App herunterladen
37.5% Kisah Seram Di Asramaku : Bilik 1604 / Chapter 6: Makhluk Yang Mengheret Sesuatu

Kapitel 6: Makhluk Yang Mengheret Sesuatu

Aku terbangun dari mimpi buruk itu apabila aku terdengar bunyi derap tapak kaki diluar koridor kami. 'Warden barangkali,'fikirku.Aku mengucap beberapa kali sambil mengelap peluhku yang deras mengalir di seluruh tubuhku.Nafasku tersekat-sekat.Syukurlah,tadi itu cuma mimpi.

Tidak semena-mena,aku hendak membuang air kecil pula.Hah!Aku lihat melalui telefon bimbitku jam sudah menunjukkan angka 12:38 tengah malam.

"Han,weh Han! Doe,temanlah aku pergi bilik air!" Aku menggerak-gerakkan tubuh Borhan,dengan harapan dia akan bangun dan menemaniku.Namun,hampa,apalagi bangun,bergerak pun tidak! Aku balik semula ke katilku dan merebahkan diri sambil menyelubungi diriku dengan selimut sambil menutup mukaku dengan bantal.

'Haruskah aku tahan nak buang air kecil ni?Aduuhai..'sungutku dalam hati.Aku lihat ke katil tingkat dua,Raffli pulak dah tiada. 'Ae,kemana dia pergi agaknya?' aku tertanya-tanya.

*Tik!*

Aku terkejut mendengar bunyi seperti guli yang kedengarannya berbunyi berhampiran dengan almari.Lantas aku terimbas kembali akan mimpiku yang begitu menyeramkan tadi.

'Makhluk hitam berbadan terbalik,ahhhhh!!!!' batinku menjerit melaung sedangkan jantungku berdegup kencang.Peluh pula mulai merenik di dahiku.Bagaimana jika....

Tiba-tiba, aku merasakan keadaan di sekelilingku begitu sejuk.Sejuk sekali!Teringat pula aku kepada Raffli,kemana agaknya dia pergi?

*Tik!*

*Tap! Tap! Tap!..Shrt...*

*Tik!*

*Tap! Tap! Tap!..Shrt...*

*Tik!*

Sedang aku melayani fikiran, tiba-tiba sahaja bunyi guli yang berlantunan berselang dengan bunyi derap kaki yang seolah-olah sedang menarik sesuatu yang diheret ke lantai.

Rasa nak gila sebab ketakutan pula aku mendengar bunyi tu berselang-seli.Apa yang lebih menghairankan,derap tapak kaki itu kadangkala berbunyi nyaring dan kadangkala berbunyi semakin perlahan,seperti orang yang diluar itu hanya berulang-alik di bahagian koridor kami.Aku menepis semua rasa takut yang menguasai diriku lantas aku mencuba untuk melelapkan mata,namun gagal.Sejuk yang mencengkam membuatkan aku semakin tidak tahan untuk membuang air kecil.

*keriut .....*

Pintu dibuka.Aku mendengar bunyi seseorang berjalan masuk.Melalui intipan aku di liang-liang kecil selimut,lembaga tersebut cukup tinggi,dan aku pasti itu bukannya Raffli.Raffli tidaklah bertubuh sebegitu tinggi.Aku menutup mata ,mencuba untuk tidak bergerak walau seinci tatkala aku melihat lembaga tersebut berdiri disebelah katilku.Tidak lama kemudian,dia pun pergi.

Aku begitu cemas namun kutepis perasaan itu semua.Lama-kelamaan, aku pun tertidur lantaran keadaan mataku yang sudah tidak larat dan kelopaknya yang begitu berat


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C6
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen