App herunterladen
79.26% Damon Revenge / Chapter 65: 65.

Kapitel 65: 65.

Dengan cekap tangan yang bersarung tangan hitam bergerak melakukan kerja di atas tubuh lelaki yang tidak sedarkan diri di atas katil tersebut.

"Ambil semua DNA yang kita boleh gunakan, kalau ada titisan air peluh pun ambik je.."arah Mateo yang sedang duduk sandar dekat kerusi memandang telefon bimbit di tangan.

"Bajunya macam mana?"tanya Kian masa cabut beberapa helai rambut dari kepala Desmond. Lelaki tu takkan rasa apa-apa mahupun sebab. Sebab dadah yang diletakkan dalam wain lelaki tu sangat kuat. Entah-entah bila dah sedar, Desmond mungkin takkan ingat apa yang dah terjadi sebelum tu.

"Baju?Ambil la benang ke butang ke apa ke...."arah Mateo lagi sebelum buat panggilan telefon.

"Baik."sambut mereka dengan patuh.

Desmond yang dah macam mayat dekat katil tu, diperlakukan seperti mangsa forensik dengan Kian dan dua lagi lelaki. Setiap seorang sibuk dengan tugas mereka.

Seorang ambil bekas cap jari Desmond.

Seorang terkuntil-kuntil isi kuku.

Seorang tengah kumpulkan air liur dan benang dari pakaian lelaki itu.

"Hello?"sapa Mateo semasa bangun dari sofa dan berdiri menghadap katil dimana Desmond terbaring."Ya ini saya..."sambil buat muka dia selukkan tangan dalam poket seluar. "kita akan mulakan plan tu minggu depan. Jadi tolong rearrange schedule sebelum kau orang datang ke sini.."pesannya.

Kian gerak ke beg hitam lalu simpan sampel yang di peroleh dalam plastik dan botol plastik. Setelah itu dia kembali dekati Desmond. Dia ambil sedikit dari sel kulit lelaki tu menggunakan pisau cukur. Lalu di letakkan dalam plastik putih sebelum di zip lock.

"Arahkan mereka yang berminat untuk berlabur dalam syarikat kita tarik diri secepat mungkin. Sebab aku ada pelan besar untuk dia orang nanti.." mereka yang khianati papa dia akan terima nasib yang sama seperti yang mereka lakukan pada papa dia suatu masa dulu.

Dua lelaki yang sudah selesai ambil sampel dari Desmond bergerak ke beg Kian dan letakkan semua bahan bukti ke dalam beg itu.

Mateo pandang ke Kian dengan sengih jahat semasa mendengar general manager syarikat dia sampaikan berita yang amat dia nantikan. "Berapa orang dah tarik diri dan laburkan dalam syarikat kita?"tanya dia.

Kian yang perasan dirinya di perhatikan mengerling ke Mateo sambil memegang barang di tangan.

"8 orang...adakah mereka yang termasuk dalam senarai nama dalam target kita tu?"tanya Mateo lagi. Nampaknya ada lebih dari seorang target dia. "Kalau dia orang dah buat pindahan. Cipta akaun atas satu nama. Kemudian simpan semua wang tu dalam akaun.."selesai dia bercakap, Mateo kerling ke Desmond dengan jelingan tajam. "Sebab aku dah ada scape goat kita..."

Kian ambil picagari dan bebuli kaca yang berisi dadah dari beg yang sama. Setelah itu,dia suntik picagari tu ke dalam bebuli kaca tu dan sedut cecair putih sehingga suku penuh. Setelah itu dia dekati Desmond yang tidak sedarkan diri dan berikan suntikan pada lengan lelaki tu dengan kemas.

"Okay...jumpa minggu depan.."kata Mateo sebelum dia putuskan panggilan. Sambil seluk telefon dalam poket seluar dia memandang Kian. "Dah settle?"

Lima lelaki yang ada dalam ruangan tu berdiri tegak dengan beg peralatan masing-masing. "Siap tuan."sahut mereka.

"Kita ada lapan orang target...tambah yang satu lagi..ada sembilan orang. It's mean kau orang kena sediakan 9 sampel yang mempunyai DNA sama. Faham?"arah Mateo sambil tenung setiap wajah di situ dengan renungan serius.

"Baik tuan!"sambut mereka dengan serentak.

"Selesaikan sample tu sebelum minggu depan. Sebab mulai minggu depan, kita akan lakukan genocide besar-besaran."Mateo capai kot dia dari lengan sofa sambil bercakap. "And please don't make any mistake okay. No word comes out. If not your head gonna be the payment."pesan dia semasa sarung kot ke badan.

"Jangan risau..saya akan pastikan hal tu."Kian selaku ketua kumpulan itu bersuara.

"Dah jom balik...biarkan si kunyit ni dekat sini sendiri..."juih Mateo ke Desmond yang sudah di dadahkan sekali lagi dengan Kian tadi. Esok pagi mesti tak ingat apa-apa dah.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C65
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen