App herunterladen
63.82% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 30: bab30

Kapitel 30: bab30

    Ehem!

Terdengar seseorang berdeham di hadapan meja ku.

Aku mengangkat wajah perlahan, terlihat Zafrel sedang berdiri tegak di hadapan meja kerja ku.

"Encik Zaf nak apa? " soalku kepada Zafrel.

"saya nak bawa isteri saya balik, dah pukul 6 dah" jawab Zafrel bersama segaris senyuman manis.

Aku mengemas ringkas meja ku lalu keluar bersama Zafrel.

"Encik Zaf, nanti singgah rumah papa eh, saya nak ambik kereta, " kataku perlahan setelah selamat masuk ke dalam perut kereta Zafrel..

"why?  Saya kan ada,  naik lah dengan saya,. " ucap Zafrel sambil merenung anak mataku.

"tapi saya, .."

"shhh, next time eh kita ambik, but not today, " kata Zafrel lembut sambil jari terlunjuknya melekap pada dua ulas bibirku, bersama gelengan dan renungan manja.

"berani eh Encik Zaf! Saya tak suka lah Encik Zaf sentuh saya, " bentakku kepada Zafrel.

" tapi saya suka, " balas Zafrel sambil mengenyitkan mata kanannya.

"dah-dah, jangan lah marah Puan Saira, Abe Zaf gurau jah. " ucap Zafrel sambil ketawa kecil.

Panas hatiku melihat Zafrel ketawa, adakah dia merasakan semua ini kelakar? 

Zafrel memberhentikan kereta di sebuah pasar raya,

Mahu buat apa pula disini?

Aku memandang Zafrel yang sedang mematikan enjin kereta,

"sebelum awak tanya, biar saya jawab, kita singgah nak beli barang dapur, untuk masak dinner,nanti awak marah pula kalau saya makan awak. "ucap Zafrel bersama senyuman nakal

***

"Encik Zaf nak masak apa ni? " soalku bersama keluhan.

Manakan tidak, sudah hampir setengah jam,masih tak selasai lagi Zafrel memilih barang, boleh tahan cerewet juga Zafrel ni, pilih bawang pun dah dekat 10 minit, haih,..

"haha, awak penat ke?,sikit je lagi ni, tunggu tau! " kata Zafrel sambil mengenyitkan mata lalu berjalan menuju ke kaunter timbang.

"awak," bisik Zafrel ditelinga ku sewaktu kami menuju ke kaunter pembayaran.

"apa? " jawabku dingin.

"tengok tu, " kata Zafrel sambil menunjukkan ruang pakaian bayi.

"awak nak apa? " soalku malas, Bukannya aku tidak faham, tapi aku penat nak melayan karenah dia saat ini.

"saya nak hati awak. " ujar Zafrel perlahan lalu meninggalkan aku sendiri.

***

Sampai sahaja di rumah, aku terus naik ke atas setelah menolong Zafrel membawa masuk barang-barang yang dibelinya tadi.Memang aku sedikit dingin, tapi tak lah sampai hati hendak membiarkan Zafrel membawa masuk barang tersebut seorang diri, walaupun Zafrel menegah aku berbuat demikian.

Aku membersihkan diri, lalu turun kebawah. Tidak pula aku nampak kelibat Zafrel di ruang tamu,

Aku menuju ke dapur kerana ingin membasahkan tekak yang terasa dahaga,

Aku terlihat ada sekeping sticky note di atas permukaan pintu peti,

Aku mengerutkan dahi melihat nota berwarna merah jambu itu.

Dah wangi?  Nak mintak tolong boleh?  Tolong saya kupas dan bersihkan bahan-bahan tepi singki.. Awak pandai kan?  Tq isteri(~_^)

                                             -suami awak=)

Aku melipat kemas, nota tersebut lalu ku masukkan ke dalam poket seluarku, tanpa sedar terbit segaris senyuman di bibirku, mungkinkah aku sudah sedia menerima dia?  Tapi masih awal untuk aku terima semua.

Mataku meliar mencari bahan yang dikatakan Zafrel di dalam nota tadi,

Aku membelek bahan-bahan yang harus aku bersihkan, tidaklah banyak, cuma bawang, cili, dan sayur.

Sedang asyik aku membersihkan bahan-bahan tersebut, terasa kepala ku diusap perlahan,

Aku mendongak, dan terlihat Zafrel membalasnya dengan senyuman.

Malas hendak melayan Zafrel yang terus mengusap kepalaku, aku melangkah menuju ke rak yang menempat penyejat.

Aku mencapai penyejatuntuk mengisi bahan yang sudah siap dibasuh,

"saya dah siap, nak minta tolong apa lagi? " soalku kepada Zafrel.

"ni Saira isteri saya ke? " soal Zafrel lalu menghampiriku bersama satu renungan.

"kenapa? " soalku hairan,

"nothing, love" kata Zafre sambil mengenyitkan mata kanannya.

Hergh, tak habis lagi dengan mata dia tu, memang dah jadi rutin agaknya!

"Encik Zaf nak masak apa? " soalku sambil melihat Zafrel menyiang seekor

"masak awak lah sayang.. " jawab Zafrel sambil ketawa.

"Encik Zafrel... " keluhku.

"haha, saya masak simple je, ikan sambal dengan sup sayur, " jawab Zafrel sambil tersenyum.

Tenang sungguh dia ni, aku akui sikap ku kadang mampu mengguris perasaannya, aku kasar dengan dia, tapi akan sentiasa ada rasa bersalah.

***

"sedap? " soal Zafrel teruja saat suapan pertama masuk ke dalam mulutku

Aku mengangguk perlahan, tak dinafikan, masakan Zafrel boleh dikatakan sempurna.sesempurna dia?  Haish kau ni Saira, entah dia suka kau ke tak pun kau taj tahu, status anak dia pun kau tak tahu.

"awak fikir apa? " soal Zafrel sambil sepasang anak matanya menangkap seluruh raut wajahku.

"nothing."jawabku ringkas.

"okey, saya anggap awak tengah fikir pasal saya lah"ucap Zafrel sambil mengenyitkan mata.

"mengada! " ucapku perlahan tanpa sedar bibirku mengukir senyuman.

"manis! " kata Zafrel lalu menghadiahkan segaris senyuman yang cukup membuat hatiku terusik gembira.

***

Diam tak diam perkahwinan aku dan Zafrel sudah pun mencecah usia sebulan.Hari-hari aku sebagai isteri kepada  Zafrel Amran tidaklah seberat menjadi seorang  yang normal, seperti biasa, aku masih lagi bertindak dingin, namun hari demi hari, aku mulas selesa bersama Zafrel, sukar untuk aku pastikan itu selesa atau cinta.

Hari ini merupakam hujung minggu, aku masih lagi tak bergerak dari katil,sudah empat hari aku tidak berjemaah dengan Zafrel pegang bendera merah lah katakan.

Tok-tok!

Terdengar ketukan diluar pintu bilik.aku dengan malas,mencapai tuala dan di letakkan di atas kepala,

Pintu aku buka, dan lihat Zafrel sudah segak dengan baju sukan berwarna kelabu yang dipadankan dengan seluar pendek putih.

"good morning isteri! " sapa Zafrel ceria

"kenapa? " soalku malas .

" jom teman saya main tenis" ajak Zafrel ceria.

"hah?  Tenis?  Tak nak lah, saya tak pandai lah" ujarku bersama kerutan dan keluhan.

"saya tak bagi awak pilihan nak ikut ke tak pun, dah cepat siap.saya tunggu  dekat bawah, " kata Zafrel lalu hujung hidung di cuit lembut.

Aku mengeluh perlahan, memang kalau ikutkan hati,mahu saja aku sambung tidur tapi, entahlah, masih juga aku turuti.

***

"dah lah!  Saya penat dah!!" jeritku kepada Zafrel sambil termengah-mengah.

Bukannya penat bermain, tapi penat kutip bola tenis,haih boleh dikira dengan jari, berapa kali aku dapat menyambut hantaran Zafrel. Mamat tu usah cerita, gelak sakan melihat aku gagal menyambut. Haih!

"uish cepatnya penat, awak ni, tulah, asyik duduk dalam air-con je, tu yang cepat penat, "bebel Zafrel lalu mengambil tempat disebelahku.

Aku menghulurkan sebotol air mineral kepada Zafrel, namun dia menggenlengkan kepalanya.

"tak nak sudah! " ucapku kepada Zafrel.

Memang aku je yang penat, dia kalau penat pun penat gelak je lah kut.

"nak suap.. " ucap Zafrel manja lalu meletakkan kepalanya di bahuku.

Kaku aku seketika, tindakannya sungguh bersahaja, namun, mampu membuat jantungku hampir berhenti.

Perasaan marah seperti dulu,sudah tidak hadir, namun rasa berdebar yang kuat akan timbul setiap kali perkara begini berlaku.

"ehem, jom balik, saya lapar. " ucapku perlahan, lalu bangun meninggalkan Zafrel.

"awak!  Tunggu lah suami awak ni, cepat eh charge tenaga, " laung Zafrel dari belakang.

***

Usai membersihkan diri, aku turun kebawah dan melihat Zafrel sedang menontong televisyen, fokus benar gaya dia melihat skrin tersebut.

"Encik Zaf  tengok cerita apa? " soalku lalu mengambil tempat disebelah Zafrel.

"Drama korea?" ucapku hairan pabila menyedari drama yang ditayangkan itu merupakan drama Korea yang digilai oleh para remaja. Tak aku sangka Zafrel yang umur pun sudah hampir 30 menonton drama tersebut.

"why?  Salah ke? " soal Zafrel sambil kening kanannya dijongketkan ke atas.

"erk, tak salah, cuma saya tak sangka,"

ucapku sambil ketawa kecil.

"sebab tu saya romantic "ujar Zafrel sambil merenung sepasang mata milikku.

" romantic ke? " balasku berani, lalu mengalihkan pandangan ke arah lain.

"jangan cabar saya, nanti awak yang menyesal" bisik Zafrel perlahan sambil dua tangannya mengurung badanku dan sepasang mata redup meliknya merenung tepat ke mata ku.

Aku memberanikan diri membalas renungan Zafrel, walaupun ritma jantungku sudah tak selari dan senada lagi, Zafrel mendekatkan lagi wajahnya, hangat nafasnnya menyentuh pipiku.

Tanpa sedar aku memejamkan mata, sediakah aku,? Waraskah tindakanku?  Aku celaru.

Tiba-tiba terdengar deringan telefon milikku, Zafrel menjarakkan wajahnya sambil tersenyum nakal, aku tahu, dari wajahnya dia hanya bergurau,

Tertera nama Salina di skrin, pantas aku mengangkat. Terdengar suara Salina yang sesikit gusar di hujung talian.

"babe,papa.."

BERSAMBUNG.....

P/s:hai semua!  Sis memg tkde idea langsung kali ni, harap boleh diterima ye, enjoy reading semua, jgn lpe vote,komen,share,.orkid nk ucpkan smoga kalian dprtmukn dgn mlm lailatul qadar,dan selamat menyambut hari raya aidilfitri!!  Jumpa next week, ok!  Sayg semua.lagi satu tq untuk 50k view😍

                                                    


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C30
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen