App herunterladen
2.43% Damon Revenge / Chapter 2: 02.

Kapitel 2: 02.

Pernah rasa tak perasaan ni?

Bila kita dah cuba yang terbaik untuk puas kan hati orang sekeliling kita sebaik mungkin tapi dia orang sikit pun tak boleh nak appreciate apa yang kita buat untuk dia orang?

Ini la perasaan dia tengah rasa sekarang.

Ada mak ayah tapi tak reti nak berterima kasih...tahunya nak complaint sepanjang masa tapi tak sedar salah siapa mereka terpaksa hadap semua ni.

"Kau bagi aku duit ni untuk bagi anjing makan ke aku makan?"marah ibunya sambil campak sampul berisi duit di atas meja kopi tu dengan kasar.

Dia yang dengar dah buat muka penat."Maafla...ayah...ibu. Ana cuma boleh bagi setakat mana yang mampu. Lagipun duit baki yang lain Ana guna untuk bayar hutang ibu hari tu...nanti ada lebih Ana bagi la lagi...okay?"pujuk Xiana dengan lemah lembut.

Ibu Xiana jeling menyampah ke Xiana. "Hei...aku tanya kau...apa gunanya kau ada tunang kaya tapi tak boleh nak tolong keluarga kau sendiri..itupun nak berkira ke...kau nanti kahwin jugak dengan dia kan..."

Xiana buat muka tak suka lepas dengar tunangnya di ungkit dalam soal ni. Memang la..tapi mereka baru bertunang. sekalipun dah kahwin nanti, tanggunjawab memberi nafkah pada keluarga adalah tanggungjawab dia. Bukan tunangnya. Kalau boleh, dia tak nak susahkan sesiapa. Selagi dia mampu dia akan sara keluarga dengan duitnya sendiri bukan dari pemberian orang lain.

"Entah dia ni...asal makin sikit?Bukan ke bulan lepas kau bagi lebih dari ni.."soal ayah Xiana semasa lihat isi sampul itu dengan minat.

"Nak beli baju baru pun tak cukup la kalau ni je.." cebik Ibu Xiana lagi.

Terus Xiana picit-picit lengan ibunya dengan perlahan. "Jangan la macam ni ibu...Ana janji. Bulan depan dapat gaji Ana bagi lebih lagi ya..sekali tu Ana belikan ibu baju baru.."pujuknya lagi tanpa putus asa.

Ayah Xiana berdecit menyampah sewaktu mengeluarkan rokok dari kotak lalu di letakkan ke mulutnya. "Sia-sia je kita orang besarkan kau...tapi ini je kau bagi kita orang. Jaga mak bapak dua je pun...itu pun susah ke?"kata dia semasa menyalakan api pada hujung rokok itu.

Xiana pandang ayah dia dengan renungan judging. Excuse me?Besarkan dia?Sejak bila ayah dia besarkan dia?Seingat Xiana la, sepanjang dia membesar, ayah dia sikit pun tak bagi effort untuk dia. Malahan dia yang tolong sara keluarga ni sampaikan dia terpaksa kerja sambilan seawal usia 13 tahun semata hendak cari sesuap makanan untuk empat mulut. Ayah dia kata apa?

"Ana tak berkira ayah...kalau boleh Ana nak senangkan ayah dengan ibu...tapi kalau dah itu je setakat yang Ana mampu berikan nak buat macam mana lagi.."jelas Xiana dengan nada suara mengalah.

"Apa-apa je la...Pastikan kau bagi lebih lain kali.." pesan Ayah Xiana sebelum bangun dari situ sambil mengocek sampul duit tadi ke dalam poket seluarnya.

Ibu Xiana yang nampak suami dia bangun dari situ dengan sampul duit tadi terus bersuara. "Hah...Awak nak ke mana pulak tu?"soalnya.

Terus tersentak ayah Xiana lepas dengar, dia dengan cuak palingkan kepala memandang Ibu Xiana. "Keluar."jawab dia takut-takut.

Ibu Xiana kecilkan mata memancang curiga lepas dengar. "Keluar?Nak ke mana saya tanya?"soal dia semasa berdiri lalu mendapatkan suaminya. "Awak nak beli nombor ekor lagi kan?"terus dia pegang tangan suami dia dan tarik semula sampul tu keluar Dari poket.

"Hei! Apa ni!"gelut Ayah Xiana semasa cuba halang tangan isteri dia dari terus merampas duit itu dari dia.

"Serahkan semula pada saya sekarang jugak! Dari awak bazirkan dengan nombor ekor awak tu baik gunakan untuk makan dan bayar duit rumah!" gaduh Ibu Xiana yang tidak mahu mengalah.

Xiana yang lihat semua itu terus dapatkan orang tuanya. Dia tolak dan tarik setiap seorang untuk pisahkan mereka dari terus berebut seperti Budak-Budak. Tak padan dengan usia yang sudah lanjut. dua orang ini masih jugak hendak bergaduh.

"Sudah la tu..."

"Serahkannya!"

"Ini duit aku la! Lepaskan!"

"Ibu!Ayah!Cukup!"panggil Xiana dengan lantang tak lama kemudian. Apa nak jadi ni!

Dengan serentak dua orang itu jauhkan diri namun saling menjeling antara satu sama lain. Berasa tak puas hati.

Xiana lepaskan keluhan letih setelah itu. "Ibu...ingat sikit. Ibu tu ada darah tinggi. Tak boleh marah-marah macam ni...nanti sakit.."pesan dia dengan muka tak puas hati. "Ayah pun satu..tolong la berhenti...semua ni tak beri keuntungan langsung...hutang yang hari tu pun tak berbayar lagi.."

Ayah Xiana hanya diam membisu, sementara Ibu Xiana tunding jari. "Dengar tu! Berhenti. Hutang sendiri tak berbayar lagi."

Ayah Xiana buka mulut hendak melawan, sekali tu pintu rumah terbukak ke dalam. Buatkan mereka tiga beranak dengan serentak terus berpaling ke pintu itu.

"Saya dah balik"sapa suara tu sesaat kemudian.

Dengar je suara tu, seri wajah Ibu Xiana terus naik, dia dengan selamba tolak badan suaminya ke tepi untuk dapatkan kesayangannya itu. "Anak ibu dah balik ya..."sapa dia dengan gembira.

Muncul dah menatang sekor ni. Ingatkan tak ingat rumah dah!

Xiana pandang ke arah adik lelaki bongsu dia, Danish 19 tahun dengan renungan skeptical.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C2
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen