App herunterladen
98.43% DIA ANNOYING TAPI SWEET / Chapter 63: BAB 63: HAPPY ENDING

Kapitel 63: BAB 63: HAPPY ENDING

First of all, saya mintak maaf sangat-sangat sebab lambat update, actually bab ni panjang sebab ni dah last chapter...So,I hope you guys enjoy it.💕

______________________________________________

"Eka? Ash? Korang okey tak ni? Asal aku tengok korang cam lain lepas balik dari mall tadi?" Soal Yaa dengan hairan.

"Okey." Jawab aku and Ash serentak. Aku melirik ke arah jam tangan ku, jam menunjukkan pukul sepuluh malam.

"Korang taknak tidur lagi ker?" Soal Yahh.

"Taknak." Jawab aku and Ash serentak.

"Emm... Takpelah, aku nak gi tidur dulu..." Ujar Yahh and menuju ke bilik.

"Aku pun." Balas Yaa and terus ke bilik.

"Aku pun!! Goodnight! Ash! Eka! Jangan tidur lewat sangat tau." Pesan Ecah. And terus ke bilik.

Tinggallah aku and Ash jer kat ruang tamu tu.

"Ash... Aku nak tanya something boleh?" Soalku.

Ash mengangguk.

"Asal kau senyap dari tadi?" Soal ku.

"Aku... Aku... Kalau aku cakap, confirm kau cakap aku gila Kaa..." Jawab Ash seraya air matanya mengalir.

"Ape Ash?" Soalku.

"Aku gila... Tadi aku syak orang yang peluk aku tu Shawn..." Ujar Ash and air matanya mengalir semakin laju.

"Aku pun same Ash.. Tadi masa aku pergi ambik jeruk, ade orang same perwatakan dia dengan Adrian... Aku rasa tu semua hanya halusinasi kita, Ash... Kita masih belum redha..." Ujarku seraya air mataku mengalir.

"Tula... Aku rasa kita kena betul-betul lupakan diorang... Kan?" Soal Ash. Aku mengangguk. Ash memandang ku dengan sayu.

"Kaa... Kau kena kuat tau, demi anak kau..." Ujar Ash.

"Yes,Ash... Aku kena kuat untuk diorang... Aku kena jaga diorang hingga nafas terakhir aku... Aku sanggup gadaikan nyawa aku untuk diorang... Same dengan arwah daddy dia yang sanggup gadaikan nyawa untuk aku and anak-anak." Balasku seraya mengusap lembut perut ku.

Ash tersenyum. Dia mengeluarkan ipod and telefon.

"Kau nak buat ape?" Soalku.

"Aku nak dengar lagu, lepas Shawn takde, aku always dengar lagu ni." Jawab Ash.

"Lagu ape tu?" Soalku.

"Tajuk dia rindu separuh nyawa... kau nak dengar?" Soal Ash.

"Ooo... Nak..." Balas ku. Aku pun mengambil ipod and menyumbatkan di telinga kiri ku. Ash pula di telinga sebelah kanan.

Air mata kitorang terus gugur apabila mendengar lagu itu...

'𝘓𝘶𝘭𝘶𝘩 𝘫𝘪𝘸𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘨𝘢

𝘚𝘢𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢

𝘋𝘪 𝘬𝘢𝘭𝘢 𝘳𝘪𝘯𝘥𝘶 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘳𝘢

𝘒𝘶 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘸𝘢𝘫𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘮𝘢

𝘈𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘥𝘪𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢

𝘒𝘶 𝘳𝘪𝘯𝘥𝘶 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘶𝘩 𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢

𝘒𝘢𝘵𝘢 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘢𝘸𝘢𝘳 𝘥𝘶𝘬𝘢

𝘚𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨, 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪

𝘚𝘦𝘱𝘢𝘳𝘶𝘩 𝘫𝘪𝘸𝘢 𝘬𝘶 𝘮𝘢𝘵𝘪

𝘕𝘢𝘧𝘢𝘴 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘦𝘯𝘵𝘪

𝘙𝘪𝘯𝘥𝘶 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘶𝘩 𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢

𝘸𝘰-𝘸𝘰𝘰, 𝘸𝘰-𝘩𝘰𝘰

𝘞𝘰𝘰-𝘰𝘰

𝘒𝘶 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘸𝘢𝘫𝘢𝘩 𝘮𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘮𝘢 𝘰𝘰𝘩'🎵🎵🎵🎵🎵

Aku melentokkan kepalaku ke atas bahu Ash and melelapkan mata. Begitu juga Ash...

"Koranggg!! Bangun!!! Bangun!!!!! Sekolah!!!!" Jerit Ecah.

"Memekak lah perempuan ni?! Ape benda ni?!" Marah Yaa and keluar dari bilik dengan menenyeh nenyeh matanya.

"Memekak amende siot?! Kau sedar tak yang kita dah lewat ni?!" Marah Ecah.

"Ehhh!!! Betulllahhhh!!!! Aaaaaa!!!" Jerit Yaa and terus berlari mengambil towel.

"Kejutkan yang lain!!" Jerit Yaa.

Ecah pun mengejut Yahh, and dia pergi ke ruang tamu, tengok Aku and Ash masih nyenyak tidur.

"BANGUNNN!!!" Jerit Ecah.

"Opocot mak engkau meletop!" Latah Ash.

"HAH?! RUMAH TERBAKAR KER?!" Jeritku. Yerla, terkejut kann.

"Kepala hotak kau! Ni! Sekolah! Dah lewat ni... Subuh pun kita tertinggal..." Ujar Ecah.

"Tengkorak kau nak gi sekolah! Harini hari Sabtu Siott!!" Marahku.

"Hah?!" Soal Ecah and terus membuka telefon nya.

"Eh! Betul lah... Hahahah" Ecah menggaru kepalanya yang tidak gatal and ketawa kecil.

"OI! KAU SIAP KAU ECAH! AKU MANDI PAGI-PAGI BUTA NI! KAU CAKAP SEKOLAH?! AKU KELUAR BILIK AIR NANTI! AKU TERAJANG KAU ECAH!!!" Jerit Yaa di dalam bilik.

"Rileks arr... Kan bagus mandi pagi-pagi ni, berkat... Rezeki mudah masukk..." Balas Ecah.

"KEPALA HOTAK KAU! YAA! NANTI AKU TOLONG KAU TERAJANG MINAH TU!" Laung Yahh didalam bilik.

"Matilah aku..." Bisik Ecah.

"Sape suruh kau memandai je?" Soal ku.

"Entahnya..." Balas Ash.

Usai Yaa and Yahh mandi....

"Mane minah tu??! Aku nak terajang dia?!" Soal Yaa dengan bengang.

"Hah?! mane?! Korang jangan nak sorokkan dia ea?!" Marah Yahh.

"Dia ade kat dapur tu, masak..." Jawabku.

'Ding! Dong!'

Loceng rumah berbunyi. Kitorang semua terus ke pintu.

"Hai korang!" Sapa Delen.

"Oh! Hai awak!" Sapa Yahh.

"Awak... Awal bersiap..." Ujar Irshad meleret senyum. Yaa tersenyum senget. 'Kalau bukan sebab minah tu, takdenya aku mandi awal.' Bisik hati Yaa.

"Emm... Ecah mane?" Soal rykarl.

"Ade, kat dapur..." Jawab ku.

"Ooo... " Balas Rykal and terus meluru ke dapur.

"Ehh... Korang.... Abang Areeq whatsapp aku lah..." Ujar Ash. Kami memandang Ash dengan terkejut.

"Areeq? Abang kepada arwah Shawn kan?" soal ku. Ash mengangguk.

"Dia nak ape?" Soal Ecah yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Dia cakap ade benda penting nak bagitau, dia suruh kita semua pergi kat playground depan tu. Dalam beberapa minit lagi dia sampai." Jawab Ash.

"Emm... Asal aku tak sedap hati hah?" Soal Delen.

"Tak sedap hati kenapa?" Soal Yahh.

"Yerlah, dia kan ketua mafia. So, ade ape dia nak jumpa kita semua?" Soal Delen dengan suara sedikit takut.

"Dah lah korang... Jangan fikir lebih sangat... Takde apa-apa kot... Emm... Aku and Ash bersiap jap, pastu lepas kita makan, kita pergi playground kat depan tu." Ujarku.

"Okehh... Wow... Bagus jugak aku dah siap awal-awal." Ujar Yaa.

"Kann? So korang takyah la marah aku, sedangkan benda tu mendatangkan faedah." Ujar Ecah dengan nada memujuk.

"Hoi! Kepala hotak kau! Salah tetap salah! Aku terajang kau sat lagi!" Marah Yaa and Yahh.

Aku and lain-lain menggelengkan kepala..

Aku and Ash pun masuk bilik masing-masing and bersiap.

Usai itu, aku terus turun ke bawah.

"Ha! Ni! Sebelum nak gi mana-mana, makan dulu..." Aju Yaa.

"Alahh... Aku tak lapar lah.." Keluh ku.

"Jangan mengada, nanti anak buah kembar aku lapar, siap kau Eka!" Marah Delen.

"Yerlah, yerlah.." Balas ku and menjeling tajam.

Usai makan, kitorang terus ke playground...

#DI PLAYGROUND#

"Ehh... Lambat lagi ker abang Areeq ni?" Keluh kitorang. Tiba-tiba,

"Ko_korang... Tt_tu..." Aju Ecah teragak-agak and menunjuk ke arah dua orang lelaki yang mengenakan hoodie berwarna hitam and berkaca mata hitam tapi tak pakai mask.

"S_sape tu?" Soalku dengan takut.

"T_tak tahu..." balas Ash.

"Aku kira sampai tiga, kita semua lari..." Bisik Ecah.

"1..2...3... Lari!!!!!!!!" Jerit Ecah and kitorang terus berlari. Tapi sekumpulan lelaki yang berpakaian serba hitam mendapatkan kami.

"Lepas Sial!!!" Jerit ku.

"Tak guna!!! Kau lepaskan kitorang sebelum aku terajang kau bahbi!!" Jerit Irshad.

"Lepaskan yang tu and yang tu." Arah abang Areeq. Dia menyuruh anak buahnya melepaskan aku and Ash. Terkejut beruk kitorang dibuatnya.

"Ek_eka!" Panggil Ash dengan takut.

Orang itu pun melepaskan aku and Ash.

And at the same time dua orang lelaki yang mengenakan hoodie hitam tadi datang ke arah aku and Ash.

Mereka memeluk kitorang dengan erat.

"Lepasss!!! Aarghhhhhh!!!" Jeritku and meronta ronta di dalam pelukan orang itu.

"Syhhh!! i miss you, sayang..." Bisik orang itu di telinga ku membuatkan aku tersentak and kaku. Aku membuka kaca matanya perlahan-lahan, dia tidak melawan. Sekali tercabut, keadaan di situ menjadi senyap sunyi, aku diam tak terkata.

"A_a_abang??" Soal ku dengan gagap and menekup mulut ku seraya air mata ku mengalir.

"Adrian?!!!!" Soal kawan-kawan ku dengan terkejut.

Ash tanpa ragu-ragu terus mencabut kaca mata orang yang berada di hadapannya.

Sekali lagi, keadaan menjadi senyap sunyi untuk seketika, air mata Ash mengalir dengan laju. Ash terus memeluk orang itu.

"Aku rindukan kau Shawn... Kenapa kau tinggalkan aku??..."Raung Ash didalam pelukan Shawn. "Sorry, Ash.. Keadaan tak mengizinkan aku untuk jumpa kau... Maaf..." Ucap Shawn and mengeratkan pelukan.

"Sayang... Maafkan abang sebab ambik masa yang lama untuk jumpa dengan sayang..." Ujar Adrian dengan serba salah.

"Abang jahat!!! Jahat!!! Jahat!!" Raungku and menepuk-nepuk dada Adrian. Adrian terus memeluk aku, "Sayang... Maafkan abang... Abang terpaksa sayang..." Terang Adrian and memejamkan mata seraya air mata mengalir.

"Abang jahat! Abang tinggalkan sayang and anak-anak kita macam tu aje... Abang tahu tak sakit sangat untuk sayang telan semua ni abangg..." Raungku.

"Shh... Shh... Sekarang ni abang ade kat sini kan... Dah... Dahh... Macamana dengan anak-anak daddy ni? Anak-anak daddy tak menyusahkan mummy kan?" soal Adrian and mengusap lembut perut ku.

"Tak guna kau Adrian!!! Shawnn!!!" Jerit Rykal and menumbuk Adrian, Irshad pula menumbuk Shawn.

"AKU MENANGIS BAGAI NAK RAK SELAMA NI!!" Jerit Rykal and Irshad.

"Maaf korang... Maaf... Kitorang terpaksa..." Ujar Shawn.

"Okeh, kau citer sekarang ape yang terjadi selepas kejadian tu?" Soal Rykal.

"Cerita dia macam ni-" Adrian memulakan bercerita.

~𝙁𝙡𝙖𝙨𝙝𝙗𝙖𝙘𝙠~

𝘚𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘵𝘶𝘱 𝘮𝘢𝘵𝘢,

"𝘈𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘢 𝘯𝘪, 𝘤𝘦𝘱𝘢𝘵𝘵𝘵𝘵𝘵!!!" 𝘑𝘦𝘳𝘪𝘵 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢, 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘶𝘬𝘶𝘯𝘨 𝘚𝘩𝘢𝘸𝘯, 𝘪𝘯𝘨𝘪𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘚𝘩𝘢𝘸𝘯 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘪𝘵𝘶.

𝘖𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯.

"𝘊𝘦𝘱𝘢𝘵!!! 𝘉𝘰𝘮 𝘥𝘢𝘩 𝘯𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘵𝘶𝘴!!!!" 𝘑𝘦𝘳𝘪𝘵 𝘖𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢.

𝘚𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘬𝘦 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘵 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢, 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘤𝘶𝘵 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘫𝘶.

~𝘚𝘦𝘮𝘪𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯~

"𝘜𝘳𝘨𝘩𝘩𝘩!" 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘰𝘮𝘢 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘭𝘢𝘶 𝘭𝘪𝘭𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘬𝘦𝘭𝘪𝘭𝘪𝘯𝘨...

"𝘈𝘬𝘶 𝘬𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘯𝘦 𝘯𝘪?"𝘚𝘰𝘢𝘭 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯.

"𝘒𝘢𝘶 𝘬𝘢𝘵 𝘩𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭. 𝘈𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘪𝘮𝘦 𝘣𝘰𝘮 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘵𝘶𝘴 𝘮𝘪𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴." 𝘜𝘫𝘢𝘳 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲.

"𝘴𝘦𝘮𝘪𝘯𝘨𝘨𝘶?!!! 𝘔𝘢𝘯𝘦 𝘣𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘬𝘶?!!" 𝘚𝘰𝘢𝘭 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯.

"𝘉𝘪𝘯𝘪 𝘬𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵, 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘩𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭, 𝘥𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳 𝘵𝘢𝘥𝘪." 𝘛𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲.

"𝘈𝘬𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘬𝘶." 𝘜𝘫𝘢𝘳 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘥 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘶𝘳𝘶𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘵𝘪𝘭.

"𝘞𝘦𝘪! 𝘒𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘭𝘢𝘩! 𝘒𝘢𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘳 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘬?! 𝘗𝘢𝘴𝘵𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘯𝘥 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘬𝘢𝘶?!" 𝘔𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲.

𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘬𝘢𝘵𝘪𝘭.

"𝘈𝘱𝘦 𝘢𝘱𝘦 𝘬𝘢𝘶 𝘪𝘯𝘧𝘰𝘳𝘮 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘣𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘬𝘶." 𝘜𝘫𝘢𝘳 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯.

"𝘖𝘬, 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘪 𝘱𝘶𝘯 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘣𝘶𝘵, 𝘚𝘩𝘢𝘸𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘭𝘢𝘨𝘪." 𝘛𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲 𝘢𝘯𝘥 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘭𝘶𝘩.

"𝘛𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘳𝘪?" 𝘚𝘰𝘢𝘭 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘭𝘶𝘳.

"𝘠𝘦𝘳𝘭𝘢𝘩, 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘳? 𝘋𝘪𝘢 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘵𝘦𝘮𝘣𝘢𝘬." 𝘛𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲.

"𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘵𝘶, 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘚𝘩𝘢𝘸𝘯 𝘭𝘢." 𝘉𝘢𝘭𝘢𝘴 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯.

"𝘖𝘬, 𝘤𝘶𝘯." 𝘉𝘢𝘭𝘢𝘴 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲.

"𝘛𝘩𝘢𝘯𝘬𝘴 𝘣𝘳𝘰 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶." 𝘜𝘤𝘢𝘱 𝘈𝘥𝘳𝘪𝘢𝘯.

"𝘕𝘰 𝘩𝘢𝘭 𝘭𝘢𝘩." 𝘉𝘢𝘭𝘢𝘴 𝘈𝘳𝘦𝘦𝘲.

~𝙀𝙣𝙙 𝙁𝙡𝙖𝙨𝙝𝙗𝙖𝙘𝙠~

"Pastu, Shawn dah sedar dua hari lepas aku sedar tu, keadaan dia tak mengizinkan untuk kitorang keluar dari hospital..." Terang Adrian.

Kami semua mengangguk tanda faham.

"OOO... Kau lah yang peluk Ash semalam?!" Marah Ecah. Shawn menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ehehe... Yer, aku... Yang face mask warna putih." Jawab Shawn.

"So? Yang face mask warna hitam tu abang lah?" Soal ku dengan terkejut beruk.

"Yer sayang... Sorry tau abang just pergi macam tu ajer semalam... Sebab abang terkejut apabila dengar sayang pregnant.. Kembar pulak tuu.." Jawab Adrian and meleret senyum.

"Lahhh... Yang tomyam semalam? Kat atas pagar tu?" Soal Ash.

"Yer, aku yang masakkan." Jawab Adrian.

"Okehh... Semua dah terjawab kann? Aku chaw lu." Pamit Areeq.

"Abang Areeq." Panggil ku. Langkah Areeq terhenti and memandang ku sambil menjongketkan kening sebelah kiri nya.

"Thanks sebab selamatkan kitorang semua... Kalau abang Areeq takde, tak tahu lah nasib kitorang macamana..." Ucapku seraya tersenyum.

"Sama-sama.. Emm.. Apa-apa hal roger ea?" Balas abang Areeq and tersenyum. Kami semua membalas dengan senyuman. Dia terus beredar dari situ bersama orang-orang suruhannya.

"Handsome jugak abang Areeq tuu.." Ujar Ash and memandang belakang abang Areeq.

"Ehem... Jangan macam-macam ea... Handsome kat celah mane? Ngan lembu handsome lembu lagi la..." Ujar Shawn bernada cemburu.

"Eleh.... Jealous lah tuuuuuuu..." Sakat Ash.

"Emm... Korang... Aku nak ajak Ash pergi makan jap.." Ujar Shawn. Kawan-kawan ku mengangguk.

"Aku pun nak ajak Eka pergi suatu tempat ni..." Ujar Adrian.

"Nak balik masuk bilik ker? Maklumlah, lama tak jumpalah kan?" Sakat Shawn.

"Shawn!! Jangan sampai aku bunuh kau Shawn!!" Marahku.

"Hey! Chill chill!! alah... Kau ni... Jangan la marah... Lama dah tak bergurau biawak.." Ujar Shawn seraya ketawa. Kawan-kawan ku turut tertawa.

"Banyak la kau punya biawak!" Marahku.

Shawn terus datang ke arah aku, and mencangkung, "Baby kembar ea?" soal Shawn. Aku mengangguk.

"Hai baby baby... Ni uncle Shawn..." Ujar Shawn and mengusap perut ku yang berlapik baju.

"Uncle Shawn mintak maaf sebab culik daddy korang selama ni... Emm... Maafkan uncle Shawn ea?" Soal Shawn.

"Ade syarat kalau nak diorang maafkan.." Sakatku.

"Lahh... Syarat pulak..." Keluh Shawn.

"Mestilah... Kau culik suami aku... Ingat aku tak marah ker?" Soalku.

"Haa... Yerlah... Yerlah... Ape syaratnya? #GueRedha.." Balas Shawn dengan pasrah.

"Syaratnya... Baby ni nak tengok Uncle Shawn dia kahwin dengan Aunty Ash... Diorang nak kawan." Ujarku.

"Hahahahahahahah" Meletus ketawa kawan-kawan aku and Adrian.

"Lahhh... Nak tengok aunty and uncle kahwin ea? Macamana aunty nya? Sudi tak?" Soal Shawn and memandang Ash.

"Kalau uncle nya sudi, aunty nya pun sudi jugak..." Balas Ash tersimpul malu.

"Uhuk... Uhuk... Hormat sikit orang yang dah couple tapi tak sesweet korang ni..." Perli Delen.

"Hahahahahahah" Meletus ketawa kitorang.

"Emm... Korang... kitorang pergi dulu..." Pamit Aku and Adrian.

"Okeh." Balas kawan-kawan ku.

#DI TASIK#

"Abangggggg!!! Nak tuuuuu" Rengekku.

"Hah?" Soal Adrian and terus memandang tepat ke arah kedai aiskrim dibawah sebuah pokok itu.

"Aiskrim?" Soal Adrian.

"Yes... Baby ni nak..." Rengekku.

"Tak nampak macam baby pun, nampak macam mummy dia yang nak..." Sakat Adrian.

"Alaaaaahhh!!!" Aku memuncungkan bibir.

"Haa... Yerlah... Yerlah... Jom... Haih.. Dah macam jaga baby ni.." Keluh Adrian.

"Thanks abang..." Balasku and memeluk tangan sasa Adrian. Adrian menggelengkan kepala seraya tersenyum manis.

Setibanya kami di kedai aiskrim itu,

"Nak flavour ape ni sayang?" Soal Adrian.

"Nak... Emm... Sayang rasa macam anak-anak kita nak makan flavour vanilla lah bang..." Jawabku. "makcik.. Nak aiskrim vanilla dua..." Aju Adrian kepada penjual itu.

"Okey, emm... Pregnant ea?" Soal Makcik itu.

"Ha ah..." Jawabku and Adrian serentak.

"Teringat pulak kat suami makcik... Masa dulu-dulu, makcik mengidam teruk sangat..." Ujar makcik itu and tersenyum mengingatkan kisah lalu.

"Teruk? Teruk macamana tu makcik?" Soalku dengan hairan.

"Cuba kamu berdua bayangkan, makcik baling semua baju-baju makcik kat atas pokok, pastu makcik suruh suami makcik panjat pokok tu and ambik semua baju tu." Jawab makcik itu seraya ketawa.

"Hahahahahahah" Meletus ketawa aku and Adrian.

"Sweet memories makcik..." Ujarku dengan tawa yang masih tersisa.

"Haa.. Sayang... Sayang jangan macam-macam ea... Jangan mengidam macam tu... Penat lah abang nak melayan karenah sayang nanti..." Keluh Adrian.

"Hahahahahahahha" meletus ketawa aku and makcik itu.

"Mana suami makcik? Dia tak niaga sekali ke?" soal ku dengan ramah. Wajah makcik itu terus bertukar menjadi sayu.

"Suami makcik dah meninggal lama dah... Dia accident..." Jawab makcik dengan sayu.

"Makcik... Maafkan kami makcik..." Ujarku dengan penuh terkejut. Begitu juga Adrian.

"Takpe, emm... Makcik dah redha dah..." Balas makcik itu.

"Emm... Saya faham perasaan makcik... Bila kehilangan orang yang kita sayang... Saya pun pernah hilang orang yang saya sayang... Memang sakit sangat makcik.. Tapi tulah, Allah dah rancang yang terbaik untuk kita..." Ujar ku and seraya melirik ke arah Adrian. Adrian tersenyum nipis.

"Betul tu..." Jawab makcik.

"Emm... Makcik... Kitorang pergi dulu.." Pamit Adrian. "Haa.. Yerlah... Nanti datang la lagi.." Balas makcik itu dengan ramah.

"Ok, makcik... Kalau isteri saya nak aiskrim lagi, saya datang ea.." Balas Adrian. Makcik itu mengangguk seraya tersenyum.

Aku and Adrian pun berlalu pergi dari situ.

Kitorang duduk di atas kerusi berhadapan tasik...

"Sedap tak?" Soal Adrian.

"Sedapp... Aiskrim ni manis macam suami sayang yang tercinta ni..." Balasku seraya tengan ku melingkari pinggang Adrian. Adrian tersenyum dan melingkarkan tangannya di pinggang aku. Aku menyembamkan mukaku di atas dada bidangnya.

"Sayang rindu abang selama ni..." Ujarku dengan muram.

"Hey... Look.. I'm here right now..." Ujar Adrian.

"I love you, abang..." Ucapku.

"I love you too sayang..." Ucap Adrian kembali.

"Abang tak sabar nak tunggu anak-anak kita keluar..." Ujar Adrian.

"Kann? Sayang pun tak sabar nak jumpa diorang.." Balasku.

"Haa... Abang... Sayang lupa nak tanya, kan abang cakap yang abang jatuh cinta dengan sayang masa first time kita jumpa, betul ker tu bang?"Soalku and mendongak memandang wajah Adrian. Adrian memandang ke arah tasik yang luas itu.

"Ha'ah... Abang actually terpaku melihat sayang masa kita bertentangan mata... Jantung abang berdetak laju... Actually, abang dah mula sukakan sayang masa tu, tapi abang buat-buat marah... Abang tahu, mesti sayang Pelikkan? Abang yang langgar sayang, abang yang marah, actually abang saje jer... Memang tu jer cara untuk bercakap dengan sayang.. Maklumlah, abang tak pandai sangat nak sweet sweet ni..." Terang Adrian and menggaru kepalanya.

Aku meleret senyum and melingkarkan tangan ku di lehernya dan mengucup bibirnya dengan lembut, Adrian terus membalas kucupan ku untuk beberapa saat.

"Sayang... Thankyou.." Ucap Adrian.

"Thankyou? Untuk ape?" Soalku dengan hairan.

"Thankyou sebab mengandungkan zuriat abang, and sayang kuat masa abang takde kat sisi sayang..." Ujar Adrian and mengusap lembut perut ku. Aku meleret senyum.

"Sayang bersyukur sangat bang..." Ujarku.

"Bersyukur?" soal Adrian.

"Yes, sebab tuhan hantarkan suami yang annoying tapi sweet macam abang ni..." Balasku and tersenyum.

"Abang pun bersyukur sangat sebab dapat isteri sewel tapi sweet macam sayang ni..." Ujar Adrian seraya ketawa.

Bukk!

Aku memukul bahu Adrian.

"Ape ni? Cakap orang sewel... Nak merajuk setahun..." Ujar ku and memuncungkan bibir.

"Jangan lah buat bibir macam tu... Nanti anak-anak kita jadi itik." Sakat Adrian.

"Ape ni??? Abang cakap anak-anak kita itik? Dengar tu, daddy korang cakap korang itik..." Ujarku and mengusap lembut perut ku.

"Itik sewel... Hahahahhaahahahahaahh" Ujar Adrian seraya ketawa terbahak-bahak.

"Tak guna abanggg!!" Aku acah-acah marah.. Adrian terus berlari, aku mengejarnya..

"Stop right there abangg!!!" Arahku.

"Auchh!" Aku buat-buat tersadung.

"Eh.. Sayang... Okey tak ni?" Soal Adrian dengan cemas.

Bukk!!

Aku menyiku perut Adrian.

"Aduhh!" Adrian meraung kesakitan.

"Hahahahahhahaha" Meletus ketawa aku.

"Ohhh... Main kasar ea?" Balas Adrian and terus mencempung tubuh ku.

"Abangg!! Lepaslah!!! Malu lah orang nampak!!" Arahku.

"Biarlahh... Ni kan wife abang..." Balas Adrian. Aku meleret senyum.

~Beberapa bulan kemudian~

"Okeh, kita teruskan dengan pelajar yang mendapat straigt A... Berikan tepukan kepada, 'Adrian, Ireka, Alyahh, and Aryaa daripada kelas 5 Bestari!! Tahniah! Anda semua mendapat 12 A!!!" Jerit Tengku Haris di atas pentas membuatkan kitorang terkejut beruk.

"YEAYYYYYYY!!!" Jerit Aku, Yaa and Yahh serentak. Adrian meleret senyum. Yaa and Yahh terus melompat lompat disitu. Ikutkan hati, aku pun nak melompat, tapi dah sarat mengandung kan.. Tambah lagi anak kembar, memang besar lah perut.

"Diminta wakil salah sorang daripada kamu untuk memberikan ucapan sepatah dua kata." Ujar Tengku Haris meleret senyum.

"Aku pergi naik ea?" Soal Adrian kepada Aku, Yaa and Yahh. Kitorang mengangguk. Adrian terus naik ke atas pentas,

"Weehhh! Dia buat ucapan wehh!!! Untung lah kalau sape dapat... Dah lah handsome, pastu pandai pulak tu..." Ujar salah seorang daripada form 5.

"Ehem... Test, test..." Adrian menepuk mikrofon.

"Okeh... First of all, i just want to say thankyou to my family and my teacher which always support me, and tak lupa jugak, untuk my lovely wife..." Ujar Adrian meleret senyum. Pelajar-pelajar mula terkejut beruk.

"Wife?!" Soal pelajar-pelajar serentak.

"Yes... My wife, Nur Ireka.." Jawab Adrian seraya melambai tangan ke arah aku. Terkejut beruk aku dibuatnya. "Wei... Mati lah aku..." Bisik aku kepada Shawn.. Dia ade kat sebelah aku masatu.

"Rileks... Cool... Adrian tahu ape yang dia buat..." Balas Shawn.

"Sayang... Naik jap..." Panggil Adrian. 'DUP! DAP! DUP! DAP!' Jantung ku berdetak kencang. Malu siot!

Aku pun terus naik ke atas pentas...

"This is my wife." Ujar Adrian. Aku menunduk ke lantai. Malu siot!

"Wife?! Bukanker semua orang cakap dia kena rogol?!" Soal salah seorang daripada pelajar form 5. Yerlah, Syaza pergi bagitau yang aku ni kena rogol...

"Watch yor mouth!!!" Marah Adrian.

"Untuk pengetahuan semua, aku and Eka dah kahwin lama dah... And anak ni anak aku.." Balas Adrian.

"WHAT?!" Soal semua pelajar dengan terkejut. Aku and Adrian meleret senyum.

"Melepas aku... Huhuhuhuhu..." Raung salah seorang pelajar.

"Takpe babe, Shawn, Delen and Irshad ade..." Ujar kawannya. Manakala Ash, Yahh and Yaa duk menjeling tajam ke arah orang yang menyebut nama pakwenya.

Aku and Adrian pun terus turun dari pentas.

Setelah beberapa minit...

"Uhuhuhuhu... Koranggggg... Aku dapat 11A satu B... Huaaaa..." Raung Ash and Ecah.

"Samelah..." Balas Delen and Irshad.

"Korang takpe lagi... Aku ni 10A 2B..." Balas Shawn dengan kecewa.

"Ok dah tu.." Balas ku.

"Takk... Betapa hampanya aku...Huaaa..." Raung Shawn.

"Hahahahahahha" Aku and kawan-kawan ku ketawa besar.

Tiba-tiba,

"Arghhh... Korangg!! Korangg!! Sakit!!!" Raungku and terus memegang perut ku.

"Kau okey tak ni Eka?" Soal Kawan-kawan ku dengan cemas.

"Sayang.. Okey tak ni?" Soal Adrian.

Mama, Papa, Mummy and Daddy terus datang ke arah kitorang.

"Kenapa ni sayang?" Soal mama and mummy serentak.

"Sakitttt... Arghhh!!" Jeritku.

"Eka rasa macam nak keluar dah nii!!" Jeritku.

"HAH?!!!" Soal semua orang dengan terkejut.

Adrian terus mencempung tubuh ku masuk ke dalam perut kereta.

"Adrian!! Mama ikut sekali!" Ujar mama and terus masuk ke dalam perut kereta bahagian belakang. "Mummy pun!!" Balas mummy and terus masuk ke dalam perut kereta.Adrian pun memecut kereta dengan laju. "Aku nak follow diorang!!" Jerit Shawn.

"Kitorang pun!!" Jerit Yaa, Yahh, Ash, Ecah, Rykal and Delen. Diorang pun masuk ke dalam perut kereta masing-masing and terus memecut kereta dengan laju.

"Sakittt... Arghhh... Cepat bangg... Aaaaaa..!!" Jerit ku dengan memejamkan mata.

"Sabar Eka... Sabar..." Ujar mama and mummy dengan cemas.

"Tunggu sayang... Abang dah pecut laju ni..." Balas Adrian.

Setibanya kitorang di hospital, aku terus dimasukkan ke wad bersalin. Adrian berada di samping ku menemani aku.

"Sakit bangg..." Raungku.

"Sabar sayang... Sabar... Abang ade kat sisi sayang ni..." Balas Adrian seraya mengeluarkan air mata.

#DI LUAR WAD#

"Macamana aunty?" Soal Yaa yang baru sampai bersama-sama dengan kawan-kawan ku yang lain.

"Eka tengah bersalin tu.." Balas mama and terus berjalan mundar mandir.

"Adrian dah ade kat dalam ker?" Soal Shawn.

"Ha'ah.." Jawab mummy dengan cemas.

'Ya Allah! Kau selamatkanlah Eka dengan anak-anaknya ya Allah!' Kawan-kawan ku berdoa didalam hati.

Setelah beberapa minit, doktor terus keluar daripada bilik, and mummy,mama, kawan-kawan ku terus masuk. Sebaik sahaja mereka masuk, terpampang wajah Adrian yang tengah mendukung bayi, seorang lagi duduk kat dalam katil bayi kat sebelah aku.

"Ya Allah! Comelnya..." Ucap mama and mummy terus mendukung seorang lagi bayi yang berada di sebelah ku. Aku masih tidak menyedarkan diri.

"Alolololo..." Mummy mencuit pipi baby dengan manja.

"Cayang cayang nekmama and nekmummy ni.." Ujar mama.

"Wahh... Comelnya dia..." Ujar Yaa and mencium bayi yang berada di dalam dukungan Adrian.

"Kann... Comel..." Balas Adrian seraya senyum.

"Nak dukung jugak..." Rengek Shawn.

"Kau pandai ker dukung baby?" Soal Adrian.

"Pandai." Jawab Shawn.

"Kau dah azankan ker?" Soal Irshad.

"Dah.." jawab Adrian.

"Boys or girl?" Soal Mama and mummy serentak.

"Yang Adrian dukung ni girl.. Yang mama and mummy dukung tu boy." Jawab Adrian tersenyum.

"Hah? Baby boy?" Soal mama and mummy dengan teruja. Adrian mengangguk.

"Wei... Yahh.. Dia ade lesung pipit la wei.. Cuba kau tengok ni yahh..." Panggil Yaa dengan teruja.

"Yahoo!! dia ikut aku lah.." Yahh bersorak kecil.

"ala tome tome.. Mehh akak ecah nak dukung.." Agah Ecah.

"Akak kepala hotak kau! Perasan muda sangat macam ni la.. Aunty, bukan kakak." Perli Ash.

"Biar ar... Aku kan cantik, muda... Tak elok panggil aunty.." Balas Ecah dengan tidak puas hati.

"Eh korang ni... Kang aku suruh diorang panggil nenek baru tau.." Sakat Adrian.

"Aku terajang kau nanti Adrian!!" Marah Ecah and Ash serentak.

"Kau dah fikirkan nama ker?" Soal Delen.

"Dah.." Jawab Adrian.

"Ape dia?" soal semua orang dengan teruja.

"Tengku Zafril Mikael, and Tengku Zahra Melissa." Terang Adrian.

"Nice name." Balas Semua orang.

"Ni... Mummynya bila nak bangun?" soal Yaa memandang ku.

"Kejap lagi bangun la tu.." Jawab Adrian.

Tiba-tiba, bayi yang didukung Adrian menangis..

"Alolololo, jangan nangis, jangan nangis, Zahra sayang... Don't cry.. Daddy kat sini..." Agah Adrian.

Aku membuka mata perlahan-lahan and memandang sekeliling.

"Abang.." Panggil ku.

"Yer Sayang.." Balas adrian yang masih mendukung Zahra. Aku tersenyum.

"I'm guess, Zahra right?" Soal ku.

Adrian meleret senyum.

"Yes, Zahra, sayang.." Balas Adrian.

"So, kalau macam tu... Tu Zafril right?" Soalku. Mama mengangguk seraya tersenyum.

"Zafril, come to daddy, tak dukung lagi anak daddy yang sorang ni." Ujar Adrian.

"Meh sini aku dukung Zahra." Pinta Shawn. Adrian memberikan Zahra kepada Shawn and terus mendukung Zafril.

"Alolololo, handsome macam daddy la Zafril ni." Ujar Adrian.

"Eleh.. Angkat bakul sendiri nampak..." Balas Yaa.

"Zahra ni ikut mummynya." Ujar Shawn.

Aku tersenyum manis melihat kawan-kawan ku, mama and mummy yang excited dengan kemunculan anak-anak ku.

Krek!

Pintu bilik dikuak. Terpampang wajah Papa and daddy.

"Ehh... Baby..." Ujar papa and Daddy serentak. Dan papa terus ke arah Zahra, Daddy terus pergi ke arah Zafril.

"Wahh.. Same macam kamu la Adrian.." Ujar daddy dengan excited.

"Kann.." Balas Adrian. Kawan-kawan ku membuat muka menyampah. Adrian versi annoying gaiss..

"Ni same macam mummy dia.." Ujar papa.

"Kann... Cuba tengok kening and hidung tu.. Same.." Balas Mummy. Aku meleret senyum.

"Em.. Eka.. Tadi papa dah call tok ayah... Dia on the way nak datang sini." Ujar papa. Aku mengangguk tanda faham.

"Papa, daddy, yang Shawn dukung tu Tengku Zahra Melissa, yang Adrian dukung ni Tengku Zafril Mikael." Ujar Adrian.

" So ni girl la ea?" Soal papa.

"Ha ah, uncle nak dukung ker?" Soal Shawn.

"Boleh jugak." Balas Papa and terus mendukung Zahra.

"Daddy pun nak dukung Zafril, Adrian.." Pinta daddy. Adrian mengangguk and daddy terus mendukung Zafril.

"Ehh... Jomlah ambik gambar ramai-ramai." Ujar Yahh. Semua orang mengangguk. Yahh pun mengeluarkan telefon and mula mengambil gambar beramai-ramai. Termasuklah aku.

Setelah beberapa hari aku duduk kat wad ni, aku berpantang kat rumah aku, mummy, mama, Adrian and kawan-kawan ku banyak menolong aku. Happy gila wei.. Orang layan kita macam Queen. Pastu banyak jugak la karenah aunty aunty zafril and Zahra ni.Hahahaha..

~BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN...~

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk.

"Masukk!!" Arahku.

"Hai cik lawyer...Busy ker?" Soal Adrian.

"Tak busy sangat, kenapa bang.." Soalku.

"Jom pergi makan jap, pastu kita balik..." Ajak Adrian yang berpakaian peguam. Actually cita-cita aku and Adrian kesampaian, kitorang dapat menjadi peguam.

"Emm... Okey." Balasku and terus bangun dari kerusi.

#DI RESTORAN#

"Abang, ingat besok... Kita kena ambik cuti." Ujarku.

"Hah?! Cuti ape pulak ni sayang?" Soal Adrian.

"Alahh... Nyanyuk lah tu... Ni.. Esok Rykal and Ecah nak kahwin kan..." Balas ku.

(Ash dan kahwin dengan Shawn, Yaa dah kahwin dengan Irshad, Yahh dah kahwin dengan Delen.)

"Eh... Bukan ker minggu depan?" Sakat Adrian.

"Ape lah abang ni.. Esok lah..." Balas ku and memuncungkan bibir.

"Jangan la buat bibir muncung macam tu honey... Nanti anak kita yang kat dalam perut ni ikut same jadi bibir macam tu... Nasib baik Zafril and Zahra tak jadi mulut itik.." Sakat Adrian. Actually aku pregnant dah dua bulan.

"Abang ni kan!!!" Marahku. Adrian ketawa kecil.

"Tak sangka kan, kita dah umur 25 tahun, pastu Zahra and Zafril dah masuk umur 9 tahun." Ujarku.

"Tulah kann... Banyak dah rintangan yang kita hadapi selama ni..." Balas Adrian.

"Kann... Tapi dipenghujungnya manis kan bang?" Soal ku and meleret senyum.

"Yer sayang.." Balas Adrian and mengusap tudung ku dengan lembut. Actually aku dah mula bertudung lepas lahirkan Zafril and Zahra.

~Keesokannya~

"Zahra! Zafril! Dah bersiap ke sayang?" Laungku.

"Dah mummy!!" Sahut mereka berdua dan berlari terkedek-kedek ke arah ku.

"Zafril... Kenapa tak pakai necktile sayang?" Soalku.

"Emm.... Zafril tunggu daddy bersiap, pastu daddy pakaikan.." Jawab Zafril.

"Haih... Zafril ni kan, dah masuk darjah dua pun tak pandai pakai necktile lagi..." Keluh ku.

Zafril tersenyum senget dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Haa... Zahra.. Kenapa tak ikat rambut lagi?" Keluhku.

"Mummy ikatkan lah.." Rengek Zahra dengan manja. Aku mengeluh kecil, nasib baik anak aku, kalau orang lain, aku terajang jugak kang.. Hahahaha 🤣

"Kenapa bising-bising ni?" Soal Adrian yang baru turun dari tangga. Oh My God! Dia handsome gila do! Adrian mengenakan tuxedo berwarna merah, same dengan aku, aku mengenakan gaun berwarna merah and shawl berwarna purple.

"Ni haa... Zafril tak pakai necktile lagi.. Dia nak abang pakaikan." Jawabku.

"Ohh... Kecik punya hal lah.. Come here Zafril..." Panggil Adrian.

"Ok daddy." Balas Adrian and terus berlari ke arah Adrian.

"Mehh sini Zahra, mummy ikatkan rambut..$ Panggilku. Zahra tersenyum senget and terus datang ke arah aku. Usai aku and Adrian menolong anak-anak kami, Zafril and Zahra terus berlari ke arah kereta. Sebaik sahaja aku ingin mengekori mereka, Adrian mengheret aku dari belakang, aku terus memandangnya and wajah ku rapat dengan dada bidangnya.

"Emm... Sayang... Kenapa ade rambut terkeluar ni?" Soal Adrian seraya membetulkan tudung ku. Aku tersenyum senget.

"Emm... Terlepas pandang, bang..." Balasku.

"Cantik lah isteri abang hari ni.." Puji Adrian. Aku tersenyum malu. Walaupun dah ada anak dua orang, nak masuk tiga orang, aku still malu dengan dia.. Hehehe..

"Abang pun ape kurangnya... Handsome sangat... Macam taehyung.." Balasku and tersenyum manis.

"Nope... Abang tak same macam dia, abang lagi handsome dari dia lah.." Sakat Adrian.

"Ek eleh... Angkat bakul sendiri nampak.." Perliku. Adrian tertawa kecil.

"Mummy! Daddy! Lambat lagi ker?" Soal Zafril dihadapan pintu.

"Eh... Abang lah ni.. Lambat dah kita..." Marahku.

"Ehh... Abang pulak?" Balas Adrian.

Usai itu, kitorang terus pergi ke majlis perkahwinan Ecah and Rykal.

Setibanya kami di situ,

"Hey! Come here!" Panggil Yahh, sebaik sahaja melihat aku, Adrian, Zafril and Zahra tiba disitu. Kitorang terus pergi ke arah kawan-kawan ku.

Aku terus memeluk Yaa, Yahh and Ash. Adrian pun turut memeluk Irshad, Delen and Shawn. Lama tak jumpa do!

Mana taknya, kitorang asyik busy memanjang,

Aku and Adrian dah jadi lawyer, Yaa dah jadi cikgu matematik, Irshad jadi cikgu bahasa inggeris, Yahh dah jadi doktor haiwan, Delen dah jadi doktor pakar bedah,

Ash and Shawn jadi polis, Rykal and Ecah jadi pensyarah.

"Hey! Zahra! You look cute.." Puji Irshad.

"Thanks Uncle Irshad.. Zahra memang cute.." Balas Zahra and tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Wahh! Zahra! Angkat bakul sendiri nampak..🤦😂 Irshad and kawan-kawan ku tertawa kecil melihat telatah anak kecil itu.

"Zafril pun handsome lah... Muka dia memang same macam kau Adrian..." Ujar Delen.

"Semestinya... Like father like son." Balas Zafril dengan bangga. Aku menggeleng kepala melihat telatah anak-anak ku.

"Haha, jarang korang nak puji-puji aku ni..." Ujar Adrian and meleret sengih.

"Lahh... Kau tak tahu ker... Ni kan dah last chapter, aku saje jer... Nak bagi readers happy.." Balas Delen.

"Hmm... Korang, kitorang ade good news!" Ujar Yaa dengan teruja.

"Ape tu?" Soal Zahra. Budak ni memang, suka sangat menyampuk bila orang bercakap.

"Aunty Yaa and Aunty Yahh pregnant!!!" Jerit Yaa.

"Serius wehh?" Soal Shawn and Ash dengan terkejut beruk.

"Ha ah.." Jawab Yaa and Yahh serentak.

"Yeayy!! Ade tiga baby! Baby mummy, baby aunty Yaa and Baby aunty Yahh!!" Sorak Zahra. Zafril hanya mendiamkan diri, bermain dengan kaca mata Adrian. Aku tak faham lah asal anak aku yang sorang ni perangai same macam daddy dia yang dulu dulu.. Jenis berlagak macho.. Ehh.. Sempat lagi kau mengata anak sendiri eh Eka...🤦🤣

"Yes sayang... Ade tiga baby.." Balas Yaa seraya mencuit hidung Zahra. Zahra meleret senyum.

"Wei.. Terkenangkan peristiwa dulu-dulu rasa macam nak gelak jerkan... Sedar tak sedar, tua dah kita ni..." Ujar Shawn.

"Itulah kan... Tapi tak lah tua sangat, umur 25 tahun muda lagi ni..." Balasku.

"Ha.. Kau bila nak ade baby?" Soal Adrian kepada Shawn.

"Aku? Hmm... Belum ade rezeki lagi, kan sayang..." Balas Shawn and meleret senyum ke arah Ash.

"Jangan lama sangat proses tu Shawn.." Sakat Adrian and menepuk bahu Shawn.

"Gila kau Adrian! Cakap main lepas ajer depan anak-anak kau!" Balas Shawn.

"Daddy, proses ape?" Soal Zafril. Haa padan muka kau Adrian! Pandai-pandai lah kau menjawab 🤣

"Haa... Tanya daddy, daddy pandai kalau bab proses ni.." Balas Shawn.

"Hahahaahhahahha" Meletus ketawa kitorang mendengar kata-kata Shawn.

"Emm.. Proses... Proses... Ha! Tu! Sane! Tengok tu! Aunty Ecah and Uncle Rykal dah naik pelamin..." Adrian menukar topik. Kitorang terus memandang Ke arah Ecah and Rykal. Diorang tersenyum manis di atas sane and melambai tangan ke arah kitorang.

"Ehh... Jom lah kita.." Ajak Yaa.

Kawan-kawan ku terus mengekori Yaa untuk pergi ke arah pelamin, termasuklah Zafril and Zahra.

Sebaik sahaja aku ingin melangkah, Adrian mengheret tangan ku.

"Sayang... Cuba tengok diorang... Teringat pulak masa kita naik pelamin dulu-dulu... Teringin nak jadi pengantin baru pulak..." Ujar Adrian meleret senyum.

"Tula kan... Sayang pun teringat kat kita dulu..." Balas ku. Adrian meleret senyum.

"Sayang.. Terima kasih tau sebab hadir dalam hidup abang and bahagiakan abang... Abang happy sangat dapat isteri macam sayang... Abang doakan kita akan kekal sampai bila-bila.." Ujar Adrian.

"Sayang pun nak berterima kasih jugak kat abang, sebab hadir dalam hidup sayang, selalu ada dengan sayang waktu susah senang.. And abang always ikut karenah sayang.." Ucapku and meleret senyum.

"Sayang..." Panggil Adrian.

"Yer abang..." Balasku.

Adrian menggenggam erat kedua-dua tangan ku.

"Janji dengan abang, sayang akan ade dengan abang sampai nafas terakhir abang.." Ujar Adrian.

"Abang.. Sayang janji, sayang akan ade dengan abang sampai bila-bila, sayang takkan tinggalkan suami yang annoying tapi sweet kepunyaan sayang ni..." Balasku. Adrian meleret senyum and terus memeluk aku.

"I love you sayang.." Ucap Adrian.

"I love you too abang.." Balasku.

Aku mengeratkan pelukan kami. Sampai bila-bila pun Nur Ireka takkan lepaskan suami yang annoying tapi sweet dia ni...

~Tamat...~

______________________________________________

Emm... Dah tamat dah kann 😔 Nanti author rindu la kat readers...👉👈 Ehehe... Okey, I just nak cakap thankyou kepada yang baca novel ni dari first hingga last, and yang always komen... Actually I bersemangat nak sambung cerita ni when readers komen, ya! You know... You guys buat I rasa macam apa yang i buat ni you guys appreciate it. Thanks again!!! I will miss you guys.. Ehehehe.. Bye!!👋 💋💕


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C63
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen