App herunterladen
28.57% Dia Imam Mudaku! / Chapter 6: Bab 6

Kapitel 6: Bab 6

"Kenapa tak nak tidur lagi ke? Susah nak tidur?" soal Isyraf.

"Hm, saya tidak boleh tidur. Rasa takut lak dengan apa yang terjadi tadi," balasku.

Isyraf mengangguk dan mengambil sebotol air mineral. Dia membuka penutup mineral itu dan membaca tiga Qul dan beberapa ayat Al-Quran manakala aku sekadar memerhatinya dari tepi. Tertiba dia menghulur air mineral itu kepadaku dan aku sekadar mengangkat keningku.

"Minumlah.. Takkan nak buat siram air," kata Isyraf.

"Taulah untuk minum tapi sebab apa?" soalku dengan keliru.

"Tadi kata tak boleh tidur. Minum air ni. Baca tiga Qul dan al-Fatihah selepas baca minuman tu," balas Isyraf dengan tenang. Aku sekadar mengangguk dan mengucap terima kasih padanya. Dia meminta diri.

Sempat dia katakan, "Esok kita akan balik awal. Selamat malam, Nazirah."

------------------------------------------------------------------------

Hari demi hari. Minggu demi minggu berlalu. Hari ini adalah hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun untuk semua orang. Farah sudah menganggap aku sebagai musuh ketatnya manakala aku dan Isyraf sudah menjadi kawan rapat sejak perkhemahan itu. Setelah usai peperiksaan, aku terus pergi ke Cake Bakery umi untuk menolong apa-apa yang patut.

Ting ting

Kedengaran bunyi pintu dibuka. Aku, yang berada di kaunter, tidak mengangkat kepala untuk melihat siapakah gerangan yang masuk ke dlm kedai dan sibuk menggunakan telefon bimbitku.

"Assalamualaikum. Nak order kek coklat dengan strawberi sebagai topping dekat atas boleh?" soal seseorang. Eh kejap, aku kenal suara itu. Aku segera mengangkat kepalaku dan melihat Isyraf, yang memakai kopiah hitam bersama jubah kelabu, di hadapanku.

"Waalaikumsalam.. Boleh. Bila nak ambik?" soalku.

"Hmmm... Hari Isnin nanti saya ambik. Tolong tuliskan 'Selamat Hari Jadi, Sayang' kat atas boleh?" balasnya. Aku sekadar mengangguk sambil menulis pesanan itu di dua mukasurat.

"Semuanya RM31.50," kataku.

Isyraf menghulurkan wang sebanyak RM50. Aku memberinya resit pembayaran dan kertas pesanan supaya dia dapat mengambil kek itu pada hari Isnin nanti. Setiap minit berlalu dengan pantas dan pukul 6 petang sekarang. Aku, yang sememangnya akan singgah ke masjid untuk menunaikan solat asar, segera menjawab panggilan yang sedari tadi berbunyi.

"Assalamualaikum. Ada apa umi?" soalku.

"Waalaikumsalam.. Irah boleh balik sekarang tak?" balas umi.

"Kenapa umi? Umi nak pergi keluar ke? Dengan siapa?" tanyaku.

"Ya.. Dengan abah, angah dan along dan nak ajak kamu sekali lah ni," balas umi lagi sebelum mematikan panggilan itu.

Aku sekadar mengangguk walaupun talian sudah terputus dan umi tidak melihat anggukanku. Aku segera mengayuh basikalku ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku membersihkan diri dan menukarkan pakaianku. Sempat lagi untuk menunaikan solat maghrib bersama keluargaku. Tepat pukul 8, kami sekeluarga menaiki kereta abah.

"Umi.. Kita nak pergi mana?" Soalku dengan hairan.

"Nak pergi makan malam dengan kawan lama umi, Aunty Zalikha. Mereka jemput kita sekeluarga makan di rumah mereka," balas umi.

'Sejak bila pulak kawan umi jemput?' soalku dalam hati tetapi kerana malas untuk bersoal, aku diamkan diri. Aku terus menyumbat alat cuping telinga untuk mendengar lagu kerana kebosanan. Tanpa aku sedari, aku terlelap dalam kereta.

----------------------------------------------

"Assalamualaikum," kata Isyraf seusai pulang dari masjid yang berdekatan. Dia melangkah ke ruang makan setelah salamnya dijawab oleh maknya, Puan Hajah Zalikha.

"Amboi mak.. Banyaknya makanan mak masak untuk makan tengah hari ni," kata Isyraf sambil minum air suam yang dihulur oleh Puan Zalikha.

"Mak ada ajak kawan mak dan keluarganya ke sini untuk makan malam. Sementara itu bolehlah rapatkan silaturrahim sesama keluarga," balas Puan Zalikha.

"Bila dorang akan sampai?" soal Isyraf.

"Kejap lagi agaknya.. Mak ajak diorang untuk datang lepas maghrib.. Lagi senang," kata Puan Zalikha.

"Isya dan ayah mana?" Soal Isyraf lagi.

"Mana lagi kalau bukan kat bilik," balas Puan Zalikha dan menyambung kata-katanya, "kamu pulak pergi naik atas dan bersihkan diri ke apa. Masa diorang datang, mak panggil kamu ye."

Isyraf sekadar mengangguk dan melangkah masuk ke dalam biliknya.

----------------------------------------------------

"Naz, bangun.. Kita dah sampai dah ni," kata angah sambil mengejutku.

"Hm," balasku. Aku segera mengeluarkan alat cuping telinga dan memasukkan ke dalam beg sambil memandang sekelilingku. 'Mana rumah kawan umi? Kalau yang kat depan mata aku, sudah tentu rumah Ustaz Haji Khairul.' Abah memberi salam.

"Waalaikumsalam. Eh Imah.. Jemputlah masuk.. Aku nak pergi naik panggil suami dan anak-anak aku tu," menjawab Puan Zalikha yang membuka pintu rumah itu.

"Umi.. Aunty Zalikha yang umi katakan tu isteri kepada Ustaz Khairul ke?" bisikku kepada umi. Umi sekadar mengangguk. Kami duduk di ruang tamu sementara menunggu. Kedengaran bunyi tapak kaki menuju ke arah kami. Puan Zalikha datang ke ruang tamu bersama Ustaz Khairul dan anak-anaknya.

"Amboi.. Ada orang tu pakai sama warna malam ni eh.. Alah-alah pasangan sejoli gitu," usik angah.

"Siapa eh, Ngah?" balas along dengan gurauan.

Semua, yang berada di ruang tamu itu, memandang aku dan Isyraf bersilih ganti dan mengukirkan senyuman di bibir mereka. Aku sekadar menundukkan kepala kerana malu mempunyai abang-abang, seperti angah dan along, dan sempat memberi sebuah jelingan kepada mereka. Puan Zalikha minta diri ke dapur untuk menyediakan makan malam. Aku dan umi membantunya menyediakan makan malam.

"Jom makan, semua," panggil Puan Zalikha.

"Jemputlah makan Kader," kata Ustaz Khairul.

Kami semua menikmati hidangan-hidangan yang disediakan. Siapa nak tolak makanan seperti asam pedas ikan pari, lemak cili padi, sayur kangkong dan telur dadah. Aku, yang sememangnya duduk di hadapan Isyraf, perasan yang kedua-dua abang aku sekali-sekala memandang aku dan Isyraf dengan senyuman mereka tetapi aku buat bodoh. Kalau dilayankan, makin sakit hati. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja tumbuk mereka dan mencampak mereka ke Antartika. Setelah makan malam, umi, abah, Puan Zalikha dan Ustaz Khairul beristirehat di ruang tamu sementara aku, abang-abang aku dan Isyraf lepak di luar rumah Isyraf. Aku memerhatikan suasana dan buat-buat tidak dengar apa yang dikatakan oleh para lelaki di situ.

"Naz. Kenapa diam? Selalu bising aje," kata along.

"Kenapa takleh diam? Selalu kalau bising pun, along yang akan merungut kan?" balasku sambil menjeling along. Aku perasan bahawa Isyraf sedang memerhatiku dan aku hanya membiarkan sahaja.

"Wey Ngah.. Kau perasan tak yang ada orang tu pandang seseorang semacam jer?" usik along.

"Aah lah long.. Dah lah warna pakaian sama. Sekarang main pandang-pandang pulak," usik angah.

Mereka tersengih apabila melihat mukaku dan Isyraf bertukar merah. 'Hais.. Apalah nasib ada abang-abang camni,' bisik hatiku sambil menjeling kedua abang-abangku.

"Akak Naz dan Abang Syaf, mak dan ayah panggil," kata Isya secara tiba-tiba.

Aku dan Isyraf saling berpandangan sebelum mengangkat bahu. Dengan segera, kami berdua melangkah masuk ke dalam rumah bersama Isya.

TBC


Load failed, please RETRY

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C6
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen