App herunterladen
1.88% KATA HATI-Hanya dia yang berbicara~ / Chapter 1: BEZA!!
KATA HATI-Hanya dia yang berbicara~ KATA HATI-Hanya dia yang berbicara~ original

KATA HATI-Hanya dia yang berbicara~

Autor: Doubly_crazy

© WebNovel

Kapitel 1: BEZA!!

1.56 A.M - Selasa, tingkat 1 Restoran Pakcu Pinggan Hitam.

Hi guys!

Bosan Ke? Tak buat apa, waktu-waktu macam ini?? atau, baru lepas kalah main game? Hahaha...hah.ha...(lawak hambar)

Aku, bosan?!! hah, tak! Masa, bila???

Aku bukan `BOSAN`! Aku `N*&^%$A`. Bukan bosan. Heh!! (Lawak hambar lagi...buat-buat la gelak sikit*) Memang taklah, aku nak bagi tau nama sebenar. Bukan nama porpular pun (Berlagak).

Ceh ayat...,nama aku dah terpantak dekat profile. Tak payah, nak buang kudrat dengan masa nak cari nama aku bagai. Aku tulis ni, bukan bosan. Cuma terdapatlah sedikit inspirasi dari bacaan cerita pendek yang aku karang, dan masih belum ada tanda-tanda nak ada penutup. So, aku cuba membuat sedikit luahan perasaan pada paparan cahaya, yang boleh digunakan secara sesuka hatiku-tanpa risau digangu gugat. Wahahaha!!!

Ada aku kisah...

Dan...aku malas nak kisah_BANYAK KERJA YANG NAK KENA BUAT- (T^T)

Okaylah, apa-apa pun. Aku sebenarnya sedikit terpanggil nak luahkan pendapat aku sebagai wanita. Acececehhh...bajet betul! mentanglah hari ini, HARI WANITA SEDUNIA. Bajet terlebih pula.

Ohh...sebelum terlewat untuk masuk ke esook hari, walau aku tahu. Conferm, memang nak masuk hari esok pon. Aku tetap nak wish for everyone, yang bergelar wanita kecuali yang perasan jadi wanita. Selamat Hari Wanita. Moga, setiap pimpinan tangan yang dipengang akan kukuh dan tegap hingga mampu membawa seluruh generasi ke arah destinasi MAHABBAH.

Uhuuuukkss!! Bahasaku dah tahap dewa, kalu tak faham. Silalah ke ruangan Kamus Dewan Bahasa. Disitulah terjemahan yang torbaek, sampai aku pun kadang-kadang tak faham. Okay, return pada tajuk alkisah.

Aku rasa semua tahu, bezanya wanita dan lelaki jika diberikan peluang untuk memberi pandangan. Atau, bila sebut pasal prinsip diri. Memang lelaki dan perempuan akan berikan konsep pendapat yang berbeza. Bukan aku nak persoalkan sangat, sebab benda macam ini, semua orang dah familiar sangat. Wanita, ini jenis yang emosional bila bagi pandangan mereka. Lelaki pula, lebih kepada tujuan dan prinsip mereka yang boleh dikatakan lebih jelas. Lelaki, banyak berfikir sebelum memberi pandangan mereka. (Lelaki yang baca ini, jangan nak sokong sangat..tak puji pon).

So, dari pemerhatian aku. Perkara yang nampak macam remeh ini, kadang-kadang boleh mencetuskan World War III terbesar tanpa kita sedar. Dan sedar-sedar, ada yang sudahpun bercerai-berai dan putus silaturahim. Dan mungkin, ada juga yang dah tawar hati dengan orang yang pernah kita sayang sesorang itu sepenuh hati. (Masa bila, aku dengan kau saling kenal??)

Bagi aku..sebelum ada perang yang nak meletus itu. Tak cuba nak cari sebab?? Okay, fokus aku..utama, pada LELAKI (Ahaaa...)

Kenapa aku fokus pada lelaki. Sebab lelaki, lebih kuat berfikir dan bijak memberi keputusan. That`s why aku suka fokus pada lelaki. First`s thing, yang aku nak lelaki highlight ayat ini, ialah. DENGAR AND FAHAM.

"Kenapa nak dengar??"

Sebab, macam mana aku nak terang, kalau kau orang tak dengar dan faham..Haishhhh...Okay. Aku bold ayat tu, walaupun tak highlight, aku harap kau orang yang gender lelaki ini, fahamlah. Dengar apa yang dia cakap. Walaupun, sometimes `masuk telinga kanan, keluar telinga kiri`. Kau orang mesti dengar.

Perempuan ini, perangai mereka lebih kurang nak sama dengan lelaki. Kalau mereka suka sesuatu, mereka akan ulang perkara itu berulang kali. Even, mereka tak suka pun. Mereka akan ulang juga berkali-kali. Cuma, lelaki jangan ambil tak endah ya.. Walau macam itu, perempuan ini. Kadang-kadang suka berkias. So, disini. Lelaki kena faham. Faham, apa yang mereka cuba sampaikan. Mungkinlah ayat mereka macam ini.

"Panasnya. Dahlah, rasa kering anak tekak ini...ABANG, tak rasa tekak kering ke??"-Cuaca gelap nak hujan, angin ribut taufan. Kambing dan kereta dah terbang ke langit. [MAKSUD:NAK AIR. TOLONGLAH BELI/AMBILKAN AIR]

Even, dah cuba banyak kali. Still tak faham and unclear. Silalah bertanya. (TIPS: tanya dengan lembut ala gaya-gaya abang romantik. kalau boleh, prepare bunga Tahi Ayam sebagai hadiah.)

Jadi, apa yang nak kena buat anak-anak murid?? Haa, jawab sekarang..Ya, kena dengar dan faham.Tambah-tambah, budak darjah 3 baru masuk sekolah hari ini. Heh..heh..

Kedua, jangan TRANSLATE sesuka hati. Sebab, kebanyakkan lelaki zaman sekarang. Suka translate perempuan macam lelaki translate bahasa kawan lelaki mereka. Kenapa aku cakap macam itu...Sebab, lelaki suka sangka apa yang wanita cakap atau luahkan, ayat berbentuk point atau fakta. Hakikatnya, apa sahaja yang keluar dari mulut WANITA, adalah bahasa sajak yang berkias-kiasan paling tinggi. Yang bertingkat-tingkat, dan conferm gayat bila tengok bawah.

Kalau TRANSLATE juga. Memang, nak kena pelangkunglah..

"Ada je, perempuan yang cakap straight to the point. Tak berkias pun."

Memang ada. Tak dinafikan secara amnya. But, kena faham. Majoriti, wanita yang cakap terus ini. Kita kena tengok pada background dia. Lasak, Simple minded, atau uninterested dengan kau. Contoh; yang tak berminat dengan kau.

"K." (okay)

"MM.." (Ya)

"Haha" (Ketawa)

All most, yang balas mesej macam ini dekat kau, majoriti tak beminat dengan kaulah itu. Itulah antara sikap sesetenagh wanita. Jadi, cepat-cepatlah move on. Atau, angkat kaki. Blah sejauh mungkin. Heh!

Tetapi, jangan lupa pada background yang psiko. Yang ini, sakit. Dia akan balas macam ini juga. Tapi, bila kau dah nak angkat kaki. Nak blah. Dia akan layan kau sebaik mungkin. Seolah-olah, dia sayang kau gila-gila. So, Becarefullah pada wanita macam ini. Even, aku antara kategori macam ini...mUahahaha!!!

Yang aku cakap jangan translate ayat wanita sesuka hati, sebab kebanyakkan kes kewujudan salah faham datang bila kaum adam tak faham, maksud yang disampaikan. Tambahan pula, wanita selalu mempunyai mood roller coaster. Itu tak tambah lagi, emosional ter`overdose. kalau timbul juga alah faham. Silalah bertanya pendapat pada kaum wanita yang kenal dia. Contohnya, macam adik-beradik dia atau, tak pun mak dia ke. Benda boleh setel, kalau cerdik. Hehe..

Last not least. Jangan JUDGE ikut nafsu serakah kau. Ini, point yang kena betul-betul jaga. Sebab, kalau kau judge tanpa kau tahu kenapa dia jadi macam itu, tak dengar explanation dari dia. kau memang dah buat silap besar. Wanita, ada satu sifat yang InsyaAllah masih ada dalam diri dia. Dia akan berkorban, pada orang yang dia sayang. Andai, dia terpaksa sakit atau banjir dengan air mata. Dan, bila dia buat sesuatu yang kau sendiri tak boleh jangka dia buat macam itu. Kau kena terus, cari punca dan selidik. Yang ini, kau kena tanya terus pada tuan badan.

Tak guna tanya orang lain. Dan, lagi tak guna kalau kau cuba agak-agak saja. (Itu, memang nak minta penampar-ARAB)

Conclusionnya, perkara macam ini disebabkan masing-masing tak faham. Aku tak salahkan kaum lelaki kalau mereka akan ambil apa yang dicakapkan, berbeza pandangan dengan wanita. Wanita ini, pula kena juga faham. Tak semua orang akan faham, jika setiap apa yang diluahkan semuanya berbahasa bunga. Even, bunga pun tak faham kalau kau berbunga-bunga sahaja kerjanya.

Perempuan, kena take note satu sikap lelaki. Lelaki, majoritinya bersikap AMBIL MUDAH. Maksud aku, mereka jenis yang suka berfikir tapi, tak suka berfikir panjang. Haaa..ini, memang perangai sikap lelaki. Lelaki, sangat simple nak faham. Kalau nak mereka faham apa yang kita cakap. "Pendek dan padatkan ayat. Contohnya;

"Abang, saya nak semua harta dan aset kekayaan abang"

"Abang, belikan saya banglo mewah."

Senang macam ini. Cepat faham. Heh..heh...

Keduanya, EGO tinggi, Memang ada pada semua lelaki. Jangannak cakap perempuan ada juga ego, sebab ego lelaki ini. Tersendiri. Mereka ada ego yang pantang di arah dan disuruh. Even, itu adalah tugas mereka sejak azali. Jadi macam mana??

Wahai kaum hawa sekali, mintalah dengan lembut.cara cakap hikmah dan bukannya mengarah. Gunakan perkataan manja dan highlighkan juga `tolong` setiap kali nak minta mereka buatkan sesuatu. kalau tak mahu juga, buat-buatlah merajuk ke. Rasanya, mereka akan buat juga kalau guna teknik terakhir ini. Mana taknya, dah sebulan asyik makan nasi dengan air sejuk je. Tak ke menangis ala kanak-kanak tak dapat gula-gula. Heh, ini untuk suami dan isteri. Macam mana kalau, dengan kawan sekerja?? Atau kawan sekelas. Takkan nak panggil abang pula.

Sengal ke...guna ayat lembut dan hikmah. Kau nak bermanja, apa pasal. Nak kena kejar dengan parang ke dengan bini dia. Jenuh, kau lari satu alam.

Untuk yang terakhir, rasanyalah...sebab dah mengantuk, tahap mata tak boleh nak buka dah ini. Cari JALAN PENYELESAIAN pada masalah yang timbul. Aku tak fokuskan subjek ini pada pasangan. Sebab kadang-kadang dunia sekarang, lelaki dan perempuan pun ada yang berkawan baik. Cari kenapa dia beri pendapat atau pandangan yang macam itu, walau kadang kau terpaksa tahan perasaan. Mesti ada sebab.

Kau kena tanya dia, but kau kena ingat untuk letakkan emosi ke tepi. Tanya dia dengan baik. Sekiranya ada cara dan jalan penyelesaian. Cuba kau selesaikan ikut yang terbaik. Bincang bukan bangkang. Cakap bukan tengking. Hanya tiga perkara yang lelaki kena bold dan perempuan kena take note point yang bila gabungkan dua-dua. Masing-masing kena bijak memainkan role dan karakter sendiri. Apa yang penting, faham each other and give setiap orang peluang untuk keluarkan pandangan mereka.

Tak setuju, It`s okay to not be okay. Sebab, kita juga ada pandangan tersendiri. Asal jangan salah pilih jalan.

P/S*: ADA SESUATU YANG TENGAH GELAK SESAMA DI BELAKANG TADI. JANGAN PANDANG BAWAH. DIA AKAN RENUNG KAU DEKAT-DEKAT.

Bye!! Sayonara!! Annyeon Hi Geseyo!!

ASSALAMUALAIKUM!!


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C1
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen