App herunterladen
10% Hanya si Dia / Chapter 2: Bab 2

Kapitel 2: Bab 2

"Hai Wanie. Bukan main hang borak dengan Afif?" Dayana menegur Wanie dari belakang semasa Wanie mengelap pinggan yang di basuh olehnya, Aiyin dan Afif. Wanie hanya tersenyum kecil.

"Borak biasa-biasa sahaja lah kak." Dayana mengerling wajah Wanie sekilas.

"Borak biasa-biasa? Sampai gelak sakan macam tu sekali kata borak biasa-biasa?" Dayana menarik narik hujung tudung Wanie perlahan. Wanie hanya biarkan sahaja Dayana buat terhadapnya.

"Kak. Wanie dengan abang Fif tak buat apa-apa pun."

"Memang hang tak buat apa-apa. Tapi.. Mata aku sakit tengok hang bermesra dengan lelaki tu. Tu aku yang cup dulu. Hang masih budak jangan nak mengatal!" Dayana menarik geram belakang tudung Wanie.

Prangg

Pinggan yang di pegang Wanie pecah. Dayana masih menarik geram tudung Wanie. Aiyin keluar dari bilik solat. Dengan memakai telekung, dia berlari anak menuju ke dapur begitu juga di ikuti Aenin, Afif dan Aiman.

"Kak Yana!" Aiyin jerit melihat Dayana sedang menarik geram tudung Wanie.

"Apa masalah hang ni Wanie?!" Tuan Zamrul Tokwan kepada Wanie mula menengking suaranya kepada cucunya.

"Ma-maaf tokwan. Wa-Wanie tak akan buat lagi." Wanie mula menggigil mendengar suara yang keluar dari tokwannya.

"Semakin lama hang duduk sini. Lagi menyemak kepala aku. Awat lah hang tak ikut mak hang sekali!" Wanie terdiam. Di pandang wajah tua Tokwannya yang memandangnya serius.

"Apa abang cakap ni. Budak ni tak sengaja. Jangan nak samakan budak ni dengan arwah Aminah." Zuriah peluk bahu suaminya untuk bertenang.

"Semenjak Aminah mati, dia serah anak dia dekat Athirah. Sampai anak aku pun sekali mati! Budak ni bawa malang dekat keluarga kita Yah!" Air mata Wanie mengalir. Ya dia anak angkat dalam keluarga ni. Tapi, atok dan keluarganya terima kehadirannya dulu. Di layan dengan kasih sayang. Semenjak mak angkatnya meninggal, keluarga ini tak berapa nak terimanya. Ada yang kata, di sebabkan dia, mak angkatnya mati.

"Maaf tokwan. Tapi, jangan salahkan Wanie. Kak Yana yang serang Wanie bukan.."

"Kamu diam!" Zamrul menengking kepada Aiyin. Aiyin terdiam di pandang Wanie kesian.

"Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dengan hang ni. Baik hang kahwin cepat lah. Senang! Tak menyusahkan aku!" Zamrul menengking geram. Wanie menunduk. Dia tak tahu balas apa.

"Abah.. Wanie masih muda.. Dengan siapa abah nak kahwinkan dia?" Tuan Ahmid ayah angkat Wanie mempertahankan anaknya. Di pegang bahu anak dara itu.

"Dengan Pak Amron. Duda dah Pak Amron tu. Lagipun dah lama dia berkenan dengan Wanie ni." Zamrul berjalan perlahan ke arah tingkap. Semua terkejut dengan nama yang keluar dari mulut Tuan Zamrul. Wanie turut terkejut dengan kata-kata tokwannya.

"Abah. Pak Amron tu tua abah. Sanggup abah nak jodohkan anak Mid dengan orang tua gatai tu?" Ahmid menghampiri belakang Zamrul.

"Memang layak dengan muka budak ni."

"Abah. Wanie masih muda nak jadikan isteri kepada Pak Amron." Ahmid masih dengan bantahannya. Tak sanggup dia melihat kebahagiaan anaknya hancur.

"Apa yang hang susah hati? Pak Amron tu kaya.. Boleh bahagiakan anak hang ni. Lagipun budak ni mata duitan kan?" Wanie menggeleng perlahan mendengar kata-kata Tuan Zamrul.

"Astaghfirullahalazim abah.. Abah. Anak Mid bukan mata duitan bah. Duit nak bayar kolej dia, dia bayar sendiri bah. Dia kerja siang malam cari duit sendiri. Abah cakap anak Mid mata duitan? Apa yang abah benci sangat dengan budak ni bah? Teruk sangatkah budak ni depan mata abah?" Ahmid dah mula panas hati.

"Aku tak kira. Esok aku jumpa Pak Amron. Aku nak dia kahwin dengan Wanie minggu ni."

"Abah!" Ahmid menjerit geram.

"Maaf menyampuk." Suara seseorang yang berada di belakang Tuan Ahmid. Membuatkan semua mata memandang Afif. Afif memandang wajah Wanie yang sudah basah dengan air matanya. Dia mengambil nafas panjang.

"Saya akan kahwin dengan Wanie. Saya akan jaga dia. Saya akan bahagiakan dia. Dan saya akan jadi suami kepada Nura Azwanie." Kata-kata yang keluar dari mulut Afif berjaya menghentikan suasana yang tegang tadi kepada bisu. Wanie memandang belakang Afif tidak percaya. Afif memandang wajah Wanie, tanpa senyuman langsung terukir di bibirnya. Wanie turut membalas pandangan Afif. Tanpa Wanie sedar, dia terukir senyuman nipis.

↪↩↪↩↪↩↪↩

"Cantik hang Wanie." Aiyin memuji kecantikan Wanie. Pandai abang Aiman cari mak andam untuk Wanie.

"Ish.. Mana ada lah. Hang lagi cantik." Wanie senyum malu.

"Hang lawa lah Wanie. Tak sangka.. Afif tu memang mau kat hang." Nuriz cubit perlahan pipi Wanie. Sekali lagi Wanie tersenyum malu.

"Itulah.. Sampai meroyan aku tengok kak Yana hari itu. Lepas tokwan tetapkan tarikh hampa dua. Terus dia ajak abang Aiman hantarkan dia pergi airport balik perak." Aenin menepuk bahu sepupunya.

"Aku rasa bersalah lah dengan kak Yana.. Mesti lagi benci dia dekat aku kan?" Wanie memandang empat sekawannya.

"Wanie.. Berapa lama dia nak benci hang? Kita berdoa bagi lembut hati kak Yana ok. Skang ni hang kena senyum. Pengantin mana boleh sedih-sedih macam ni. Tak seri." Pujuk Aiyin, Wanie perlahan-lahan menutur senyumannya.

"Macam itulah.. Pengantin kenalah senyum." Wanie tersenyum mendengar suara Nuriz.

"Pengantin dah siap? Tok imam dah sampai ni." kedengaran suara Puan Farida mak kepada Aenin dan Aiyin di sebalik pintu.

"Dah siap ibu." Aiyin menjawab pertanyaan ibunya.

"Ok. Jom keluaq. Alahai cantiknya anak menakan maksu." Puan Farida senyum melihat wajah Wanie. Di usap lembut wajah Wanie sambil terukir senyum.

"Kamu cantik macam mak kamu Wanie." Kata Puan Farida perlahan. Wanie senyum nipis. Di peluk leher Puan Farida. Di pejam matanya rapat-rapat. Puan Farida turut membalas pelukan Wanie. Kalau lah dia dapat tengok wajah ibunya. Tapi sekeping gambar maknya pun tiada di rumah ini. Pernah di tanya kepada atoknya, tapi kata atoknya. Tokwannya suruh buang gambar dan barang-barang maknya Aminah.

"Dah lah ibu.. Nanti keluaq babak sedih pulak. Ibu dah lah hati tisu." Puan Farida menolak tubuh Wanie perlahan sebelum di cuba cubit lengan anak ketiganya. Suara ketawa Aiyin menyambut ketawa yang lain.

"Dah-dah nanti lambat pula." Puan Farida pegang bahu Wanie berjalan dengannya. Wanie hanya ikut sahaja. Sementara dia sampai di ruang tamu. Semua mata memandangnya, cuma Afif sahaja yang sedang berborak dengan tok imam. Wanie duduk di sebelah Puan Farida dan atoknya Zuriah. Puan Zuriah senyum memandang Wanie.

"Baik. Boleh kita mula?" Tanya tok imam kepada beberapa orang di sebelahnya. Mengangguk sahaja di balas mereka semua. Afif capai tangan tok kadi.

"Hafif Shakir bin Hafizul Shariz aku nikahkan di kau dengan Nura Azwanie binti Ahmad Tarjuddim dengan mas kahwinnya 5000 ringgit tunai." Lama Afif memandang tangan tok kadi. Di getap bibirnya lama.

"Saya Hafif Shakir bin Hafizul Shariz terima nikahnya Nura Azwanie binti Ahmad Tarjuddim dengan mas kahwinnya 5000 ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah."

Seterusnya tok imam menyudahkan dengan bacaan doa. Afif bangun dan menghampiri Wanie dan yang lain. Afif duduk di hadapan Wanie, Aiyin menghulurkan sekotak cincin kepada Afif. Afif cabut cincin dari tempatnya dan memandang tangan Wanie. Wanie teragak-agak untuk angkat tangannya. Afif hampiri wajahnya di tepi telinga Wanie dan bisik di tepi telinga Wanie.

"Kalau lambat.. Abang cium mulut sayang depan orang.. Nak?" Wanie pandang senyuman Afif. Cepat-cepat Wanie angkat tangannya. Afif memandang wajah takut Wanie.

"Tapi.. Abang nak juga?" Wanie cepat-cepat menggeleng dan di tunjukkan tangannya kepada Afif. Afif senyum, sebelum di sarungkan cincin kepada Wanie. Dia senyum kepada orang yang memandangnya.

"Sayang.." Panggil Afif. Wanie hanya memandang wajah Afif sekilas.

"Kalau abang beritahu perkara sebenar.. Abang harap.. Sayang bertahan dengan abang?" Wanie memandang wajah Afif. Afif menyarung cincin di jari manis Wanie sambil di tatap wajah itu. Baru dia perasan, Wanie cantik kalau alat solek di wajahnya. Sungguh cantik.

Wanie cepat-cepat mematikan pandangan kepada Afif. Dia cium tangan Afif lama dan begitu juga Afif cium dahi Wanie lama.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C2
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen