Petang,Sabtu.
Mel mencari kelibat Jes namun tiada.Tiba2 ada panggilan daripada Sam.Mel menjawab panggilan tersebut.
"Hello Sam"
"Datang rumah Amir sekarang kecemasan!"balas Sam.
Sam menamatkan panggilannya.Mel terus bersiap dan berlari menuju ke rumah Amir."kecemasan apa sangatlah ni haihh.."bisik hatinya.
Mel tiba di rumah Sam dan dia berasa hairan kerana pintu dibuka tetapi tiada orang.Mel memanggil Sam berkali-kali tetapi Sam tidak keluar.
"Malunya nak masuk kalau tak ada orang pun mana pula Sam?" Mel berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam rumah.
"mana orangnya pula ni?Eh?"
Mel terkejut kerana Sam berbaring di lantai dan seperti pengsan.Mel berlari dan membangunkan Sam.
"Awak lambat Mel...bye"
"Sam!"Mel menangis di sebelah Sam.
Sam ketawa lalu berdiri dan Mel menepuk bahu Sam
"Awak ni pura2 mati kenapa huh?!"Mel menjerit.
"Suprise!!" Amir,Jes,Sarah dan Zain keluar mengejutkan Mel lalu menyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY'Sam senyum melihat Mel mengusap air matanya kerana menangis tadi.
Sarah membawa kek lalu memberikan kek itu pada Sam.Sam menyuruh Mel untuk meniupkan lilin di kek itu.
"Happy birthday Mel!"mereka semua memberi ucapan pada Mel.
"Thank you"Mel membalas ucapan mereka dan dia berasa terharu dan gembira.
Sam memotong kek itu dan mengambil sedikit untuk disuapkan ke dalam mulut Mel.
"So sweet"Jes dan Sarah yang hanya jadi pemerhati memuji Sam dan Mel seperti menonton drama haha.
Mereka semua mengambil gambar sebagai kenangan dan menikmati makanan yang disediakan.Selepas mereka siap makan ,mereka duduk dan berbual.
Zain gembira melihat Sam bersama Mel"rupanya Sam adalah jodoh Mel bukan aku takpelah banyak lagi perempuan luar sana aku boleh cari hihi"bisik hati Zain.
****
Setiap hari Sam dan Mel sentiasa berjumpa dan kali ini Sam berterus terang tentang hubungannya bersama Mel.Mereka berdua berjanji akan sentiasa fokus belajar walaupun mereka bercinta.Ramai rakan2 mereka suka hubungan mereka kerana mereka rajin belajar dan rakan-rakan mereka juga menjadikan mereka berdua sebagai contoh pelajar terbaik.
Semasa balik,Sarah berjalan bersama Mel dan Sam.Hari ini Puan Lin mengambil Sarah untuk balik ke rumah dan dia bercekak pinggang semasa melihat Sarah bersama Mel"Budak ni memang tak faham Bahasa ke apa?!"
Puan Lin berjalan menuju ke arah mereka dan menarik lengan Sarah.
"Sini pula kau!Aku suruh kau jangan jumpa Mel tapi kau masih nak berdegil juga jumpa dia!!"
Mel berasa kasihan melihat Sarah dipaksa balik dan dia menenangkan kemarahan Puan Lin.
"Why aunty?kami cuma nak jumpa Sarah je bukan rampas dia dari aunty"
"Eh dah pandai membalas pula kau dasar perempuan tak guna!!"
Puan Lin ingin menampar Mel tetapi Sam menghalang tangan Puan Lin.
"kau siapa nak halang aku tampar dia?!!"
"Dia adalah girlfriend saya and aunty tak boleh tampar dia dengan sesuka hati"Sam bersuara tegas.
"Amboi2 patutlah nak berlakon jadi superhero ea?!!baguslah kau boyfriend dia takdelah dia jadi menantu aku menyampah je!!Ini terakhir aku bagi amaran!Lagi sekali aku nampak korang berjumpa aku akan bawa Sarah jauh dari kau!!"
Puan Lin menarik tangan Sarah lalu membawanya masuk ke dalam kereta.
Air mata Mel keluar mengalir kerana ditengking oleh Puan Lin tadi.Sam mengusap bahu Mel.
"sabar Mel"
*****
Puan Lin memegang lengan Sarah dengan kuat sehingga berbekas genggaman.Sarah jatuh di lantai akibat ditolak oleh Puan Lin.
"Kau diam sini!!Awas kalau kau keluar tanpa aku dengan papa faham!!"
"Kenapa mamy sanggup buat begini pada saya?"Sarah menangis.
"Aku tak nak kau jumpa dengan keluarga asal kau!!kalau kau jumpa lagi mereka jangan harap nak tinggal sini!!Aku benci tengok kau jumpa keluarga asal kau tu!!"
Ayah Zain iaitu Encik Fik datang menegur Puan Lin.
"Kenapa ni jerit2 tak malu ke nanti jiran tegur?"
"Tengok anak kesayangan awak ni dia jumpa kembar dia tu"
"Dia dah jumpa kembar dia ke?Kenapa awak tak bagitau saya dari awal?"
"Sebab kalau saya bagitau awak ,awak selalu sokong je!Tengoklah sekarang keluarga dia nak rampas Sarah daripada kita!Awak dah janji kan tak nak balikkan Sarah pada keluarga dia?!!"
"Sudalah Lin,saya rasa kita patut bagi peluang pada Sarah untuk berjumpa dengan keluarganya ,tak baik kita nak pisahkan Sarah daripada keluarga dia, Cukuplah kita dah tolong mereka untuk jaga Sarah,kita masih ada Zain"
"Tengok tu!Awak sudah mula sokong dia!Awak tak ingat ke bapa dia tu hampir nak bunuh Sarah sebab mereka tu miskin dan sebab tu dia nak serahkan Sarah pada kita! Awak tak rasa kesian ke pada Sarah?!"
"Kan bapa dia sudah bertaubat tak nak lakukan perkara itu lagi,mereka cari Sarah tapi awak tu yang tak nak benarkan Sarah jumpa dengan keluarganya"
"Saya tak setuju apa yang awak cakap!!"
Sarah tidak tahu mahu berbuat apa lagi untuk memujuk Puan Lin membenarkan dia untuk berjumpa dengan keluarganya lagi,lalu dia mengambil gunting yang berada di meja belajar.
"Kalau mamy tak nak benarkan saya berjumpa dengan keluarga saya takpe!Saya akan bunuh diri!Saya tak tahan dikawal lagi!"
Puan Lin dan Encik Fik terkejut melihat Sarah sudah sedia memegang gunting.
"No Sarah!No!Turunkan gunting tu"arah Encik Fik
Sarah mengelingkan kepalanya lalu gunting itu ditusuk ke dalam perutnya dan banyak keluar darah.Sarah jatuh pengsan.
"Sarah!!"Puan Lin menangis melihat Sarah dan Encik Fik datang mendekati Sarah.
"Anak ayah kenapa buat begini?"Encik Fik menangis dan mengenggam tangan Sarah.Encik Fik sangat sayangkan Sarah seperti anak sendirinya dan dia tidak mahu kehilangan Sarah.
Encik Fik menyuruh Puan Lin memanggil Zain.
"erh...Za..Zain?"
"ya cepat panggil dia!"
Puan Lin memanggil Zain dan Zain naik ke atas lalu berlari menuju ke bilik Sarah.Zain terkejut melihat Sarah dengan darah yang banyak mengalir tanpa henti.
Zain berlari dan membantu Encik Fik untuk mengangkat Sarah lalu membawanya ke dalam kereta.Zain memandu dengan laju menuju ke hospital.Zain cemas melihat Sarah yang masih tidak sedar.
"Sarah!!"
Puan Lin menangis melihat Sarah meninggal dunia.Zain dan Encik Fik turut menangis.
"Adik kenapa cepat sangat tinggalkan kami..adik..."Zain memegang tangan Sarah ,..Zain menganggap Sarah seperti adik kandungnya sendiri dan tidak sanggup melihat Sarah pergi.
***
"Mel kenapa kau nampak sedih je ni?"
Jes menegur Mel yang hanya berdiam dan tiada mood.
"Tak tahulah..tiba2 cermin aku jatuh masa aku pegang dan pecah..aku rasa tak sedap hati.."
Terdapat panggilan daripada Zain dan Mel menjawab panggilan tersebut.
"Sarah meninggal dunia..."
Mel terkejut seakan tidak percaya.
"Apa?Betul...ke ni??kenapa...?"
Zain menceritakan daripada A-Z dan menyuruh Mel dan Jes datang ke hospital.
*****
"Kenapa kau pergi sini?!!Sebab kaulah Sarah bunuh diri!!"Encik Fik menenangkan Puan Lin yang masih lagi menghalau Mel dan Jes dari situ.
"Stop Lin!Ni semua salah awak sebab tak bagi peluang pada Sarah untuk berjumpa dengan keluarganya dan sebab tu dia bunuh diri dia tak nak dikawal oleh awak!sudahlah Lin bagi jelah peluang pada Mel untuk tengok Sarah buat kali terakhir kita tak boleh pisahkan hubungan adik-beradik orang lain"
Puan Lin hanya mengangguk faham.
"Pergilah kamu tengok Sarah"kata Encik Fik.
Mel dan Jes berjalan menuju tempat Sarah.Mel membuka selimut yang menutup muka Sarah.
Mel menangis melihat Sarah dan memeluknya.
"Adik..kenapa adik pergi??Kakak baru je jumpa kamu..adik...kami sekeluarga sayangkan adik...."
Jes mengusap bahu Mel dan berasa kasihan melihat Sarah.