App herunterladen
72.72% Pages Of My Lying Youth / Chapter 16: PAGE.15 : Salah Aku

Kapitel 16: PAGE.15 : Salah Aku

Hujan sudah sedikit reda, namun angin yang kuat dan sejuk mula bertiup kencang, terdapat ambulans sedang berada ditengah-tengah jalan lama itu, beberapa jururawat sedang membawa Aiman menggunakan katil bergerak.

Mairah keluar daripada rumah yang ditinggalkan itu, Nur dan Syakir segera mendekatinya, Usop dibawa oleh Roznam manakala Aswad pula dibantu oleh Zakir, mereka berjalan kearah ambulans bersama.

" N..Nur..ini..semua…salah aku!" Mairah tertunduk, Nur terus memeluk Mairah erat, dia membelai belakang kepala Mairah. Syakir memerhati sahaja mereka.

" Aku..akan ikut diorang ke hospital..sesiapa tolong bawakan motor aku balik.." Pinta Roznam, Syakir menoleh kearahnya.

" Nanti aku dengan Amir tolong bawakan motor yang tertinggal dekat sini..Tolong tengokkan keadaan Aiman untuk kami.." Balas Syakir, Roznam mengangguk sahaja.

" Motor Aswad biar aku bawakan..terima kasih, Syakir..Kita sempat bantu diorang sebelum keadaan jadi lebih teruk.." Zakir tertunduk, Syakir menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Takde apalah sangat.." Kata Syakir. Zakir memandang Nur yang sedang memeluk Mairah, riak wajahnya berubah.

" Takde..kau tak salah, Mairah.." Nur memujuk Mairah, dia tersenyum, Mairah masih menangis dibahunya.

" Nampaknya..Mairah tu sering bawa malang, hah..Aswad pun..jadi mangsa.." Keluh Zakir sambil berjalan pergi, Syakir terdiam.

" Siapa punya salah? Aku..tak tahu.." Monolog Syakir.

***

Kejadian hari ini, hampir sama seperti kejadian dua tahun lepas namun bezanya ialah, yang berlumuran darah kali ini ialah Usop.

Kami semua sedang berada dihospital, masih tidak tahu tentang keadaan Aiman, Usop sudah dirawat, dia takdelah cedera teruk sangat, Aswad pula cedera dibahagian lutut, Mairah juga selesai dirawat, dia tak cedera.

Roznam kelihatan tidak tenang, Nur masih menenangkan Mairah, Amir masih keliru pasal apa yang jadi, keluarga Aiman pula bergegas ke sini sekarang, apa kami nak cakap pada mereka nanti?

" Mairah..korang.." Aswad berjalan kearah kami sambil menggunakan tongkat, Mairah segera menoleh kearahnya.

" Lutut aku patah..tapi yang lain okay je..Jadi tak perlu risau.." Kata Aswad pada Mairah, tangan Mairah terus mencapai bajunya, dia mengenggam baju Aswad dengan erat, dia menutup wajahnya diperut Aswad.

" Aiman…macam mana?" Tanya Aswad kepada kami.

" Masih tak tahu lagi..keluarga dia tengah on the way ke sini..Masa aku telefon adik dia tadi..dia kedengaran risau sangat.." Keluh aku.

" Aku..nak pergi tengok Usop sekejap ya.." Roznam tiba-tiba berdiri dan pergi.

" Zaki ada kat sini?" Soal Aswad lagi.

" Dia tengah bawak motor kau balik..Dia kata dia akan ke hospital lepas selesai.." Kata aku.

" Begitu.." Aswad tertunduk dan membelai kepala Mairah perlahan, Nur yang berada disitu mengeluarkan telefonnya.

" Aku call parents kau Mairah..diorang kena tahu pasal apa jadi.." Nur berdiri dan menelefon ibu bapa Mairah.

" Korang..aku ada belikan roti dengan air ni.." Amir berjalan kearah kami sambil membawa plastik berisi roti dan air. Dia menoleh kearah Mairah yang sedang memeluk Aswad, dia memandang mereka pelik.

" Oi..coverlah muka kau sikit.." Aku menghentak kepalanya.

" Sorrylah..aku tak biasa tengok benda macam tu." Balas Amir. Nasiblah tak banyak sangat orang di sini sekarang, hanya beberapa orang sahaja sedang berada dilobi ini. Polis juga berada disitu dan tadi menyoal siasat kami. Nampaknya keadaan ni bakal jadi lebih messy…

" Akak Nur!" Iman berlari kearah kami, dia kelihatan risau.

" Iman..bertenang.." Kata Nur.

" Apa jadi dengan abang?" Tanya dia sejurus berada dihadapan Nur.

" Dia..masih tak sedarkan diri dia..Tadi, kepala dia dipukul oleh batang besi.." Balas Nur, Iman terus menutup mulutnya dengan wajah takut. Ibu dan ayah Aiman juga berada disitu, aku mendekati mereka.

" Ya Allah, Aiman tu..dia cari gaduh ke?" Soal ayah Aiman.

" Tak!" Mairah menaikkan suaranya, kami semua menoleh kearahnya.

" Dia..selamatkan saya…" Balas Mairah, ayah Aiman memandang Mairah dengan wajah kecewa, dia mengalihkan pandangannya.

" Terima kasih..sesiapa yang tolong bawakan dia ke hospital..Pakcik tak tahu macam mana nak balas jasa korang." Kata ayah Aiman kepada kami.

" Jangan risaukannya.." Balas aku, ayah Aiman mengangguk perlahan, ibu Aiman pula membawa Iman pergi, mereka bertiga berjalan pergi untuk melihat keadaan Aiman.

" Ahmad Aswad?" Seorang jururawat memanggil Aswad.

" Aku kena pergi jumpa doktor balik..Bersabar ya, Mairah..kau tak salah.." Pesan Aswad, dia berdiri dengan perlahan menggunakan tongkatnya dan berjalan pergi ke dalam bilik rawatan yang memanggilnya tadi.

Keadaan mula jadi sunyi seketika, kami berempat diam sahaja, Mairah mengelap wajahnya, Amir menghirup air botolnya, Nur tertunduk, aku mengeluh kecil.

" Aiman…dia memang jadi mangsa keadaan sekarang.." Kata aku.

" Syakir.." Nur terus menoleh kearah aku.

" Sepatutnya…aku bagitau pasal stalker tu..pada semua orang..tapi aku tak nak susahkan korang lagi..Pada akhirnya..korang tetap susah sebab aku..sebab..aku bodoh sangat!" Balas Mairah, dia kelihatan serba-salah.

" Kau..memang patut bagitau awal-awal Mairah.." Keluh aku.

" Sudahlah tu, Syakir.." Nur menarik lengan baju aku.

" Janganlah salahkan Mairah sekarang, Syakir..dia tak salah..Dia just tak nak susahkan kita je.." Kata pula Amir.

" Mairah..kau kena cari jalan untuk balas balik jasa Aiman..Kau sakitkan dia..sakitkan dia sampai jadi macam ni..Semua orang yang suka kau..asyik menimpa malang je.." Terang aku, mata Mairah terbuka luas. Aku memasukkan tangan aku ke dalam poket dan berjalan pergi.

" Mana kau nak pergi?" Tanya Amir.

" Aku…nak ke tandas.." Balas aku. Mereka memerhati sahaja aku, sejujurnya, aku rasa teruk sangat cakap macam tadi..tapi..semua tu betul..Apa yang jadi pada Usop, Aiman..dan Aswad tu..semuanya sebab mereka suka Mairah..

Apa yang istimewa sangat pasal dia?! Kenapa? Aiman, kenapa kau? Jadi mangsa jugak?!

***

Aku sedang berjalan kearah bilik rawatan dimana Usop dibawa tadi, langkah aku terhenti, kelihatan beberapa anggota polis sedang berada disitu, mereka seperti menahan seseorang.

" Kau..memang suka malukan aku, hah!?" Jerit lelaki yang ditahan polis itu, aku bergegas kesana. Rupanya lelaki itu ialah Pakcik Yusri.

" Bersabar tuan.." Kata polis yang menahan Pakcik Yusri itu. Usop sedang terduduk dihadapannya sambil tertunduk, wajahnya berbalut dan berkapas.

" Sepatutnya kau memang kena mereput dekat juvana tu! Kau patut mati je kat situ!" Kata Pakcik Yusri, apa yang dia cakapkan? Pada anak dia sendiri! Usop kelihatan sedih, aku tak pernah nampak dia buat wajah sebegitu, aku mengenggam tangan aku.

Selama ini..aku pun sama sahaja, aku tinggalkan dia. Biarkan dia sakit sendiri..Kali ini, aku takkan tinggalkan kau, Usop!

" Diamlah orang tua!" Jerit aku pula, Pakcik Yusri dan anggota polis yang berada disitu terus memandang aku.

" Kau kawan dia kan? Kau mesti ada kena mengena pasal apa jadi ni!" Kata Pakcik Yusri.

" Kau..ayah dia, kau yang patut bertanggungjawab! Kau biarkan anak kau..tinggalkan dia..tak cuba faham dia..dan kau fikir..dia akan okay?" Soal aku.

" Budak macam kau tak tahu apa-apa!"Balas Pakcik Yusri.

" Kami, dilayan macam kanak-kanak tapi korang semua yang dewasa..mahu kami bertindak macam orang dewasa! Kami..ada pun manusia! Kami perlukan bimbingan! Jadi sebagai ayah..kau patut bimbing anak kau, orang tua!" Aku menaikkan suara aku lagi, Pakcik Yusri tersentap, polis-polis yang berada disitu terdiam sahaja.

" Roz…nam.." Panggil Usop, aku menoleh kearahnya, air mata mengalir dari wajahnya, aku mendekati Usop, polis-polis disitu memberi aku laluan dan menarik Pakcik Yusri daripada kami.

" Kali ni..aku..akan tolong kau Usop.." Kata aku sambil memegang bahunya. Peluang aku..untuk tebus balik..kesilapan lama aku..

***

Usop sedang dibawa oleh dua anggota polis, Roznam dan aku memerhati sahaja dia dibawa pergi, Pakcik Yusri juga sedang berjalan dibelakang polis sambil menutup wajahnya, aku menoleh kearah Roznam.

" Apa akan jadi pada dia sekarang?" Tanya aku.

" Aku tak tahu..tapi..yang pastinya, kali ini..aku akan ambil tahu..dan tolong dia.." Balas Roznam sambil tersenyum.

" Roznam!" Panggil Usop, kami berdua menoleh kearahnya, Usop tersenyum kearah kami, rambutnya ditiup angin, polis yang membawanya tadi memberhentikan langkah mereka.

" Terima kasih..dan..minta maaf!" Kata Usop. Roznam mengangkat sahaja tangannya, Usop mengangguk kemudian berjalan semula.

" Aiman..macam mana keadaan dia?" Tanya Roznam.

" Dia..masih tak sedarkan diri dia..Kalau dia cedera teruk, mungkin hukuman Usop akan jadi lebih berat..tapi aku tak tahu lagi.." Balas aku sambil menyilang tangan aku.

" Marilah berharap..keadaan Aiman tak teruk mana.." Roznam memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.

" Amin.." Aku mengeluh, langit sudah mulai gelap, yang lain sudah balik termasuklah Mairah, hanya tinggal aku dan Roznam sahaja disini sekarang. Aiman sudah diletakkan di wad, keluarga dia sedang menjaga dia disitu, mungkin keadaan dia tak teruk sangat macam sangkaan kami..tapi semestinya, banyak yang risau lagi..

" Semua benda yang berlaku ni..aku dah dapat satu pengajaran yang penting.." Senyuman Roznam berubah pahit, dia tertunduk.

" Apa dia?" Soal aku.

" Kalau..kita tak dapat lupakan masa lepas..dan masih tersekat memikirkannya..kita hanya akan ulang kesilapan yang sama lagi.." Balas Roznam, aku diam sahaja.

" Marilah balik..dah nak maghrib ni..Nanti jalan kampung gelap.." Ajak Roznam, dia mengeluarkan kuncinya dan berjalan pergi.

" Marilah.." Aku mengikutinya dari belakang.

***

" Cepat je berita pasal kejadian tengah hari tadi tersebar dalam group kelas kita..Nampaknya ada salah seorang nurse kat hospital tadi mak kepada budak kelas sebelah.." Keluh Zakir, Aswad tergelak kecil, dia sedang terduduk dikerusi dan meja belajarnya, terdapat tongkat terletak ditepi meja itu.

" Macam mana kau? Still rasa sakit-sakit lagi ke?" Tanya Zakir.

" Semestinya..Aku susah nak berdiri..Doktor kata aku kena banyak rehat.." Balas Aswad.

" Aku..tak sangka benda jadi sampai macam ni..Dengarnya Usop tu kena ambil dengan polis tadi.." Kata Zakir.

" Zakir..tengah hari tadi..Aku tak rasa macam diri aku sendiri…" Keluh Aswad, Zakir terdiam seketika, dia mengambil nafas panjang.

" Kau..nak pertahankan orang yang kau sayang kan? Mestilah aku sanggup buat apa-apa je..Haish, kau ni..Kau kata kau nak buat dia jatuh cinta pada kau, akhirnya kau pun jatuh cinta pada Mairah tu.." Zakir kedengaran kecewa, Aswad meletakkan kepalanya diatas meja.

" Aku still tak contact Mairah lagi ni. Macam manalah keadaan dia sekarang?" Soal Aswad.

" Tadi dia still menangis lagi sampailah parents dia kena bawak dia balik..Aku sendiri tak pasti.." Balas Zakir. Aswad menutup matanya, dia teringatkan dirinya yang menumbuk-numbuk wajah Usop sehingga berlumuran darah dihadapan Mairah, keadaan Aiman yang cedera teruk dan berusaha untuk bantu Mairah.

" Aduh..duh..duh." Aswad terasa sakit dilututnya.

" Oi, okay tak?" Tanya Zakir sejurus mendengar suara Aswad.

" Okay-okay..entahlah tiba-tiba sakit.." Keluh Aswad.

***

" Iman jagakan Abang dulu ya, ibu dengan ayah balik, kitorang ada kerja..Kalau ada apa-apa berlaku, call ya." Pesan ibu, aku mengangguk sahaja, Aiman sedang terbaring diatas katil hospital, kepalanya berbalut dan dia tidak sedarkan dirinya.

Abang..cedera sebab dia nak pertahankan Akak Mairah, dia ni bodoh..Kenapalah dia sanggup jadi macam ni hanya untuk pertahankan orang yang tak sayangkan dia?

Abang memang selalu begini, dia selalu termasuk dalam masalah orang lain dan cuba tolong juga, dia lemah..dia tak kuat pun tapi dia still nak tolong jugak..Abang..kenapa?!

Kelihatan air jatuh ditangan aku, eh? Aku…nangis?

Abang…aku takut kau tahu, aku risau sangat kau tahu..Janganlah jadi baik sangat! Abang!

***

Kepala aku terasa berat.

Aku sedang terbaring di sebuah taman, aku menoleh kearah tangan aku, terdapat luka yang terhasil daripada memegang duri, ada juga sesuatu mengalir dari kepala aku.

" Darah?" Aku kaget.

Aku keliru? Kenapa kepala aku berdarah?

Apa jadi?

Sesiapa..sesiapa tolong! Apa ni? Kenapa banyak darah ni!

***

" Hah!" Mata aku terbuka, cahaya yang terang berada dipandangan aku, lama-kelamaan, cahaya itu hilang, terdapat lampu tepat-tepat berada diatas kepala aku. Dekat mana ni?

Kepala aku terasa berat sangat, badan aku rasa lemah, panasnya disini, kipas bergerak dengan perlahan, aku menoleh ketepi, kelihatan tingkap, cahaya matahari tidak masuk melalui tingkap itu, ke arah kiri pula, seseorang sedang tertidur. Siapa?

Aku tak ingat apa yang jadi..

Oh ya, aku…sedang kejar seseorang dengan basikal aku..

" M..Mairah.." Ya..aku..Aku nak kena selamatkan Mairah..Ergh! Kepala aku sakit!

" Ergh!" Aku memegang kepala aku, orang yang tertidur ditepi aku terjaga, dia terus menoleh kearah aku.

" A..Abang..kau dah sedar ke?" Mata terus terbeliak selepas melihat aku.

" I..Iman? Aku.." Keluh aku, Iman segera berdiri, dia melihat keadaan aku.

" Syukurlah..kau dah sedar..Uhm..aku kena panggil doktor ke? Aku panggil doktor kejap..Tunggu ya.." Iman kelam-kabut, aku memerhati sahaja dia segera berlari untuk mendapatkan doktor, aku ada kat hospital?

Aku ingat sekarang, kepala aku kena hentak dengan sesuatu yang keras oleh Usop tadi dan dia bawa Mairah pergi, dalam keadaan cedera, aku masih cuba mengejar mereka dengan basikal aku dibawah hujan yang lebat..

Ah, semuanya bermain dikepala aku sekaligus..

***

" Assalammualaikum.." Kedengaran suara seseorang memberi salam, masa-masa sekarang? Siapa datang rumah orang masa sekarang ni? Aku mengambil tongkat aku dan dengan perlahannya berjalan kearah pintu rumah.

" Waalaikum- Eh? Mairah?" Aku membuka pintu, agak terkejut untuk lihat Mairah berada dihadapan pintu rumah aku.

" Aku..nak tengok keadaan kau macam mana.." Kata Mairah.

" Eh..Uhm, masuklah.." Tawar aku.

Dia berjalan masuk, Mairah diam sahaja, dia tertunduk dengan wajah yang sedih, ada sesuatu masih menganggu dia lagi?

Kami duduk diruang tamu, aku meletakkan balang biskut beraneka dihadapan Mairah, televisyen juga aku buka, kami agak sunyi seketika, hanya suara dari televisyen sahaja kedengaran.

" Aswad..bila kau akan pulih balik?" Tanya Mairah.

" Aku? Mungkin dalam satu, dua bulan macam tu..Takde teruk sangat pun sebenarnya.." Balas aku, Mairah mengalihkan pandangannya.

" Kau rasa..kita boleh elak tak semua ni berlaku..kalau aku bagitau kawan-kawan aku..pasal Usop tu selama ni?" Soal Mairah.

" Sudahlah tu..jangan fikirkan pasal benda tu lagi.." Pesan aku.

" Tapi..aku tak boleh..berhenti fikirkannya!" Keluh Mairah, aku kaget, tiba-tiba sahaja dia menaikkan suaranya.

" Maaf..Aku kata aku nak berubah..tapi pada akhirnya..aku sakiti juga orang sekeliling aku..Ini semua salah aku.." Mairah menutup wajahnya, aku diam sahaja sambil menoleh kearah televisyen, ayat apa yang patut aku katakan sekarang?

" Aswad.." Panggil Mairah, aku mengangguk, dia menarik baju aku.

" Mari break.." Kata dia, aku terus mengalihkan pandangan aku pada dia.

" K..Kenapa dengan kau ni?" Soal aku.

" Selagi kau..dekat..dengan aku..Kau hanya akan sakit je..Aku tak tahan tengok orang jadi macam ni..sebab aku.." Balas Mairah, dia menutup sahaja matanya.

" Mairah..aku sukakan kau..tak, aku kisah..dan..sayang kau..sebab tulah aku datang untuk tolong kau..Aku..nak kau ada kat sisi aku..jadi aku tak kisah pun pasal kaki aku patah ke apa, asalkan kau selamat..aku akan okay..Jadi, janganlah buat tindakan melulu macam ni..Bertenang dulu.." Terang aku, Mairah terdiam, lagi sekali, ruang tamu ini sunyi dan hanya bunyi televisyen sahaja kedengaran.

***

" Mairah..tolonglah, jangan susahkan Aswad lagi.." Kata Zakir, Mairah kelihatan kaget, mereka berdua sedang berada dikoridor hospital, Zakir mengeluh kecil.

" Kau..tak nampak ke? Dia..terlalu ambik kisah pasal orang lain..dan tak fikir pasal diri dia sendiri..Makin orang dekat dengan kau, makin banyak malang mereka lalui..Kau sakiti orang sekeliling kau.." Zakir mengenggam tangannya erat, Mairah mengalihkan pandangannya dengan wajah serba-salah.

" Jadi? Apa patut aku buat? Hidup sendirian je? Jauh daripada semua orang? Kau nak aku berseorangan je ke?" Keluh Mairah, dia tertunduk, Zakir diam sahaja.

***

" Aku…balik dulu, ada nak berehat juga.." Aku tertunduk sedikit, Aswad mengangguk faham, dia meletakkan tangannya dibelakang lehernya.

" Um..Mairah, jaga diri dan..kalau ada masalah, bagitau je aku.." Kata Aswad, aku tersenyum.

" Baik.." Balas aku.

Aku..tak nak orang sakiti diri mereka sebab aku lagi, terutamanya Aiman dan Aswad, mereka selama ni, selalu jaga dan bantu aku, tapi aku tak mampu buat satu apapun demi mereka…Aku nak hilang daripada kehidupan mereka..

Aku tak nak dekati mereka..Kalau dekati seseorang yang aku sayangi bermaksud aku hanya sakiti mereka..Aku sanggup bersendirian sahaja..

Air mata aku mengalir perlahan, kenapa aku menangis? Aku takut sendirian ke? Selama ni pun, aku bukan bersendirian ke? Kenapa baru sekarang, aku tak mahu..sendirian?

***

" Aiman dah sedarkan diri!" Nur teruja sambil melihat telefonnya, terdapat satu mesej dihantar oleh Iman, nampaknya Aiman dah sedarkan diri dia semula.

" Nak pergi tengok dia kat hospital ke?" Tanya aku.

" Jom." Ajak Nur, aku tersenyum.

" Marilah..kalau dia dah sedarkan diri dia, mungkin tak teruk pun kecederaan dia tu..Aiman tu, dia kepala keras sikit.." Balas aku, Nur tergelak kecil.

" Betul jugak.." Kata Nur.

" Oh ya, kita..ajak Mairah ya.." Tambah Nur, aku menoleh kearahnya kemudian meletakkan tangan aku didagu aku.

" Tanyalah Mairah, dia nak jumpa Aiman atau tak..Mungkin susah sikit, dia nak hadap Aiman sekarang, lepas semua yang berlaku.." Pesan aku, Nur mengangguk faham.

" Nampaknya..kau pun fikir pasal Mairah jugak, hah.." Tegur Nur, aku mengalihkan pandangan aku.

" Takdelah..aku just tak nak Aiman dengan dia jadi janggal masa jumpa nanti..itu je..kesian Aiman kalau benda jadi awkward.." Kata aku, Nur menahan gelaknya.

Apa yang lawaknya?

***

" Kawan-kawan kau dah sampai hospital abang.." Kata Nur, aku mengangguk faham sambil membuka bungkusan roti coklat yang dibeli Iman tadi, semasa aku berada di hospital, Imanlah yang tolong jagakan aku, walaupun dia tak baik sangat dengan aku dirumah, nampaknya dia masih kisah pasal abang dia lagi..Syukurlah, aku ada adik macam Iman..

" Abang..kau tak sentuh pun makanan hospital bagi.." Tegur Nur.

" Eh…kau pun tahu yang makanan hospital tak sedap..Diorang tak ikhlas masak.." Balas aku.

" Tak ikhlas? Bersyukurlah sikit diorang bagi makan..bukannya teruk sangat.." Kata Nur, aku mengeluh kecil sambil menoleh kehadapan, nasi kosong dan lauk ikan, aku tak suka ikan sangat..

Terdengar tapak kaki mendekati katil wad aku, aku menoleh kehadapan, kelihatan Amir, Syakir dan Nur sedang berjalan kearah aku, sejurus mata aku bertembung dengan mereka, Amir terus berlari kearah aku.

" Aiman, kau hidup!" Kata Amir, aku terus buat muka kecewa, dia ni..

" Assalammualaikum, Aiman.." Syakir menarik Amir kebelakang, Nur mengangkat tangannya perlahan.

" Waalaikummusalam, korang.." Balas aku.

" Macam mana keadaan kau, Aiman?" Tanya Nur, aku menoleh kearahnya.

" Hum..aku okay je..tak cedera teruk mana pun.." Kata aku, Nur menoleh kebelakang sambil tersenyum.

" Dengar tu, Mairah..dia okay je.." Nur menegur Mairah yang menyorok dibelakangnya, mata aku terbeliak.

" Syukurlah..kau okay, Mairah." Aku rasa lega, Mairah tertunduk dan mengangguk perlahan, kami diam seketika dan mengalihkan pandangan masing-masing.

Tiba-tiba pipi aku dicubit oleh Iman.

" Aduh-aduh..sakit!" Keluh aku.

" Janganlah jadikan situasi ni awkward..haish..Akak Mairah, cepat cakap apa Akak Mairah nak cakap dan Abang pulak dengar ya!" Arah Iman.

" Baik..lepaskanlah pipi aku.." Balas aku, Iman melepaskan cubitannya, Nur memegang bahu Mairah dan menolaknya ketepi katil aku, Amir dan Syakir memerati sahaja kami.

" A..Aku..nak berterima kasih sangat..sebab..bantu aku..dan aku nak minta maaf..sebabkan aku..kau cedera macam ni..Aku takan dapat balas balik jasa kau.." Kata Mairah, dia tidak memandang aku, dia membuat wajah serba-salah, aku tergelak.

" K..Kau gelak?" Soal Mairah sambil menoleh kearah aku.

" Takdelah..aku..just lega je..Tak sia-sia..aku kayuh basikal kesana juga..Aku bukannya dapat buat apa-apa sangat pun sebenarnya, Aswad yang datang selamatkan kaukan? Baguslah." Terang aku, mata Mairah berkaca, aku kaget, kenapa tiba-tiba je?

" Janganlah cakap macam tu….Janganlah cakap..kau tak buat apa-apa…" Keluh Mairah, dia menutup wajahnya, semua orang diam sahaja. Alamak, aku salah cakap ke?

" I..Itu bukan maksud aku.." Aku kelam-kabut ingin membetulkan keadaan.

" Boleh tak…aku..just nak peluk kau kejap je?" Pinta Mairah, aku terdiam.

" Hah?!" Iman terkejut, riak wajah Nur juga berubah janggal, Amir menutup mulutnya untuk menahan gelak, Syakir pula tersenyum pahit.

" Kenapa-" Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Mairah memeluk aku, erh? Ah?!

" Aku risau sangat kau tahu! Aku takut! Takut kalau tak bangun!" Mairah menutup wajahnya dibahu aku, dia menggeletar, Nur membelai belakang Mairah dengan perlahan, aku diam sahaja.

" Astaghfirullah..dia betul-betul peluk?" Amir menggaru belakang kepalanya.

" Biar jelah..ini kes khas.." Balas Syakir.

" Eh? Asal pulak?" Soal Amir.

" Kadang-kadang..kita perlukan seseorang untuk dipeluk..supaya kita rasa lebih lega betul tak?" Keluh Syakir.

" Kau nak aku peluk kau ke, Syakir? Kau pun nak rasa lebih lega sebab Aiman dah bangun kan?" Perli Amir, Syakir menjentik dahi Amir dengan kuat.

" Diamlah bodoh.." Kata Syakir, dia tergelak kecil selepas itu, Amir memandang sahaja dia sambil tersenyum.

" Sudah..jangan lama-lama peluk.." Iman menolak Mairah dan aku dari sesama sendiri, riak wajahnya kosong sahaja.

" Sorry..aku..tak dapat kawal diri aku..emosi sangat tadi.." Mairah mengelap wajahnya dengan tisu yang diserahkan Nur.

" Bila kau dapat keluar hospital?" Tanya Amir.

" Hum…rasanya mungkin seminggu atau dua minggu.." Balas aku.

" Kalau kitorang ada masa..kitorang jenguk kau kat hospital jadi tak perlu risau, kau takdenya berseorangan kat sini.." Kata Syakir sambil menunjukkan thumbs-up. Aku mengangguk sahaja.

" Oh ya..aku ada buat karipap untuk semua..Makanlah." Nur mengeluarkan bekal makanan dan meletakkanya diatas meja dihadapan katil aku, dia membuka bekal itu.

" Waah~ Sedapnya bau!" Puji Amir.

" Hehe, terima kasih…" Balas Nur.

" Karipap ni…kau buat sendiri?" Tanya aku.

" Ha ah, dua kemenjak ni..aku rajin pulak nak belajar masak daripada mak aku. Karipap ni hasil aku belajarlah.." Kata Nur, Syakir mengambil satu karipap dan mula memakannya.

" Hum..rasa sama macam mak kau buat.." Syakir menjamu dahulu karipap itu.

" Aku ambik satu ya.." Wajah Mairah masih kelihatan baru selepas menangis.

" Rasa pun sedap!" Puji Amir lagi, aku mencapai bekal makanan itu dan mengambil satu karipap, rasanya memang sedap, intinya masih panas.

" Ajar saya jugak, Akak Nur!" Pinta Iman.

" Kalau ada masa, akak ajar.." Balas Nur, aku memandang sahaja situasi yang bermain dihadapan aku sekarang, Syakir dan Amir yang makan bersama, Iman yang bersembang dengan Nur dan Mairah, mereka tergelak bersama.

Entah kenapa, aku terasa seperti ingin menangis, tapi aku tahan, tak mahu rosakkan moment ini, aku terasa seperti sesuatu yang sudah lama aku mahu lihat akhirnya berlaku, aku rasa bersyukur sebab aku ada kawan yang berada disisi dan ambil kisah..

Ini sahaja yang aku mahukan, kawan-kawan yang sentiasa berada bersama aku..bukannya kekasih, bukannya mengejar bayang seseorang yang bukannya untuk aku. Aku sedar sekarang..sebab itulah, aku nak selamatkan Mairah pada haritu..

Aku..tak nak kawan aku sakit.

PAGE.15 Tamat


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C16
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen