tahun dah nak dekat…pastikan korang study ya..Ini tahun terakhir korang untuk relax..tahun depan korang bakal hadap SPM. Jadi bersiap sedia ya semua.." Pesan Cikgu Farah.

" Baik cikgu!" Balas semua pelajar didalam kelas aku, mereka agak bersemangat, aku memerhati sekeliling, tempat Mairah kosong sahaja tanpa pengganti, banyak yang kata, mereka tak mahu mengambil tempat Mairah kerana ingin mengingatinya..

Pemergian Mairah…bukan meninggalkan kesan kepada kami sahaja, banyak pelajar kelas aku, guru-guru juga yang terkejut..

Beberapa hari berlalu, beberapa minggu berlalu, beberapa bulan berlalu…

Dalam masa ini..tiada apa-apa istimewa yang berlaku pun..dan..kami masih tidak tahu kemana Mairah pergi.

" Peperiksaan akhir tahun..aku harap..markah aku improve daripada pertengahan tahun.." Kata Syakir.

" Amin!" Balas Amir. Aku mengikuti sahaja mereka dari belakang, matahari yang baru terbit menyinar kearah aku.

Mairah, kemana kau pergi? Aku harap..kau okay sahaja.

Kau dah dapat kawan baru ke? Kau study dengan baik ke?

Sudah berbulan-bulan berlalu sejak kau pergi tapi kau masih berada didalam minda aku, kau hilang sebegitu sahaja..

Kau..pernah buat benda yang teruk pada aku..tapi aku pun sama, aku sakiti kau jugak..Aku maafkan kau, jadi aku harap kau pun maafkan aku..

Aku harap aku dapat call, mesej atau hantar surat pada kau…tapi aku tak tahu..mana kau atau cara bagaimana aku nak contact kau..

Aku pernah beli nombor semata-mata nak mesej kau..tapi kau tetap block aku..jadi kau memang tak mahu berhubung dengan aku atau sesiapa lagi, hah..

Aku..takkan ganggu kau..jadi aku harap..kau okay je, Mairah..

***

Blocked Contact : Assalammualaikum, Mairah..ini aku Aiman, macam mana kau sekarang? Kenapa kau tiba-tiba pindah? Aku harap kau balas mesej ni..aku nak tahu keadaan kau macam mana sekarang.

Ini..ialah mesej yang aku dapat daripada Aiman..rasanya beberapa bulan lepas..seminggu selepas aku pindah, dia cuba contact aku menggunakan nombor baru tapi aku tetap block juga nombornya ini..

" Mairah…jomlah balik!" Ajak kawan aku, Zati.

" Hum! Mari, Zati!" Balas aku sambil tersenyum, aku berjalan kearah Zati. Kami baru sahaja selesai berjongging bersama, Zati ialah seorang atlet sekolah, seseorang yang ceria dan kuat, menginggatkan aku kepada seseorang yang pernah aku kenal.

" Peperiksaan akhir tahun dah nak dekat..Aku risau sangat..Aku ni bodoh dalam akademik.." Keluh Zati.

" Aku boleh tolong kau study..nak study group kat rumah aku?" Tanya aku.

" Oh! Kau pandai Mairah..jadi kalau kau tolong aku..mesti aku akan okay punya!" Kata Zati.

" Hehe, aku takdelah pandai sangat.." Aku menggaru pipi aku.

" Ingat Mairah, aku otot..kau otak..jadi kau kena jalankan tugas kau sebagai otak betul-betul!" Pesan Zati.

" Eh? Baik puan!" Balas aku, kami tergelak bersama.

PAGE.17 Tamat.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C18
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen