App herunterladen
59.57% Love Between Choices / Chapter 28: Bah. 4: Terus berdaunan

Kapitel 28: Bah. 4: Terus berdaunan

Hujung minggu itu, Haris cuti dan berada di rumah. Aisyah masuk ke dalam rumah secara senyap-senyap ketika menyedari Haris berada di rumah. Dia memulakan tugasan seperti kebiasaan. Ketika sedang mengelap lantai dan melalui bilik yang dilarang masuk oleh Haris itu, dia terdengar bunyi aneh dari bilik itu.

Dia mendekatkan telinganya pada pintu bilik itu dan mendengar bunyi Haris tercungap-cungap serta beberapa kali menarik dan menghembus nafasnya dengan jelas. Dia berprasangka dalam fikiran dan menyangka Haris seperti lelaki dewasa lain yang mempunyai hobi aneh itu. Dia hanya tersengih sinis. Tiba-tiba, dia mendengar Haris menjerit kesakitan.

Dia pantas membuka pintu dan terkejut melihat Haris terduduk di lantai sambil mengadu kesakitan di kaki kanannya. Dia melihat permainan video yang tertayang di skrin televisyen.

"O~! Dia tengah main game. Bukan tengok video tu. Tapi game yang dia main? Dance game?" fikir Aisyah sebaik memasuki bilik itu dan melihat situasi ketika itu.

"Dia ni Poker Face yang sebenar, ke? Bukan twin, kan?" omel Aisyah dalam fikirannya sebaik duduk di sisi Haris dan meneliti kecederaannya, kemudian merenung wajah Haris dengan lama untuk memastikan gerangan di hadapannya itu benar-benar Haris, majikannya.

"Poker Face, ada hobi macam ni. Rupanya dia ni normal juga," ujar Aisyah lagi dalam benak fikirannya sambil tersenyum sendiri.

Haris menangkap senyuman Aisyah itu lalu menegurnya, "Apa sengih-sengih tu?"

"Bukan aku dah warning, jangan masuk bilik ni!" marah Haris.

"Tapi saya dengar doktor menjerit, jadi saya rushing masuk sebab risau apa-apa terjadi kat doktor. Doktor okey?" jelas Aisyah sambil memeriksa kaki Haris.

Dia menyentuh buku lali dan memicit perlahan kawasan tersebut. Haris merasakan kesakitan namun dia segan untuk mengadu kesakitannya itu sebaliknya dia hanya mampu mengatupkan bibirnya serapatnya dari mengerang kesakitan.

"Tak ada apa. Kau boleh keluar," arah Haris dan cuba bangun namun tersentak kesakitan dan menyebabkan terduduk semula.

Aisyah melihat keadaan Haris dan mulai risau lalu segera keluar dari bilik itu dan mencapai peti kecemasan di sebuah kabinet di ruang tamu. Dia kembali kepada Haris dan segera membuka peti kecemasan itu dan mengeluarkan sebuah tin semburan ubat tahan sakit.

Kemudian, dia mencapai kaki Haris dan menyemburnya ke buku lali kaki yang terseliuh itu. Haris enggan dirawat oleh Aisyah dengan segera mencapai tin semburan itu dari tangan Aisyah lalu berkata, "Aku doktor, aku boleh buat sendiri."

Aisyah merenung wajah Haris lalu memicit perlahan buku lali Haris itu kerana geram dengan keengganan Haris itu sambil berkata "O~~! So, Doktor Haris rasa saya tak reti rawat seliuh ni, ke?"

Haris mengadu kesakitan. Haris terdiam dan kaku melihat wajah Aisyah yang berubah serius serta kelihatan garang itu dan tidak dapat membahas tindakan Aisyah itu memberikan peluang untuk Aisyah mencapai kembali tin semburan itu. Selesai menyembur ubat tahan sakit itu, Aisyah mencapai pembalut kain elastik untuk membalut buku lali Haris itu.

Haris akur. Aisyah mula membalut buku lali Haris sambil berkata, "Doktor, selalu, ke, main game ni?"

"Tak ada lah," dalih Haris yang segan kerana hobinya itu telah terdedah kepada orang luar seperti Aisyah.

Aisyah tersengih mendengar dalih Haris itu. Dia dapat melihat banyak koleksi permainan video di kabinet di hadapannya dan pelbagai koleksi komik serta set komputer gaming di dalam bilik itu. Aisyah dapat merumuskan Haris tidak seperti yang disangka selama ini.

"Ya, ke?" soal Aisyah yang dari tadi tidak dapat berhenti tersenyum kerana menangkap dalih yang ditaburkan oleh Haris itu

"Doktor, lain kali, jangan hyper sangat. Nanti terseliuh lagi," sindir Aisyah.

Haris keseganan. Aisyah selesai membalut buku lali Haris itu. Aisyah mencapai tangan Haris dan meletakkan lengan Haris ke bahunya. Haris termangu. Aisyah membantunya berdiri dan memimpinnya ke biliknya. Haris menjeling Aisyah di sisinya dan berasa sesuatu tidak kena dalam dirinya. Dia kebingungan.

Petang itu, selesai memasakkan makan malam, Aisyah menemui Haris di biliknya untuk meminta diri pulang ke rumah sebaik waktu kerjanya tamat.

"Malam ni, kau kena bermalam kat sini." Haris memberikan arahan sebaik Aisyah menyapanya bagi mengucapkan selamat tinggal sebelum pulang selepas tamat waktu kerjanya.

"Huh, kenapa?" soal Aisyah yang kebingungan akan perintah Haris itu.

"Tak nampak, ke? Kaki aku ni sakit. Kalau apa-apa terjadi pada aku, macam mana?" jelas Haris.

"HUH!" Aisyah yang tidak mempercayai Haris mempunyai sisi lain yang lebih menjengkelkan.

"Tapi doktor, sakit doktor tu bukan parah manapun?! Lagipun doktor, kan, doktor?" ujar Aisyah yang mendebatkan justifikasi keperluan Haris itu akan bantuannya malam itu.

"Banyak pula alasan kau. Aku bayar elaun OT. Okey?" ujar Haris yang cuba mengampu Aisyah.

"Fine, ..." Aisyah secara tidak rela namun terpaksa akur.

"Aku lapar," ujar Haris sebaik melihat wajah monyok Aisyah yang tidak berpuas hati dengan arahannya itu.

"Kejap, saya bawakan makan ke sini." Aisyah berkata dengan lemah dan tidak bersemangat.

"Tak payah. Aku nak makan kat meja makan," kata Haris sambil menghulur tangannya yang minta dibantu oleh Aisyah.

"Hish, annoying nya dia ni." Aisyah bersungut dalam kepalanya dan tidak menyedari perbuatan Haris itu.

"Okey," jawab Aisyah bersahaja dan masih kaku di situ serta cuba menenangkan amarah dalam dirinya ketika itu.

Haris meletakkan tangan kembali ke sisinya dan memeluk tubuhnya sambil menegur Aisyah yang tercengang di hadapannya itu, "Apa yang kau tercengang lagi kau situ?".

"Apa?" soal Aisyah yang hampir meninggikan suara namun sempat dikawal olehnya.

"Tolong aku ke meja makanlah," arah Haris sambil mendepakan sebelah tangannya meminta dipangku oleh Aisyah ke meja makan. Dia mencapai tangan Haris lalu sambil berfikir, "Makin mengada-ada pula!"

Haris menikmati makan malam bersama-sama Aisyah. Aisyah hanya berdiam diri sepanjang mereka di meja makan. Aisyah cuba bertenang dan menikmati makan malam tanpa mengenangkan kelakuan Haris itu yang mengemaskan fikirannya.

Selesai makan, Haris mendapatkan rehat di sofa sambil menonton filem di televisyen. Dia mengarahkan Aisyah melakukan bermacam-macam. Sekejap dia mahukan buah-buahan. Kemudian, tiba-tiba dia mahukan aiskrim. Kemudian, air pula yang dipintanya.

Selepas seketika, dia senyap tidak bersuara atau mengarah-arah lagi ketika Aisyah asyik menonton filem yang ditayangkannya sambil menunggu arahan Haris seterusnya. Aisyah menoleh dan tersenyum melihat Haris telah tertidur sambil memeluk sebiji bantal kusyen.

Aisyah mengeliat dan meregangkan sendi dan otot-ototnya sambil mengomel, "Akhirnya! Kan, comel macam ni. Senyap je."

Aisyah mendapatkan selimut dari bilik Haris. Kemudian, dia membetulkan kedudukan tidur Haris itu, kemudian menyelimutkannya.

Aisyah ingin beredar dari sisi Haris, tiba-tiba tangan dipegang oleh Haris. Haris meracau, "Lock, sorry. Sorry, I'm too late. Sorry...". Lock adalah nama seseorang yang begitu dekat dan rapat kepada Haris. Haris merengek sedih dalam igauannya.

Aisyah cuba menenangkannya dengan menepuk-nepuk perlahan belakangnya dan mendodoinya dengan bersenandung lembut. Haris kembali lena dengan tenang.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C28
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen