App herunterladen
50% Love me just one day / Chapter 3: Bab 3

Kapitel 3: Bab 3

DISEBABKAN pagi ini kelas teori seni dibatalkan, aku bolehlah tidur sepuas-puas alam.Penat siapkan lukisan semalam pun belum habis lagi.

Dee disebabkan tak ada kelas pagi sedap je dia pergi keluar dating dengan Jehan.Dahlah itu, bukan nak buat breakfast untuk aku.

Aku bukannya tak reti nak masak tapi aku malas.Lagipun mak aku mana pernah nak bising.Dia bangga gila aku jadi anak dara yang pandai duduk diam dekat rumah.

Sedang aku bergolek-golek atas katil acah-acah feeling bergolek dekat taman bunga, tiba-tiba aku rasa bosan.

Sumpah bosan tak tipu!

Aku lantas buka telefon.Sendu aku lihat WhatApps sunyi sepi siap berdebu lagi.Amboi, terlebih metafora nampak Airis?

Nak buka Instagram bosan.Twitter? Tak nak aku banyak gila cyberbully dalam itu.

Aku mengeluh berat.Badan aku dipaksa untuk bangun dari tilam.

"Ah! I need my life !"

Dengan itu aku mencapai tuala di belakang pintu lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.

AKU masuk ke dalam mall dengan muka ceria.Pertama kali aku jejak mall sejak sampai ke sini.Rasalah juga ala-ala hidup jadi orang biasa.

Jadi anak Puan Sri pun susah tau!

"Elok lah aku nak beli baju baru.T-shirt aku pun tak cukup"

Kaki aku melangkah ke arah kedai baju berdekatan.Aku bukannya kisah pun baju aku brand ke tak janji aku selesa sudah.

Sedang aku membelek baju, aku perasan ada seorang lelaki berbaju  hitam sedang berdiri di sebelah aku.

Hampir tercabut jantung aku melihat Ashraf.

"Bahaya tau budak keluar seorang"ujarnya dengan nada biasanya.Malas.

Aku buat muka meluat.

"Lantak akulah kau ini pun.Kau seorang je ke?"mata aku masih memilih baju.Baju yang aku rasa sesuai terus aku sangkutkan di lengan aku.

Aku rasa nak beli 5 helai je kot.

"Aku datang dengan budak-budak itu.Diaorang tengah beli tiket wayang"

Aku hanya mengangguk.

"Zia, kau tak nak join ke?"

Zia, hanya dia je yang panggil nama aku macam itu.Katanya unik sedikit.

"Function?"

Ashraf terus mengikut aku ke kaunter.Baju-baju tadi aku letakkan di atas kaunter.

Serius aku rimas nak mati dengan perangai tak semegah dia itu!

"Spend time?"

"For?"

"Us?"

"Seriuslah Ash.Kau janganlah main-main!"marah aku.Dia inilah...

Aku syak Ashraf mungkin dah banyak kali kena tanya dan otak dia pun dah stuck.

"Aku tak pernah main-main dengan kau"

Setelah pembayaran dibuat, aku terus keluar dari kedai.Paling aku serabut si Ashraf ini sibuk je nak ikut.

"Ash, aku rasa kau boleh cari kawan-kawan kau dah rasanya.Aku nak pergi Starbucks pula ini"

"Aku risau sebab budak kecil merayap seorang-seorang"

"Aku 18 Ash 18.Sama umur dengan kau cuma pertumbuhan je terbantut"aku buat muka malas.Sedar diri okay diri aku pendek macam penguin.

"Tak kisahlah.Jom aku teman siap belanja"

"Please lah wei.Ada juga muka makan kaki sekejap lagi"

"Kalau macam itu, join lah kitaorang"Ashraf senyum tak bersalah.

"Yang kau desperate sangat nak aku join ini dah apahal?"aku dah mula naik bengang.

"Aku—"

"Huish Ash kau kata nak jalan je ini siap dating lagi syall!"

Tiba-tiba Danielle muncul tidak jauh dari kami.Seketika dia pandang aku.

"Kau Airis an? Kita sekelas dulu"dia senyum manis lalu melambai ke arah aku.Aku dah senyum kekok.

Dia baru perasan kewujudan aku ke?

"Eh Airis!"

Lengan aku disambar dari tepi menyebabkan badan aku hampir hilang keseimbangan.Sipi je nak jatuh.

"Farah?"

Dia memandang aku sambil tersenyum suka.

"Airis, seorang je ke? Tak nak join kitaorang?"Farah dah buat muka comel.Okay aku syak Farah pun ada dengan mereka.

"Saya nak pergi Starbucks ini"

"Alaa join lah kitaorang!"

Aku dah buat muka malas.Seorang lagi...

Dan akhirnya setelah lima minit jugalah Farah duduk bodek aku.Dengan berat hatinya, aku merelakan diri aku yang tak rela ikut.

Seriuslah yng diaorang ini nampak terdesak nak aku ikut dah apahal?

AKU hanya mengikut langkah Farah lalu duduk di sebelahnya.

Kau jangan cakaplah, semua tegur aku macam dah kenal lama.Padahal selama ini aku rasa diaorang memang ignore semua orang kecuali Ashraf je kot?

"Airis, nah gula-gula kapas.Awak...sukakan?"

Tiba-tiba Tengku Adam menghulurkan plastik gula-gula kapas kepada aku.Aku dengan teragak-agak mengambil.

Macam mana dia tahu?

Dan paling buat aku sakit jantung, dia boleh pula tukar tempat duduk dengan Farah dan duduk sebelah aku!

"Sorry Farah cakap nak duduk dengan abang dia"jelasnya.Aku hanya mengangguk.

Dan kami mula menonton.

"KAU nak balik dah ke Airis?"soal Danielle tiba-tiba.Aku dengan muka blur hanya mengangguk.

Dah aku nak buat apa je lagi?

"Alaa janganlah balik lagi"Farah dah keluarkan perangai manja dia.Aku mengeluh perlahan.

"Haih okaylah"

Serius aku tak tahu kenapa aku boleh rapat dengan mereka.Aku ingat Ashraf je yang sudi cakap dengan aku.

"Weh nak tanya siapa nak pergi makan lobster? Aku belanja!"laung Shahrill seperti kami ini budak rombongan.

"Ah kau! Hari itu bawa makan sushi tiba-tiba kita makan kimchi.Tak percaya aku!"Damien mula buat rusuhan.

"Ala bukan sengaja dah kedai itu tutup"

"Eh kau—"

"Dah dah buat malu je"Raja Firdaus terus menghentikan perbalahan mereka.Kemudian dia tiba-tiba pandang aku.Aku dah kaku.

"Airis nak pergi makan mana?"

Tak semena-mena semua orang pandang aku.Aku pun dah erk?

"Kenapa tanya saya pula?"

"Cakap jelah Airis nak pergi makan mana.Kami on je"ujarnya lagi.

Aku mengangguk walaupun pelik.Penting sangat ke tempat aku nak makan itu? Aku pernah datang sini dulu tapi entah kedai itu hidup lagi ke tak.

Ceh padahal aku rasa baru jugalah datang.

"Tapi bukan dekat sini tau?"

Dan aku tak sangka mereka cepat percaya cakap aku dan terus bagi aku naik kereta mereka.Tak apa kereta itu ada tiga baris seat.

Setelah beberapa minit pemandu, aku suruh Tengku Adam berhenti di tepi jalan.Kelihatan warung kecil tidak jauh dari kami.

Keluar sahaja dari kereta, aku terus berlari ke arah seorang mak cik yang sedang membancuh air.Tak kisahlah diaorang nak terkejut ke apa.Tubuh mak cik Anna aku peluk erat.Habis melatah dia.

"Ya Allah Eris?!"mak cik Anna mengurut dadanya.Aku sengih tak bersalah.

"Woah mak cik ingat saya lagi? Terharunya!"

"Eris baru datang tiga bulan lepas takkan cik Na tak ingat? Eee budak ini"

Ah aku baru perasan mereka dah ada dekat belakang aku.

"Mak cik ini kawan-kawan baru Eris tau? Ha kenal-kenallah dulu, Eris hantar air ini ke depan"aku terus mencapai gelas tadi lalu membawa air ke depan.

"Oit Airis! Kau sesat ke?"

Aku menoleh ke belakang dengan riak muka tak puas hati.Wajah sepupu aku, abang Uda aku pandang.

"Tak leh baik sikit ke muka kau itu?"

"Abang Uda ini orang nak singgah pun salah!"

"Lantak akulah!"

Aku terus masuk ke bahagian dapur selepas menghantar pesanan.Masuk-masuk je aku nampak mak cik Anna sedang berbual dengan geng Alpha dan Farah.

"Mak cik, tengok abang Uda itu.Suka kacau Eris!"adu aku.Mendengarkan itu, mak cik Anna bangun.Aku ketawa suka dalam hati.

Mak cik Anna kan sayang aku!

"Bertuah betul budak itu.Dari dulu asyik kacau Eris je.Dia buat kerja tak itu?"mak cik

Anna sudah bercekak pinggang.

"Dia duduk saja mak cik"

Dengan itu mak cik Anna terus keluar dari dapur.

"Kau ini kuat mengadu rupanya!"Danielle tepuk tangan.

"Eh taklah cuba buat laporan"aku senyum tak bersalah.

"Airis...itu...mak cik awak ke?"soal Tengku Adam.Aku hanya mengangguk.

"Dahlah jom pergi depan.Hari ini mak cik Anna belanja!"ujar aku ceria.Tapi memang betul pun.Kalau aku datang sini pun, mak cik Anna bagi aku makan free je.

Almaklumlah anak saudara perempuan tunggal.Dia dua beradik je dengan mak aku.Sepupu aku pun semua lelaki.

Belah ayah aku ya memang ramai perempuan.

Aku ketawa suka melihat abang Uda dimarahi mak cik Anna.Abang Uda yang terpandang aku yang baru keluar dari dapur buat muka tak puas hati.

"Bang Uda, tahniah!"aku melambai-lambai kearahnya.

"Mama tengoklah budak kecil itu!"abang Uda terus menunding ke arah aku.Mak cik Anna terus cubit bahu dia.

"Apa cakap Eris macam itu!"

"Mama!"

"Apa mama mama?"

Akhirnya drama ibu dan anak tadi habis bila Abang Uda terus masuk ke dapur.Kami duduk tidak jauh dari kaunter.

"Kau ini jahat juga ya?"ujar Shahrill lalu gelak mengekek.

"Taklah jahat mana.Dah order order.Saya nak pergi belakang sekejap"

Aku terus bangun lalu masuk ke ruangan dapur.Abang Uda yang duduk pasrah di atas kerusi rotan aku pandang.

Eleh macam aku tak tahu!

Aku duduk cangkung depan kerusi rotan itu lalu buat muka kesian.Lutut abang Uda aku cucuk.

"Alaa bang Uda marah kita ke?"aku buat suara kesian.Dia terus mengalihkan pandangan ke arah lain.

Sekali lagi aku mencucuk cucuk lutut dia.Aku siap buat puppy eyes lagi.

"Abang Uda!"kakinya terus aku goyangkan apabila dia tidak memberi respon.Terus pecah gelak dia.Aku pun turut sama gelak sampai terduduk.

"Eee kenapa comel sangat budak ini?"

Pipi aku ditariknya lalu digoyangkan.Aku terus menepis tangannya.Ini seorang lagi spesies Dee!

"Sakitlah bang Uda!"

"Ha itulah nakal lagi!"

"Dah abang Uda maafkan orang tak?"

"Esok lepas abang habis meeting kita pergi lunch sama-sama"tangannya mengusap kepala aku.

"Hehe ni mesti dapat jadual orang dekat Dee kan?"agak aku.Dah macam mana dia tahu aku free tengah hari esok!

"Sebab tulah aku sayang kau.Otak bergeliga!"

"Dahlah orang nak pergi depan.Kesian kawan-kawan itu"aku terus bangun.Baju aku kebas untuk hilangkan kesan debu.Menyesal pula pakai blouse warna pastel hari ini.

"Eh jap"abang Uda memegang tangan aku.Aku dah pandang dia pelik.

"Kenapa?"

"Lama sikit"ujar abang Uda perlahan.Aku yang blur ini hanya menurut.Tidak lama itu dia melepaskan tangan aku lalu ketawa.

"Eee abang Uda ini dah kenapa? Seram orang tau!"aku dah mula meremang.

Depan aku ini betul ke abang Uda?

"Ris ada seorang kawan kau pakai baju T-shirt hitam minat nak mati dekat kau.Aku pegang sikit tangan kau pun dah merah muka dia marah.Haha kelakar syall!"

Abang Uda menekan perutnya yang sakit akibat ketawa.Aku pula semakin blur sekarang ini.

"My friend...what?"


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C3
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen