App herunterladen
60% BABAK Terakhir / Chapter 3: bab2

Kapitel 3: bab2

"Alah Sofea, kau ni dengan aku pun nak berkira. bagilah sikit Mochaccino Blended tu. Kering dah tekak aku ni!" Muncung mulut Era yang duduk bertentangan dengan Sofea di kedai mamak yang sekian lama menjadi tampat lepak mereka. Sofea buat wajah menyakitkan hati. "Ewah-ewah. Banyak cantik muka kau. Kalau nak, pergi oder sendiri," marah Sofea apabila Era sudah menarik gelas dari tangannya. Era memang begitu, suka bergurau.

"Muka aku memang cantik. Buat apa aku nak oder yang baru. Kau punya air belum luak pun, aku nak rasa sikit pun tak boleh. kedekut!" Era tarik muka, pura-pura merajuk. Sofea mendengus. Dia menarik straw dari mulutnya lalu menghulurkan gelas berisi minuman Mochaccino Blended kepada Era.

"Nah! Ambillah air aku ni. minum puas-puas sampai kembung perut tu!" Era pantas sengih menayang giginya yang tak berapa rapi itu. Dia minum dengan sedikit rakus umpama orang tidak jumpa air sebulan. Sofea di hadapannya berwajah jenkel.

"Oi, sudahlah tu. Tadi kata nak rasa aje. Ini bukan setakat rasa, kau dah bedal air aku sampai nak habis! Apa punya gelojohlal kau ni, Era. Bagi balik gelas aku tu!" Marah Sofea, sekadar bergurau. Era ketawa, langsung tidak berkecil hati. Era segera menghulurkan kembali gelas Sofea yang sudah tinggal suku itu. Sofea mencebik lalu Era menjelirkan lidah. Dah macam budak-budak saja lagak mereka berdua.

"Sofea, malam ni apa cerita? Tempat biasa?" tanya Era setelah kedua-dua sibuk melayan kesedapan air dari gelas masing-masing. Sofea angguk tetapi tidak lama kemudian dia menggeleng laju."Alamak! Malam ni aku tak bolehlah. Aku lupa yang aku kena ikut mak aku pergi rumah Tok Saif!" Sofea bersuara kuat sambil tepuk dahi manakala Era pula sudah tunjuk muka sedih.

"Ala, tak best la macam ni! Apa pasal pula kau kena ikut mak kau pergi rumah Tok kaya kau tu? Apa pasal tak pergi hari lain aje?" sila Era bendul.

"Nak buat macam mana, mak aku paksa! Ikut hati aku ni memang tak kuasa nak pergi. Bosan!" Ucap Sofea perlahan sambil menghabiskan minumannya. Era ketawa malah semakin lama semakin kuat pula dia ketawa sampai mengetuk-ngetuk meja di hadapannya tanpa menghiraukan orang sekeliling. Naik hairan pula Sofea.

"Apa pasal kau gelak?" tanya Sofea dalam nada marah. Era akhirnya berhenti ketawa setelah melihat wajah Sofea berubah sedikit tegang dahi Sofea berkerut-kerut menunggu jawapan." mahunya aku tak gelak. Dah besar-besar macam ni pun masih kena paksa dengan mak. Aduh, betul-betul anak Maklah kau ni, Sofea!"

"Anak emak tak anak emak. kalau dah kena pasak pun dengan orang macam mak aku tu tak boleh ada jawapan tidak keluar dari mulut. Tension tau!" Sofea meluah perasaan.

"Relakslah, Sofea. Macam tak biasa pula dengan mak kau tu. Apa sudah, pergi ajelah. Lagipula kau kena pasak pergi rumah Tok kaya kau tu aje, bukannya kena paksa kahwin. Kalau paksa kahwin bolehlah juga kau membantah!" Era menokok lagi sambil terus ketawa.

"Gilalah kau ni, mulalah nak melalut tak tentu pasal. Terlajak sampai bab kahwin pula apa kes?" Dia mendengus lalu merenung ke gelasnya pula. "Isy, kalau kena pasak kahwin, aku rasa takkan fikir panjang dah, Confirm aku akan lari rumah. Tak kuasa aku!" Sofea menjeling lalu mencebik. Tidak terfikir bagaimana kalau emaknya itu paksa dia kahwin tambah-tambah lagi dengan lelaki yang dia tak suka atau tak kenal. Uwarghhh, menangis syahdu 44 hari 44 malam nanti!

"Eleh, tak kuasa konon! Cuda bayangkan kalau lelaki tu Prince charming..... Kau nak lari rumah juga ke?" balas Era tersengih-sengih tetapi Sofea pula sudah meningkat dagu sembil mengatakan matanya ke atas.

"Oi, Sofea. Berangan tak habis-habis!" Marah Era lalu menepuk meja dengan tangan kanannya apabila melihat Sofea sudah mula masuk ke dalam dunia fantasinya. Sofea gosok matanya.

"Mana ada. Memandai-mandai aje!" Sofea berdalih, Era angkat keningnya tanda tak percaya. "Eleh, macam aku tak kenal kau. Kalau diam sambil mata terarah pada satu tempat, tak lain tak bukan beranganlah tu! Porahhh! Tak payahlah nak menipu aku, Cik Sofea Annisa binti Suhaimi oi!" Era mengejek lagi. Dia tahu benar perangai Sofea. Adalah tu benda yang difikirnya.

Lama Sofea menyepikan diri sebelum bersuara semua. "Agak-agak kau, mak aku akan paksa aku kahwin tak?" Era hampir tersedak apabila mendengar soalan Sofea.

"Manalah aku tahu, nanti aku telefon mak kau. Lepas tu aku interview dia dan tanya dia sama ada dia akan paksa kau kahwin ke tidak okey?" Sofea mula geram.

"Era, kau tahu tak kenapa mak aku ajak aku pergi ke rumah Tok Saif malam ni?" Era pantas mengangkat bahunya " manalah aku tahu. Kau tak cerita pun"

"Kau ingat lagi tak aku pernah cerita dekat kau pasal budak tembam yang kaki buli tu?"

"Yang mana?"

"Alah, pembuli durjana yang tembam tu la!"

"Oh, yang selalu buli kau masa kecil-kecil dulu? kenapa? Dua datang nak masuk meminang kau ke"

"Isy, mulut kau ni!" Era ketawa geli hati apabila melihatkan wajah Sofea berkerut-kerut menahan marah.

"Kenapa dengan dia?"

"Dialah sebab utama aku kena ikut mak aku pergi rumah Tok Saif malam ni."

"Hah, maksud kau?"

"Kalau kau nak tahu, si pembuli tu dengan keluarga dia nak balik sini minggu depan. Pasal dia oranglah mak aku beria-ia sangat nak buat majlis sambut dia orang minggu depan. Sebab tu lah mak aku nak pergi bincang dengan Tok Saif tentang hal ni."

"Jadi apa masalahnya?"

"Eh kau ni, takkan tak faham lagi?"

"Yalah, apa masalah kalau dia orang balik sini pun? setakat kau ikut mak kau berbincang hal majlis tu, aku rasa tak ada masalah."

"Ataupun kau risau kalau si pembuli tu balik sini nanti, dia akan buli kau?" Sambung Era lagi.

"Bukan takutkah. Aku cuma tak suka. Aku tak tahu macam mana nak terima dia orang balik dalam hidup aku. Dah bertahun-tahun dia hilang, tiba-tiba saja aku dapat berita yang dia orang sekuluarga nak balik sini. Nak menetap terus di Malaysia nan tercinta ni." Era ketawa sejurus Sofea berjaya habiskan ayat terakhirnya itu.

"Kau ni Sofea, masalah kau ni celah gigi aje, tahu? Buksnnya hari-hari kau kena tengok muka dia orang tu. Lagipun, dia orang tak duduk satu rumah dengan kau, kan? Jadi apa yang menjadi masalah kau? Caba cerita kat aku."

" memanglah. Mak aku beritahu dia orang tu akan balik ke sini minggu depan. kau tak ingat ke apa plan kita dengan member-member yang lain? Kan kita nak pergi bercuti ke Pulau Tioman? Dah lupalah tu!"

"Haah..... Habis tu macam mana? Kau tak jadi ikutlah ya?" Era mula garu kepala yang tak gatal.

"Nampaknya kenalah batalkan semuanya."

"Alah tak boleh ke kau tak pergi sambut dia orang balik? Bukan senang tau kita nak dapat hari untuk bercuti beramai-ramai. Minggu depan tu dah kira cantik dah tarikhnya. Member-member kita yang lain bukannya ada cuti hari lain selain daripada minggu depan. Tolong Sofea, jangan batalkan."

"Isy, ikut hati aku ni memanglah aku nak ikut pergi bercuti tapi.... Mak aku tu...... Isy,susahlah nak cakap."

"Sofea pujuklah mak kau supaya kau dapat ikut serta. Tak best la nanti kalau kau tak ada..... Tak meriah, tau!"

Baru saja Sofea mahu membuka mulutnya membalas kata-kata Era, telefon nyaring. Era memanjangkan lehernya melihat ke arah kocek seluar Sofea. Sofea cepat-cepat melihat skrin telefon bimbitnya

Era angkat kening "Siapa? Mak kau?" Sofea angguk. "Jawablah!" Sofea Tidak Membuang masa lalu menekan punat berwarna hijau di telefon bimbitnya.

"Helo....." Belum sempat Sofea memulakan bicara, kelihatan riak wajahnya sudah berubah. Seolah-olah riak wajah seseorang yang dileteri. Era di depan sudah tersengih-sengih.

Sebaik saja talian dimatikan, Era pantas bertanya.

"Alamak, Era. Aku kena balik sekaranglah. Mak aku dah bising tu. lagipun malam ni kan aku kena pergi rumah Tok Saif dengan dia. Ni ha, dia suruh aku pergi supermarket belikan buah sebagai oleh-oleh untuk Tok Saif."

"La..... Siap oleh-oleh bagai."

"Nak buat macam manam mak aku punya arahan daaaa.... Okeylah, aku cau dulu. Apa-apa aku calling-calling kau," ucap Sofea kelam-kabut lantas bangun dari kerusi.

"Oi, kau main blah macam tu aje? Habism duit air ni siapa nak bayar?!" Jerit Era sebaik saja Sofea melangkah keluar dari kedai mamak.

"Kaulah bayar! Kau yang habiskan air aku tadi kan?!" Balas Sofea sembil mengenyit kan mata kepada Era. Era mengeluh.

Selesai makan malam berlaukkan ayam panggang lada hitan, gulai udang galah dan daging masak hitam, Tok Saif segera ditenyeh-tenyeh mengajak Lia Sari dan Sofea ke ruang santai berdekatan kolam renang yang terletak di belakang banglo tiga tingkat yang mewah itu. Sesekali mata Sofea mengalihkan pandangan ke arah kolam renang yang berkocak sekali sekala apabila ditiup angin.

"Sofea... Kau dengar tak ni?" tanya Tok Saif. Sudah dua, tiga kali pertanyaan itu diulang namun Sofea masih tidak memberikan respons.

"Huh, berangan lagilah tu. Kejap ya, pak lang," ujar Lia Sari kepada Tok Saif. Dia tahu mesti ada sesuatu yang Sofea fikirkan.

"Sofea !!!!" Jerit Lia Sari betul-betul di telinga Sofea. Terkejut beruk Sofea dibuatnya. Hampir saja tubuhnya mahu tergolek dari kerusi santai. silap-silap hari bulan mahunya dia pergi terjun kalam renang.Kus semangat!

"Ya Allah,mak ni! Cakaplah pelan-pelan sikit. Ingat Sofea pekat ke?" Marah Sofea sambil menggosok telinganya. Tok Saif sudah ketawa geli hati. LeLaki itu menggeleng melihat gelagat cucu saudaranya.

"Kalau kau tak pekak, yang dari tadi Tok Saif panggil kenapa tak jawab?"

Sofea buat muka bodoh sambil sengih. Dia garu kepalanya lalu menepuk dahi. "La, yang tadi tu suara Tok Saif ke? Ingatkan suara prince charming mana tadi. Itu yang dok berfantasi di bulan madu sekejap!" Sofea ketawa. Tok Saif menggeleng.

"Isy, kau ni Sofea. Tak habis-habis merepek saja kerja kau. Tapi betul ke suara Tak Saif macam Prince charming? Wah, kira bergetah lagilah suara aku ni ya?" Tok Saif ketawa.

"Huh, yalah tu pak lang. Dengarlah cakap Sofea ni. Mengarut aje. Prince charming la, putera kataklah. Berangan aje kerja dia. Ini tak lain tak bukan mesti berangan nak kahwin dengan anak raja. Mak rasa, bukan anak raja yang kau kahwin nanti tapi Rajakali anak lelaki Maniam," perlu Lia Sari. Sofea sudah tarik muka.

"Sudah-sudahlah tu. Tok Saif suruh kau berdua datang ni nak cerita pasal majlis sambut kepulangan Arfa nanti," usap Tok Saif sambil membetulkan duduknya.

"Hah, macam mana pak lang?" Lia Sari yang begitu teruja menyoal. "Pak lang nak buat majlis besar. Aku fikir nak jemput semua saudara-mara kita. Kau tolong buat senarai nama saudara-mara kita ya, Sari?"

"Ramainya, Tok Saif. Takkan nak jemput semua? Dah macam nak buat kenduri kahwin saja," tutur Sofea laju. Lia Sari menjeling ke arah Sofea yang sudah mencelah.

"Biarlah. Tok Saif nak hampir semua saudara-mara kita. Apa salahnya. Lagipun, mak rasa elok juga tu sebab boleh kita semua berkumpul ramai-ramai. Dah lama tak berjumpa, kan pak lang?"

Sofea hanya mencebik.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C3
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen