Minggu hadapan kemudian,Syarifah dan Ismail ingin pergi ke kedai membeli barang untuk menyambut majlis hari lahir Alya.Mereka bercadang untuk membeli barang itu pada hari Selasa.Mereka juga bercadang untuk membuat kejutan itu pada hari Rabu selepas sahaja Alya pulang dari sekolah.
Pada hari Selasa sewaktu Alya berada di sekolah mereka pun pergi ke kedai membeli barang untuk persiapan hari lahir itu.Setelah selesai membeli barang,mereka ingin pergi ke kedai kek untuk membuat tempahan untuk menyambut hari lahir Alya pada hari esok tetapi tidak sempat kerana mereka kemalangan dan akhirnya meninggal di tempat kejadian.
Irham yang sedang menunggu Alya pulang dari sekolah telah mendapat berita kemalangan itu daripada kawannya yang kebetulan berada di tempat kejadian.Lalu dia dengan segera mencari Alya di dalam sekolah untuk pergi ke Hospital.
Ketika di Hospital,Doktor Zayn mengesahkan bahawa Syarifah dan Ismail telah meninggal dunia di tempat kejadian.Irham dan Alya sedih kerana mereka berdua telah meninggal dunia.Manakala Iz berasa menyesal kerana tidak mendengar kata mak dan ayah mertuanya.
Pada malam harinya,selepas selesai majlis tahlil arwah.Mereka hanya tinggal berlima sahaja iaitu Irham,Izham,Alya,Umaira dan Aril.Dato Kamal,Datin Izzah dan Izzat tidak dapat berada disana kerana mereka berada diluar negara atas urusan kerja tetapi mereka hanya mengucapkan takziah pada Irham dan minta maaf kerana tidak dapat berada disana.Rumah itu menjadi sunyi kerana Syarifah dan Ismail sudah meninggal dunia.Tiba-tiba Irham teringatkan kata-kata arwah ayahnya yang menyuruhnya sedarkan Izham sebelum terlambat.
Alya sangat sedih kerana pada hari esok ialah hari jadinya dan dia juga berfikir apa salahnya sehinggakan pada hari lahirnya dia tidak pernah merasakan kebahagiaan.