App herunterladen
88.23% Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan / Chapter 30: *- Hidup? -*

Kapitel 30: *- Hidup? -*

Di puncak menara bangunan kegelapan, Zygon sedang duduk di atas singgahsana tengkorak. Zyon datang menghadap.

"Tuanku Zygon, semua misi telah dipenuhi"

"Bagus Zyon. Sekarang kamu boleh pergi memenuhi dendam yang telah lama kamu simpan kepada dia dan mereka juga..", kata Zygon sambil genggam tangan dia.

Zyon mengangguk. Dia berjalan ke hujung menara dan melihat pemandangan Bandar Zygon dari atas. Dia lompat ke bawah dan keluar satu burung bayang dari satu tingkat menara tersebut. Zygon diterbangkan ke arah bandar.

____________________________________________

Mereka sedang berlawan dengan makhluk kegelapan di bandar. Banyak Ghoulze musnah kerana kelemahannya terlalu lemah.

DUK! DUK! DUP!, Saga terdengar bunyi dari kawasan lorong tepi bangunan. Dia ternampak bayangan Zyon berlari selepas mengekori bunyi tersebut. Dia pun mengikuti bayang itu dengan perasaan marah dan dendam sampai ke dalam kawasan pedalaman bandar.

Sehingga ke satu bangunan, Saga berhenti berlari kerana ternampak Zyon berjalan ke arah lain.

"Jangan lari!! Makan ni!!", Saga baling bola angin dan mengenai Zyon namun bayangan itu hilang jadi abu.

"Cis, aku ditipu!"

"Poooza..."

Muncul Puza di belakang Saga.

"Semua Loza....makan dia!!", Puza tujukan jarinya pada Saga. Muncul pemakan daging dari setiap sudut berlari ke arah Saga. Saga mengeluarkan pedang dan memotong semua Loza yang mendekati dia.

SRK! SRK! SRK!, terlalu banyak pemakan daging sampai mata dia hanya fokus pada pedang.

NGAMP!, tangan Saga digigit salah seekor Loza. Dia kesakitan.

"Argh!! Tak guna kau!"

SRAK!, Saga bunuh Loza itu dengan tikaman angin. Selepas beberapa minit, Puza mengeluarkan lembing untuk mengalahkan Saga. Dia cuba serang hendap Saga. Tiba-tiba, ada satu objek turun dari langit dan dekati tempat Saga.

DUMH!, benda itu jatuh di belakang Puza.

SRUK! SRUK!, semua Puza di situ mati terbelah dua. Zyon muncul. Pedang Saga penuh dengan darah. Tangan Saga cedera berdarah.

"Hmmm tak sangka perangkap Y buat berjaya..", Zyon bercakap seorang diri.

"Kau! Berani kau bunuh ayah aku, satu-satunya ahli keluarga aku!! Kau akan terima nasib setimpal!!"

"Kau....aku berminat dengan pedang kau, jadi kau akan ku bunuh."

Zyon hilang dan muncul di sebelah Saga. Saga tak dapat melihat kelajuan Zyon kerana kecederaan dan keletihan dia alami.

BASH!, Saga ditumbuk Zyon pada perutnya. Dia terpelanting ke dalam bangunan dan keluar ke jalan raya sebelah bangunan besar tersebut. Tiada sesiapa di situ, hanya mereka berdua. Zyon berjalan keluar melalui lubang tadi.

"Saga, ingat tak kali terakhir kita berjumpa sebelum ini, sebelum pertandingan akhir itu!!", Zyon berjalan sambil betulkan tangan dia.

"Aku tak kenal kau! Hu....ambik ni!!"

Saga keluarkan bola angin saiz sederhana dengan tangan dia yang lain dan baling ke Zyon.

GUUUUMMFF..., Zyon menyedut kuasa angin Saga. Kemudian, Zyon keluarkan bola angin yang saiz sama tapi aura jauh lebih kuat dari sebelumnya. Dia baling pada Saga semula. Saga dengan saki-baki tenaga dia, mengelak serangan itu.

BOOM! DUUM!, beberapa bangunan di belakang Saga sebentar tadi hancur runtuh. Saga terkejut dengan serangan itu.

"Cis, kau mampu sedut kuasa aku tapi kau takkan mampu sedut dendam aku pada kau!"

"...."

"Berani kau!!! Yarghhh!!!", Saga berlari ke arah Zyon.

"Jeritan itu melambatkan kau, Saga!!"

SYING! FWUSH! SLASH!, mereka berdua berlawan pedang satu sama lain. Pedang Saga banyak beri tekanan pada pedang Zyon hingga pedang dia jadi rapuh.

"Cis!"

"Haha! Pedang kau lemah, Zyon!"

"Bukan, pedang kau itu cuma terlalu istimewa.", kata fikiran Zyon.

"Walaupun pedang aku lemah, namun engkau tak mudah mengelak serangan ini!"

BASH!, Saga ditumbuk pada perutnya lagi. Dia termuntah darah terpercik ke helmet Zyon. Dia terpelanting ke belakang dan merempuh kereta dan bangunan dia belakang dia. Saga dan kereta itu jatuh semula ke tanah selepas beberapa saat tersangkut di atas. Mulut Saga mula mengeluarkan darah.

"Arkh! Argh...."

"Sudah sampai masanya dendam aku dibalas dengan kematian engkau, Saga."

"Dendam? Tunggu...."

Saga diapung ke udara sambil dicekik dengan mengawal udara di sekitar Saga. Pedang Saga ditinggalkan di atas tanah. Zyon gelak seorang diri.

"Inilah apa kau dapat bila kau cuba bunuh aku! Saga! Ingatlah sampai bila-bila!! Hahaha! Ingat tak dulu kau buat!?"

"Arhh... tunggu...ta...k mun...i", apabila nafas Saga hampir hilang, Zyon lepaskan Saga dan ambil pedang Saga. Zyon buat aksi berpusing ke belakang dengan pedang Saga.

SRUKK!, badan Saga ditikam pedangnya. Dia terjatuh lembik di situ, mati. Banyak darah membanjiri tempat itu. Zyon tarik saki-baki badan Saga dengan organ terkeluar dan baling ke tempat lain. Beberapa Loza yang ada di situ pergi makan mayat Saga. Zyon jadi pemilik baru pedang Saga. Kuasa gelap mengalir pada seluruh pedang. Reka bentuk pedang itu berubah jadi lebih baik dan menarik.

"Keistimewaan pedang ini sangat berbaloi", tersenyum Zyon melihat Saga mati dan pedang baharu dia tangannya. Zyon simpan pedang itu di belakang dia dan hendak beredar.

"Tunggu!!", jerit Safiy. C208 dan birunians (tak semua) tiba dan terkejut melihat Saga dilahap. Di antara mereka ada yang hendak termuntah, Safiy buat muka tak puas hati pada Saga. Dia membunuh Loza yang meratah daging Saga tersebut. Zyon tetap berjalan.

"Aku cakap tunggu!! Tak guna, patutnya aku yang bunuh Saga dulu!", jerit Safiy. Dia keluarkan G.Blaster lalu menembak Zyon. Zyon dengan pantas pegang dan belah serangan itu jadi dua.

BOOM! BOOM!, dua dinding berlubang di belakang Zyon.

"Cis, berani korang halang aku!!"

"Penipu! Kau patutnya selamatkan bandar ini, bukannya membunuh! Tunjukkan diri kau yang sebenar, Zyon!"

Syakirin muncul di belakang Zyon dengan kepantasan kilat.

PAMP!, Syakir ditampar Zyon sampai berdarah.

"Ha...cuba serang hendap ya.."

BUSH! PUM!, Syakir dipijak kuat oleh Zyon. Syakir terasa tulang dia makin retak. Dia kesakitan dan mulut dia keluarkan darah.

"ARKH!!!"

"Syakir!!!"

Syakirin menutup mata dia dan pengsan.

DUSH!, Zyon sepak Syakirin ke tempat lain. Zyon memandang ke arah mereka. Maisarah lari berputar mengelilingi Zyon lalu membentuk puting beliung.

PRANGG!!, Maisarah ditampar pedang Zyon dan belambung. Dia terjatuh dan rasa kakinya patah.

"Apa yang dia fikirkan? Serang aku dengan kuasa aku?", kata Zyon.

"MAI!!", Aleesa jerit di sudut lain.

"Serang!!!", mereka menyerang Zyon beramai-ramai.

BUSH!, Afiq tumbuk kepala Zyon. Zyon terpelanting sedikit.

BASH!, Afiq ditumbuk semula pada bahagian sama sampai dua gigi dia tercabut.

Sedang mereka berlawan dengan Zyon, G-gong dan Safiy masih tidak menyerang. G-gong sedang mencari sesuatu di dalam poketnya.

"Engkau tengah buat apa tu?", tanya Safiy.

"Permata (diamond). Kalau aku bertukar jadi permata, mesti dia kalah lawan kekerasan aku."

Apabila G-gong mengeluarkan permata, belum sempat dia genggam, Safiy tertolak tangan G-gong. G-gong melihat permata itu perlahan-lahan jatuh ke tanah dan berputar masuk ke longkang. Dia berpaling pada Safiy. Safiy seperti bernafas tenang.

"SAFIY! APA KAU DAH BUAT!!", G-gong menjerit. Safiy terkejut.

"Kenapa kau jerit dekat aku?!!! Aku tak buat apa pun!"

"Kau jatuhkan permata aku!!", G-gong cangkung melihat lubang parit yang dalam.

"Aku tak buat apa-apa pun lah!"

"Engkau tolak aku tadi!", G-gong menunjuk pada Safiy.

"Kenapa engkau main tunjuk pulak ni!"

"Mengaku sajalah kau sengaja buat."

VOOHM!, keluar satu gelombang kuat dari Zyon. Semua orang yang menyerang Zyon terpelanting kesakitan. Zyon sudah tak tahan dengan serangan dari pelbagai sudut. Hanya Safiy dan G-gong masih berdiri di situ.

"Macam mana nak lawan dengan dia? Kuat sangat..", kata Zarif.

"Ha...Ha... ini balasannya akibat menentang aku...", tangan Zyon keluarkan api.

"Tuan Saga! Apa jadi pada tuan Saga?! Tak guna!"

TRRRRRR...., seorang askar dari sudut lain menembak Zyon selepas melihat keadaan Saga. Tiada apa yang berkesan. Semua peluru jadi abu. Zyon simpan api dia lalu berjalan ke askar itu. Safiy mendapat idea gila.

"G-gong, kau perlu bertukar kepada batu lalu baling aku pada dia..."

"Apa?! Kau dah gila kah? Nanti dia belah kau jadi dua macam mana?? Dahlah kau dah sengaja tak bagi aku lawan dia lepas tu kau nak bunuh diri pula", G-gong buat muka.

"G-gong, ini buka. masa untuk buat lawak! Cepat, kalau tak rancangan aku tak berjaya."

"Haih...ok aku buat saja.., selamat tinggal"

" -_- "

G-gong genggam batu dan jadi manusia kulit batu. Dia kemudian merubah jadi golem dan baling Safiy.

SRUKK!, askar itu terbelah jadi dua. Muncul dua G.Blaster dari dua arah berlawanan. Zyon lompat untuk mengelak dan pengiraan Safiy betul. Safiy mendekati Zyon.

"Apakah?!!"

"Ambik kau, faker!!"

Berlaku satu pelanggaran di antara Safiy dan Zyon. Mereka berdua jatuh. Topi helmet Zyon bergolek-golek di atas tanah. Zyon bangun semula untuk mencari helmet dia. Semua C208 dan Birunians terkejut tampak lebih.

"FAWWAZ!!!!", muka dia seperti Fawwaz namun anak mata dia berubah warna, muka dia berparut dan rambutnya panjang tak pernah dipotong.

Zyon bangun mengambil helmet dia.

"Fawwaz? Siapa tu? Aku tak kenal dia..."

"Kaulah Fawwaz....."

"Hahaha! Muka ni? Korang semua dah salah..aku bukan Fawwaz, aku bukan apa yang difikirkan...."

Muncul Y melalui bayang Zyon. Zyon memakai helmetnya semula.

"Nampaknya identiti kau dah terbongkar, Zyon."

"Masa untuk pergi...Dandead akan selesaikan bandar ini sampai licin.."

"Ini juga balasan korang selepas apa korang buat pada Doody aku!"

Zyon dan Y hilang masuk dalam bayang. Safiy terduduk.

"Aku dah agak dah...selama ni itulah dia. Tak sangka kuasa persahabatan sekuat ini."

Pasukan perubatan datang menolong mereka selepas ahli tentera lain tiba. Anggota birunians lain juga terkedu mendengar cerita apa yang telah terjadi.

*********************************************

Safiy berjalan melalui Bandar Zygon dengan kemusnahan teruk. Dia ternampak sesorang di hadapannya, orang itu sahabat dia, Fawwaz.

"Fawwaz!!"

SRUK!!", Safiy ditikam daripada belakang oleh Zyon. Zyon tarik pedangnya lalu Safiy jatuh ke tanah. Fawwaz yang berada di hadapannya hanyalah bayang. Zyon pijak belakang Safiy. Kesakitannya bertambah.

"Kenapa Fawwaz? Kenapa kau jadi jahat??"

"Kau maksudkan Fawwaz? Dia sudah lama tiada dan akulah jadi pemilik tubuh baru ini dengan ganti dia, Zyon. Sudah korang juga layan dia sebegitu dulu. Aku dah melihat memori dia waktu dia bersekolah dengan korang dan melihat perilaku semua orang. Sangat tidak memuaskan!"

Mata Safiy sudah lemah. Dia pejamkan mata dan lepaskan nafas terakhir.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C30
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen