App herunterladen
64.7% Aramin The Phantom Of Darkcurse / Chapter 11: Volume 1-07

Kapitel 11: Volume 1-07

"Ahuan mana?"

Soal Mr. Huang kepada isterinya. Dia meletakkan tin-tin kosong yang berjaya dia kumpul hari ini di lombong sampah.

"Tengah tidur. Penat bermain"

Ms. Huang menjawab tanpa ada riak wajah bersalah. Dia tersenyum manis ke arah suaminya.

"Hubby... besok kita ke pasarkah?"

Soalnya dengan suara lembut.

"Ya. Tin dan barang terpakai yang saya berjaya kumpul sudah banyak. Lagipun ada urusan besok di sana. Kenapa?"

Soalnya dengan kening terangkat.

"Bolehkah saya ikut?. Bosanlah tinggal kat rumah je, jaga Ahuan. Boleh ya?"

"Urm....baiklah."

Tersenyum gembira terus Ms. Huang. Sungguh mengejutkan kerana riak wajahnya kini benar-benar lembut dan manis, membuatkan nampak seperti seorang isteri yang lembut dan baik hati. Boleh buat orang tertanya siapa juga wanita yang seperti nenek kebayan tadi memukul budak kecil sehingga hampir hilang nyawa tanpa belas kasihan?.

Ms. Huang yang merupakan isteri yang memegang status Isteri Mithali dimata suaminya menyoal si sang suami dengan suara lembut sekali. "Ahuan macam mana pula besok. Ikut kita?". Seperti dia tengah risaukan keadaan Ahuan yang akan ditinggal seorang esok.

"Ahuan akan ikut kitalah"

Crack..!

Pecah sementara wajah lembut Ms. Huang. Hampir sahaja dia mahu mahu melenting. Kenapa mesti nak bawa budak nak mampus tu?! Kenapa tak tinggalkan sahaja?!. Aku tak nak budak itu berkepit dengan kita sahaja!!. Jerit hatinya namun berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan wajah lembutnya.

"Erm...baiklah. Ahuan pun sudah lama tak ke pasar."

Atau lebih tepatnya tidak pernah ke pasar. Fikir Mr. Huang namun dia malas mahu membetulkan apa yang isterinya katakan.

"Saya nak mandi dulu. Makanan dah sedia?"

Soalnya. Sudah sehari suntuk dia tidak menjemu selera. Semuanya kerana mencari barang yang sesuai untuk dijual besok di pasar barang terpakai.

"Hubby pergi mandi. Sayang akan sediakan sekarang"

Balas Ms. Huang.

"Erm. Baiklah"

Ms. Huang memandang kelibat suaminya yang menghilang dari rumah untuk ke perigi di belakang rumah. Senyumannya hilang terus. Wajahnya marah sekali. Dia masuk ke biliknya dan mengambil botol yang disembunyikannya di bawah katil kayu mereka. Dia menuangkan isi botol itu di dalam bekas buluh tua yang dijadikan gelas dan keluar dari bilik mereka menuju pula ke arah bilik arwah mertuanya yang kini didiami oleh budak tak guna nak mampus itu.

"Ahuan. Keluar dulu sekejap. Ibu Huang ada sediakan minuman untuk Ahuan"

Ahuan yang sedang duduk memeluk lutut di bawah meja menggigil terus ketika mendengar suara lembut Ms. Huang. Tiada yang lebih perkara yang lebih dia takutkan selain Ms. Huang yang sedang marah dan Ms. Huang yang penyayang dan lembut!.

Dia teringat terus air yang selalu diberi minum kepadanya oleh Ms. Huang sejak dia Atuk Huang masih hidup. Minuman yang sangat pahit namun bila diminumnya dia akan hilang kesedaran selama beberapa hari!. Dia tahu air yang selalu ms. Huang berikan kepadanya itu bukan air yang bagus!

"Ahuan? Cepatlah buka pintu. Nanti ibu Huang ada kerja kat dapur ni. Jangan buat Ibu Huang lama menunggu.."

Lembut ditelinga orang dan sesiapa sahaja yang mendengar tidak akan mengesyaki ada yang salah dengan apa yang dikatakan oleh Ms. Huang. Namun ditelinga Ahuan penuh dengan ugutan!.

Dengan mata mahu berair dia cepat-cepat bangun keluar dari bawah meja. Takut jika dia lambat Ms. Huang akan marah dan memukul dia dengan lebih teruk lagi nanti. Meskipun luka-lukanya sudah sembuh dan hilang semuanya, tanpa meninggalkan bekas dikulitnya terutama kulit wajahnya, yang teruk dilibas rotan berduri tadi namun, dia masih ingat ah setiap kesakitan yang dia rasa selama ini. Malah masih melekat dikepalanya sehingga dia menyangka luka-lukanya masih ada sekarang.

Krak...

pintu dibukanya. Matanya besar dan bulat ketika melihat Ms. Huang yang berdiri dengan senyuman manis. Seram! Seramnya!. Lagi seram dari cerita pembunuh bersiri yang Atuk Huang ceritakan dulu!.

"Ibu Huang..."

Di menyapa dengan lemah. Putus asa. Tidak tahu bagaimana mahu mengelakkan dirinya dari meminum air itu. Kenapa dia tak bunuh sahaja perempuan tak guna ini ah?.

Urm...? Bunuh? Perempuan tua tak guna? Siapa?.

Ahuan merasa keliru lagi dengan apa yang terlintas difikirannya itu.

"Minum air ni."

Arah Ms. Huang langsung tidak perasaan budak kecil yang tidakpun mencecah dipinggangnya itu sedang terlintas dikepalanya mahu membunuh dia. Hanya wajah keliru Ahuan yang dia sempat nampak namun, dia menafsir wajah keliru itu sebagai takut dan panik. Buat hatinya semakin senang dan suka.

"Budak yang sangat baik. Minum semua sampai habis ya?. Jangan membazir. Membazir itu amalan yang tak baik"

Katanya dengan senyuman yang lebar ketika melihat Ahuan meminum air itu dengan muka berkerut dan pucat.

Ahuan mengangguk ketakutan. Menahan sakit dan perit perutnya yang memanas seperti dibakar oleh sesuatu. Dia cepat-cepat menghabiskan 'air' itu tanpa setitik pun yang tinggal sebelum, buluh yang dijadikan sebagai gelas itu diserahkan kepada Ms. Huang kembali, untuk diperiksa oleh Ms. Huang sampailah dia puas hati.

"Mengantuk?". Senang hati melihat Ahuan menghabiskan 'air' itu semuanya tanpa membazir walau setitik pun.

Ahuan mengangguk. Padahal yang sebenarnya dia mahu mati!. Sakit! Panas!. Rintihnya. Dia mahu mengerang kesakitan namun takut mengeluarkan suara.

"Kalau begitu pergilah tidur. Kalau boleh tidur lama-lama ye. Ahuan itu masih budak lagi. Nak cepat besar mesti tidur banyak-banyak"

Dia mengusap penuh kasih sayang rambut Ahuan. Seperti Ahuan itu benar-benar anak kandungnya dan permata di hatinya.

"Ba..ik..ibu Huang.."

Dia mahu sahaja mengelak tangan Ms. Huang.

Pintu biliknya ditutup olehnya selepas itu setelah Ms. Huang pergi menuju ke dapur sambil menyanyi kecil. Gembira memikirkan hari esok keluar ke pasar bersama suaminya tanpa budak tak guna itu!.

Dia berdiri merenung pintu di depannya dengan pandangan kosong.

Tiba-tiba dibilik kecil dan suram itu kedengaran suara budak kecil milik budak lelaki namun nadanya sungguh sinis. Tidak seperti suara yang sepatutnya dimiliki oleh budak kecil.

"Ah....wanita tua yang sangat bodoh. Kau nak aku cepat membesar? Itu sama sahaja kau nak cepat mati...hehe..."

Dia menyeringai seperti sedang menonton sesuatu yang sangat menggelikan. Langsung tidak menghiraukan tubuhnya yang sedang didera sekarang.

"Arh...sakit...."

Riak wajahnya kembali seperti biasa. Seluruh tubuh Ahuan berpeluh. Dia melangkah ke katil kayu dengan perlahan-lahan. Mukanya pucat sekali.

Blerghhh!!!

Dia termuntah darah ketika dia hampir dikatilnya namun dia tidak hiraukan dan terus berbaring di katil.

Thump!

Dia langsung sudah tidak kisah apa tubuhnya terhempas dikatil kayu atau tidak kerana dia sudah pengsan selepas itu namun sempat berkata..

"Ah....aku nak bunuh semua makhluk yang buat aku merasa sakit.....bencinya....bila lagi..?..."

Jangan kecewakan dia, ya?...hehehe....tidak mudah baginya menghalang dirinya dari memusnahkan semua tempat ini...tidak...memusnahkan itu balasan yang sangat lembut...seksa?...ya...menyeksa mereka berganda-ganda dari yang mereka lakukan...itulah kepuasan...hehehe...

Dia menyeringai sinis dan kejam dengan mata yang terpejam tidak sedarkan diri.

Cisssss....

Tiada sesiapa yang tahu dan nampak darah yang dimuntahkan oleh Ahuan tadi tiba-tiba berasap dan bertukar menjadi aura hitam sebelum diserap kembali masuk ke tubuh Ahuan, yang tidak sedarkan diri itu. Itupun jika dilupakan bisikan-bisikan kejam dihatinya itu.

Ms. Huang yang sedang sibuk di dapur tiba-tiba meremang bulu romanya. Huh???. Dia membuat muka gelisah.

Kenapa dia tiba-tiba merasa gelisah dan takut?.

Keliru terus dia.


AUTORENGEDANKEN
Ghost_Sinker Ghost_Sinker

My sweatheart Baby Aramin. Always my protaganist but.

Because he was my sweatheart that why he need a good life?

No.

Standard watak utama saya mesti byk cobaan. Aku tak suka watak utama yang hidup bahagia sehingga akhir hayat. Why? Dah namapun watak utama mereka haruslah menanggung semua akibatnya kan? Mana boleh watak utama yang lahir saja dah hidup penuh kemewahan, lengkap segalanya, sempurna semuanya dan lain-lain.

That how i treat my baby. so special than other character?

heheh.. jk.

Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C11
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen