Disebuah tempat jauh dari semua kesibukan dunia dan urusan semua kehidupan kelihatan sebuah rumah usang yang terletak ditengah hutan.
Dengan hanya melihat posisi rumah itu semua pasti tidak akan terfikir ada yang tinggal di dalam rumah itu dan tidak berani tinggal di sana. Adapun mana mungkin orang itu mempunyai otak yang normal.
Mungkin hanya lunatic sahaja yang akan tinggal di sana.
Wussh....
Kedengaran angin menderu memukul dedaun membuatkan banyak daun tua gugur ke tanah.
Tap...Tap...Tap...
Kedengaran pula suara tapak kaki melangkah di atas lantai dalam rumah usang itu.
"Ah...sudah lama aku tidak keluar menemui kehidupan di alam fana ini ah..."
Kata suara milik seorang lelaki tua.
"Sekali lagi aku diganggu dari tidur dengan ramalan masa depan...urmm? Bukan masa depan tapi apa yang berlaku hari ini..wah...tidak menyangka sesuatu yang tak sepatutnya dilahirkan telah berjaya dilahirkan!"
"Ah....adakah ini karma disebabkan apa yang berlaku dimasa lalu? Sungguh....sesuatu yang harus dihapuskan sebelum semakin membesar dan mampu mengorbankan banyak nyawa.."
"Urmm...sayangnya kali ini kerja amat susah kerana aku langsung tidak dapat melihat dengan lebih jelas wajah makhluk kegelapan itu, apa kaumnya dan di mana dia sekarang. Jika tidak, pasti senang saja untuk dijejaki dan dihapuskan sekarang...ah....ketika yang telah ditakdirkan menjadi penyelamat dunia dari kegelapan lahir, dunia menyambutnya dengan gembira sekali....namun setelah takdirnya terputus tanpa sempat membesar, buat dunia menangis dan tidak mahu memberi lagi penyelamat kepada semua alam fana malah menghantar pula karma ke atas kematiannya....."
Lelaki tua itu mengeluh sepanjang dia berbicara sendiri. Sungguh susah hati, risau dan takut memikirkan apa yang akan bakal terjadi di masa terdekat ini namun seperti ada kuasa yang menghalangnya dari melihat siapakah yang telah dilahirkan dengan membawa takdir kehancuran penuh kegelapan ke dunia ini.
Jika hanya ada manusia di dunia ini boleh lagi meringankan kerjanya namun dunia memiliki banyak kaum iaitu Elf, Beastman, Demon, manusia dan Spirit!.
Dengan lima kaum yang mendominasikan dunia ini mana mungkin dia dapat menentukan dimanakah Kegelapan itu lahir!.
Bila dia teringat kaum minoriti iaitu Devil dan Ahli sihir yang selama ini jarang sudah menunjukkan diri kerana semakin pupus, walaupun merekalah makhluk yang paling kuat buat dia bertambah susah hati lagi. Walaupun dia ialah antara kaum minoriti itu iaitu seorang dari kaum Ahli Sihir namun dia juga menghadapi kesukaran untuk menjejaki kaumnya sendiri kerana semuanya lebih suka hidup di tempat terpecil dan tersembunyi dari gangguan dunia.
Kaum Devil?.
Ah...mana mungkin dia akan berjaya menjejaki kaum licik itu!. Dia cuma berharap dalam hatinya agar Kegelapan itu tidak lahir di antara kaum Devil itu. Namun sayangnya penyihir tua itu terlepas pandang akan ramalan yang diterimanya atau lebih tepat tidak mendapat kebenaran melihat masa depan dengan lebih mendalam, membuatkan dia terlepas dari melihat bahawa Kegelapan itu bukan sahaja tidak lahir dari kaum Devil tetapi dialah Raja yang ditunggu oleh Kaum Devil selama ini. Namun semua perkara ini hanya akan berlaku di masa depan, buat masa ini tiada sesiapa pun yang tahu akan apa yang berlaku dimasa hadapan termasuk kaum Devil sendiri kerana Raja mereka belum lagi sedarkan dirinya dan memanggil mereka.
"Ermm...nampaknya sudah tiba masanya untuk menjejaki semua Penyelamat-penyelamat yang telah dipilih oleh Dunia untuk menjadi pembantu kepada Yang Ditakdirkan itu untuk bersedia menghadapi perang di masa akan datang. Ah....sayangnya...Yang Ditakdirkan telah tiada sudah...."
Dia masih mengeluh lagi sambil matanya yang berwarna putih memandang ke langit yang gelap.
Tiada siapa yang tahu kecuali kaum Devil dan Ahli Sihir bahawa sejak beratus tahun yang lalu atau lebih tepatnya sejak Yang Ditakdirkan telah pun terputus masa hadapannya aura kegelapan semakin tebal menutupi langit dan berkumpul diserata tempat seperti sedang menanti agar diserap oleh sesuatu.
Dia memandang aura hitam berupa asap hitam itu dengan dahi berkerut. Sungguh susah hati. Dia ingin menghilangkan dan menghapuskan aura hitam itu dari dunia ini namun dia tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan hal yang amat mustahil itu kerana asal asap hitam itu ialah Sumpahan.
Sumpahan pula ialah musuh semua kaum dan tidak pernah tunduk kepada semua kaum kecuali jika seseorang yang ingin mengawal sumpahan itu harus memenuhi permintaan sumpahan itu. Atau lebih tepatnya bukan mengawalnya tetapi menjadi kuli kepada sumpahan itu untuk melakukan kejahatan dan memberi kekuatan kepada orang yang dikawalnya demi mengawal mereka.
Memang sesuatu tindakan yang amat polos berfikiran mampu mengawal sumpahan padahal mereka yang dikawalnya dengan memenuhi nafsu mereka sambil menyerap kegelapan yang mulai berakar dihati mereka yang menjadi punca kekuatan sumpahan itu.
Sejak kejadian beribu tahun lalu dimana terhasilnya musuh semua kaum yang pertama iaitu Sumpahan Terlarang, dimana ia merupakan jiwa milik seorang anak muda yang diseksa dan dijadikan korban upacara untuk memuaskan nafsu keinginan mereka, sumpahan yang tidak seharusnya wujud telah wujud. Malah kewujudannya ialah untuk memusuhi dan memusnahkan semua kehidupan kerana baginya kehancuran dan kegelapan ialah sebab dirinya wujud dan hidup. Disitulah puncanya Sumpahan memusuhi semua kehidupan dimuka bumi, terutama sekali kaum yang telah menggunakannya semasa dia masih seorang yang merupakan manusia biasa yang sepatutnya ditakdirkan hidup dalam bahagia sehinggalah ke akhir hayatnya.
Asap hitam atau aura hitam ini merupakan salah satu yang ditinggalkan oleh Sumpahan Terlarang itu setelah berjaya dihapuskan beribu tahun yang lalu, itupun setelah hampir populasi semua kaum dihancurkannya dan dari apa yang dilihatnya aura hitam ini seperti sedang menanti pemilik mereka yang sebenar dan seterusnya iaitu Kegelapan yang sudah lahir di muka bumi ini tanpa diketahui siapa dia.
Penyihir Tua itu tidak pasti sama ada Kegelapan itu ialah sebuah sumpahan atau bukan terhasil daripada sumpahan. Tetapi apa yang dia tahu dan amat yakin ialah kelahiran Kegelapan itu sama dengan Sumpahan Terlarang. Kerana mereka wujud untuk menjadi musuh semua kehidupan dan memusnahkan semua kehidupan!.
"Entah apa yang telah melakukan perbuatan terkutuk itu sehingga membuatkan dunia semua kehidupan dalam keadaan bahaya....ah!"
Rungutnya lagi sebelum menghilang dari kawasan hutan itu.
Wusshhh...
Kawasan hutan itu kembali sunyi sepi dengan hanya ditemani oleh deruan angin yang menyapa dengan tiupannya yang membawa berita buruk keserata tempat iaitu membawa aura hitam bersamanya ke tempat yang dilaluinya....seperti dikawal oleh sesuatu untuk menyebarkan aura hitam itu.
Wusshhh...
Tiba-tiba ditengah hutan itu ada sebuah baju yang berlumuran darah sedang terapung di udara dan seperti sedang memandang arah dimana Penyihir Tua itu berdiri tadi.
Penyihir Tua yang amat hebat dan tersohor dengan kehebatannya itu sayangnya tidak menyangka ada benda sumpahan yang memerhatinya sejak tadi. Malah benda sumpahan itu sedang bersembunyi dibalik pokok dan mengintipnya. Jika Penyihir Tua itu tahu yang ada benda sumpahan yang memerhatinya tanpa dia sedari pasti dia akan berasa terkejut dan takut. Kerana selama ini tiada pun yang dapat berlindung dari radarnya apalagi dia sentiada berhati-hati dengan keadaan sekelilingnya.
"He...he...he...he...."
Kedengaran ketawa milik suara budak lelaki dari baju yang menitikkan darah itu. Yang menakutkan sekali bila darah yang menitik itu mengeluarkan asap ketika jatuh mengenai daun-daun mati di situ sebelum semakin lama semakin merak.
"He..he...he..."
Suara itu kedengaran lagi ketawa dan baju itu kelihatan seperti ditiup angin ke arah kediaman usang itu.
Wusssshhhh!!!
Api merak terhasil ketika baju berlumuran darah itu menyentuh rumah usang tersebut sebelum baju itu ditiup kembali oleh angin dan dibawa entah ke arah mana dengan suara ketawa milik seorang budak lelaki yang penuh dengan kesedihan dan dendam kedengaran menjauh.
Rumah usang milik penyihir tua itu pula semakin lama semakin dimakan api sehinggalah menjadi abu dinding-dinding rumah usang itu. Beberapa jam kemudian semua benda sudah dijilat api dan langsung tiada apa-apa pun benda yang terselamat dari api itu. Seperti itu bukan api biasa tetapi api yang mampu membakar menjadi abu apa sahaja benda yang disentuhnya. Api itu juga seperti dikawal apabila selesai sahaja semua benda dibakar menjadi abu ia terus secara tiba-tiba menghilang tanpa meninggalkan asap mahupun kesan api kecuali abu-abu rumah usang itu.
Jika Penyihir Tua mengetahui apa yang berlaku ke atas rumahnya pasti dia akan termuntah darah kerana semua hartanya hilang dijilat api! Harta yang berjuta tahun pun sukar untuk ditemui!. Dan dia akan berusaha mencari siapa yang bertanggungjawab membakar rumahnya namun tidak pernah terfikir bahawa Baju Sumpahan lah yang telah membakar rumahnya kerana telah mengecam keselamatan Kegelapan yang masih lagi belum sedarkan diri dan mengingati misi kenapa ia wujud dan dilahirkan di dunia ini selain membalas dendam dengan apa yang telah dilakukan oleh jiwa-jiwa yang tamak yang menyeksanya semasa hidup! Menjadi korban kebahagian kehidupan lain sedangkan dia? Kebahagiaannya telah dirampas secara kejam oleh mereka dan malah menjadikan dia sesuatu yang dia tidak inginkan!.
My Baby Aramin still sleeping like a innocent baby this time...?
Aramin...
A good boy and a very lucky person in the world.
Sayangnya...
Semua kehidupan seperti amat membencinya kerana...?
Dia yang sepatutnya hidup dengan gembira telah dirampas semua takdir itu.
Apa yang dia ada?
Kesengsaraan yang tak seharusnya dia hadapi sepanjang hidupnya...
My baby cuma inginkan kehidupan yang biasa
Menjadi manusia biasa
Tetapi kenyataan membuatkan matanya terbuka dari membuta dan memekak
?