"Mirul.... jomlah wei".Zara menggoncang badan Amirul yang sedang tidur.
"Aku 'sick' lah".
"Sick amendenyaa".Kata Zara.
'Ish.. Saudara aku sorang nii.. Harap muka je handsome, pandai, tapi....Aku pergi sorang jela lagi bagus, an?'Kata hati Zara.
"Ok.. Nanti aku hilang, mati.. Byee". Zara menjeling.
Zara membuka pintu..
"Ya adik? Nak pergi mana ni?".Tanya seorang jururawat yang berada di sebelahnya.
"Saya nak jalan-jalan dekat bawah..".Kata Zara.
"Oh ok.. Tapi jangan lama sangat..Jaga diri ye?".Jururawat itu tersenyum,Zara juga membalas senyuman yang lebar.
Di tingkat bawah
"Barulah dapat udara segar..".Zara duduk diatas bangku yang disediakan di satu taman permainan.
"Awak pesakit di hospital ni ke?".Tanya seorang budak lelaki yang baru muncul disebelah Zara.
"Ya, kenapa?".Tanya Zara semula.
"Tanya je..".Lelaki itu tersenyum lebar.
"Nama saya Tengku Zara Arianaa, saya berusia 13 tahun...Boleh kita berkenalan?".Kata Zara.
"Nama saya Zarith Aimaan, saya berusia 13 tahun..Saya berharap kita menjadi kawan baik selepas ni".
"Boleh saya panggil awak Zarith?".Tanya Zara..Zarith mengangguk..
"Awak sakit apa?".Tanya Zarith.
"Saya positif dari virus yang baru merebak sekarang ni..Tapi saya dah sembuh, awak sakit apa pula?".
"Saya demam panas haritu, doktor kata saya boleh balik esok..".
"Eh! Sama!".
"Awak duduk dekat Melaka ke?".Tanya Zarith.
"Taklah..Dekat Kuala Lumpur".Kata Zara.
"Maknanya esok hari terakhir kita jumpalah?".Zarith sedih..Zara hanya mengangguk.
"Tak apa..Nanti satu hari nanti kita akan berjumpa lagi..".
"Zara...Balik wad sekarang".Zara terkejut..Amirul menegurnya dari belakang.
"Ish kau ni pun, bagi salam dulu boleh tak?!".Marah Zara..Zarith mendiamkan diri.
"Haih..Yela".Amirul mengalah..
"Hai, saya Zarith..Selamat berkenalan".Zarith berjabat tangan dengan Amirul.
"Nama aku Tuan Amirul Mikael..Panggil Amirul je..Kalau nak panggil Abang pun boleh,HAHAHA".
"Ek eleh..Dahlah..Zarith..Kitaorang pergi naik dulu eh? Bye..Esok jumpa lagi".Zara melambai tangannya kepada Zarith.
"Berapa umur dia?".Tanya Amirul.
"13...Untung aku dapat berkenalan dengan dia tauu".Kata Zara.
"Apesal pulak??Dengan aku lagi untung".
"Dahlah handsome...Baik hati...Nampak pandai...And setia..Itulah lelaki idaman aku..Tak macam kau..Perempuan pun tak lalulah". Zara meninggalkan Amirul dibelakang lalu masuk kedalam wadnya.
"What???Perempuan tak lalu? Ish dia nii memang nak kenalahh!".Amirul jalan pantas mengejar Zara.