App herunterladen
67.3% Love Blue Flowers / Chapter 35: Love Blue Flowers

Kapitel 35: Love Blue Flowers

PUAN AINA menampar wajah suaminya dengan kuat. Sudahlah dia baru terserempak dengan besannya, Puan Khalidah. Dari niat nak beli baju terus berubah niat nak bergaduh.

"Abang ingatlah sikit. Dana tu bukan untuk abang seorang!" teriak Puan Aina seraya membaling beg tangannya ke atas sofa. Suasana menjadi semakin suram dengan tiadanya pembantu rumah dan para pekerja di halaman rumah.

Kini encik Hafiz sudah seperti hamba kepada isterinya. Apa sahaja yang diinginkan dia perlu buat apa sahaja asalkan kehendak isterinya itu dipenuhi. Kadang-kadang sampai encik Hafiz muak dengan perangai berlagak nak mampus si isteri.

'Salah Aku sebab tak dengar cakap mak. Menyesal Aku kahwin ngan betina ni.'

"Eh sudahlah! Saya penat nak jadi hamba awak. Awak ingat awak perempuan, Saya tak boleh nak ajar ke? Awak bini saya tahu tak? Isteri yang sah!" Puan Aina gelak sinis. Bulu roma encik Hafiz berdiri tegak kerana rambutnya ditarik oleh si isteri. Pantas encik Hafiz menolak tubuh si isteri agar rambutnya dilepaskan namun puan Aina tidak serik. Kalini dia mencekik leher suaminya pula.

"Yang kau buat Aku jadi hamba boleh pulak. Wah jangan sampai Aku halau kau dari rumah ni! Dasar miskin! Kalau kau tak kahwin dengan Aku, kau tak akan berjaya lah masuk Universiti apa kejadah tu."

"Yang kau suka-suka bunuh mak Naura kenapa? Dia tu...anak angkat mak Aku. Kenapa? Hah kenapa?!" encik Hafiz mencekik leher isterinya pula dengan membalas hembusan yang begitu laju. Anak mata encik Hafiz menikam anak mata puan Aina dengan pandangan maut.

"Anak angkat masa kecik je lah! Dia tu miskin jadi miskin je lah! Saya tak akan jadi pembunuh kalau abang tak mula. Kalau abang tak mula jaga Naura masa dia lahir... Saya tak akan jadi macam ni." Encik Hafiz sebak. Teringat dia semasa melihat wajah Naura selepas dilaungkan azan oleh sahabatnya, Encik Abdul Dayyan.

"Lepas Saya bunuh dia. Saya ingatkan abang akan lupakan dia. Tapi abang cari anak dia pula! Kalau Saya benci orang tu dengan keturunan dia sekali Saya benci!" Air mata puan Aina mengalir. Kenapa dia jadi begini? kerana seorang lelaki. Sepanjang mereka berkahwin tak pernah sekalipun dia mengungkapkan kata cinta pada suaminya. Kerana apa? mereka berkahwin atas sebab cemburu dan rasa terhutang budi.

"Kau bunuh orang tak bersalah dan kau sumbat menantu Aku dalam penjara. Apa dendam kau dekat Arif? Anak kandung kau sendiri."

"Kebahagiaan betina sundal tu ada dekat Arif. Aku tak kisah kalau libatkan nyawa budak dalam tu sekali asalkan harta Aku selamat dan budak tu merana." makin menjadi ketawa jahat puan Aina. Encik Hafiz merengus geram. Lantai itu ditumbuk beberapa kali oleh encik Hafiz bagi melepaskan kemarahan.

"Bukti dah dapat ke Qayyum?" soal Arif sambil menapak keluar dari bilik tetamu di kawasan rumah tamu. Senyuman sinis Qayyum menunjukkan bahawa dia berjaya merakam perbualan puan Aina dan encik Hafiz.

Mereka berdua terkejut. Arif? benar Arif masih hidup? Arif mengatur langkah ke sudut ruang tamu dengan pakaian kot hitam dan bert shirt putih di dalam kot itu.

"Terkejut sebab Arif hidup lagi?" tanya Arif kepada mamanya.

"Arif... malu. Malu nak bersemuka dengan Naura. Arif kecewa sebab mama bunuh arwah mak. Arif tak ada lah bodoh mana sebab kalau Arif bodoh Arif mesti dah mati dalam kapal terbang tu. Nai nai dengan aki tu dah meninggal sebulan sebelum Arif nak pergi Jepun." pintu dikuak dengan laju oleh beberapa pegawai polis yang sudah berada disitu selama 20 minit. Sepanjang pergaduhan itu, pihak polis menjadi saksi bagi kes tersebut.

Pantas mereka menggari kedua-dua suspek dalam masa yang singkat. Arif mendekati kedua-dua ibu bapanya lalu dia ukirkan senyuman sinis.

"Arif jijik ada pembunuh dalam keluarga Arif. Syurga atau bukan. Arif tetap jijik. Naura milik Arif dan tak ada sesiapa boleh kacau dia!" sampai macam tu sekali Arif sayangkan Naura?

Pasu di tepi tangga dicapai oleh Arif lalu dibaling ke atas lantai. Pasu kesayangan puan Aina telah pecah dalam masa 2 saat sahaja. "Kalau Naura merana. Arif lagi merana. Kalau Naura sakit. Arif lagi sakit. Mama tak layak dapat menantu macam tu. Eh silap dia tak layak dapat mak mentua macam mama. Ego! pentingkan diri! Semua angkara buruk yang mama buat tu Arif dah tahu. Mama upah orang langgar Adif dan mama... mama bunuh arwah atuk." encik Hafiz terkejut. Terus dia mencekik leher isterinya.

"Kau... kau bunuh bapak Aku? Kau gila! perempuan gila!" jerit encik Hafiz. Polis dibelakang encik Hafiz menyekat pergerakkan encik Hafiz agar keadaan tidak sekecoh tadi.

"Arif? Tak habis agi?" soal Fikri yang baru tiba. Dia mengarah pegawai yang lain untuk membawa masuk suspek kedalam kereta manakala pegawai yang lain mengumpul bukti di dalam rumah.

"Gi ah balik. Aku uruskan yang lain." tanpa melengahkan masa terus Arif menapak keluar dengan wajah yang tenang. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Ketenangan dia tidak setenang wajahnya.

Masuk sahaja dalam perut kereta, Qayyum terus menghidupkan enjin kereta. "Tuan. Saya nak tanya sikit boleh?"

"Tanya apa?"

"Tuan dengan Puan okey ke? Dah 3 hari Saya nampak tuan tidur dekat bilik kerja. Bukan Saya nak jadi penyibuk tapi puan tengah mengandung jadi mestilah dia sensitif dengan semua benda." hal itu Arif dah tak tahu nak kata apa lagi. 3 hari Naura melancarkan perang antara mereka berdua dan sampai harini Naura tidak mahu bersemuka dengan Arif.

"Okay je. Saya busy sebab nak cari cara untuk dana tu. Hantar Saya ke hospital." Qayyum mengangguk tanda faham dengan situasi itu. Kereta mewah Arif dipandu cermat hingga tiba ke destinasi.

"SUAMI kau hidup agi yang kau emo macam laki kau tu dah mati apahal?" tanya Maisara seraya menyuapkan maggie ke dalam mulutnya.

"Diam kau. Aku suruh kau datang sini sebab Aku bosan." makcik Wati yang baru siap memasak makanan tengah hari terus memberikan sepotong kek kepada Naura.

"Wah makcik bagi Naura je ke?" makcik Wati ketawa kecil. Dia kembali ke dapur untuk membawa kek untuk Maisara pula. Maisara sudah tersengih. Pantang nampak makanan.

"Makcik beli ke?" soal Naura.

"Iya. Tuan kata sejak-sejak ni Puan tak ada selera makan itu yang dia suruh makcik belikan kek tu." kek vanilla kegemaran Naura dan Arif. Kek yang pernah Arif buatkan untuk dia.

'Dia beli je hm Aku ingatkan dia buat. Serupa tak payah.'

Naura bangun dari kerusi lalu terus masuk ke dalam bilik untuk berehat. Maisara terdiam. "Dia ada masalah ke? Saya tanya dia tapi dia layan Saya macam dinding lah, makcik."

"Makcik sendiri tak tahu apa dah jadi dengan tuan dan puan. Dah 3 hari tuan tidur dekat bilik kerja yang puan pula duduk dalam bilik. Kalau sarapan pun kadang-kadang tuan tak sarapan sama-sama sebab puan ada." Maisara buntu. Apa dah jadi pula ni?

"Kek ni pun subuh tadi tuan buatkan untuk puan. Ingatkan kalau makcik kata makcik yang belikan, dia nak makan tapi tidak juga."

"Perempuan memang macam tu, makcik. Luar kata lain dalam nak lain. Nak tegur bukan dia nak dengar. Arif je boleh hidupkan Naura yang dulu."

NAURA menangis dalam bilik air. Dia menangis sekuat hatinya sambil air pancut setia memancut air yang bersih di atas kepalanya.

"Series Aku benci diri Aku. Series Aku benci diri yang bebal ni."

Masing-masing salahkan diri masing-masing. Nak berbaik tapi takut ada yang tak suka. Rindu tapi tahan. Marah tolak ketepi. Jujur Naura dah tahu bahawa puan Aina adalah pembunuh maknya semenjak kepala Adif terhantuk itulah dia sudah tahu hal yang sebenar.

Adif cerita satu persatu tentang hal kematian arwah mak Naura dari A hingga Z. Dia tidak marah kepada Arif kerana Arif tidak memberitahu sejak awal lagi tapi dia cuma kecewa kerana Arif pergi dari hidupnya.

'Can we be good? I miss our old relationship.'


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C35
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen