::::::::::::::::::::::::::::::::
Jam 5:17 petang
:::::::::::::::::::::::::::::::
"Han,aku dah tak tahan lah dengan semua ni.Aku kena juga siasat.Kau macamne?Nak tolong aku?"Aku hanya memerhatikan Borhan yang sedang membuat revisi ulangkaji.
"Indak mau lah aku Mir, banyak lagi ni kerjaku untuk bab 5 sains.Sorrylah,"ujar Borhan tanpa melihat kearahku.Aku menghela nafas.'Takpelah,aku boleh sorang je!'
"Takde apelah Han,aku boleh je sorang-sorang..Adalah nanti kawan-kawan kita yang lain tu nak join,"Aku mulai bangun,lantas teringat akan Raffli."Eh, Raffli mana Han?"
Mendengar soalan ku itu,Borhan berpaling memandangku.Dia seolah-olah tercengang."Raffli?"
"Ha'ah, Raffli..Tak nampak aku dari tadi," aku melilau mencari kelibat Raffli.
"Indak tahu lah,Mir.Jalan bah tu kali,"Borhan menyambung kerjanya kembali."Kenapa juga?"
"Takde lah,eh aku cau dulu lah doe,nak ajak kengkawan kita yang lain join aku ahh malam ni,"kataku lalu bergegas ke arah pintu masuk.Borhan hanya mengangguk-angguk mengiyakan.
Apabila aku hendak menuruni tangga yang terletak di bahagian kiri koridor, yang tidak pernah aku lalui sebelum ini, tiba-tiba sahaja aku terdengar suara perempuan yang memanggil aku.
"Pssst! Fizan!"ujar peremuan tersebut sambil menggamit-gamit.
Aku melihat sekeliling,tidak ada sesiapapun selain aku di sini.'Eh,dia panggil akukah?'hatiku berbisik.
"Awaklah," perempuan tersebut memandangiku sambil tersenyum manis.
Bagaikan separuh sedar,aku mulai menaiki anak tangga yang dilarang untuk dinaiki oleh sesiapapun.Tidak lama setelah aku sampai,aku perasan gadis tersebut tersenyum memandang aku.
"Lama saya tunggu awak."Dia pantas mengatur bicara,lantas menawarkan tangannya untuk bersalaman.
"Saya,Areesa Sofea,panggil je saya Reesa,"katanya sambil meluahkan kuntuman senyuman yang manis bagaikan madu.
"Saya -"belum sempat aku mengatakan namaku, Areesa Sofea sudah pantas mencelah,"Mohd.Amir Syafizan,betul tak? Hehehehe..."
"Haha,macamne awak tahu?"aku tersengih,comel gayanya tertawa kecil.
"Adalah,lama dah saya tahu.."Dia berkata dengan ringkas.Aku tertanya-tanya, dari mana pula dia mengetahui namaku?
Sedang aku diam tanpa kata,aku menyedari sesuatu yang aku tidak terfikir tadi.Bagaimana pula ada seorang perempuan berada di asrama lelaki?Areesa Sofea yang bertubuh agak kecil,hanya mampu mencapai ketinggian ku sehingga ke bahu, dengan wajah yang cukup cantik juga,tidak patut berada di asrama lelaki petang begini.
"Reesa,awak buat apa kat sini?"aku memberanikan diri untuk bertanya kepadanya.
"Hmm?Takde ape,dah memang saya selalu duduk kat sini,"balasnya ringkas,dan cukup mengelirukan aku.
"Oh ya,saya nak jadi kawan awak lah Fizan,boleh?"Dia menggelarku 'Fizan',gelaran yang tidak pernah ada sesiapa yang memanggilku begitu.Kulihat dia tersenyum,lalu memandangku penuh harapan.
"Boleh je,saya pun O.K dapat kawan yang baik macam awak ni,"aku juga tersenyum,mengiyakan pertemanan kami yang begitu cepat prosesnya itu.
"Saya duduk kat tepi pokok ara kat belakang bilik awak tu selalu,kalau awak nak jumpa saya, datang je.Ingat, jangan beri tahu sesiapa tentang saya!" ucapnya lalu bergegas pergi tatkala kulihat anak matanya memandang seseorang.
"Amir !Kamu buat apa kat situ?"Panggil ustaz Hafizal,seorang ustaz di sekolahku yang juga merupakan bapa saudaraku.
"Hah?? Err..Takde apa ustaz.Cari duit saya, tercicir kat sini tadi,"balasku,dan berharap ustaz Hafizul akan mempercayai cakapku.
"Ohh,hah..Cepat pergi bawah,ustaz nak kosongkan asrama ni," Fuh! Mujurlah ustaz percaya cakapku.Aku tanpa banyak soal lagi,bergegas turun ke bawah.