"Malam tanpa bintang adalah tak bermakna bagi aku macam tu juga kau. Hidup aku seolah-olah tak bermakna tanpa kau. Kalau aku rindu kau macam mana?"
"Princess, kalau satu hati nanti kita berjauhan ambil ni dan jaga elok-elok okay?" Kata si dia lalu memberikan si gadis sepasang anting-anting bertatahkan batu berlian berwarna merah apabila terkena cahaya matahari dan bertukar ungu di dalam gelap.
"Jaga macam nyawa sendiri." Pesannya lagi.
___________________
"Abang! jom main kejar-kejar siapa menang belanja aiskrim okey?" Kata seorang kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4 tahun itu.
"Hey.. bukan siapa menang lah tapi siapa yang kalah kena belanja aiskrim" Dia mencuit hidung adiknya dan dengan segera melarikan diri daripada adiknya itu.
"Abang..! Tak adil..! Adik tak mula lagi..!" Terus dia mengejar langkah abangnya yang semakin menjauh.
"Bluerkkkk..!" Sempat dia menjelirkan lidah ke arah adiknya itu.
________________
"Eh? anak-anak ibu kenapa tak tidur lagi ni?" soal seorang wanita muda itu apabila melihat jam yang tergantung di dinding sudah mula menunjukkan jam 12.00 tengah malam.
"Merajuk dengan ibu" kata si abang.
"Taknak kawan ibu" kata si adik pula.
"Kenapa dengan anak-anak ibu ni? Ibu ada buat salah ke? Okey.. ibu minta maaf" kata si ibu apabila melihat telatah anak-anaknya yang mencuit hatinya.
"Okey.. esok kita pergi picnic okey? Now tidur dulu. Siapa yang tak tidur ibu tinggal dia seorang diri kat rumah nak?" pujuk si ibu apabila teringat akan sesuatu.
"Really?!" bersinar-sinar mata si abang apabila mendengarnya. Perlahan si ibu mengangguk bagi menjawab soalan si abang.
"Ay ay Madam..!" Serentak gaya tabik dilakukan dan terus berbaring di katil masing-masing. Belum sampai seminit menutup mata mereka sudah pun lena dibuai mimpi.
Tersenyum si ibu apabila melihat telatah anak-anaknya itu.
____________________
"Adik..? Kenapa ni? Adik kenapa..?!" Cemas si abang apabila melihat keadaan adiknya yang teruk cedera.
Si adik masih lagi tersenyum. "Tak ada apa abang. Adik okey je. Hehehe cuma jatuh kat sekolah tadi. Sikit je ni."
"Adik.. tak payah nak tipu abang! Sekarang cakap siapa yang buat? Adik kena buli dengan siapa pulak harini?!" Gesa si abang yang sudah lali dengan kes adiknya yang sering dibuli.
"Haihh.. macam biasa geng tu lah siapa lagi" Perlahan dia menundukkan wajahnya untuk mengelakkan berlaku eye contact dengan abangnya.
"Abang tak kira. Esok abang kerjakan budak-budak tu pulak. Budak-budak tu kalau dibiar makin menjadi-jadi. Macam tak diajar mak bapak. Esok adik ikut abang!!"
___________________
"Ibu, Abah, Abang tolong tutup mata dengan kain ni. Adik ada sesuatu untuk semua" Kain hitam diberi kepada mereka.
"Sekarang tadah tangan. Dua-dua tangan kat depan" arahnya pula lalu meletakkan sesuatu di atas tangan mereka.
Mereka hanya tersenyum apabila melihat si bongsu yang sangat teruja ketika hendak memberi mereka sekeluarga 'hadiah'.
"Sekarang bukak mata" Sehelai kertas A4 yang digulung kemas dibuka. Ada dua bahagian yang berlainan bersama dengan orang yang berlainan. Bahagia tengah digaris sebagai sempadan. Di bahagian kiri terdapat lukisan tangan berdua bersama si adik manakala belah kanan pula lukisan mereka sekeluarga.
"Wah..!! pandainya adik lukis" Puji si ayah terhadap lukisan anaknya yang berumur 6 tahun itu.
"Cantik! Ibu suka sangat. Terima kasih sayang" Dahi si bongsu dikucup perlahan. Bahagia. Ya! itu yang dia rasai tatkala itu.
"Adik..! Sweetnya adik!" kata si abang pula lalu memeluk tubuh si adik.
Mereka saling berpelukan sambil melihat lukisan yang diberi. Jika hendak di'snap'kan menjadi gambar 'candid' sudah semestinya gambar ini akan menjadi gambar yang sangat sempurna bersama senyuman bahagia yang terlakar di bibir.
____________
"Tolong..!!"
"Lari...!!!"
'boomm..!! boommm..!! booommm..!!'
Jelas kedengaran bunyi serangan ganas yang dilakukan oleh sekumpulan organisasi yang tidak berhati perut di kawasan perkampungannya.
"Ibu, mana adik?" Soal si abang apabila tidak adiknya tidak kelihatan di situ bersama mereka.
"Kita tunggu sini ya sayang. Abah tengah cari adik. Adik akan selamat, jangan risau. Abang percayakan abahkan?" Pujuk si ibu walaupun hatinya sendiri juga turut risau akan si adik.
"Hmm" sayu si abang berkata dengan air mata yang sudah bertakung kerana memikir akan nasib yang bakal menimpa adik kembarnya.
_______________________________
Serentak mereka tersedar dari tidur yang lena. Mimpi-mimpi tersebut seolah-olah pernah dialami oleh mereka. Mereka duduk sambil mencuba untuk mengatur nafas yang tidak ubah seperti baru sahaja habis berlari sejauh 10Km.
"Apa tadi tu?" tanya serentak mereka bertanya.
"Mimpi atau--" kata si abang.
"Memori yang hilang..?" sambung si adik.
Jika dilihat gaya mereka tidak ubah seperti berada di atas satu katil yang sama namun sebenarnya mereka bukanlah berada di suatu tempat yang sama malah dunia juga berlainan..
"Ada lagi.." Terkedu mereka apabila mereka cuba untuk mengingat kembali kesemua mimpi-mimpi tersebut. Namun hampa. Hanya separuh daripada mimpi yang dapat diingati oleh mereka.
-To Be Continue
— Bald kommt ein neues Kapitel — Schreiben Sie eine Rezension