App herunterladen
46.8% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 22: bab22

Kapitel 22: bab22

       "ni rumah siapa?" soalku sambil memandang ke arah Zafrel.

Segak dia hari ini,walaupun hanya mengenakan t-shirt putih dan berseluar denim.pujiku di dalam hati.

"rumah mek saya," jawabnya lalu membuka tali pinggang keledar.

"I know,but who is mek?,Encik Zaf dari tadi lagi cakap fasal mek,tapi,siapa?" soalku lagi sambil berkerut dahiku.

"hahaha erm,mek tu nenek saya,or maybe you call grandma?" katanya sambil memandang tepat ke mataku.

"Encik Zaf ada nenek lagi? You are so lucky." ujarku sambil tersenyum hambar.

Nenek sudah 10tahun meninggalkan kami sekeluarga,sudah pastinya aku cemburu dengan orang yang masih mempunyai nenek.

"nenek Encik Zaf orangnya macam mana?" soalku pelahan.

"hermm,dia cerewet,and girl like you ni,hurmmm" ujarnya lalu menjongketkan bahu.

"apa maksud Encik Zaf? Dia maybe tak suka saya ke?" tanyaku,

Aduh-aduh macam mana kalau nenek dia tak suka aku? Aku dah lah tak tahu apa-apa, and ni rumah dia!! Aku takut.

"tak payah nak risau sangat lah,cause mek suka apa saya suka" ujar Zafrel perlahan.

Ha? Mek suka apa dia suka? Dia suka aku ke? Ke dia maksudkan,dia tak suka aku,and mek dia pun tak suka aku?, Sabar Saira sabar,kau ni peguam,jangan cepat cuak. Kataku di dalam hati.

Setelah Zafrel memberi salam beberapa kali,muncul lah seorang wanita disebalik pintu kayu yang sudah pun uzur,menandakan rumah itu sudah lama dibina.

"wakalaikumsalam,eh,mu Zaf? Bilo sampainyo?," soal wanita tersebut yang kelihatan sudah berusia,namun masih terlihat sihat dan cantik.tak peliklah aku,memikirkan Zafrel mempuanya rupa paras yang menawan,lihat neneknya sahaja,masih cantik walaupun sudah berusia,mempunyai kulit yang putih dan bebas dari jeragat,untuk usia begitu,jarang aku lihat,kulit yang masih cantik seperti itu.

"hor..kito lah mek,baru lagi sampai.tadi kito singgoh rumoh ummi dulu,pah ummi kato mek tok mari lagi,kito mari sini lah,nok ambik mek." jawab Zafrel dengan loghat kelantannya yang pekat.

Rasanya ini pertama kali aku mendengar Zafrel berbahasa kelantan sepenuhnya.Mujurlah aku pernah berkawan dengan Alisa,budak kelantan yang satu kolej dengan aku dahulu.jadi tahu lah aku sedikit tentang dialek mereka.

"tu ko ore rumoh mu?" soal nenek Zafrel.

Aku yang tadi hanya mendiamkan diri menghampiri wanita tersebut,lalu mencium tangan tuanya.

"comey bini mu Zaf" puji nenek Zafrel seraya memelukku.

"Saira pehe dok mek kecek gapo nge Zaf sakni?" soal nenek Zafrel.

"erm,sikit,hehe" jawab lalu mengukir segaris senyuman.

"hehe,takpo,mek buleh kecek luar,kito campur-campur deh" ujar nenek Zafrel lalu menghadiahkan senyuman kepadaku.

Nenek dia cerewet? Hurmm ,jika dilihat dari perwatakannya,aku rasa dia bukanlah seorang yang begitu,namun,masih awal untuk aku membuat kesimpulan.

"Zaf tidur sini deh." ajak nenek Zafrel lalu mengambil tempat di hadapan kami.

"Zaf meme plan gitu mek,kito ghoyak doh ke ummi," jawab sambil tersenyum.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah Zafrel.Aku yakin dia memang begitu rapat dengan neneknya,

"haa,kalau gitu,Zaf dengan Saira gi lah rehat-rehat, dulu, mandi,tapi minggu tak dok air lah,keno guno bilik air luar,laa.buleh kan ,Saira ok kan?" soal mek sambil memandang ke arah ku.

Aku hanya tersenyum,haih,mandi dekat luar?macam mana? Ok ke,aduhai,sabar Saira,mandi kat luar je,buka mandi dekat sungai,bersyukur!

***

"haish! Ada suami bukan nak tolong angkat barang" omelku sendirian di kereta sambil mengambil beg pakaianku.

Entah hilang ke mana Zafrel,saat aku meminta kunci kereta untuk mengambil beg pakaian,tidak pula dia menunjukkan tanda-tanda ingin membantu.

"assalamualaikum"

Aku menoleh apabila mendengar seseorang memberi salam.

Seorang lelaki berkulit cerah,dan mempunyai lesung pipit di pipi kanannya,siapa dia ni? Wajahnya ada iras dengan Zafrel.adik dia ke? Tapi setahulu,Zafrel hanya mempunyai seorang adik,iaitu Fira,.

"wakalaikumusalam," jawabku kepada lelaki tersebut.

"eh,awak ni siapa?sekejap,ni kereta Zafrel,awak eh wife Zaf?" soalnya lagi,

"erk,aah,Encik ni pula siapa?" tanyaku.

"ouh saya Amir,sepupu Zafrel,"jawabnya lalu tersenyum.

"haa mu wak gapo nge bini aku tu hah?" tiba satu suara mencelah perbualan kami.

"aku tok usik pon bini mu,toksoh risau lah,tapi buleh tahan deh bini mu,comey!" kata Amir lalu bersalam dengan Zafrel.

"well,mu tengok aku ni huduh ko?" jawab Zafrel lalu ketawa.

"erm,sayang,awak masuklah dulu,nanti saya bawa masuk beg tu" kata Zafrel lalu mengenyitkan mata.

Sayang? Banyaklah kau punya sayang,kalau belakon,tak sah tak over mamat ni,detak ku di dalam hati.

Aku masuk ke dalam bilik yang mek tunjukkan kepada aku sebentar tadi,

Haih,rasanya,Zafrel ni lambat lagi nak masuk,nak buka tudung lah sekejap.

Aku membuka tudung bawal yang aku pakai,haih lega lah sikit,sejak aku bernikah dengan Zafrel,tak pernah sekali pun aku tidak memakai tudung di hadapannya,rambutku sungguh tak dapat bernafas.

Aku membaringkan badan di atas tilam,hermm selasanya,setelah berjam-jam perjalanan,baring merupakan perkara yang paling melegakan.

Aku membelek IphoneX ku,aku mendapati terdapat mesej dari Salina.

"Hello kembar!! Seronok balik kampung?"-Salina

"hahaha baru sampai babe,tak tahu lagi"-Saira

"Amboi...mesej dengan siapa tu,?"

Aku memandang ke arah suara itu,Zafrel? Sepantas kilat aku mencapai tudungku lalu menutup bahagian kepalaku.Namun dihalang oleh Zafrel.

"kenapa nak tutup? Berdosa ke saya tengok rambut isteri saya?" kata Zafrel dan menekankan perkataan isteri itu.

Aku diam,tak mampu nak berhujah dengan kata-kata Zafrel,kerana benar,dia ada hak ke atas diriku,namun bukan mudah untuk aku memberikan haknya.

Zafrel mendekatiku perlahan-lahan,lalu meleraikan tudungku dari kepala,deruan nafasnya dapatku dengar dengan jelas,

"Zaf!?" kedengaran suara mek memnggil Zafrel dari luar bilik,

"bukaklah tudung tu,jangan risau,saya masih boleh sabar,dan tak akan paksa awak,takut mek pelik kalau awak pakai tudung dalam rumah." kata Zafrel dengan nada yang tersekat dan perlahan.

Kata-katanya itu,membuatkan hatiku tersentuh,lembut ucapannya membuatkan aku terusik,.adakah aku telah memberikan hatiku padanya? Entah,tapi,jujur aku merasakan Zafrel lelaki yang baik,tapi bagi menerima dia sebagai suami,aku masih memerlukan masa yang banyak.

****

"betul ke ni kena mandi dekat perigi Encik Zaf?" soalku sambil mengekori Zafrel ke belakang rumah,.

"ye puan Saira,tu hah bilik airnya,dalam tu ada perigi" kata Zafrel sambil menunjukkan satu binaan yang dindingnya dari zink yang berbentuk petak,.

"pergilah masuk,saya tunggu dekat luar" ujar Zafrel.

"eh tak payah lah,Encik Zaf ni bukan boleh percaya.." belum sempat aku menghabiskan kata-kataku itu,Zafrel terlebih dahulu memotong.

"saya ni,tak adalah gatal sangat Puan Saira oi,saya cuma nak make sure tak ada mata-mata lain yang intai isteri saya ni,faham?" ujarnya lalu mencuit hujung hidungku.

Aku terpaku dengan tindakannya,bukan kali pertama dia melakukan perkara itu namun,perasaan kaku itu tetap juga hadir.

"dah,saya tahulah yang awak dah mula cair dengan saya,tapi boleh tak masuk sekarang,dah nak magrib ni," katanya lalu menolak aku masuk ke dalam bilik air.

Suasana bilik air ini sedikit suram,terdapat satu perigi yang agak dalam,aku merenung ke dalam perigi tersebut,sebenarnya aku sedikit teruja melihat perigi sebenar dihadapanku,selama ino hanya mampu melihat di dalam gambar dan internet sahaja.

"haa,tak payah tenung perigi tu lama-lama,nanti muncul pula muka saya dekat perigi tu" jerit Zafrel dari luar,

Haish,macam ahli nujum lah dia ni!!

***

Aku mundar-mamdir di dalam bilik sambil bercekak pinggang,sambil kepala ligat memikirkan masalah yang sedang menimpa.

"awak fikir apa tu?" tegur Zafrel yanf baru sahaja masuk dari ke dalam bilik.

"saya tengah fikir nak tidur mana,ruang yang ada ni,tak muat nak tidur,"kataku sambil menunjukkan lebihan ruang di dalam bilik itu.

"hahah itu pun jadi isu ke?katil ni kan muat untuk kita berdua," kata Zafrel sambil merenung wajahku.

"No! Tak boleh!" kataku tegas.

"Puan Saira,you know what,rumah ni,bila malam akan ada banyak nyamuk,so awak kena tidur dalam kelambu,and kelambu mek pasang untuk katil ni je," ujar sambil mengenyitkan mata kanannya.

"saya tak nak lah! Biarlah kena gigit nyamuk pun,saya tak nak!" jawab ku dengan tegas.

Takkan lah sebab nyamuk je,aku nak kena tidur dengan dia? Memang mustahil lah!! Kataku di dalam hati.

Zafrel bangun dari katil lalu menuju ke arah ku dengan pandangan yang tajam.

"Encik Zaf nak buat apa ha?!" tanyaku dengan nada sedikit cuak.

Tanpa sempatb aku melakukan apa-apa,Zafrel mendukungku dengan kedua-dua tangannya,aku meronta-ronta minta dilepaskan namun tak diendah oleh Zafrel.

Zafrel menghempasku di atas katil,lalu menghampiriku,

Badanku dikurung oleh kedua-dua tangan milik Zafrel.

"Encik..Zaf nak buat apa ha?!" kataku dengan tegas namun ada getaran pada suaraku.

"awak rasa?" soalnya lalu menjongketkan sebelah keningnya dan segaris senyuman sinis.

"jangan bagitahu saya yang Encik Zaf..No Encik Zaf dah gila ke?!!" kataku lalu cuba menolak bahu Zafrel.

"hurm? Awak fikir apa ni..? Saya nak suruh awak tidur dekat atas katil,dengan saya tapi ada gap,sebab bahaya tau kena gigit nyamuk,hurmm don't tell me you think about the kuning one? Euww otak kotor lah isteri saya ni!" ujarnya sambil ketawa lalu menjarakkan dirinya dariku,

Merah padam mukaku menahan perasaan malu yang setinggi gunung Everest.eyy Saira,kau buat perangai macam lah dia selera sangat dekat kau!! Tapi dia tu suka buat perangai pelik-pelik!!

****

Subuh itu,Zafrel bangun lebih awal dariku,saat aku bangun dia sudah siap pun mandi dan berwuduk,.Teringat aku kisah pagi tadi,aku menjerit saat air telaga menyentuh badanku,bukan main lagi Zafrel ketawakan aku,Namun sedikit terusik hati aku apabila dia menghulurkan air panas,tidaklah sejuk sangat.

"haa,hari ni,Zaf request dengan mek nok make(makan) tupak(ketupat) sutong(sotong),buleh lah Saira belajar,nok buat guano,ni favourite Zaf ni,." ujar mek lalu menepuk belakang Zaf dan menghadiakanku segaris senyuman.

"Saira buleh tolong siang sotong?" tanya mek.

Hah? Siang sotong? Aduh-aduh aku ni gorek telur pun melecur,macam mana ni,tiba-tiba aku teringat leteran mamaa yang sentiasa menyuruhku belajar memasak.

"erm..Saira sebenarnya.."

"ehh,takpo,mek biar Zaf tolong Saira,mesti banyok kan mek nok buak(buat)? " celah Zafrel sambil mengenyit mata ke arah ku.

Aku pasti Zafrel tahu yang aku tidak pandai memasak,pastinya dia cuba untuk membantuku di hadapan neneknya,Tapi aku percaya lambat lain pastinya mek akan tahu yang aku ni tak pandai memasak.

"kenapa Encik Zaf cover saya?" soalku sebaik sahaja Zafrel mengambil tempat disisiku,sambil membawa saru besen bersaiz sederhana yang dipenuhi dengan sotong.

Kami menyiang sotong luar rumah yang mempunyai pili air.

"awak tak tahu,mek,dia tak suka,perempuan yang tak pandai masak,kalau dia tahu,mesti asyik kena perli je." ujar Zafrel lalu memberiku seekor sotong.

Fuh,nasib baik juga mamat ni cover aku,tanpa aku sedar hatiku berterima kasih dengan Zafrel

"dah lah tu mengelamunnya,ni, tengok ni,mula-mula, cabut dulu kepala sotong ni," ajar Zafrel sambil menunjukkan cara.

"kepala ni nak pakai lagi ke awak?" soalku sambil menunjukkan kepala sotong yang sudah pun aku cabut.

" eh tak lah,kepala tu nanti nak jadikan blusher awak,hish gunalah,ni tengok benda hitam ni,bawak keluar,jangan picit," katanya sambil jari terlunjuknya menunjukkan satu kantung hitam yang terdapat pada sotong.

"kalau picit jadi apa?" soalku bersungguh,mujur sahaja aku tidak membawa pen dan kertas untuk mencatat nota.

"kalau picit,jadi macam ni!"kata Zafrel lalu memicit kantung tersebut di wajah ku lalu melarikan diri

Splash! Cecair hitam terpancut ke wajah ku,

Aku dengan perasaan geram yang memuncak,bangun dan mengejar mamat biadap itu! Hish perangai tak berubah,dah ah hanyir benda tu,euww!!

Kami berkejaran habis satu laman rumah mek kami pusing,sampailah satu suara menegur,

"Amboi!!"

BERSAMBUNG....

P/s: hai semua!bab22 dah datang!! Hehe sis sibuk sikit skrg,so,next bab still dekat kmpung,but maybe ad knflik sikit,cuba lah teka ap jd next bab,lg stu sis harap kalian faham loghat klntn yg sis tulis,sis jd kekok nk tulis dialek tu,heheh,enjoy reading semua!! Kita jumpa next bab tau!! Jangan lupa vote,comment,and share,sis happy baca comment korg smua tau =)=)

2000 words


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C22
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen