App herunterladen
36.58% Damon Revenge / Chapter 30: 30.

Kapitel 30: 30.

Sebuah kereta hitam berhenti di depan pintu masuk hospital sebelum dua orang lelaki keluar dari tempat duduk belakang lantas berjalan masuk ke dalam bangunan setelah kereta tadi bergerak pergi dari situ.

Seorang dengan kot labuh dan bersarung tangan hitam, seorang lagi hanya berkot pendek dan bertali hitam. Dua orang itu kemudiannya jalan memasuki lif dengan reaksi wajah serius dan dingin tanpa perasaan. Sampaikan yang perasan akan kehadiran mereka pandang curiga. Dah seperti pembunuh upahan pun ada gaya dua orang tu.

Tak lama mereka berjalan, mereka tiba di suatu tingkat sebelum belok ke kanan selekoh lalu tiba di depan sebuah bilik pembedahan. Dan di kerusi menunggu luar bilik tersebut, duduknya lelaki yang tunduk merehatkan kedua-dua tangan atas lutut. Kelihatan sangat kasihan. Boleh dilihat darah pada pakaian itu, rambut pula kusut masai.

Dua lelaki itu kemudiannya mendekati orang yang sedang duduk itu sebelum berdiri di sebelah dengan kedua-dua tangan di depan perut.

"Tuan Mateo.."sapa mereka.

Kepala itu tersentak sebelum perlahan-lahan diangkat naik ke atas dan memandang mereka berdua.

"Macam mana Kian?"tanya Mateo dengan renungan letih.

"Kami dah kesan dimana keberadaan suspek. Rakaman CCTV jelas menunjukkan suspek tikam Cik Xiana. Hanya tunggu arahan tuan, bukti dan suspek ni akan diserahkan pada pihak berkuasa."jawab orang kanan Mateo, Kian dengan nada mendatar seriusnya.

Mateo sandarkan badan dia ke dinding di belakangnya lalu termenung memandang ke pintu bilik kecemasan dimana Xiana berada. Dekat sejam dah pembedahan dijalankan, tapi Xiana tak keluar-keluar sejak tadi.

"Salah aku sebab biarkan dia kerja sampai lewat malam.."luah Mateo sambil termenung. "Kalau dia tak balik sendirian dia takkan cedera macam ni..."

Dua orang lelaki tu hanya diam memandang wajah devastated Mateo. Mereka turut tumpang simpati untuk apa yang berlaku. Dan mereka akan cuba lakukan sebaik mungkin untuk membantu.

"Hanya satu panggilan saja semuanya akan selesai tuan..."sebut Kian lagi.

Mateo pejamkan mata sambil berkerut kening susah hati.

Kenapa semuanya jadi messed up macam ni?

Dia baru saja selesaikan fasa pertama. Banyak lagi perkara dia belum selesaikan. Xiana pulak cedera! Kalau dia berlengah makin sukar untuk dia musnahkan Desmond. Dan identiti dia akan terbongkar sekiranya dia buang masa lama-lama dekat sini.

"Berikan tuduhan lebih berat pada dia supaya dia duduk dalam penjara tu buat sementara waktu.."aju Mateo setelah beberapa minit mendiamkan diri.

Kian beri anggukan patuh lepas dengar. "Baik."

Lelaki kedua yang berkot labuh tadi kemudiannya bersuara. "Saya datang hendak maklumkan perihal artikel tu."

Perlahan-lahan Mateo membuka mata dia, dengan renungan dingin penuh aura membunuh dia jeling ke orang sumbernya. "Kau dah pastikan semuanya sempurna?"

"Seperti yang tuan mahukan..."

"Lakukannya kalau begitu...jangan tinggalkan sedikit pun."kata Mateo.

Lelaki berkot labuh itu angguk kepala satu kali dengan patuh.

Tak lama perbualan itu tamat, pintu bilik itu akhirnya terbuka. Terus berdiri tegak Mateo lepas nampak sebuah katil di dorong keluar dari bilik tersebut. Dengan renungan risau dia pandang ke Xiana yang terbaring dengan alat bantuan pernafasan di mulut itu.

"Penjaga pesakit?"tegur doktor yang bertugas sewaktu berdiri di depan mereka.

Serentak itu ketiga-tiga kepala pandang doktor tersebut secara refleks. Tak dirancang pun.

Doktor itu pandang bingung setiap seorang di situ. Yang mana satu?Pandang dia pada mereka.

"Saya."sebut Mateo.

Doktor tu tersentak pandang lelaki bersweater turtle neck dengan darah terpalit padanya bila dengar. "Macam ni...saya nak beritahu keadaan isteri..um..teman wanita?"gelar dia yang tak tahu macam mana nak panggil pesakit dia pada penjaga depannya ini.

"Xiana...nama dia Xiana.."jawab Mateo bila doktor depan dia bingung-bingung.

"Okay...Xiana...Disebabkan dia kehilangan banyak darah, ada komplikasi berlaku semasa pembedahan di jalan kan sebab tikaman tu telah koyakan beberapa tisu usus. Jadi mungkin ambik masa untuk Xiana sedarkan diri." maklumnya."Saya harap encik bawa bersabar..."

Bahu Mateo jatuh ke bawah tiada semangat lepas dengar. Serius macam tu sekali?

"Terima kasih.."ucap Mateo dengan suara tiada tenaga.

"Sama-sama...saya mintak diri dulu."pamit doktor itu dengan anggukan kecil sebelum berjalan pergi dari situ.

Mateo terduduk semula di kerusi itu sebelum meraup wajah dia dengan kedua-dua tangan.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C30
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen