App herunterladen
62.19% Damon Revenge / Chapter 51: 51.

Kapitel 51: 51.

Bangun-bangun je Mateo dikejut dengan ketiadaan Xiana di mana-mana dalam bilik tidur tu. Dia sendiri tak ingat bila dia tidur. Apa yang dia tahu sedar je Xiana dah tak ada.

Cemas bagai nak rak, dia keluar dari bilik tidur tu untuk cari keberadaan orang itu di setiap ruangan yang ada.

Sehingga la dia tiba di tingkat bawah, dia terdengar suara orang ketawa dari arah ruang makan. Dengan muka terpinga baru bangun tidur, Mateo masuk ke dalam ruangan tu sebelum di sapa dengan wajah senyum ceria mama dia di hujung meja.

Selebarnya mulut itu terbuka sewaktu ketawa hingga lontarkan kepala ke belakang.

"Iya?Kamu macam tu...hahahah.."

"Iya..ibu saya marahkan saya..sejak tu dia tak izinkan saya masak.."

"Ahahahaha..."ketawa Mama Mateo sambil tutup mulut sewaktu ketawa. Habis merah padam wajah wanita itu sewaktu mendengar cerita Xiana yang hampir membakar rumah kerana cuba memasak. Siap bomba datang rumah lagi tu.

Mateo yang lihat keadaan itu terkebil bingung sebelum jalan dekati kerusi dimana Xiana sedang duduk.

Mama Mateo yang baru nak buka mulut untuk bercakap ternampak kelibat anak lelakinya yang berwajah baru bangun tidur.

"Oh..kamu dah bangun?"tegur Mama Mateo dengan wajah ceria.

Terus tersentak Xiana untuk toleh ke sisi dia.

"Apa yang seronok sangat?Sampai keluar suara mama?"soal Mateo sambil bermain dengan rambut bangun tidurnya. Di sisir dia dengan jari jemarinya untuk tidak kelihatan serabai.

"Tak ada apa-apa. Mama hanya dengar Ana bercerita. Dari mana kamu jumpa cik ni?Mama suka la...pandai kamu pilih."seloroh Mama Mateo dengan nada senang hati.

Mata Mateo gerak ke Xiana yang sejak tadi tak berhenti dari memandang dia. Terus dia jungkit kening seakan bertanya 'Asal buruk sangat ke muka bangun tidur dia' pada Xiana.

Sambil tersenyum Xiana menggeleng kepala sebelum kembali memandang Mama Mateo.

Mateo pegang belakang kerusi Xiana lalu bersuara. "Mama...Teo perlukan sesuatu dari mama.."

Mama Mateo jungkit kening ingin tahu. "Apa dia?"

"Mama ingat tak mana papa simpan dokumen penting dia?"

"Yang mana satu...ada banyak."

"Syer syarikat dia dalam Vidmizir bersama dengan keluarga Desmond."

Mama Mateo terdiam sekejap sambil buat muka berfikir.

Xiana dan Mateo hanya menanti dengan penuh sabar.

"Ah...ada. Rasanya semua tu ada dalam bilik bacaan dia. Cuba la kamu lihat. Sudah lama mama tak tengok-tengok bilik tu. Jadi mama tak pasti di mana."

Mateo angguk kepala faham. "Okay...lepas tu kami akan gerak lepas makan malam nanti."

Mama Mateo buat muka memahami. "It okay honey...you do what you need to do. I'm fine."

"Sekejap je lagi...lepas tu Mateo ada dengan mama dan tak ke mana-mana."janji Mateo.

Terus tersenyum Mama Mateo.

Mateo tunduk memandang Xiana. "Ana..ikut aku."

Xiana dongak memandang Mateo lepas dengar. Terus dia buat muka seperti jijik kan sesuatu. "Eww...mandi la dulu ya pun. Kerja tu kerja..kebersihan perlu di jaga."ujarnya.

Berasa geram dengan komen itu, Mateo cubit hujung hidung Xiana. "Apa kau cakap ulang

balik.."

Berkerut kening Xiana masa pegang hidungnya. "Dah memang betul kan...dah la pergi sana. Mandi bersiap ke apa ke...dah siap baru panggil saya. Sementara tu biar saya berborak dengan mama awak."

Mama Mateo yang melihat kemesraan dua orang itu tersenyum senang. Bagus la Mateo dah cuba untuk cipta kehidupan sendiri dari sibukkan diri menghadap kerja sepanjang masa. Doanya akhirnya termakbul.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C51
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen