App herunterladen
82.97% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 39: bab39

Kapitel 39: bab39

    Mataku kaku tatkala melihat gambar yang dihantar dari nombor yang cukup aku kenali,walau nombor itu tak disimpan dalam telefon ku.

"dia ke yang awak gelar suami tu? I think you know me Dina, I'm better than him. "

Mesej itu, lagi menguatkan aku bahawa itu ialah Rafiq,

Gambar itu ku renung dan tatap dengan tajam,

Gambar yang terlihat Zafrel sedang mendakap seorang bayi,dan dihadapannya ada seorang wanita,dan mereka terlihat mesra.

Jika dilihat, gambar ini persis sebuah keluarga bahagia yang ada di dalam drama-drama melayu.

Aku menghembus berat nafas, fikiranku ligat memikirkan motif Rafiq, dan siapa wanita itu?  Adakah bayi itu anak Zafrel yang sampai hari ini, masih Zafrel rahsiakan?

Ujian apakah ini yaallah, rintihku di dalam hati.kuatkah aku?  Percaya kah aku terhadap Zafrel?  Aku sendiri buntu, perkenalan yang singkat dengan Zafrel, buatkan aku sendiri gagal untuk tidak meragui suamiku sendiri.

"tok-tok! "

"sayang,you lama lagi ke? "

Kedengaran ketuka dari luar tandas, aku sengaja membuka mesej ini di dalam tandas kerana aku tahu nombor itu milik Rafiq.

Aku menarik nafas dalam mengumpul segala semangat untuk terlihat biasa dia mata Zafrel.

"why? Kalut sangat ketuk pintu tandas ni? "soalku bersama segaris senyuman .

Mata bundar Zafrel memandang tepat mataku, matanya jelas menggambarkan sesusatu yang mungkin berat untuk diluahkan.

"kenapa ni?, awak ok ke tak? "soalku bimbang,

"sayang, saya tahu, awak wanita yang kuat, dan saya nak awak tahu, saya sentiasa ada untuk awak,"

"apa ni, awak ni tiba-tiba je macam, semua ok je kan? " soalku lagi, rasa pelik menyerbu diriku,melihat tingkah laku Zafrel.

"kita kena pergi hospital sekarang, " ucap Zafrel lembut tanpa memandang ke arah ku.

"why?  Awak tak sihat ke?  Awak demam?  " soalku seraya tangan kanan,ku letak di atas dahi Zafrel. Namun tidak pula terasa panas yang melampau.

"papa, kritikal, Lyn call saya tadi,"ucap Zafrel lemah.

Kaku aku disitu, baru minggu lepas, papa datang ke rumah aku dan Zafrel. Kenapa tiba-tiba?

***

Sampai sahaja hospital, Zafrel menggenggam erat tanganku, aku berjalan penuh debar, aku tak mampu nak melihat papa sakit, apatah lagi pergi dari ku, jangan lah ya Allah, janganlah ambil papa,aku tak sanggup. Rintihku di dalam hati.

Sampai sahaja di luar wad ICU,Salina meluru memelukku,  dia menangis, aku takut, kerana Salina bukan aku yang mudah menangis dia memang adik, tapi dia bagaikan kakak untukku,

"Ra, papa..." belum sempat Lyn habiskan kata-katanya, dia menangis lagi.

"Akak, papa nak jumpa akak dengan abang long, " ucap Syazril yang baru keluar dari wad.

***

Aku melihat mama ada di sisi papa, papa nampak lemah dan pucat, tak sanggup aku melihat hero dunia akhiratku dalam keadaan begitu, aku lemah, aku tak berdaya.

"papa, Saira ada dekat sini, " sapaku perlahan sambil menahan suaraku, aku.

"Saira, anak papa, "ucap papa lemah.

"papa kuat, taknak lah sakit macam ni, Saira takut. "rintihku sayu.

Papa tersenyum nipis, lalu mencapai sebelah tanganku, tangan papa sejuk, sejuk sangat, aku takut,fikiranku mula negatif

"anak papa lagi kuat, jangan over tau kalau papa tak ada nanti" ucap papa bersama segaris senyuman lemah.

"papa, janganlah cakap macam tu.. You are my hero, Saira masih perlukan hero Saira, "ucapku bersama tangisan yang tak mampu aku tahan lagi.

Papa diam, tak membalas, dadanya berombak laju dari biasa, Zafrel pantas mengambil tempat hampir ke telinga papa,

Aku tak mampu nak bertahan, tatkala melihat mama menangis, otak aku tahu apa yang akan berlaku, tapi hati ini tegas menyangkal,

Beberapa orang doktor mula mengelilingi katil papa, Zafrel memeluk aku keluar, aku layu,

***

Malam ini, rumah agam papa yang sentiasa ceria, bertukar menjadi suram dan sayu. Air mataku tak mampu berhenti, segala memori bersama papa bagaikan dipapar jelas di hadapan mata dan dalam minda ku.

Aku bersandar lemah di bahu Salina, mata ku memandang kosong ke arah Zafrel yang sedang khusyuk mengalunkan surah yassin,walau dia hanya menantu, tapi dialah yang uruskan segalanya untuk papa,

Dia turun ke liang lahad menyambut jenazah papa, malah dia juga memandikan papa bersama Syazril, aku yakin papa pasti bangga mempunyai menantu seperti dia.

aku bersyukur dikurniakan dia yang mampu kujadikan tempat berpaut selepas papa tinggalkan aku.

***

Usai segalanya malam itu,aku duduk di birai katil,badanku lemah, tapi masih tercalit rasa kesal kerana tak hadir lebih awal untuk papa.

"sayang.. Jangan lah macam ni, I sure papa pun tak suka tengok princess dia sedih-sedih macam ni " ucap Zafrel yang baru masuk ke dalam bilik, lalu mengusap belakangku.

"saya rasa menyesal dan bersalah, saya bukan anak yang baik, saya patut jaga papa masa papa sakit, "ucapku dengan air mata yang sudah mula bertakung di kolam mataku.

"aip, taknak lah cakap macam ni, even Syazril dengan Lyn pun baru je tahu sama macam sayang, papa memang taknak anak dia risau lah tu, " ucap Zafrel lembut

Itulah yang dikatakan oleh Lyn dan Syazril, papa tak nak masuk wad hospital miliknya,sebab itulah dia tidak tahu akan keadaan papa, manakala Syazril pula, dia tiada di rumah dek kerana ada urusan kerja diluar.

"sayang tak makan lagi kan ni? "soal Zafrel sambil mengusap lembut kepalaku.

"nantilah, saya tak lapar lagi" ucapku perlahan.

"jangan lah macam tu.. Tak kesian ke dekat suami awak ni? " kata Zafrel sambil memuncungkan bibirnya.

"herm? " soalku hairan

"yela, nanti saya peluk tulang je, mana best, " sakat Zafrel bersama segaris senyuman.

Tanpa sedar, terbit segaris senyuman dari bibirku, aku tahu dia juga penat, tapi masih mampu memujuk aku, alahai Encik suami ni,.

***

Sebulan berlalu, hari-hari sedih ku kini sudah berlalu dengan adanya Encik suami yang tak pernah jemu memujuk dan menjadi tempat aku luahkan segalanya.

"sayang, fikir apa tu? " soal Zafrel lalu mencuit hujung hidung ku.

"ingatkan seseorang, " ucapku nakal.

"okeyh saya lah tu. " balas Zafrel yakin.

Yaking sungguh dia ni, tak pernah sekali pun tak yakin,macam-macam.

"eh ke awak tengah fikir fasal bakal anak-anak kita? " soal Zafrel lalu menjongketkan sebelah keningnya.

"erk anak pula, awak kan dah anak, nak lagi ke anak dengan saya? " soalku curiga.

"hahaha,okey dah, jom kita jumpa anak kita. Saya mandi kejap. " ucap Zafrel lalu bangun menuju ke tangga.

" anak kita? " soalku hairan.

"anak saya, anak awak lah, " ucap Zafrel lalu mengeyitkan mata.

Haish macam tu pula, otakku ligat memikirkan apa yang Zafrel tuturkan.

***

Sedang asyik aku membelek laman sosial, terdengar bunyi loceng bergema.

Siapa pula lah yang datang ke rumah,setahu aku hanya keluarga kami sahaja yang datang selalunya.

Aku membuka pintu dan terlihat seorang wanita yang cantik mengenakan dress paras betis bersama seorang kanak-kanak yang berusia dalam linkungan 1-2 tahun.

"cari siapa ye? " soalku kepada wanita tersebut.

"Zaf ada? I Yusrina. " jawab wanita tersebut mesra.

BERSAMBUNG....

P/s: hai! Kita jumpa blik ehh, jgn lpe vote,komen and share! Yg positif je eh, sayng korng!


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C39
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen