App herunterladen
71.15% Love Blue Flowers / Chapter 37: Love Blue Flowers

Kapitel 37: Love Blue Flowers

ANGIN sejuk pada waktu malam membawa kedinginan di dalam kediaman Arif Iskandar pada waktu itu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi dan dia masih belum boleh melelapkan matanya kerana terjaga dari tangisan isterinya.

Anak matanya kembali melirik wajah manis Naura yang lena di sisinya. Seketika dia teringat akan kejadian waktu dia menangkap mamanya. Kejadian yang amat memalukan tapi membuakan hasil.

"KENAPA tiba-tiba kita datang sini Tuan? Tuan ada tertinggal barang ke?" Tanya Qayyum sambil menarik brek kereta.

"Tangkap penjenayah. Kalau Saya biarkan boleh jadi dia apa-apa kan keluarga Saya." Qayyum baru teringat. Penjenayah yang dimaksudkan adalah puan Aina sendiri. Terus Qayyum tayang senyuman penuh makna.

"Awal kau sampai bro." Tegur Arif kepada Fikri yang sorok dibelakang ampai halaman rumah.

"Dah kau suruh Aku cepat. Cepat ah ni. Nanti pegawai Aku sampai so better kau masuk dulu." Arif mengangguk dan segera dia menanggalkan kasutnya dan membawa masuk ke dalam rumah bagi tidak meninggalkan jejak bahawa ada orang di dalam rumah itu. Diikuti juga Qayyum dari belakang.

Arif berselindung disebalik bilik tetamu begitu juga dengan Qayyum yang sedia merakam perbualan itu nanti.

Kalau dia tidak mendengar idea Qayyum agaknya sehingga kini mamanya belum dimasukkan kedalam penjara. Semuanya berakhir dengan begitu sempurna tapi belum cukup sempurna bagi kes dia dan Imran.

"MORNING everyone." ucap Adif dengan senyuman yang manis. Tiba sahaja dia di ruang meja makan, Naura menyapa adik iparnya dengan senyuman. Begitu juga Arif dan Qayyum.

"Harini Adif free?" soal Naura seraya menyuapkan roti canai ke dalam mulutnya.

"Kelas habis kul 11 atau 12 macam tu so petang je free. Kenapa?" mi goreng di cedok oleh makcik Wati itu telah diletakkan di atas pinggan Adif.

"Teman dia gi amek barang abang. Abang ngan Qayyum busy harini so temankan lah dia. Dah lama sangat dia tak keluar tu." balas Arif pula dengan nada yang lembut. Arif nampak bergaya dengan memakai seluar jeans berwarna hitam dan berbaju kemeja T berlengan panjang berwarna putih.

"Adif rasa nak kahwin." tersembur air teh Arif saat terdengar berita dari Adif. Mata Naura terbutang begitu juga dengan makcik Wati. Manakala Qayyum ketawa terbahak-bahak dengan berita tersebut.

"Okey tenang. Dia rasa nak kahwin bukan nak kahwin. Kan?" soal Arif bagi memastikan pernyataan itu.

"Kan sama je tu." Naura mengelap air yang tumpah itu sebelum dia menyambung masa makannya. Arif tersedak lagi sekali lagi. Apa benar apa yang dia dengar? Kahwin? Adif? Adif mahu berkahwin?

"Kamu nak kahwin dengan siapa pula ni?" soal makcik Wati seraya menarik kerusi disebelah Adif.

"Dania." masuk ni dah kali kedua Arif tersembur sir teh disebabkan pengakuan itu. Qayyum pula tersedak kerana tidak percaya dengan kata-kata Adif.

"Arif!" marah Naura kepada Arif yang sudah menyemburkan air tehnya.

"Apa salah Saya pula. Salahkan Adif sebab buat berita terkejut." mulalah Arif dengan karenah di pagi hari. Adif tayang muka tak bersalah. Air di atas meja diteguk perlahan dan terus dia bangun untuk pergi ke Universiti sebelum terlambat.

"Malam ni Adif tidur rumah Taufiq. So akak nanti sila roger adik ipar kesayangan akak sebelum nak keluar ya. Assalamualaikum everybody." lesap terus susuk tubuh Adif di pintu masuk. Mata Arif dan Naura saling memandang antara satu sama lain. Hah sudah masalah lain pula akan timbul.

"Dia nak kahwin dengan Dania tapi Dania dah jadi tunang jantan tu. Tak kan nak batalkan pulak? Tak dikira berdosa ke?" soal Naura setelah Adif menapak keluar dari rumah itu.

"Nanti Arif atau Naura berilah nasihat dekat Adif tu. Dia dah angau dengan cinta agaknya." cadang makcik Wati setelah lama menjadi pendengar.

"Baru tunang. Belum bini. Boleh rampas kan." sengih.

"Saya setuju tu." sokong Arif dengan kata-kata Qayyum yang masih tersengih.

"Apa? Qayyum gurau je. Bukan ada jantan tu kat sini wahai mak yang ku sayang." makcik Wati menahan api kemarahan dari melimpah keluar. Bayangkan perkara itu terjadi pada diri anaknya sendiri? mestilah dia marah tiba-tiba sahaja ada orang mahu merampas bakal menantunya. Fikir guna otak bukan guna lutut wahai Qayyum.

PEMANDANGAN yang cantik dan menarik dari galeri seni milik Aliya Natasha itu menjadi pusat perhatian buat sementara waktu. Taufiq yang mula mengambil alih galeri itu mampu tersenyum dengan bangga kerana kakaknya berjaya memperoleh beberapa piala dan pingat antarabangsa kerana memenangi dalam setiap pertandingan melukis.

"Is everything okay, encik Taufiq?" soal pekerja di galeri seni itu. Taufiq mengangguk bagi menjawab soalan gadis berpakaian baju berwarna merah jambu dan berambur ikal mayang

"Berapa lama cik Ayu kerja dengan kakak Saya?" kalini mereka berjalan bersama-sama sambil menikmati keindahan seni di dala galeri itu.

"Dari awal dia bukak galeri ni. Dekat 2 atau 3 tahun atau pun lebih. Dah lupa pula Saya." sengih.

"Saya nak tanya something boleh?"

"Apa dia?"

"Perempuan memang suka pendam ke apa yang diaorang alami?"

"Tak juga. Kenapa? girlfriend encik Taufiq suka pendam masalah ke?" laju Taufiq mengeleng. Seketika anak mata dia melilau di sekeliling galeri itu.

"Saya sambung buat kerja Saya dulu ya." bayang-bayang Ayu hilang di kawasan itu. Taufiq masih berdiri di tempat yang asal dan fikirannya jauh melayang memikirkan hal Maisara.

'Dia reject Aku. Aku tetap okey lagi. Bila Aku tunjuk yang Aku nak halalkan dia tetiba tak nak terima. Apa masalah?'

BUNYI pintu yang dibuka menarik perhatian Arif yang menunggu seseorang. Qayyum yang berada di luar bilik itu cuma menjadi pengawal.

"Kata jijik. Kenapa datang sini?" soal puan Aina dengan dingin. Arif pasang wajah tenang.

"Kenapa mama bunuh arwah atuk? Kenapa?" soal Arif lagi. Anak matanya kembali menjadi anak mata yang tajam.

"You better shut up and get out of here." malas mahu membalas jawapan itu, terus puan Aina bangun dari kerusinya untuk kembali ke sel.

"Tell me the reason why you killed grandpa. Why? Siapa lagi mama nak bunuh lepas ni? Adif? Naura? Tok wan? Arif?" puan Aina diam seribu bahasa.

"Diam! Diam! Diam!" jerit puan Aina. Puan Aina mula tidak dapat dikawal. Wanita itu memukul dirinya sendiri. Ianya seperti... orang tak betul.

"Ma... ma... mama jangan buat Arif takut ma." ucap Arif dengan nada yang bergetar. Pengawal yang mengiringi puan Aina segera membawa puan Aina kembali ke sel.

"Tuan, kenapa puan Naura kerja dia novelist ke?" soal Qayyum sambil mengerut dahi. Seingat dia Naura adalah seorang tauke kedai buku dan bukan novelis. kenapa di berita ni bercerita tentang Naura adalah penulis?

"How?" Qayyum jongket bahunya sambil menunjuk skrin telefon pintarnya. Arif membaca satu persatu perkataan di dalam skrin itu.

'What the?! memang mampus kalini Aku buat.'

NAURA dan Adif terpaku melihat galeri seni dihadapan mereka. Nak masuk tetapi kena halau pula. Bila kata nak ambil barang mulalah diaorang tanya siapa suruh?

"Kalau orang sepak agak-agak jadi monyet tak?" soal Adif yang sudah kepanasan di luar.

"Jadi biul adalah." Naura panas dengan menunggu kedatangan Taufiq di luar galeri itu. Sudahlah matahari terpacak atas kepala lepastu dengan tidak menyediakan tempat duduk pula tu. Tambahan pula Naura mengandung. Wah pening.

Bunyi jeritan seorang wanita menarik perhatian Naura dan Adif. Termasuk juga dengan pengawal yang mengawal dihadapan pintu masuk itu. Mata Naura terbutang kerana melihat kejadian yang tidak disangka itu.

"Adif... Adif... selamatkan dulu akak tu." arah Naura dalam nada bergetar. Adif cuba untuk mendekati wanita yang sedang mempetahankan dirinya daripada dipukul oleh seorang lelaki itu namun dia gagal.

"Ish kau ni. Tepi!" Naura berjalan dengan penuh yakin ke arah wanita itu untuk menolong wanita itu bangun daripada terbaring di atas jalan raya.

"Jangan masuk campur dalam hal ni!" ujar lelaki yang berotot dan bertatu di bahagian lengan kanan itu. Naura buat tak tahu. Niatnya masih sama mahu menolong wanita yang masih terbaring di atas jalan raya.

"Akak cuba bangun ya." kata Naura sambil cuba mengangkat tubuh wanita itu dengan kekuatannya.

"Hey dia ni dah nak mati. Tak payah nak tolong bagai." kata-kata yang pedas itu membuatkan wanita itu menahan tangisan.

"Dah nak mati ke apa ke Saya peduli apa? Asalkan dia selamat dari jantan macam awak ni. Main seret je badan dia macam sampah apahal?" berani pula Naura melawan lelaki bertatu itu. Adif yang masih terkejut itu cepat-cepat mendekati kakak iparnya untuk membantu wanita yang sudah terduduk ditepi jalan.

"Korang ni lemah! Baru seret sikit dah merengek macam bayi. Ingat sikit kitaorang yang lelaki ni cari duit untuk bahagiakan korang." Naura gelak sinis. Bab hal ni memang dia tak tahan lagi.

Naura berdiri dihadapan lelaki itu dengan pandangan yang tajam. Nafasnya mula turun dan naik dan dia juga berdebar kerana inilah perang pertamanya bersama lelaki yang tiada ikatan dengannya.

"Lemah? Kau fikir tak sakit ke setiap bulan kitaorang datang bulan? tak sakit ke melahirkan anak? tak penat ke asyik ulang alik muntah sebab pregnant? Kau tu datang kat bini je terus mintak nak anak lepastu blah macam kau fikir bini kau tu sampah. Lepastu nanti dah bosan kau recycle balik macam orang apa. Fikir kitaorang duduk rumah goyang kaki je? Kalau Aku sepak muka kau ni memang mampus jap lagi."

"Dah tu? Kau fikir kitaorang ni tak ada perasaan bila mula-mula kahwin je ingat dapat bini cantik luar dan dalam tapi lah-lah kecundang. Buruk bila tak pakai makeup and buruk sebab dalam dah rosak." balas lelaki itu pula.

"Nak cantik luar dalam? Cantik kan diri kau tu dulu. Seret bini atas jalan apahal? Patu cakap perempuan ni lemah. Oh so mak kau pun lemah lah? Gitu? Tak boleh ke terima seadanya? Jenis nak yang sempurna, kau pergi sempurna kan diri kau tu."

"Kau fikir dalam dunia ni semua orang sempurna ke?" pergaduhan itu mula menarik perhatian orang ramai yang lalu di galeri seni. Begitu juga Taufiq yang baru pulang dari berjumpa dengan ayahnya.

"Lah tahu pula dalam dunia tak ada yang sempurna. Yang pandai-pandai kata bini kau macam tu dah kenapa? Tak boleh nak terima ke? Dia tak sempurna kau pun sama. Kan saling melengkapi tu. Apa guna otak tapi letak kat lutut? Pandai bercakap tapi berfikir tidak." baru Naura nak mengangkat tubuh wanita itu, terus pipinya ditampar oleh lelaki bertatu. Adif yang melihat kejadian itu terdiam. Terkejut. Terpaku. Terkaku.

"Yang diri macam tiang lampu kenapa? Tak reti nak call polis ke?" marah Taufiq kepada pekerjanya. Cepat-cepat Taufiq menelefon Arif untuk datang ke galerinya agar dapat menghantar Naura pulang dengan segera.

"Kau ni lelaki ke kalau tampar perempuan bro?" Adif melipat lengan bajunya dan bersiap sedia untuk melawan lelaki itu.

"Adik perempuan ke?" soal lelaki itu sambil terkekek ketawakan Adif.

BAM! Adif melepaskan tumbukan padu pada pipi lelaki itu. Naura pula terkejut.

"Adik? Adik kau!" dan... pergaduhan antara lelaki bertatu dan Adif lelaki Korea celup pun bermula di siang hari dengan matahari yang masih terpacak atas kepala.

"Adif dah Adif. Stop!" pinta Naura dengan cuba untuk meleraikan pergaduhan itu. Wanita yang dari tadi duduk ditepi terus bangun untuk menghentikan suaminya daripada bertindak kejam.

"Sudah akak kata!" jerit Naura kepada Adif yang masih menumbuk lelaki itu. Adif mula berhenti setelah mendengar jeritan Naura. Lelaki itu berganjak kerana Naura bersikap lebih agresif. Naura yang lemah lembut bertukar menjadi liar atas kerana seorang lelaki cuba meremehkan hal wanita.

Bunyi siren polis dari kiri dan kanan mencuri perhatian orang ramai begitu juga Naura dan Adif. Perlahan-lahan Naura duduk di atas lantai kerana kepenatan berdebat dengan seorang lelaki yang tidak sedar diri.

Fikri keluar dari perut kereta polis itu dan terus mengari lelaki yang bercorak tatu bunga mawar itu. Terus lelaki itu dimasukkan kedalam kereta sebelum mereka bergerak ke balai polis.

Kebetulan kereta Arif tiba pada masa Naura sudah lelah. Pantas Arif mencapai tubuh Naura untuk dibawa masuk ke dalam keretanya.

"Nak naik tak?" soal Arif yang sudah masuk ke dalam perut kereta. Adif menggeleng. Arif mengangguk dan terus menutup pintu keretanya.

"Lah single nya Aku. Abang ngan Naura. Aku ni? Ngan siapa? kambing?" usik Adif pada dirinya sendiri sambil berjalan ke arah motorsikalnya untuk bertolak pulang.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C37
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen