"Lihat. Walaupun dah banyak aura kebencian yang diserap masuk ke tubuhnya, jiwanya tetap kekal suci...."
Bisikan kedengaran ditelinganya.
Dia memandang jantungnya yang di pisahkan dari tubuhnya dengan pandangan mata yang kosong.
Dia sudah puas menjerit.
Puas meminta tolong sehingga suaranya serak dan hampir hilang.
Namun kenyataan membuatkan dia merasa ingin ketawa. Penuh keputusasaan.
Apa guna dia meminta tolong jika tiada sesiapa yang mendengar dan menghulurkan bantuan?
Tiada sesiapa pun di dalam bilik bawah tanah ini yang simpati akan kesakitan yang dia tanggung..
Malah....
Mereka semakin teruja dan melihatnya seperti sebuah harta karun dan sesuatu yang boleh memakbulkan segala permintaan luar alam mereka!.
"Disebabkan itulah dia dijadikan tumbal dalam upacara korban ini. Jiwanya yang paling suci dan sesuai"
Bisik yang lain pula.
Dum...!....Dum....! Dum....!
Bunyi degupan jantungnya yang sudah terpisah ditubuhnya kedengaran. Meskipun sudah tidak memiliki jantung namun dia masih bernafas. Masih merasai kesakitan yang amat sakit!.
Jantung itu diletak disebuah dulang yang diperbuat daripada emas dan dihidang seperti sebuah makanan yang termewah sekali dan edisi terhad.
Mengigil terus seluruh tubuhnya ketika melihat satu-satu lembaga itu memotong secebis-cebis jantungnya sebelum memakan mentah jantungnya itu!.
"Arrggggghhhhh!!!!!!"
Dia menjerit histeria kerana meskipun jantungnya itu sudah tidak lagi berada ditubuhnya namun dia dapat merasai kesakitan jantungnya dihiris menjadi cebisan, digigit dan ditelan ke dalam perut mereka!.
"Arrgghh!!!!"
"Arggghhhhh!!!!"
Kali ini dia menjerit dengan nyaring tanpa peduli akan kesakitan yang ditanggungnya kerana setelah memakan jantungnya mentah mereka mula memotong-motong seluruh tubuhnya.
Kaki kanannya dipotong seorang daripada lembaga itu dengan wajah tamak. Diganti dengan lembaga berjubah hitam yang lain iaitu kakinya yang sebelah.
Begitu juga setiap tangannya, matanya dikorek, lidahnya dipotong, telinganya dipotong, kepalanya juga dipisahkan dari tubuhnya.
Yang paling ironi dan membuatkan api kebencian semakin menggunung dihatinya ialah walaupun sudah dipotong sebegitu ripa dan kejam namun dia tetap tidak dapat hembuskan nafas terakhir! Dia kekal menanggung kesakitan yang teramat-amat sakit disetiap anggota tubuhnya yang terpisah darinya.
Terakhir yang mereka lakukan kepada dia ialah memasukkan dia dalam periuk besar yang isinya ialah lava dari gunung berapi yang masih menghasilkan percikan dan anggota badannya dimasukkan satu-satu ke dalam periuk yang turut menyerap aura/asap kebencian dan sumpahan ke dalamnya.
Dunianya menjadi gelap ketika periuk itu ditutup.
'Ben...ci....'
'Ah...ben...ci.....'
'bu....nu...h.....'
'Ma...ti.....'
'A..ku...ma..hu...ma...ti..!!!'
'Sa...kit...!....'
'Ayahnda..?..bonda..?....abang...?...kakak...?.. di mana..kamu..semua??...'
'Ke..napa...biar..kan...Ara..min...sa..kit...begi..ni...?'
Hanya hatinya yang mampu berbicara kini namun penuh dengan api kemarahan, keputus asaan, kebencian, kekecewaan dan kesedihan. Semuanya saling bercampur sehingga dia tidak tahu dengan siapa sepatutnya dia tujukan akan setiap perasaan yang baru timbul dalam jiwanya itu.
'...Jangan..ting..galkan...Ara...min....'
'Ara...min...takut...'
'Ge...lap....panas....to..long...'
'A..ku...mahu...mati....arrrhh....sa..kit..nya...'
'To...long...lah...biar..kan...aku...ma..ti..!!!!..Aku...tak..tahan...la..gi!!!'
'Kena..pa...tia...da...sesia...pa...yang...jum...pa...saya...?...ke..napa...?...'
'Ben...ci...nya....'
'Aku...mahu..mati....'
'bu....nuh....aku...mahu...bunuh....!'
'Da....rah...'
'Da....rah.....!'
'Ha....us....da...rah...ha...us....'
pranggggg!!!!!!
Penutup periuk itu tiba-tiba meletup dan melayang dari situ.
Asap hitam bercampur dengan api kemerahan kelihatan perlahan-lahan menampakkan bayang.
Namun ketika itu sudah tiada sesiapapun di dalam bilik bawah tanah itu.
Malah bilik gelap itu sudah bertambah berbau hapak dan berlumut. Tiada sudah bau hanyir seperti sudah lama tiada sesiapa yang pernah mengunjungi bilik bawah tanah itu.
Meja yang diletak ditengah bilik itu turut sudah reput dan kakinya juga patah. Namun tetap masih meninggalkan warna hitam yang merupakan darah yang sudah kering.
Dengan melihat keadaan bilik itu memang sudah tahu yang sudah lama masa berlalu.
"hahaha...."
Kedengaran suara milik budak lelaki ketawa seram di dalam bilik gelap itu.
Tap...tap...
wusssshhh.....
Bunyi tapak kaki lembut dan bunyi angin kedengaran di dalam bilik bawah tanah yang tiada tingkap itu. Entah dari mana asalnya angin itu.
"Hahaha...."
Kedengaran lagi suara itu.
"Ha...us....da..rah...."
"Ma...ti...
ma....ti....
ma...ti...
ma...ti...!!!!!!!
Bunyi tangisan kedengaran dikawasan pengebumian Kerabat Diraja Kingsten.
Setelah setahun gagal menemui Putra ke11 akhirnya salah seorang pengawal telah menemui pakaian terakhir kali yang dipakai oleh Putra ke11 dibelakang kawasan istana yang berdekatan dengan hutan. Bajunya itu berlumuran dengan darah.
Dengan penemuan itu semua mereka tahu yang Putra ke11 sudah tiada lagi. Apalagi ketika Penyihir Tua yang dijemput mereka tirut meramal yang Putra Ke11 sudah tiada.
Pengebumian yang dijalankan hari ini ialah untuk Putra Ke11 walaupun hanya bajunya sahaja yang berada di dalam keranda itu.
Permaisuri Kingsten sudah berapa kali pengsan setelah menerima berita kematian Putra Bongsunya sehingga tidak dapat menyertai pengebumian itu.
Semua ahli kerabat Diraja memiliki wajah yang sama iaitu sedih dan menyalahkan diri masing-masing kerana tidak cukup kuat sehingga tidak berjaya menjejaki keberadaan adik mereka walau level magic mereka sudah level yang hebat!.
wussshhh.....
Bunyi angin kuat berderu dikawasan pengebumian itu.
Dan menghilang tidak lama kemudian dengam meninggalkan aura kebenciannya yang kuat pada baju di dalam keranda itu sehingga menyebabkan baju berlumuran darah itu bertukar menjadi baju sumpahan.
Disebuah kediaman di tengah hutan...
Seorang lelaki tua memandang ke luar tingkap dengan kening berkerut.
Dia memejam matanya dan mulut terkumit-kumit membaca sesuatu sebelum membuka matanya kembali.
Dia melangkah menuju ke tingkap dan memandang ke luar dimana angin kencang sedang berlaku dan asap hitam turut kelihatan tebal sekali sehingga membuatkan hari yang masih siang dan tengah hari berubah menjadi gelap seperti tengah malam.
"Ah....sayangnya...jiwa yang lahir dengan takdir menjadi penyelamat dunia dan cahaya semua kehidupan telah gagal lahir di dunia ini dan meninggal sebelum memulakan perjalanan hidupnya. Sayang....sungguh sayang.....tiada lagi yang akan bernasib baik lahir dengan jiwa yang suci dan memiliki Darah Immortal sesempurna jiwa yang telah tiada itu. Ah....sayang...sungguh sayang...."
Bisiknya dengan wajah dan suara penuh kekesalan akan kepergian penyelamat dunia yang diramalnya 100 tahun yang lalu. Namun tidak menyangka setelah baru sahaja lahir di dunia fana ini jiwa suci itu akan ditakdirkan menamatkan perjalanan hidupnya sebelumpun membuka satu langkah dalam mengharungi perjalanan hidupnya yang ditakdirkan penuh kegembiraan, keluarga yang bahagia, dan kehidupan yang amat sempurna dengan kelebihan magic dan kuasa yang kuat dari semua kehidupan hatta manusia magic, elf, demon dan lain-lain.
Chapter seterusnya di mana main plot akan bermula. Ingat...ini ialah Reincarnation...di mana watak utama akan lahir semula...tidak kira di masa lalu...atau di masa depan...yang penting dia ialah orang yang sama dan sedang mengalami 'twist-disorder'. Maybe?