App herunterladen
25.53% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 12: bab12

Kapitel 12: bab12

         Aku membuka mata perlahan-lahan,alunan ayat suci yang tadi sayup-sayup aku dengar kini semakin jelas,anak mataku tertikam dengan panahan cahaya putih.

  "aku dah mati ke?" kataku perlahan.

"ya,awak sedang berada di alam kubur!" jawab satu suara garau.

  "haa! Ya Allah aku banyak dosa!" menangisku teresak-esak.

  "Saira,ui bangun"

Aku tesentak,melihat yang wajah Zafrel benar-benar berada di hadapanku.

"eyh apa En Zaf buat ni?!"kataku sambil membetulkan kedudukanku.

"awak tu mengigau sampai menangis,saya kejut lah,ingat dah kena sampuk tadi" katanya sambil duduk di atas sofa yang hanya beberapa langkah dari katilku.

"fuh mimpi rupanya."kataku sambil menarik nafas lega.

"kenapa,awak ingat awak dah mati betul-betul ke?" katanya lalu tersenyum.

Bulat mataku mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.macam mana dia tahu aku mimpi aku mati,kuat sangat ke aku mengigau?!.

"baru cakap dekat alam kubur dah cuak,mulut tak reti nak behave."sambung Zafrel lagi.

"Encik Zaf ke yang cakap macam tu tadi?" tanyaku pantas.

  "eyh bukan saya lah,tapi hantu!!" jawabnya dengan nada seram.

  "haish,main-main lah Encik Zaf ni"bentak ku.

Aku mencari telefon pintarku,jam menunjukkan pukul 9malam,aku terlelap selepas menunaikan solat magrib tadi,entah bila mamat biadab ni balik.aku melihat terdapat senaskah al-quran di atas meja sebelah katilku,mungkin dialah yang mengaji tadi,merdu,tapi kalau bercakap,tak bagi ayat sentap tak sah!.

  "haa,tengok sana tengok sini,kenapa? Rasa duduk dalam kubur ke Cik Saira oii" tegur Zafrel.

"sibuk lah Encik Zaf ni,suka hati sayalah nak tengok mana pun,bilik saya." jawabku panas.

  "haa awak lapar tak? Saya dah makan tadi,ummi masak,ni ummi kirim suruh bagi dekat awak.Ummi tu siap halau saya tadi,sebab risau tinggal awak sorang-sorang,macamlah ada orang nak culik" omel Zafrel panjang lebar.

Sudah aku agak dia balik rumah tadi patutlah dari tadi tak balik-balik.

  "kalau tak ikhlas,tak payah mengada-ngada nak teman,macam awak cakap tadi,tak ada siapa pun nak culik." balasku.

Tanpa teragak-agak aku mencapai bekas makanan yang ditunjukkan Zafrel,terdapat nasi putih bersama sambal udang yang diisi dalam bekas tersebut.

   "hurmm sedapnya" detak hatiku.

"ehemm"satu suara mengejutkan kami.

Aku dan Zafrel sama-sama menoleh ke daun pintu.

"lyn!! kau ni buat seram aku je!."kataku geram.

  "heheh alah I ganggu merpati tengah bermanis mesra ke?" kata Salina yang mengabaikan kata-kataku.

  "eyh Lyn! Bermanis? You tahu tak yang akak you ni mengigau tadi" jawab Zafrel mesra.

"ahahaha Saira ni memang,kalau sakit je mesti mengigau,abang long kenalah biasakan diri heheh" kata Salina sambil ketawa lalu menoleh ke arahku.

Amboi mesranya diaorang ni,macam aku ni wujud tak wujud je.Salina ni pun satu,suka-suka hati je panggil Zafrel tu abang long,tak jadi laki aku lagi dah rapat semacam diaorang ni,susah lah aku nak bercerai nanti.

  "kau kata,kau tak dapat lawat aku hari ni?" soalku kepada Salina.

  "erm,rasa tak complete lah hari aku kalau tak lawat akak kembar aku yang cantik ni" jawabnya sambil memeluk tubuhku.

"eyhleh banyak lah kau punya cantik" kataku sambil ketawa.

"kalau kau tak cantik,maknanya aku pun tak,so aku kena lah cakap kau cantik,baru lah tak nampak isi bakul angkat sendiri." katanya lagi.

"babe.." sambung Salina.

BERSAMBUNG.....

P/s:hi semua!dah bab 12! Tq kepada yg baca setiap bab,kalau sudi,vote lah,korang follow each bab pun dah bt sis happy,enjoy reading semua by ms orkid.


Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C12
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen