Petang itu, mereka singgah di Hutan Monyet dan Pura Sakral.
"Mir, ramai kawan kau kat sini. Pergilah bertegur sapa dengan mereka," usik Aisyah ketika Amir didekati oleh sekumpulan monyet sambil merekodkan gambar saat itu dengan kamera yang tergantung di lehernya.
"Wei, jauhkanlah mereka dari aku!" sungut Amir sambil berlari mendekati Aisyah dan bersembunyi di sisinya.
"Takut, ke?" sinis Aisyah sambil tergelak kecil.
"Taklah. Mereka ramai sangat. Macam stalkers yang selalu follow aku," omel Amir saat teringat peristiwa seperti itu sering kali terjadi kepada dirinya apabila dikerumuni sekumpulan orang ramai.
"Stalkers? Sejak bila kau ada ramai admirer ni? Aku tak pernah nampakpun," rungut Aisyah yang masih menggunakan kamera Amir dan fokus merakamkan pemandangan sekeliling.
"Ada lah. Waktu aku kat KL," balas Amir yang masih berwaspada dengan kumpulan monyet yang masih memerhatikan dirinya tanpa menyedari kata-katanya itu.
"Kau famous, ke? Tapi aku tak kenalpun kau siapa?" soal Aisyah yang mula berasa aneh dengan kelakuan dan kata-kata Amir itu.
Amir tersedar dia hampir mendedahkan identiti sebenar dirinya dan segera memikirkan suatu dalih lalu berkata, "Taklah. Kau tengoklah betapa handsome nya aku ni. Setiap aku kat public, kau tahu berapa ramai rush to me just for a photo?"
"So, do I'm care? Not, right?" omel Aisyah yang tidak berminat untuk mengetahuinya.
"One day, you will regret it." Amir berkata lalu berjalan dengan pantas meninggalkan Aisyah sendirian di belakang lalu mendekati Hakim yang sibuk dengan merekod pemandangan menghijau kawasan kuil itu.
"Wei, kau kenal Aisyah tu, dah lama, ke?" soal Amir selepas seketika memerhatikan Hakim yang fokus pada kerjanya.
"Taklah, baru je." Hakim membalas dengan spontan tanpa memandang gerangan yang berbual dengannya itu.
"Ya, ke?" soal Amir yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hakim itu.
"Ya, kami jumpa kat flight. Dia duduk sebelah aku," jawab Hakim berterus-terang.
"O~~! So, kalian tak ada apa-apa hubungan lah?" soal Amir yang cuba mendapatkan kepastian mengenai hubungan mereka kerana terkadang dia merasakan hubungan antara Hakim dan Aisyah mungkin lebih dari sekadar temanan.
"Kan, aku dah kata, kami just kawan." Hakim menjawab dengan tenang.
"O~~, okey!" ujar Amir yang mula yakin dengan kata-kata Hakim itu.
"Kenapa?" soal Hakim mula berasa aneh dengan persoalan Amir itu lalu menoleh kepalanya untuk memerhatikan reaksi wajah Amir yang dari tadi asyik bertanya mengenai Aisyah yang membuatkannya berasa ingin tahu alasan di sebalik semua persoalan itu.
"Tak ada apa. Saja tanya." Amir berdalih untuk menyembunyikan hasrat hatinya yang ingin mengenali Aisyah dengan lebih mendalam.
"Tapi, kan? Kau tak rasa dia comel, ke? Dia buat aku asyik nak mengusik dia," ujar Amir yang berterus-terang tentang pendapatnya akan Aisyah.
"Janganlah asyik buli dia. Kasihan dia," ujar Hakim dengan penuh simpati mengenangkan Aisyah yang sebelum ini banyak bersedih.
"Kenapa?" soal Amir yang berasa ingin tahu.
"Dia baru kehilangan arwah tunang dia. Dia datang sini untuk tenangkan diri," ujar Hakim perlahan.
"Kalau kau tengok dia tiba-tiba diam dan termenung jauh, maknanya dia terkenang akan arwah. Macam tu lah, waktu aku mula-mula kenal dia. Tapi dia selalu tersenyum dan ceria di sebalik semua itu," sambungnya lagi saat terkenang waktu-waktu itu sambil melihat ke arah Aisyah yang ketika sedang lega merakamkan gambar pemandangan kawasan itu.
"Aku tak tahu pasal tu. Sebab dia selalu ceria je," ujar Amir lembut sambil menatapi wajah Aisyah yang jauh beberapa langkah dari mereka dan dapat melihat wajah ceria yang sedikitpun tidak seperti seseorang yang sedang bersedih.
"Aku tak tahu dia ada kisah sedih di sebalik senyumannya yang manis tu," ujar Amir lagi sambil merenung Aisyah.
Mereka meneruskan bersiar-siar di kawasan kuil itu. Kemudian, selepas selesai, mereka kembali ke parkir.
"Wei, Aisyah! Kau nak try naik motor pula?" soal Amir saat Aisyah sudah berada di hadapan pintu kereta.
"Boleh makan angin Bali," ujar Amir yang menunggang kapcai.
Aisyah memandang Amir yang suatu pandangan penuh syak wasangka dan jangkal kerana dia tiba-tiba berkelakuan baik dan tidak mengusiknya.
"Apa muslihat kau? Kau nak mempermainkan aku, kan?" soal Aisyah mencurigai niat Amir itu.
"Jangan kata kau nak tinggalkan aku kat tengah-tengah jalan!" ujar Aisyah yang mengesyaki Amir berniat jahat untuk mempermainkan dirinya.
"Tak ada lah. Aku just nak ajak kau nikmati angin sambil naik motor. Kenapa kau sensitif sangat ni?" ujar Amir bersederhana dan cuba memperjelaskan niatnya itu tiada unsur penganiayaan seperti yang disyaki Aisyah.
"Sebab kau dari pagi tadi, asyik cari pasal dengan aku dan sekarang tiba-tiba baik macam ni. Mau aku tak syak wasangka?" balas Aisyah yang berasa canggung dengan kelakuan baik Amir itu.
"Tak ada lah. Aku serius, tak usik kau kali ni. Jomlah, experince some fun drive tour by me, the mightily handsome Amir." Amir berkata sambil bermegah-megah tentang ketampanannya.
"Okey, jomlah." Aisyah bersetuju selepas berfikir sejenak dan yakin Amir tidak bergurau mengenai hasratnya itu.
"Okey, aku follow kalian kat belakang." Hakim berkata sambil masuk ke keretanya.
Aisyah menaiki kapcai Amir itu dengan berpegang kepada bahu Amir. Amir merasai ada suatu debaran di dadanya namun dia cuba bertenang dan kapcainya mula bergerak sebaik Aisyah duduk di atas kapcainya.
Aisyah terhuyung ke belakang namun dia segera mendakap pinggang Amir. Dia kemaluan lalu dia melepaskan pelukan itu dan hanya memegang baju Amir sepanjang membonceng kapcai itu.
Debaran di dada Amir semakin deras saat Aisyah mendakap pinggangnya. Dia cuba bertenang dan fokus kepada tunggangannya.
Mereka memulakan perjalanan mereka ke Kampung Bongkasa untuk melawati Bali Swing. Kereta Hakim mengekori kapcai Amir.
Mereka melalui kawasan perkampungan dengan sawah padi yang menghijau dan rumah-rumah kampung yang diperbuat dari kayu serta terdapat monumen berunsurkan Bali di sepanjang perjalanan mereka itu.
Aisyah menikmati angin yang melanggar wajahnya sepanjang membonceng kapcai. Dia mengangkat tangan untuk merasai angin yang menyapa dirinya. Tiba-tiba, kapcai tersentak sesuatu di atas jalan raya membuatkan Aisyah terkejut lalu pantas memegang bahu Amir.
Amir turut terkejut saat Aisyah tiba-tiba memegang bahunya. Dia merasai suatu sensasi seperti dirinya telah terkena suatu kejutan elektrik ketika tangan Aisyah itu menyentuh bahagian tubuhnya itu. Dia cuba fokus mengenderai kapcai itu.
Dia merasakan suatu debaran di dadanya dan nafasnya terasa berat. Dia cuba mendapatkan nafas dan menenangkan dirinya. Dia cuba menikmati pemandangan yang sedang sedang terbentang indah di hadapan sepanjang perjalanan itu.
Dia cuba mengendahkannya dan melupakannya.